Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, 4 February 2015

Pulau Ketam Village Steamboat

Aku suka makan steamboat. Tapi husband tak berapa gemor. Dia kata leceh nak kena masak2 plk. Selalunya aku akan pergi Tupai-Tupai. Dah banyak kali kalau pergi KL Festival lalu depan kedai ni pandang je..ajak husband makan dia tak nak. Pernah sekali tu dah duduk waiter bagi menu, bila husband aku belek menu, dia ckp tak payah la, so terus kitorang bangun..

Sampai satu hari tu aku keluar dgn adik aku Waty, and dia ajak makan sini sambil menyakin kan aku steamboat dia ok sedap..ok jom try..terus jatuh chenta...thanks Waty..gambar bawah ni yang kali ke 4 kot aku pergi makan without husband aku. Dia ada hal, so drop kitorang kat KL Festival.

Ada 2 jenis sup..clear sup and tomyam..of course aku and Yaya pilih tonyam and clear sup for Lala. Tomyam dia pedas tp sedap(ikut selera tekak aku la)..

Sambal merah and cili api tu campur dgn kicap letak bwg goreng, pedas meletup..i likeee...oh, pernah sekali mkn dengan husband, dia surrender tak tahan pedas hahaha..





Aku oder Dumpling Noodle, boleh pilih nak mihun, kuetiow or mi..aku suka mihun sebab kuah dia akan serap kat mihun tu..then aku oder side order tau fu..


Yaya oder Sliced Lamb Noodle set. Mihun tu banyak, boleh je share kalau korang ni jenis ta kuat mkn. For lala aku oder kan Special Kid Set which aku rasa lepas ni tak pyh la oder, just share dgn kitorang. Dlm set tu ada la 2 biji telur puyuh dan isi ketam sama dgn mihun.


Muka kegembiraan...



Keadaan dalam restoran. Selesa. Nak mkn kat luar pun ada tp panas la sikit harapkan kipas tu je la..dah la panas pedas, panas badan lagi, so kita mkn la kat dalam. Kalau dgn husband aku, dia akan pilih kat luar senang la dia nak berasap.


Since nak raya cina ni, meh la kita bergambar dengan binatang untuk raya cina tahun ni..

So, cuti panjang hari tu aku tak ada la pergi mana. Company tak bagi imbuhan untuk aku bersuka ria sikit. Memang ada kat KL..tak pe, kita tengok plk masa CNY nanti ye...

p/s- harga minyak turun, jalan jauh memang best tp harga hotel n makan tetap sama..



Monday, 21 April 2014

Adam's 13th Birthday

Assalammualaikum.

Kisah seminggu yang lepas. Dah janji dengan Adam, birthday dia nak belanja makan burger kat Johnny Rockets. So, bila mak dan abah dia sibuk dengan conference and sports day, ni la masa yang terbaik untuk aku fulfilled the promise. Birtdya dia yg betulnua on 9th April. Dah 13 tahun dah Adam ni..

Sampai je kena tunggu sekejap sebab full house. Tapi tak lama pun, tak sampai 10 minit. Penuh dan bising. Ruang atas pun ada. Kat sini dorang jenis entertain customer dengan menai kat depan counter tu, Actually, this is my 2nd time dine here. Sama je konsep dorang ni. Makan siang pun dorang berjoger, malam pun lagi rancak la.

Lps tu ada yang datang tu celebrate birhtday, lagi la bingit dengan bunyi alat musik..sampai nak sembang pun payah. Faktor umur kot, dah tak suka tempat bising2 ni. Tapi memang annoying la bunyi muzik tu..

Tak nak bising dok rumah..hehehe..ok, layan gambar je la..nak citer pasal burger pun aku rasa semuanya sedap jek..

Birthday boy denganSmoke HSE single burger and chocolate shake. Yang ni rege dia RM24.90. 


Nampak tak counter merah tu, dan ada pempuan berdiri tu, kat situ la dorang berjoget. Sepanjang sejam aku kat sana ada la 3 4 lagu dorang joget. Terhibur jgk la tpi yang tak tahan tu masa dorang nyanyi birthday..aku tanya Adam, nak ke dorang nyanyi untuk Adam, Adam cakap tak nak..malu la tewwww....




Aku makan tuna sandwich..konon diet la..takat mcm ni kat rmh pun boleh buat..dah la RM17.90...


.
Ok, mama dah belanja Adam. Mama doa kan Adam menjadi anak yang soleh dan disenangi semua orang




Gambar yong tau fu tu aku makan kat Kampung Pandan. Laaaamaaaa sgt dah aku tak pergi sini.. Ada jgk husband dan kwn2 aku ajak mkn sini, aku tak nak. Dengan alasan bau badan brother yang meniaga dulu tu berbau..puas dorang ckp dah xde dah brother tu dulu, skrg ni sedara mara dia dan dah tak de bau. Agaknya husband aku teringin sgt nak pergi, dia ajak aku pergi jgk. Ok la, saya yang menurut perintah.

Ye la...kedai pun dah besar..xde lagi kerusi n meja kayu tu...mesti la berubah dan ada kemajuan kan. Takde la pulak aku ambik gambar kedai ni..so, yang pinggan pertama tu husband punya. dalam RM11 sebab ada sotong, dan aku punya pulak dalam RM5 jek..Husband amik yg jenis mkn dengan sup dan sos tu asing, aku yang biasa punya la..mcm kat pasar malam tu..rasa?? rasa yong tau foo la..hahahha..tak kelakar ok..sedap la jgk..kat sini jgk ada jual nasi lemak dan mi rebus. Next time datang boleh try. Kedai ni tutup on Friday..

Husband takde dari Khamis lepas lagi. Hari ni baru balik dari Bukit Tinggi, Padang. Alhamdulillah, dah selamat sampai after 3 hours flite delayed...huhuhu..patutnya kurang sejam dah sampai LCCT.

Tak sabar tengok telkung sulam yang dia belikan. mcm mana la ghopanya ye... 

Alhamdulillah. flite MH192 dari KL ke Bangalore safely landed at KLIA. Dah tak sanggup nak dengar satu lagi trajedi.

Wednesday, 19 February 2014

Hujan je lapar...

Assalammualaikum,

Bangun pagi td, kepala rasa sengal. Nak kata tak cukup tidor, pukul 11 dah terbongkang atas katil. Lately ni dah berapa kali rasa mcm tu, rasa mcm hangover. Telan panadol 2 biji lps bfast tadi, baru ok. Kot salah makan ke?? badan ku ni bukan la jenis yang kuat angin, meaning salah amik jenis makanan, dah burrpppp burppp angin, tidak. Faktor umur kot. Umur dah 40an ni memang kena jaga mkn, senang nak dapat penyakit pun time umur2 cenggini la. Cakap pandaaaaai sgt, tp adakah aku mempraktikan???hahaha sendiri mau ingat la ye...

Petang semalam hujan, lega...dengar guruh pun dah suka. Intai kat tingkap ofis, memang lebat. Dah nak dekat sebulan tak hujan. Panas bukan main lagi. Malam2 aircond bilik aku bukan sampai 18, tambah dengan kipas lagi. Kalau lepak kat hall atas tu, dah mcm dalam oven. Tu la manusia ni kan, tak pernah puas hati, huajn bising, panas pun bising. Jadi kat tempat negara lain yang musim tak menentu ada ribut taufan, bencana alam la, gunung berapi meletus baru tau.

Semalam husband offer nak ambik kat ofis. Haruslah suka. Tapi bila dah hujan, jammed tak ingat. Membebel la dia dalam kereta. Aku senyap je la..tak berani nak cakap apa. Hujan dan lapar, tak dapat dipisahkan. Seperti biasa bab nak makan mana mesti serah pada aku.

Terus teringat Flora Kafe kat Ampwalk tu dan kebetulan time tu pun tengah stuck kat jalan ampang. Moh kita ke sana. Tu pun aku baca blog peejburhan ckp makan kat situ sedap.

Cantik restoran ni. Kat Ground floor ampwalk. Kat luar kedai ni ada lagi meja. Aku pilih duduk dalam. Seperti biasa gambar2 menggunakan HP, so quality tak semenggah. Penuh dengan bunga2an dalam cafe ni, Sesuai dengan nama.





Belek menu, ada ubi kayu, keropok lekor, gado2, tahu bakar..yang ni range dari rm 5 to rm10. yang bawah ni sotong kangkung. Husband cakap sedap. Ok, dia suka, aku lega..hehehe


Ignore kan gambar kaki tu, Yang ni kuey teow cantonis. Bila tengok menu, harga kat situ tunjuk RM15, yaya cakap mahalnya mama, aku cakap oder je la. Sekali datang, haa amik kau, besar portionnya, sampai tak habis dia makan. Pun sedap. 


Ini cucur udang RM5.00,  tapi tak crispy sgt. Tak crispy pun tinggal 2  ketui je aku belasah.


Saya punya, gado-gado RM7.00. Kuah kacang tu dia bagi asing. Kalau tak cukup kuah tu, boleh mintak lagi. Keropol belinjar (betul ke ni) aku tak makan. Pun banyak portionnya, so aku tak habis makan. Dah kenyang kot makan cucur udang tu.


Masa aku sampai ni, ada satu grup budak pempuan tengah buat bday party untuk kawan dorang la..tu tengah nyanyi epi besdei.


Boleh pegi lagi cafe ni. Set nasi pun ada jgk, conntoh mkn dengan rendang. Pasta pun ada. Kira gabungan asian n western. Nanti pergi lagi nak try soto atau lontong dan sago gula melaka. 

Flora kafe ni sama dengan flora terrace kat ofis aku ni. Tak silap aku ada hi tea during weekdays kat flora terrace ni. 

Ok la, nak sambung blogwalking ni sementara takde kerja kat opis ni..mati aku kalau boss aku dengar aku takde kerja, memang betul pun..hihihi eh!!!erra dah cerai kan...xpanjang jgk jodoh dia dengan emran ni..apa2 je la erra...kuasa allah swt semua yang berlaku.