Friday, 29 July 2011

Ramadhan al mubarak is coming again...

The holy month of Ramadhan is almost here and all of us are preparing for the spiritual month of Ramadhan, insyaallah...i can't wait for ramadhan...bulan yang penuh dengan keberkatan. Aku rasa suasana malam di bulan ramadhan pun sangat berlainan. Rasanya langit di malam hari sentiasa cerah. Nak turun bawah pergi dapur 2 3 pagi pun tak rasa takut sangat.

So di bulan ramadhan tahun ni aku berazam kepada diriku sendiri unutk membaca ayat suci alquran habis 30 juzuk, mengerjakan tarawih sebanyak mungkin dan melakukan amalan-amalan yg lain. Jgn sibuk nak merayap kat shopping complex lepas berbuka.  Mulut ni pun sempena bulan pose ni jgk kena jaga jgk.     Kesabaran harus ditingkat. Jangan tau nak naik angin je..(yes, my bad habits is easily to get angry). Elakan dari mengata dan mengumpat..kurang pahala puasa..



To muslim out there wish all of you a very Happy Ramadhan and may Allah SWT forgive all of our sins and save us from the bad habits. 

p/s- belum apa2 lagi dah plan sahur nanti nak mkn apa..ish ish

Thursday, 28 July 2011

Singa lawan ghimau..

So, semua dah tau result bola tadi kan...aku tak tengok tv sebab nak pergi tahlil kat Bukit Setiawangsa tapi on the way tu on radio channel sinar...ada siaran langsung..jadilah dpt dgr kat radio..teringat masa kecik dulu abah aku dgr bola kat radio...on the way back  tu Malaysia score 1 dah habis suka la kan tapi kejap je la...tak boleh nak suka sgt terus Singapore dapat satu gol yg sgt senang(walaupun tak tengok tv tapi dengar radio pun dpt bayangkan bagaimanakah corak permainan Malaysia).

Aku dengar dari mula Msia asyik serang je... macam anjing liar kejar kucing nak kan 2 biji gol tu, Datuk Rajagopal patut kasi pemain relax.. play cool dan bergaya professional, jgn terlalu agresive menyerang dan banyak simpan bola.. gol akan datang sendiri.  

Nak gelak pun ada baca status member-member kat FB...of course la byk yg sedih..yg bagi semangat pun ada..tak tau nak cakap apa la kan...kalah menang adat permainan tapi....malas nak ckp..agaknya kalau aku tengok live mau kena sakit jantung kot...
Ok la kita tengok la apa cite kat paper esok...anyway congrats to Safee Sali...you are the best! Tapi kalau ada tiga empat safee sali pun defence camtu je lawan team kampung aku boleh kalah kot. hehehe ..majulah sukan untuk negara...kalau dalam zoo pun singa lawan rimau sapa menang...k bye.

Main sungguh2

Malam ni Harimau Malaya akan menentang Singapura. Perlawanan timbal balik sempena kelayakan piala dunia 2014. Hari tu kat Singapura korang dah kena belasah 3-5 kan so mln ni main dengan penuh semangat dan ingat dalam kepala otak tu aku nak menang. Jangan main mcm kartun. Singapore tak ada la kuat mana walaupun ramai pemain import. Yang bagi goal tu aku tengok badan pun tembam semacam je.. Ni tidak, bila jmpa Singapore je dah menggelabah.. Yang defence tu jaga kawasan gol habis-habisan. Tak kisah la Safiq Rahim tak main mlm ni..korang yg main tu main sungguh-sungguh...wah! ckp boleh la kan...hehe

Akhir kata ingat la penyokong yang berpuluh ribu dtg tengok nak menyokong Malaysia. Jgn hampakan rakyat Malaysia. Jgn bagi rakyat Malaysia memaki hamun korang..mesti ada punya la kalau main ntah apa2.. main dengan penuh semangat, dispilin dan keyakinan yg tinggi..

MALAYSIA BOLEH...

p/s - ada tahlil mlm ni if not boleh tengok kat tv..

Monday, 25 July 2011

Bertuah badan..

 
Agak tersentak bila blog hoping ada ternampak cerita psl perkahwinan norman hakim dan pasangan tangkap khlawat dia si memey tu disponsor berjuta-juta oleh Jimmy Choo dan Rafflesia. Padan la husband ada tanya aku betul ke diorang berdua ni kahwin cost sampai RM12juta? Yang aku ni tak tau cerita pun dengan laju menjawab mana ada duit si Norman tu nak kawin byk tu..kalau ada tak kan la si Abby tu meroyan dlm paper psl nafkah anak. Masa duduk bersama pun si Abby tu kerja siang malam cari duit..Ye la aku kan pergi holiday mana ada baca paper pun.

Apalah agaknya perasaan si Abby tu bila dia baca. Mungkin dah tak kisah kot. Aku yang baca ni pun geram gak la..apa ke hal 2 sponsor tu nak sponsor diorang? nak kata berlakon popular sangat pun tidak..nak kata jadi hero atau heroin dalam movie yang meletup lagi la tak ada..si memey tu nak kata jadi duta product ada ke? ke aku yg tak perasan...si norman tu dulu ada la masa dia masih lagi suami si Abby...

Reporter pun satu hal...yg aku perasan suka sgt cover psl diorang ni. Terutama Harian Metro..psl si memey tu bagi anak abby mkn pun nak masuk paper..siap ckp lagi ciri-ciri keibuan..tak kan la dia nak bantai pulak budak tu dpn orang ramai...mcm pelik sgt ke kat reporter tu bagi budak makan... Cerita pasal abby susah payah nak jaga anak tak pulak korang nak cerita...baru la adil..

Memang la orang akan cakap ala dah rezki diorang tapi hati manusia ni mesti la berdetik jgk kan...perkara normal la org pempuan  akan mrh si memey tu sbb merampas laki orang lps tu kecoh...pandai plk ckp dah ketentuan, dah jodoh...

Harap-harap jodoh korang kekal hinga akhir hayat...jgn bergambar sakan naik meluat org tengok..belum apa-apa dah pegang sana pegang sini...awak tu artis..cubala tunjuk perangai elok sikit...

p/s- entry yg tak ada kena mengena dgn hidup aku...saja nak bg pandangan..

Sunday, 24 July 2011

Weekend gateaway at Bukit Tinggi..

We were spent our weekend at Bukit Tinggi Pahang. Just 40 minutes drive from KL, in the midst of rolling hills lies Berjaya Hills Resort. Choose to stay at Berjaya Club House. Enjoy the pictures

Our room...










Bbq dinner..









Bowling time (located at Sport Complex)





On the next day, Adam and Soraya having fun in the pool..half olympic size and a panaromic view of the valley. Husband had tennis game with his tennis mate. Actually this trip was organised by KelabTenis Taman Melewar.






Then, we visited Colmar Tropicale and Japanese Village.. 


















We returned to our hotel and get ready to chek out. We enjoyed ourselves there and it was a perfect place for retreat.

Thursday, 21 July 2011

Little Zara warded..

Salam,

Dapat call dari Syikin bgatu Zara kena warded due to bronchitis. Aku ada jgk perasan zara ni dia selsema non stop since hari aku jaga dia masa Syikin hospitalized hari tu. Asal jumpa dia mesti hidung dia berair. Then hari tu dgr gak dia bernafas agak bising.

Smlm balik kerja lps berbuka puasa terus siap pergi Ampang Puteri. Sebelum tu singgah nursery Adam ambik dia dulu. Sampai hospital Syikin balik rmh nak sediakan kain baju sekolah adam because adam will stay with me for a few days. so berpeluang menjaga Zara for a few hours. Meh tengok gambar kat bawah ni ada mcm baby sdg sakit tak? Oh! she is so good in front of camera..always smile....









Monday, 18 July 2011

Monday Blues...

Senyap je kat ofis hari ni. Tak ada mood nak ckp banyak. Selalunya kalau Monday ada je cerita yg nak dikongsi bersama. Orang suka ke tak suka nak dgr aku cerita je...

Offismate aku pun senyap jgk. Malas nak tanya kenapa. Tak apalah kalau tak nak cakap dengan aku Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Konsep berkawan bagi aku kalau orang tak suka, bengang ke aku akan diam je. Kalau aku buat salah aku akan minta maaf.  I'm just an ordinary human being and make mistakes yg kekadang aku sendiri pun tak perasan. Sebab tak perasan ni la yg buat org sakit hati atau sedih dengan aku.Bila hari-hari berjuma mesti la perangai buruk kita akan keluar dan buat orang tak suka. Aku boleh menganggap diri aku ni bila di ofis adalah org yg ceria dan tak suka nak tunjuk "bad mood". Kalau keadaan berterusan mcm hari ni i just follow the flow je la... sedih ke? sedih gak la...tapi nak buat mcm mana kan?

Orang tak puas hati dgn kita pun aku tak boleh nak control. Dalam family kita pun ada  jgk yg tak puas hati dgn kita kan.. Aku rasa kalau org tu tak puas hati dgn  aku time tu je la..mungkin dia tengah bengang dgn aku ke kan...That's life...mana boleh kita nak program otak manusa ni dgn cara kita. Allah swt memberi dugaan kepada manusia ni dgn berbagai bentuk. Aku anggap ni satu dugaan kecil je... think positive..

 p/s- Eh sha, kau ingat kau dah tua ni tak ada org ke nak terasa hati dgn kau...jgn perasan kau bagus ok.. tapi kan tak semestinya bila kita dpt tau sesuatu yg kita tak sangka, selamanya mcm tu...merepek la kau ni...

Friday, 15 July 2011

My girl turn 14..



 Today is a very special day, and not just because it is your birthday, but because it is the day when I first saw my angel 14 years ago. I love you my sweet princess, Anis Soraya.  May Allah SWT bless you with a great, succesfull life ahead and be a good muslim. Mama and Papa are always there to support you.  Wish you a very happy and sweet birthday...



p/s: hadiah minta dekat papa..

Wednesday, 13 July 2011

Simple but delicious..



Tadi dinner mkn ni...prepared by my husband..sekali sekala tukar selera. tapi husband aku ni kekadang rajin jgk dia masak. Dia ni suka masak ala western sebenarnya especially pasta. Simple je ayam goreng kunyit dan ikan goreng campur sayur.. sedap..kalau dah malas ada pulak orang tolong masakkan memang la sedap..alhamdulillah rezeki untuk mlm ni...

Friday, 8 July 2011

KOTOR sgt ke?

Semua orang dah maklum psl perhimpunan esok yg akan dianjurkan oleh satu pertubuhan haram di mana pengerusinya adalah seorang manusa yg tak sedar diri dan tak sedar diuntung. Hantar kau balik negeri baru padan muka. Lepas tu ada pulak yg ngok2 tu pergi ikut. Lagilah menjadi-jadi tak sedar diri. Sampai dah juma Agong pun kau berdegil nak buat jgk eh...

Kesannya polis pun sibuk la buat road block sana sini dan menyusahkan hampir semua orang termasuklah adik aku yg tak jadi nak balik kl sbb takut jln jam. Dah la aku tengah rinnu dgn anak2 buah aku..

Kau ni nak apa sebenarnya? nak jadi popular ke?nak org pilih kau ke masa next election nanti?ke sbb dah tak ada kerja sgt...kau ni memang kecoh la...tak suka tengok keadaan aman damai.

Yang mengikut ni pun satu hal..teruk sgt ke jadi org malaysia ni? Dengan erti kata lain  kau pegi duduk kat Vietnam atau China baru kau tau senang ke susah. Baiklah duduk rumah ajak keluarga bersihkan rumah atau kalau rumah dah bersih sgt pergi surau ke masjid ke gotong royong membersihkan kawasan. Puasa dah nak dekat ni. Bulan syaaban yg mulia ni la pulak korang nak buat huru hara.

Bila polis kata jangan buat korang nak buat jgk lps tu provok. Bila kena tangkap ckp polis dulu yg buat provokasi. Kalau la Malaysia ni tak bersih masa election tak kan la pembangkang boleh menang sampai  negeri. 

Aku ni seorang yg pencinta kedamaian dan keamanan, so benda2 remeh mcm ni memang buat aku geram je...kang aku pulak yg terlebih emo..

p/s- sekali sekala tu hayatilah lagu NEGARAKU..

Tuesday, 5 July 2011

Kunang-kunang

Cerita lama, kira-kira 2 minggu(mlm final raja lawak) lepas pegi dinner kat Kunang-kunang.Konsep restoran ni dalam taman.  Restoran ni terletak di tepi hi way MRR2 menghala ke Gombak dan bersebelahan dengan stesyen minyak Shell. Dah lama jgk kitorang tak dtg mkn kat sini. Dulu masa dia baru2 bukak aku boleh dikatakan salah seorang pelanggan tetap. Time tu makanan semuanya sedap dan harga pun tak mahal mcm sekarang. . Lps tu stop sekejap pergi sini bila tengok harga naik..contohnya dulu kalau tak silap aku sepinggan nasi goreng boleh dapat RM5.00 sepinggan sekarang ni dah nak dekat RM10.00 tapi tak kisah la kalau masakan dia sedap dan portion pun agak besar...ye la knowing org kl ni they don't mind to pay more if the food are delicious.

Air carrot tu aku punya...tak sedap.carrot kurang susu lebih. tak berbaloi bayar.




Mi kari husband. Tiap kali dtg sini mesti dia oder ni sampai dia dah tau kalau tak sedap mesti dah tukar chef.




Char kuey teow. Favourite soraya ni. tak habis-habis dgn char kuey teow. Sedap.



Aku makan ni je...motif? konon tak nak mkn heavy..





Sotong goreng tepung pun dah tak berapa sedap tapi keropok lekor dia memang sedap. Ikan banyak dari tepung. Sepinggan dalam 7 ringgit adalah dalam 10 ketul.

Sekali-sekala nak tukar tempat mkn ok la...oh ya disini setiap malam jumaat dan sabtu ada live band. Pastikan korang tak duduk depan live band tu nanti susah nak sembang sbb sgt bising...