Tuesday 29 November 2011

Gambar-gambar pergi wedding last week kat Kg Rambong, Kuala Kangsar

Assalammualaikum,

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua umat islam. semoga kita akan menjadi insan yg  lebih baik di dunia dan di akhirat dan sentiasa mensyukuri dengan apa yg diberi oleh Allah swt..

Cuti 3 hari tak ada pergi mana pun..husband kena kerja hari Sabtu dan Isnin..so memang tak bleh nak buat plan..tapi ok jgk dpt jimat duit (sikit je pun) sbb aku pun nak pergi holiday ke Kuching next week..

Gambar-gambar kat bawah ni masa pergi wedding kat kampung abah aku pada 19.11.11..Kak Da kahwin..memang jodoh itu di tangan tuhan..she is married at age 51..tapi bukan dgn husband org ye..husband dia duda 5 org anak..semoga berbahagia ye Kak Da..tapi yg tak bestnya lps ni kalau balik kampung dah tak dapat la jumpa dia lagi sebab lepas ni dia duduk Seremban..

Kitorang pun sebenarnya dah lama tak balik Rambong..busy dengan hal masing2..dah lama tak jengah rumah arwah Opah..

Sampai wedding tu pun dah lambat..around 2 pm mcm tu..kenduri kat kampung ni pukul 2 dah kira sepi..orang kampung pukul 11 dah datang makan..so meja tu kitorang la yg konker..gambar lauk tak ambilk sebab dah lapar tahap gaban..tapi lauk memang sedap..

Pergi dua kereta ijan dan aku..mak n abah naik kereta ijan so budak2 semua dalam kereta aku..


Tengok..kitorang je tinggal..meja lain dah kosong..catering pun dah siap2 nak berkemas


Caca dlm buaian..ada upaca naik buai kot pagi tu untuk salah seorang anak sedara pengantin..













Yang duduk di depan tu mak sedara pengantin kiranya sepupu abah aku la..she is staying in London..suka2 kalau ada rezki g sana memang aku akan stay kat rmh dia..panggil dia makkecik..dia pun beria-ria ajak kitorang stay kat rmh dia..insyaallah one day..
Ha..yg berdiri tengah tu la pengantin perempuan..ni dah salin baju lain..


Budak Lala ni buat perangai betul hari tu..pantang aku hilang sikit sibuk panggil Mama, Mama..ni dia tak perasan aku belakang dia tu..

p/s - mlm tadi dinner kat Sakura, Melawati..adik aku Firdaus belanja sempena Wedding Anniversary dia n Shikin..to both of you semuga berkekalan sampai akhir hayat..amin 

Monday 21 November 2011

Emas milik Malaysia...

Akhirnya, ibu segala emas milik kita..tahniah Team Harimau Malaya...to Apek you are really Man of the Match..player yg  1st shoot goal tu pun terer gak...yg tendang untuk penalti pun korang terer(nama haram aku tak ingat) ye kita menang 4-3...alhamdulillah...menang pingat emas untuk 2 tahun berturut-turut...ingat senang ke nak main depan 80ribu penyokong pihak lawan...satu kejayaan yg besar bagi pasukan bola sepak negara yg selama ni dicemuh dan diejek(termasuk aku la tu)...

Korang sanggup ke nak pergi LCCT mlm ni sambut diorang balik?? baik tidor...

Berbaloi la tengok(yg sebenarnya tak berapa tengok pun sbb suspen, risau,tak tentu arah dan asyik la tnya husband, dah berapa sekarang bang..ceh poyo !!)

Once again, congrats Harimau Malaya..meh kita dengar lagu Jalur Gemilang kat Stadium Gelora Bung Karno...

Siapa la yang dapat emas ni???

Assalammualaikum,

Rasanya kebanyakan 28juta rakyat Malaysia tengah tengok bola ni..masa buat post ni seri 1-1..suspens aku tengok..tak tentu arah...agaknya kalau aku kat stadium mau aku hilang suara dok menjerit tapi mana nak lawan dengan 80 ribu gelora hati rakyat indonesia...sesuai dgn nama stadium dia Stadium Gelora Bung Karno...

Dah menang lebih 100 pingat emas, bola ni jgk la korang nak sgt ek..tapi tak best la diorang ni..bila lagu Negaraku dimainkan show la some respect...ntah nak komen lebih-lebih pun bukannya pandai sgt pun..

Husband aku ckp pemain kita main bagus jgk walaupun ada few try yg tak masuk..tapi mcm mana pun Apek tetap terbaik....menang atau kalah korang tetap terbaik...

Aku tak tengok sangat sbb layan Tihany kat TV9..itu pun setengah jam terakhir..ha Nurul!! betul tak ckp kak sha Azman yg bunuh Fazli...

Ok la nak layan TONTON jap..nak cover mana2 cerita yg tak sempat tengok..

p/s- anak aku takde ni g Melaka..haaaniimuuun la aku kjp...

Wednesday 16 November 2011

When Zara met Caca..

It's been a while i haven't post a pictures or stories about my two little nieces..these are the few of my favourite photos of them..so adorable...Zara is 10mths and Caca is 8mths..







Love them very much..

Tuesday 15 November 2011

Wedding @Cheras 11.11.11

 Sebelum kita pergi rmh orang kahwin meh kita bercamwhoring dulu Ya...

This is my cousin's sister in law's wedding..buat mlm 11.11.11..both pengantin are cousins..dah jodoh kan..we reached there quite late..ye MRR2 tu kan sokmo jam..at first aku pun mcm nak pergi ke tak tapi kesiankan kat Mak yg dah lama tak jumpa Auntie Marziah aku pun pergi je la..

Nasib baik makanan sedap...nasi minyak sedap..daging dendeng pun sedap..they were not only served rice but also had bbq set..mcm grill lamb chop, chicken wings and salads..

Tapi yg agak sedih kakak pengantin perempuan tak ada..pada hal dia la yg sibuk menguruskan wedding ni dari A to Z...her daughter admitted to hospital due a high fever since raya haji..pelikjgk tak ada orang nak replace dia sekejap for her sister's wedding..

Not much picture taken...only a few...oh!! the theme of the wedding is red...nampak mewah dan class..







To Jiji and husband selamat pengantin baru semuga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin

Syok sendiri





Pose syok sendiri.. Ala-ala nak ikut style fashion blogger yang selalu buat pose dekat atas jalan dengan baju yang mereka pakai.

Friday 11 November 2011

16 years...

Assalammualaikum,

Well aku rasa hampir semua orang sibuk dengan date hari ni kan..11.11.11..yang nak menikah tentunya ramai..aku dapa gak jemputan ke majlis perkahwinan mlm ni kat Cheras..kalau rajin pergi la..tau je la nak pergi cheras tu kena lalu MRR2..dengan jamnya lagi..hari ni Jumaat tengah hujan pulak tu dapat ku bayangkan betapa teruknya jam tu nanti..

Sebenarnya hari ni juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku yg ke 16..orang lain 16 tahun kahwin anak 4 5 orang tapi rezeki aku anak sorang je..tak merungut malah bershukur kepada Allah swt dengan kurniaannya...

Seperti semua perkahwinan, aku berharap dan berdoa semuga kehidupan aku sekeluarga dirahmati dan diberkati Allah swt..segala rintangan dan dugaan kita hadapi bersama..kepada mereka yg cuba merosakan rmhtangga aku bwk2 la insaf...kepada suami, terima kasih kerana kasih sayang yg diberi tidak berubah sama seperti 16 tahun dulu..sama-sama kita menjaga keharmonian rmhtangga kita ek..(ala..dia bukan baca pun blog aku ni..tak pyh nak feeling sgt)..

p/s-agaknya hadiah apa lah  yg husband nak bg ni:-)

 

Thursday 10 November 2011

Dah sampai masa dia...

Husband called just now and informed me a sad news. One of his aunty passed away this afternoon. This aunty was my husband 's late uncle wife(my mother in law's brother). The arwah had serious diabetes. Kaki pun dah kena potong..the body will buried after asar prayer near Selayang..memang tak sempat nak ziarah pun..insyallah after work kot we all drop.

Alfatihah to Cik Ros...semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalagan golongan orang-orang yang beriman..

Apabila mati anak Adam..Terputuslah amalannya melainkan dengan TIGA perkara :-
Sedekah jariahnya ketika hidup
Ilmu yang dimanfaatkan olehnya
Anak soleh yang mendoakan ke atas dirinya...
 
Ya Allah Ya Tuhanku, Baguskanlah untukku Agamaku yang menjadi pangkal urusanku, Baguskan pula Duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, Dan Baguskanlah Akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, Jadikanlah hidupku bekalan bagiku dalam segala kebaikan, Serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.....AMIN
Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti 

ok la...ending yg dapat diterima..

So tamat la sudah cerita Soffiya...kiranya happy ending la..berbaloi tengok..tak kan la Sofi tu nak pergi kat Ilyas pulak kan..tapi yang tak sangka baby tu anak Ilyas walaupun Fiona tu curang...mula la si Ilyas tu menyesal..tak payah menyesal la si Fiona tu pun curang..Muiz pun kena tangkap tapi dah gila...kalau aku jadi Soffiya pun aku pilih si Kamal tu..

Ketika Cinta Bertasbih episode Meraih Ridho Illahi pun dah habis..ingat nak terminate Indo Pek la lps ni..subcribed pun psl KCB ni..tapi ada lagi sambungannya..Dari Sujud ke Sujud..aku suka cerita Habiburrahman El Shirazay..yes i know..dah terlambat nak tau kan..ingat lps ni nak beli semua novel dia..ada ciri-ciri keislaman..sambil baca dapat jgk ilmu..

Ketika Cinta Bertasbih ni aku start tengok bila Indo Pek kat Astro tu buat promo..so dah start suka..lepas tu bersambung la pulak dengan Special Ramadhan then Meraih Ridho Illahi..

Yang aku suka tengok KCB ni walaupun diorang berlakon sebagai suami isteri atau adik beradik tak ada satu pun adegan sentuh menyentuh contohnya mcm bersalam ke..haram tetap haram walaupun berlakon..memang pun bukan muhrim pun lan dan sangat menjaga adab susila..kalau drama melayu tu walaupun si pelakon tu atau pun penerbit tu bertudung tetap ada adegan pegang-pegang..aku rasa penerbit atau pengarah kita boleh ambik contoh dari cerita KCB ni..






Lantak gambar tak berapa nak jelas..CnP kat google..ada lagi satu filem ni Dalam Mihrab Cinta..weekend ni kalau Maryam datang boleh la aku tengok..lagu Dalam Mihrab Cinta ni aku suka sangat..Afgan nanyi..aku kan peminat Afgan..sangat mendamaikan dgr lagu ni...

Ok nak sambung buat kerja..nak clearkan filing..esok aku start block leave..tapi tak ke mana pun..dah la kereta pun kat workshop lagi..

p/s - ishh..TONTON dah kena block la kat ofis ni..boring betul..bak kata adik aku ye la pergi ofis nak kerja bukannya nak tengok tv..

Monday 7 November 2011

1st entry for November

Assalammualaikum,

Hari ni dah start kerja..last Friday cuti..kemas la rmh sikit..mak pun nak balik..dah seminggu rmh tu tak bersapu..sampah dan habuk jgn cakap la..kain baju pun dua bakul tak berlipat..

November ni banyak tarikh2 yg kena ingat(samada dah lepas atau pun yg akan datang)..

3rd November - my sister Ijan, birthday
5th November - my SIL Shikin, birthday - 
to both of you may allah bless you always..sori hadiah belum sempat nak beli lagi..
11th & 12th November -  my 16th wedding anniversary (how time flies..dah 16 tahun hidup bersama)..

eh tu je la yang penting pun..

wedding invitation pun dah mencurah-curah datang..

oh lagi satu..malam raya tu husband accident..kena langgar dari belakang by drunken driver..alhamdulillah husband is not get any injured..according to the workshop it will take 2  weeks for the car to be repair..so we will be car-less for 2 weeks..

On raya Haji we just had simple celebration among us..mam cooked nasi dagang and mihun sup..Ijan baked orange cake and bread pudding..

After the guys came back from the surau, i took my nephews to see qurban near the padang..for this year 15 cows disediakan untuk acara qurban..like previous year, mak mesti join qurban..aku insyaallah next year boleh la join...

Enough of ramblings, meh tengok gambar kat bawah:-

"Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Raya delicacies

 

















Lembu yg ke 12 adalah lembu mak..



Emak tengah tunggu lembunya untuk disembelih..menurut cakap mak aku sekiranya lembu itu mengerang sebelum atau selepas dia disembelih itu tandaya dia berdoa atau berzikir meminta allah swt mengampunkan dosa untuk tuan yg qurban..wallahualam






Penutup entry mari kita tengok gambar Little Lala..




p/s - aku suka sangat jubah yg aku pakai pagi raya tu..lain kali boleh tempah lagi..