Monday 29 August 2011

Penghujung Ramadhan

Insyaallah hari ni merupakan hari terakhir kita umat islam berpuasa..sedih rasa hati nak meninggalkan bulan yg penuh dengan keberkatan..adakah kita akan berjumpa lagi di tahun depan?Semuga segala amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT..

Dari hari Sabtu lagi mak aku dah busy prepare lauk-pauk untuk di makan di pagi raya..seperti biasa serunding ikan akan menjadi salah satu hidangan..ni kira mcm signature dish my mom la..susah nak buat ni..part yg paling susah nak keringkan santan sampai jadi serbuk mcm gmbar kat bwh ni..cicah dgn nasi impit atau ketupat dan campur pulak dengan kuah kacang memang sedap..semalam mak sempat buat rendang tok..lupa pulak nak ambil gambar..


Malam tu berbuka mkn nasi lemak je...sedap dan simple

Lepas berbuka layan anak buah main bunga api..tak beli bunga api ni kwn husband bagi..byk jgk siap dengan mercun bagai la..kalau nak beli lebih dari seratus jgk tu..







Pagi tadi dlm pukul 6 hantar lil lala dgn parents di ke LCCT..nak balik Kuching..sekarang ni tengah melayan mata..dah la kat luar tu hujan dari awal pagi sampai sekarang..curently, iam in my office...kat ofis ni aku sorang je melayu yg kerja..ofismate lain dah cuti..plan to take half day leave today or tak pyh ambik sbb bursa pun market trade untul afternoon session je..rmh mcm kapal pecah tu..anak-anak dah tidur baru boleh lap lantai dan pasang karpet..tak ada perhiasan baru kat rmh aku..tapi dah berkira-kira nak beli cermin kat Ikea..smlm dah nak beli tapi hsuband ckp tak muat masuk dalam kereta..kalau adik aku rajin dia pergi la beli..myvi boleh masuk cermin tu kot..

Raya tahun ni satu ketul biskut pun aku tak buat..kek pun tak sure nak buat ke tak..i'll be celebrate my 1st day raya in KL which is my house la then maybe balik Ipoh ptg raya atau 2nd raya..

Kepada semua umat islam aku ingin megucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri Minal Aidin Wal Fa Idzin..

p/s -malam ni aku adik beradik plan berbuka puasa kat Renaissance Hotel..dah mls nak masak..


Tuesday 23 August 2011

Ramadhan 21 in photographs

We went shopping at our favourite mall, 1U last Sunday. Initially we planned to go out early but you know la, after settled here and there end we went out at 11. My brother, Firdaus supposed to joined the shopping trip but somehow he missed the junction end up brought him to The Curve..

However, we thought that we were still early supprisingly the parking almost full. Ok no more crap let's se the photos




Bought a shoes in aldo at price RM38.00..80% disc from the original price..suka sgt..

 








Lala with her new shoes which was bought by husband.

Exhausted naughty girl. World peace at last.


Husband hop in armani exchange boutique but nothing interest him there. He end up buying a long sleeve casual shirt at ralph laurent.

 
A happy faces

ok, captioned bwh ni tak ada kena mengena dgn kisah di atas..dah lama tak letak gambar diorang ni..yes there are already here until for raya . Lega tak payah fikir nak beli apa untuk iftar..mak dah balik..  






They loved to play on my bed..hmm...pantang org tua ni budak2 main atas katil..

p/s - raya lagi seminggu..rmh kemas tak habis lg ni..

Monday 22 August 2011

operasi mencari tudung di Jalan Tar

Dah 22 Ramadhan hari ni...insyaalah lagi 8 hari kita semua akan menyambut lebaran. Lunch hour tadi officemates ajak pergi Jalan Tar..mula-mula mcm tak nak pergi alasan pakai baju kurung susah nak bergerak..lps tu tengok langit mcm nak hujan..tapi kita merancang tuhan yang menentukan..cewah ayat tak agak-agak ni...

12.15 keluar ofis just nice dapat teksi terus pergi Jalan Tar..rambang mata tengok tudung ni..singgah Hajra beli 2 tudung untuk mak..tanya kat salesgirl tu apa beza Hajra dan Ariani sbb diorang ni under Jakel..dia ckp Hajra tudung paling mahal 100++ kat Ariani paling mahal 800++...

Dah settle beli tudung untu mak hujan pun turun dengan lebatnya..menyusuri jalan tepi tu nampak kedai ada jual shawl satin tapi boleh beli borong..20 helai RM100 meaning sehelai RM5.00..kat blog2 fesyen diorang jual paling murah aku pernah tengok RM25.00..berjaya jgk beli sehelai dgn harga RM10.00 sebab beli 8 helai share dengan Alin..ha soraya, mama dah beli shawl satin pakai la puas-puas..untuk MIL pun ada jgk..

Ambil lrt sampai ofis pukul 2.15.. sekarang nak sambung kerja banyak drawdown..tapi sempat jgk update blog ye..


Thursday 18 August 2011

Mercun oh mercun..

Pernah dengar tak bangsa lain main mercun sampai putus jari? Padahal yang supply semua tu kaum diorang..tiap-tiap tahun mesti ada kes..
Ada satu tahun tu baru 1st day puasa dah ada kes putus jari..lagi satu yang aku perasan kejadian ni byk berlaku kat negeri di pantai timur..kat sana senang dapat bahan-bahan meletup ni kot..kreatif betul budak-budak ni kan..

lagi satu bebudak ni suka bebenor main mercun kat surau..time org nak sembahyang tu diorang pergi main sampai kan terkejut dibuatnya..tak boleh ditahan-tahan..

kalau aku balik kampung dgr org main mercun mcm dlm perang(agaknya la kot) non stop dari malam sampai ke subuh..meriam buluh tu...sebenarnya benda-benda mcm ni la yg buat raya tu lagi meriah..kanak-kanak main bunga api..tapi kalau main tu dah over sgt tu yg ada patah jari bagi..

Ingat lagi masa 2 tahun lepas aku beraya kat Kuala Kangsar. mlm raya tu kitorang lepak kat kedai kopi tepi jalan nampak la orang kampung depan main bunga api..dah mcm bunga api mlm tahun baru kat klcc dan dataran merdeka tu....byk pulak tu..berapa ringgit la kome habis bakor duit ..seronok aku tengok..

mcm last week masa aku buka kat Melaka sibuk la anak2 buah aku main bunga api yg asap byk keluar tu..sudahnya si izaz lelah mlm tu esok pergi klinik masuk gas..tapi tetap seronok main kan izaz kan..nanti balik kl kita main bunga api yg tak ada asap ye..

p/s-tahun lps aku tlg adik aku jual bunga api..tahun ni tak ada la pulak..

Wednesday 17 August 2011

17 Ramadhan - Nuzul Alquran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

info di atas dr encik gugel..marilah kita bersama-sama menghayati kesucian ayat-ayat suci al quran..

Kepada org Selangor nesti korang ambil kesempatan keluar shopping kan..Jalan TAR time ni toksah cakap la..sesak..

p/s - puasa dah masuk hari ke 17, quran baru baca sampai juzuk 16, sempat ke nak khatam ni?

Tuesday 16 August 2011

Kisah ramadhan ke 13 & 14

Plan nak berbuka di rumah my sister ijan dibuat masa early puasa..as usual we left KL after the children finished their music classes..it was quite late then..i had to fecth my abah before we heading  Melaka..jammed at sg besi..couldn't managed to arrive on time..we arrived around 8.00..masa tu mak dan shahril dah nak bersap pergi terawih..adik aku firdaus sampai awal sikit daripada kitorang..

Menu berbuka hari tu adalah ikan siakap sweet sour, kembung bakar, ayam masak kicap dan kerabu kacang botol..gambar tak sempat ambil sebab piranha datang menyerang..

Nampak ada kek SR kat atas meja..shikin beli..untuk abah dan daus..my brother birtyday was on 11th august..so sekali dgn celebrate la kiranya ni..carrot cheese kek..sedap..



Aku bertolak dari Melaka pukul 3 pagi..lambat sbb husband pergi mengeteh dengan kawan dia kat Bukit Beruang..tapau mcd mkn dalam kereta untuk sahur..6.00 pagi tidor sampai pukul...malu nak cakap hehe..

Malam tu we all buka puasa dgn adik ipar satu keluarga kat Istana Budaya..kat sini la aku jumpa blogger terkenal Redmummy tu and her family..she sat next to my table..sempat la say hello to her..ok la we all had a little chat..

Kat sini makanan memang best..sesuai dengan harganya RM35.00 per person..aku suka air sirap bandong dia..terbayang-bayang masa menaip ni..


ni bukan pinggan aku ye..
tahu bakar - sos dia sedap

Lamb chop - beratur panjang org nak ambil ni..



Aku dah pergi makan 3 buffet yg kat sini aku makan lebih sikit..mcm hari tu aku pergi berbuka kat Kelantan Delight which the price of buffet is RM55.00 aku makan sepinggan nasi kerabu dan daging bakar je..ingat nak repeat makan sama dengan kawan husband tapi memang tak lalu..terbayang-bayang siakap goreng 3 rasa..

Ingat lepas buka kat IB tu nak pergi jusco ke tapi mata pun dah berat je terus balik..

p/s-lagu raya dah start main kan kat radio..

Monday 15 August 2011

10 malam terakhir ramadhan

Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Sumber diatas dipetik dari salah satu laman web..

p/s - kalau terjaga tengah mlm aku perasan pokok-pokok akan bertiup..sayu je rasa hati..

Juadah puasa yg ke 11

Alhamdulillah..dah 15 hari kita umat islam mengerjakan rukun islam yg ke 3 iaitu apa dia adik-adik sekalian? ye puasa di bulan ramadhan..

Menu  berbuka khamis lepas..nampak tak sambal sotong tu? dah lama teringin nak masak sambal sotong..hari tu gigih jgk aku masak WALAUPUN sampai rmh dah pukul 7.05..cili tak payah blend guna ke cili giling beli kat kedai..senang kan..nasib baik sedap..ambik.. puji diri sendiri..ikan merah tu abah aku yg goreng..sayur sawi tu pun hasil air tangan dia jgk..kesian abah aku terpaksa masak sendiri..yg lain-lain tu dibeli di Restoran Haslam..food kat sana sedap2..husband aku suka dengan air asam cicah ikan bakar tu..masa beli ni aku tak ikut kalau aku ikut lagi la byk lauk aku beli..salah satu(banyak nya) sifat buruk aku ni kalau nampak lauk nasi campur jadi tak tentu arah..mcm semua nak beli..tu yg aku malas nak ikut beli sama..

Hari tu kuih muih tak ada..100% mkn nasi..sampai sahur lauk2 tu boleh mkn lagi..tak membazir pun..tahun ni pun aku baru pergi param 2 kali..itu pun dekat rmh je..org ckp param kat Taman Melawati best aku tak sampai pun..mls la nak harung jam bagai..




ok nanti sambung cerita lagi...

p/s - jumpa blogger terkenal redmummy masa buka puasa smlm..

Thursday 11 August 2011

70 years old

Oh my god..how on earth i totally forgot my abah's birthday. It was on 7th August bersamaan 7th Ramadhan...he is 70 now dan masih kuat..his duties everyday send and fetch soraya to school with his motorbike..my abah doesn't know how to drive but he can goes anywhere he wants..mcm pergi pasar ke, jumpa doctor ke..jarang nak mintak tlg anak-anak dia hantar...i can't imagine myself when i am 70(if god willing) boleh ke i sihat mcm dia...

But lately ni he has problem to get sleep..maybe pasal ubat dia consume dah terlalu byk dlm badan dan tak rasa selesa...bukan la tak boleh tidor langsung tapi susah nak tido..kesian aku tengok...kekadang tu dia akan habiskan masa dia pergi masjid-masjid yg berdekatan dgn area rmh kitorang dan akan duduk di situ sampai waktu asar balik rmh baru dia boleh tidor atau pun lps subuh baru dia tido...

Abah aku ni rajin beli breakfast kalau hari cuti..dia beli nasi lemak, roti canai ke..kalau semua balik kat rmh tu lagi la dia suka beli..sampai sekarang pun dia rajin beli barang2 kat pasar..bukan apa kitorang kan semua da boleh je nak beli..kekadang tu dia bertanya nak makan atau masak apa so dia boleh belikan barang mentah...shahdu tau...kalau dia ajak kita g jalan pun dia akan sponsor duit minyak..aku ambik je tapi husband aku tak bagi ambik hahaha....

Anyway nak cite memang tak habis kan..to Abah, yong ucapkan selamat hari jadi, semuga allah swt kurniakan kesihatan yang baik kepada abah..kami semua sayang abah..

p/s - nak bagi hadiah apa ni? baju raya ke ok jgk kan..

6 & 7 Ramadhan

Spent my weekend at my husband hometown, Tronoh or its glamour name Seri Iskandar. It was quite sometimes since our last visit there ie. last Hari Raya Puasa. Actually, it's not that we don't want to go back so often but MIL always come to KL visiting her anak-anak here...nothing to do at kampung so jalan2 gi kl la..

Started our journey after Soraya's music class around 5 pm last Saturday. We expected to reach Tronoh exactly at break fast time so no need to help preparation ..hehehe..good plan kan...penat oi travel jauh2 lps tu nak kena tolong..since Lala's parents are working on weekend we brought her together..so every weekend Lala will be us...whenever friends asked is lala are daughter husband will answer yes..so cute..

Reached MIL's place 5 minute after break fast, just a perfect timing, so we straight away joint the family feast. As i remembered MIL had prepared a few dishes that night like pandan chicken, prawn sambal with petai, mixed vege, beef curry and few others..my SIL helping her to prepare all the dishes..I had 3 glasses of watermelon juice that night so i cannot eat much..ooh so hot here..that night, we all KL people cannot sleep..Lala also can't sleep..she woke up a few times and cried...tak selesa because the weather kot...

Sunday husband ajak teman dia pergi cari kasut..actually he can't stand the weather tu yg ajak i keluar. Went to Ipoh Parade to look for his shoe but before my husband buy his I bought one for myself first..ye la dia nak cari kasut lama sgt..before leaving Ipoh Parade, we stop at Focus Point to replace my missing glass. This is my third glass. I found a sunglasses brand DIOR...nice and i tried it...look nice on me..tapi tak beli la kot..tak ada budget even ada discount 40%. 



Pick up Aisam at UITM Seri Iskandar on the way back as we planned to bring him for break fast. Correction on the first line..not i accompanied my husband, my husband accompanied me instead hehehe...

My husband treat his family for break fast at Syuen Hotel Ipoh. Reached there around 7.00pm. Husband's friend also there.  The place was already crowded. I noticed the waiter keep replanishing the empty trays "mcm tak cukup-cukup". I only had a little portion of nasi minyak, chicken and vege..uhh my stomach full already, not like those days when I can swallowed almost anything at the food counter. We are the last few came out from the plac after long bored waiting for my husband who continue lepak with his friends at the hotels club. I saw a bunch of leftovers in most of the tables..what a waste..tadi ambik kau tak ingat..tamak haloba manusa ni..bila ambik food mcm ko sorang je nak makan tak ingat org lain...masalah org kita bila mkn buffet..tamak..emo la pulak hihi..














Left Syuen Hotel around 9.30 pm sent Aisam back to his dent and rest. We planned to start journey back to KL at 2.00 am to avoid traffic jam. Me and husband intend to take a nap until then. MIL busy cooking chicken rendang for us to tapau home. A nap konon...sedar -sedar omg..already 4 am. We left MIL's house after sahur at 4.40am and joint the crowd race to office frm Bukit Beruntung...sampai KL sambung tido..