Assalammualaikum,
Jummah mubarak..i love friday coz it is a last working days for a week and its keep me cheerful despite all other things..alhamdulillah
So anyway let me share the benefits of Surah Al Kausar the shortest surah in al quran..my favourite surah when i performed solat..get this info from mr google..
Surah Al-Kautsar
Surah ini diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan beroda mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaallah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s - If i am not mistaken yesterday 29/09/2011 bersamaan 1 Zulkaedah 1432 penerbangan ke tanah suci Mekah sudah bermula..for those who got chance to perform haj selamat mengerjakan haji semuga mendapat haji yg mabrur