Friday 14 August 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015

Assalammualaikum,

Haaa amik kau...esok dah habis syawal baru pikir nak letak gmbr raya kat sini..sok2 anak cucu aku baca ada la nmpk gambar kami semua beraya...

Tema kaler last minute..baju raya husband aku yg 2 tahun lepas so guna semula..dia ckp tak pyh buat baru...dress aku dari lovetodress..baju Yaya dan Lala tu as usual beli kain tempah dari tailor aku. Trajedi sungguh la baju budak2 ni...malam raya baru siap tu pun pukul 11 mlm, balik rmh anak aku try baju sempit sendat sampai nak nangis la Yaya. Aku call dia and tailor aku suruh hantar balik nak alter. Memang kena alter jgk...sib baik rmh dia dkt dgn rmh aku. Kul 2 pagi aku g rmh dia, kul 7.45 husband dia dtg rumah aku hantar. Korang pernah ada pengalaman mcm tu?? aku ni regular dan byk bagi customer kat dia, so nak tak nak kena la lyn kot hahaha... Baju aku lps raya baru aku ambil. Dia buat baju memang superb la kena dgn taste aku tp bila raya ni kelam kabut. Semua dia nk buat sndiri. Aku rasa next year bila aku hantar kain kat dia toksah ckp nak pakai raya, nanti dia akan simpan kain tu..

Shol satin tu buat masa dinner offis aku, so pakai semula..baru perasan tema kitorang dah nak dekat sama dengan kale dinding rmh aku.

Buruk nau ghopanya bila husband aku tersengih. Mana taknya gigi depan tu dah patah separuh akibat eksiden masa bulan puasa aritu. 3 minggu dia MC. Time tu mulut pun kena jahit. Sian aku nengok. Kaki tangan abis luka. Nak dekat 40 jahitan jgk la kat dlm dan luar mulut tu. Now dah ok..dah boleh main tenis lps cuti raya haritu.




Keluarga adik aku, Firdaus...dorang pilih kale biru..tahun ni turn aku dan dia raya kat Melewar.


Team merah...Ijan ni memang every raya dia akan raya Melewar dulu then 3rd raya baru dia beraya belah mentua dia. Si Caca tu tunduk tak nak pandang kamera sbb tengah sentapp...sentap kenapa Lala duduk kat riba si Yaya..mcm2 bila dah reramai ni..tapi tu yg buat seronok dan meriah.. 

1st raya for si kecik Haifa..budak kuat meragam ni...


My mom bersama cucu2 yang ada...Abah aku takde sebab dia dah tukar baju..panas katanya...


Selepas uapaca bermaafan yg penuh dgn air mata, uapaca yg dinantikan oleh anak2 semua, bagi duit raya..




Lps zohor tu kitorang pergi beraya rmh the only mak sedara aku yang ada sebelah abah aku, adik abah aku..dia stay kat Lembah Keramat jek..

Tahun ni raya yang agak sedih bagi auntie aku dan kitorang semua. Kurang sorang ahli keluarga. Perginya arwah Azhan menghadap illahi pada February lepas. 

Malam tu jgk celebrate birthday Yaya n Muaz. Kek ditaja oleh Shahril, abah Muaz. Yaya 18 and Muaz 9 tahun. Yaya 15th July, Muaz 9th July..





Me and my cousin, Rose..


Gambar kami bertiga...


Esoknya aku balik Ipoh..aku request kat husband aku nak balik 2nd day raya. Jalan jam kat tempat biasa so masuk jalan lama. 

Raya ke 4 balik Kuala Kangsar jap and awal pagi Isnin balik KL semula..sampai KL pukul 8 pagi..lalu jalan lama..hiway dah tengah malam pun jam lagi..jimat tol..

Tu je la citer raya aku tahun ni...sederhana aje..suka tengok budak2 beraya..aku pun suka suasana raya..citer yg sedih2 n masalah memang ada la..malas nak citer kat sini..biarlah jadi rahsia aku n family..

Semuga Allah SWT mempermudahkan urusan kami sekeluarga semuanya..