Friday 24 October 2014

Last entry di tahun 1435H


Assalammualaikum..

Hari terakhir taqwim hijrah 1435. Esok dah mula tahun baru 1436H. Bagaimanakah amalan aku selama ni? Adakah mencukupi untuk bekalan ku di akhirat nanti? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku. allah, terlalu besar dosa ku kepada mu. Dugaan yang kau berikan kepada hamba mu ni, kekadang tak tertanggung ya allah. Kau menguji aku, tandanya kau sayang aku, kau mahu aku ingat kepada mu. Kekadang aku lupa, aku lalai...terasa damai bila aku dapt sujud dan bercakap dengan mu ketika solat. Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap isi hati hamba mu ini. Pimpin la hamba mu, berilah kesabaran yang tinggi kepada hamba mu ini dalam setiap ujian yang datang. Terima Kasih Allah, mendengar segala rintihan hamba mu ini. Aku percaya ada hikmah disebalik yang berlaku.

Insya Allah, pagi ahad pukul 1 pagi, mak dan abah akan pulang ke tanah air. Tak sabar nak jumpa dorang. Tadi aku masuk website shafiqolbu sebab nak cari doa akhir tahun dan awal tahun, sekali kat sidebar tu ada doa untuk orang pulang dari Haji. Ya, memang aku tak tau ada doa tu pun, so saya mohon share ya tuan blog shafiqolbu(tak reti nak buat link)


Doa Menyambut Kepulangan Jemaah Haji 1


3 Perkara Yang Perlu Dilakukan

Ketika menyambut kepulangan jemaah haji, adalah sunat melakukan tiga perkara berikut :
  1.  Mengucapkan salam kepada mereka,
  2.  Menjabat tangan mereka dan bertanyakan khabar.
  3.  Sebelum jemaah memasuki rumah, mintalah kesudian mereka agar mendoakan dosa-dosa kita diampunkan.

Terimakasih shafiqolbu atas informasi yang diberikan. Nak baca yang lengkap pergi la ke website shafiqolbu.

Mak ada pesan, bila dia balik nanti masak la apa2..ye la, sure lapar sebab lama kat airport tu nanti, so aku dah decide dengan Ijan nak masak nasi lemak. Malam sebelum pergi KLIA aku masak lauk dulu, nanti dalam pukul 2 pagi Ijan masak nasi lemak. Tu dah kira merangkap breakfast pagi tu.

Hari ni juga birthday anak buah aku, Layla Alima..seperti biasa nak hadiah barang2 frozen. Nanti kita cari yaa...

Ok, boss dah balik tu, ada chance la kot nak keluar ofis awal sikit dari biasa..

Selamat menyambut Maal Hijrah 1436 semua. Semuga kita semua menjadi hamba allah yang lebih baik dan bertaqwa serta sentiasa beristiqomah.

Tuesday 14 October 2014

Malam minggu @ The Curve

Assalammualaikum,

Asalkan malam minggu je anak aku mesti ajak dinner kat luar. dia bukan kira papa dan mama dia cukup duit ke tidak. Anak2 zaman sekarang, nak je, 90% dapat. Husband aku ni kalau anak dia yang ajak, memang seboleh-bolehnya la dia akan turut. Bila tanya nak makan mana, semua cakap tak tau, tak kisah nak makan mana. aku ajak pergi makan kat Tappers Danau Kota, tak nak pulak. Alasan anak aku, dah pakai smart2 mcm ni tak kan nak pergi Tappers Danau Kota jek.

Ok lets go to The Curve sebab kat sana pun ada Tappers jugak. Aku teringin nak makan pasta sebenarnya. Dah suruh husband buat kan, mcm tak layan jek..aku nak carbonara. Sampai The Curve, jalan2 dah sampai e curve tak jumpa Tappers, tapi terjumpa restoran GoodSaltz. Ok, nampak cantik restoran ni, plus nampak pulak pempuan pakai tudung tengah makan. Senang je aku ni nak tau kedai tu boleh mkn ke tak, nmpk ada org islam makan, boleh la aku makan. Pada mereka yang was-was, toksah la ikut cara saya ni ya...




Husband kata makan sini je la..so, mari kita oder..carbonara fettucine yours ni saya punya. yang ni ada adalah menu chef's recommendation. Ada simbol gs kat tepi. Sedap, kena dengan taste aku. Creamy sgt. Those yang tak suka tu rasa muak la kan. Ada beef bacon and mushrooms dlm tu.



Yang ni Soraya punya...dia claimed yg dia lapar sgt. Ni namanya Big Papa. Sekali datang, terkejut. Tengok beef patty dia sgt la tempting. Boleh share 2 org ni. Lazat n berbaloi dengan harga RM26 tu..yang kentang tu boleh pilih nak cheesy fries atau wedges.


All Day Sunnies Breakfast. Lala punya.


Husband pun oder all day sunnies breakfast menu. Yang ni husband punya. Boleh pilih samaada nak pancake or toast.


Happy ye kamu Lala..tak habis pun dia mkn, yg clear telur tu jek..




Gambar ni sebelum makanan sampai..



Dah kenyang, awat hang termenung sha....emmm..pikir mcam-macam.


Masa makan tu husband suggest tengok wayang. I cakap ok la tengok apa cerita yang pada time tu. So, tengok Dracula Untold. Tak berapa seram, ok la, boleh gak aku tengok. Letih kalau tengok cerita seram dan terkejut2 ni..



Siang Sabtu tu ada jemputan kahwin kat Taman Bukit Jalil, sebab dah tau nak pergi makan kenduri, aku tak masak la hari tu. Husband ada attend satu lagi kenduri kat taman aku. Soraya pulak siang tu ada majlis konvokesyen kat MSU. Belum habis SPM, dah ada konvokesyen. Macam2 sekolah sekarang ni.

Mak dan abah pun dah selamat mengerjakan Haji. 16hb ni dorang akan berangkat ke Madinah pulak. Tak sabar tunggu dorang balik 26hb ni. Semuga mak dan abah selamat dan sihat di sana.