Friday 30 September 2011

Surah penawar - surah al kausar

Assalammualaikum,
Jummah mubarak..i love friday coz it is a last working days for a week and its keep me cheerful  despite all other things..alhamdulillah
So anyway let me share  the benefits of Surah  Al Kausar the shortest surah in al quran..my favourite surah when i performed solat..get this info from mr google..
alkautsar.jpg

Surah Al-Kautsar
 Surah ini diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan beroda mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaallah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

p/s -  If i am not mistaken yesterday 29/09/2011 bersamaan 1 Zulkaedah 1432 penerbangan ke tanah suci Mekah sudah bermula..for those who got chance to perform haj selamat mengerjakan haji semuga mendapat haji yg mabrur 

Wednesday 28 September 2011

Forget, yes but...

Assalammualaikum,

Jiwa tak tenteram beberapa hari ni...tak tau bila nak ok..cuba menggembirakan hati dan buat macam biasa tapi entah la...

Kalau aku cerita kat orang, aku takut orang cakap aku akan besar-besarkan cerita..tapi hati ni memang sakit..ya allah ya tuhan ku aku bermohon kepada mu tenangkan la hati dan perasaan hamba mu..

Mungkin ini semuanya ujian dari Allah SWT..

p/s - forgiving is easy but forgetting--i doubt it.

Sunday 25 September 2011

Joke yg tak dapat diterima...

Assalammualaikum,

Sesuai ke bagi dua orang manusia yg berkahwin bergurau melafazkan perkataan I love you? I love you okay!!

Dan dibalas pulak dgn jawapan luv u, motif? gurau je tak lebih dari tu..sporting sgt ke tu?

Ye, walaupun perempuan tu dah nak dekat 50 dan ada 5 orang anak, kau tak boleh joke guna perkataan lain ke? kau tak fikir ke bini dia boleh baca emel laki dia..nak salahkan pempuan tu pun tak boleh jgk sbb laki tu pulak bagi response..lepas tu kau bagi alasan pempuan tu memang style gurau dia mcm tu..dgn lelaki lain pun dia buat benda yg sama..habis tu yang kau pergi layan dia tu kenapa???? sampai mati la kau tak kan dpt jawapan..balik-balik kau cakap benda dah nak jadi...kepala o... kau....beria betul kau backing dia ye..

Yang pempuan tu pulak kau tak malu ke nak bergurau denagan laki orang mcm tu??semakin pelik perangai manusia ni..yg lelaki ni pun satu..dengan bini kau nak hantar msg mcm tu bukan main susah tapi dgn orang lain bukan main lagi kan...patut tak yang jadi mangsa tu meroyan?? kalau aku confirm...

Minta maaf mcm mana pun kalau hati  dah terluka, tak tau la bila nak sembuh..entah la..hanya masa yg akan menentukan segalanya..

p/s-siang ni ada lagi 2 open house nak attend..

Wednesday 21 September 2011

Testing testing

Assalamualaikum,jakun dan terkebil kebil nak guna ipad ni. Bukan aku punya tapi adik aku punya.. Sekarang ni baru lepas kemas bilik tukar cadar and now tengah layan ketika cinta bertasbih special ramadhan di astro pelangi.. Ini lah cerita kegemaran aku sekarang.. Adakah ustaz azam akan Berkahwin dengan ustazah qonita?? RasanYa minggu ni cerita ni habis kot..

Tuesday 20 September 2011

Sudah rugi, malu pula

Assalammualaikum,

Tajuk di atas ni aku dapat masa baca Harian Metro hari ni, terus teringat kisah kawan Waty...kesian dan sakit hati aku dengar..ye la aku ni kan jenis cepat emo..sama la yg terjadi dlm kisah harian metro..ntah-ntah org yg sama kot menipu..kwn waty tu tinggal kat Kajang..mangsa pulak dari Sg Pelek..dekat-dekat tu..

Kisah kawan waty ni berlaku pada awal tahun..waty ada bgtau nak pergi rmh kawan dia sebab kawan dia nak bertunang..aku tanya dia balik tak kan kawan kau bertunang hari Jumaat..ye la hari org kerja..sedara mara dia tak datang ke..wati ckp tak tau sebab pihak lelaki yg request nak buat hari Jumaat..waty ckp dia nak pergi lepas ofis..

Seperti biasa la bila ada org balik dari kenduri aku suka tanya makan sedap ke?cantik ke? tapi waty cakap sampai pukul 11 malam pihak lelaki tak muncul-muncul..bila kwn dia call tak dapat..tetamu dah lama tunggu makan terus balik..cuba bayangkan dengan barang hantaran yg dah siap sedia, diri tu dah dimekap pakai lagi baju bertunang sekali rombongan tak datang..tak kesian ke tu namanya..yg kwn dia pun kalau dari tengahari call tak dpt tak syak ke ada sesuatu yang berlaku..aku pun tak faham la dgn setengah manusia ni..lps tu kau tak boleh fikir lagi ke ada ke org nak buat kenduri hari orang bekerja..

Kwn waty ni dah ada rmh sendiri..mengikut kata waty memang persiapan bertunang dia buat sendiri..dia bgtau keluarga dia masa lagi 2 hari nak bertunang..memang tak ada majlis merisik pun..kiranya ni terus bertunang la..so memang keluarga pempuan ni serah kan segalanya pada perempuan tu..

Waty ckp lagi kawan dia ni pun mudah sgt percaya kat lelaki. mungkin disebabkan faktor umur yg semakin meningkat(dalam 30an mcm tu) dan perasaan teringin nak kahwin tu ada so org tipu pun dia tak tau..jantan tu pun selalu mintak duit dengan kwn waty tu..waty ckp lagi masa kwn dia call jantan tu tak jawab dia dengan kawan2 dia yg lain dah rasa lain mcm..kalau mcm ni baik tak payah bersuami dik..baik jadi andartu..ada lah aku tengok gambar pempuan tu kat hp waty...kesian..nmpk betul dia suka nak bertunang..waty ckp lagi kesian tengok mak dia..datang dari kampung nak tengok anak bertunang..

Memang sama la kisah yg aku baca kat Harian Metro..jantan tak tau malu, nak hidup senang je yg kau tau..tak tau la aku kawan dia ni report polis ke tidak..mintak2 lps ni dia ditemukan dgn org baik..

p/s - nak cerita pasal lelaki yg tak bertanggungjawab ni memang tak habis..

Weekend yg memenatkan part II..

Assalammualaikum,

Kan Friday tu buat mini open house, start dari pukul 3 sampai 6..tapi ada jgk guests yang balik lps maghrib..semua makanan aku masak..waty setting table..menu hari tu

1) Mee Rebus Cik Ani( ni resepi Chef Wan)
2) Nasi Impit
3) Kuah Kacang
4) Ayam sambal( my signature dish)
5) Sandwich,nuggets ,sosej(nak bagi budak2 tapi org tua pun ngap sekali)
6) Rojak buah( yg ni MIL aku buat)
7) Air sirap bandung soda made by Waty..







Saja nak ambil gambar bunga ni..


Mami Lala yg tengah tu..tepi tu kwn2 wati..






Dua orang budak yg tak boleh berenggang..


My ex SIL with Dhiyaa...Dhiyaa and lala ni sisters..


2nd day pergi wedding ex officemate kat Kluang, Norreen..sepanjang jalan tu hujan..














Selamat Pengantin Baru Norreen, Semuga bahagia ke akhir hayat..

Ini bukan rumah pengantin, tapi suka tengok rumah cina ni..mcm resort..cantik



3rdnday pergi open house rumah baru Kak Jamilah..


Macam-macam makanan ada tapi yg paling best char kuey teow ni la...

Hujung minggu ni ada lagi open house..husband pulak ada reunion sekolah lama dia..my brother mintak tlg jaga Zara sebab Syikin pergi course..another hectic weekend..

p/s - 2 3 hari emosi aku tak stabil la..nak angin je..ya allah ya tuhan ku tenangkan lah hati hamba mu ini...

Monday 19 September 2011

Weekend yg memenatkan..tapi enjoy

Assalammualaikum,

Rasa malas nak pergi kerja hari ni..dah la pagi tadi hujan..lebat pulak tu..ye la cuti 3 hari..tapi tak best la nak ambil cuti atau mc atas alasan malas..bila tengahari nanti rasa menyesal rugi cuti...

Last Friday buat makan-makan..boleh la dikatakan mini open house..dlm pada ckp tahun ni tak nak buat tapi buat jgk..ada rezeki lebih why not kita kongsi bersama..tak ramai pun aku jemput..selected..alhamdulillah hampir semua yg dijemput hadir..my niece Dhiyaa also came with her mother..risau jgk sbb Nisa pun ada jgk..kesian Nisa cepat-cepat dia balik bila dia nampak Dhiyaa's mother, Sarah..Sarah ni my ex sister in law whom was married to my brother Amir..haha mcm2 cerita dlm family aku ni...Nisa came with Lala..

Saturday pergi wedding norreen kat Kluang(jauh tu), 2 jam setengah dah sampai..tak tau la berapa notis saman nanti husband dapat.. on the way back singgah raya rmh husband's friend kat Senawang...tuan rumah served mi goreng, ayam goreng, roti john and roti canai yg semuanya diimport dari kedai mamak.. met another friend jgk kat situ..reached home around 11 terus pengsan kepenatan..

Sunday went to my ex officemate, kak jamilah open house at Taman Saujana Mewah, Kajang. she just moved to a new house a week before puasa..cantik rmh dia...she is a success businesswoman now...

Malam tadi tidor awal kepala aku pening..mak dah balik melaka..kain 3 bakul tu nak lipat..mlm nanti la lipat sambil tengok tv..kalau free mlm upload gambar..

p/s-ada beberapa perkara yg buat aku emo semasa perkara2 di atas berlaku...ke aku yg over..entah lah..

Friday 16 September 2011

Note to self..


source from islamic-qoutes.tmblr.com

May our Friday be a blessed one...

Monday 12 September 2011

BBq di hari raya ke 2

Assalammualaikum,

Baru ada mood nak update...malas 2 3 hari ni..mungkin sbb puasa kot..insyaallah hari ni last day aku puasa 6

2nd day raya kat Tronoh..seperti tahun lepas diorang plan nak berbbq jgk..so pagi(tak la pagi pun) dalam pukul 11 mcm tu 5 of us pergi ke Tesco Station 18 nak beli barang..husband request aku buat soto..ok je la..cuak jgk sbb tak pernah masak banyak..tapi alhamdullilah berjaya jgk walaupun agak masin sikit...

Malam tu ramai sedara mara husband datang..malas nak cerita panjang kita layan je la gambar kat bawah ni...

Acara membeli belah di Tesco..



Me tengah prepare kuah soto..


Watak utama..tak ada tempat ni mcm mana bbq kan..







Yg tengah mengipas tu adik ipar ku yg kontroversi..depan dia tu biras aku..dia la yg rajin menempah tempat bakor tu...

soraya's cousins..

Sesi bergambar bersama family bapa sedara..abang MIL..the bbq session ended at 1am mcm tu..penat tapi seronok..insyaalah next year kita buat lagi..

Ini menu dinner malam raya ke 3..famliy member je..skrg ni kan ada tempat bakar so rajin la diorang ni nak membakor..

Air asam and kicap prepard by my biras - fizah


Sesi bagi duit raya kat buai je..mlm tu balik kl




baju biru adik ipar..dia la skrg ni duduk rmh mil..maafkan la baju2 mereka..sbb dah mlm ye..


Sampai kl lebih kurang 5 pagi mcm tu..walaupun bertolak awal pagi kereta byk jgk tapi tak la jam mcm siang tu..aku tengok member2 update facebook kata jam teruk..

p/s - 17hb ni ada wedding kat Kluang..nak pergi ke tak?