Wednesday, 28 August 2013

Open house kecil-kecilan

Assalammualaikum,

Kecil-kecilan? If besar-besaran mcm mana pulak? Pasang khemah la agaknya kan..teringin jgk nak buat mcm tu, belum sampai rezeki lagi..insyaalah one day.. 

Mulanya husband nak ajak kawan-kawan tenis dia datang raya..oh ni kisah raya ke 11 hari tu..diorang nak diskas pasal diorang punya kelab aktiviti , so alang-alang tu aku ajak la kawan-kawan aku dtg sekali beraya..along, zee, umi and ata anak beranak..

Menu utama hari tu adalah spagheti bolognaise. Menu East Meet West..hahaha.. Yg lain seperti biasa rendang ayam pencen, ayam sambal serai, nasi impit, makaroni bakar. Menjelang malam makanan pun dah nak abis, terpaksalah goreng spagheti.





Air sirap oren. Open house in husband aku request tak nak pakai pinggan kertas. Jenuh la aku nak basuh pinggan semua. Sudu garpu je pelestik..layankan je..nasib baik cousin aki dtg tlg, by malam tu semua pinggan mangkuk simpan balik almari..

Bergambar bersama kwn2..




Menyampah sungguh aku tengok perut aku tu..cam pregnant 4 bulan..kita diet lps bulan raya ni ye..ye ke diet???

Sehari seblum tu aku pergi raya rumah kawan aku, Ata tu..rumah dia kat Ukay Pedana.


Semua tu schoolmate aku, kelas lain-lain..

Bulan raya ni penuh dengan aktivit maaaakan je kan. Tak kan tak nak makan bila pergi beraya..tak cukup dengan open house, kenduri kahwin lagi tu. Baru-baru ni aku menghadiri Majlis Persaraan bekas guru sekolah rendah aku. Sebak dan gembira. I'll blog about it.

p/s - org tua ni kalau bercinta memang buruk kan, tak sedar diri..opssss!!!

Friday, 23 August 2013

Aidilfitri 2013 - Raya kedua

Assalammualaikum,

Sambung raya ke 2. 

Pagi tu masing-masing bangun agak lewat. ADa yg lps suboh, sambung tidor. Ayam berkokok bukan \nya nak jaga, lagi tarik selimut adalah. Sejuk la katakan. Dengan suasana yg sunyi dan nyaman kat luar tu, memang liat masing-masing nak bangun.

Lepas masing-masing dah bersarapan n siap mandi semua, acara bermaafan dan bagi duit raya pun bermula. Walaupun meminta maaf di hari raya ke 2, tetap sedih. Aku belum capai tangan mak aku dah merembes air mata keluar. Nampak sangat aku banyak dosa dengan mak aku.

Sambil menunggu yang lain bersiap-siap nak pegi raya, meh la kita posing dulu atas tangga ye. Kale hijau lagi. Baju tu diperbuat dari kain sari. Kain tu waty bagi, Shawl aku beli online kat Chenta Qaseh. Masuk ni dah 4 helai aku beli shawl dgn Chenta Qaseh. Suka sebab dia panjang dan lebar.





Yeay..acara yang dinantikan oleh anak-anak buah aku semua..bagi duit raya..cer tengok adam dan maksu..kan main suka lagi adam ye..nak bagi duit raya ni dia punya hiruk pikuk tuhan je la yang tau. Yang si kecik nak abang punya la, walaupun sampul tu sama kaler. Yang menangis jumlah tak sama pun ada, Huru hara tp tu la yg buat happening kan. Aku siap cakap kat dorang lagi, if pergi rumah orang jangan buat perangai mcm ni ek, buat malu je..






















Dah habis sesi bagi duit raya, moh la kita kuar beraya..kat atas tangga ni pun jd nk posing, tapi semua ntah apa2.








Pening mak aku tengok gelagat kitorang semua agaknya...

Al Zara...tunggu sape tu???




Rumah yang dituju seperti biasa rumah mak saudara mak aku..gambar dalam rumah tak sempat nak ambil..segan la pulak..ssebab ada lagi satu grup sedara jauh tengah beraya dalam rmh tu..mak aku kenal la, sudahnya gambar kitorang jgk kat luar rmh ni. Motor yg banyak-banyak tu adalah kepunyaan kawan2 cucu tuan rmh. Dorang ni konvoi dari Puchong masa raya pertama.

Tak salah aku lebih dari 20 biji motor. Lepas tu salah sorang dari mereka belanja kitorang semua makan aiskirm. Time ni nak balik dah. Opah sedara tu ajak kitorang lunch, sbb dorang tengah prepare lunch..emmmm...tak pyh la opah, bukan apa kitaorang pun ramai jgk.

 


My mom and her cousin. Aku panggil Pakngah Dan. Dia ni airforce kat Terengganu. Masa dia kecik mak aku la jaga dia..Time raya ni la dpt jumpa sedara mara yg jauh. Ada yg tak pernah jumpa berpuluh tahun bila jumpa masing-masing tnya berapa orang cucu dan dorang-dorang tu akan tnya mana aku dan adik aku, Firdaus. Ye la, aku dan adik aku lahir kat kampung ni, so dorang memang kenal aku dan firdaus je la.

Biasa la, nampk je aku, mesti cakap besornya kamu, dah kawin? anak berapa? dan mcm2 lagi..layan je la..hehehe...

Settle kat rumah Pahchu, kitorang berangkat ke Sauk, rumah sepupu mak aku. On the way nak pergi tu dah lps waktu lunch, masing-masing dah lapar, so adik aku ajak singgah makan kat Restoran Ikan Bakar Tasik Raban..try nasib la, if bukak kita makan. Sekali tu memang bukak. Dorang raya pertama pun meniaga. Tak beraya ke Yop oi...orang ramai jgk. Dah jemu makan lemang rendang agaknya.

Lepas makan, aku berpecah dgn mak aku..ijan pulak pergi Taiping. aku ikut Waty pergi rumah kawan dia kat Gerik sbb aku tak pernah sampai ke Gerik tu.

Balik dari Gerik tu husband ajak aku balik Tronoh sekejap. Aku tanya tak pyh balik ambik baju ke? Berlengas ni..dia cakap tak payah kita singgah sekejap je..aku ikut je..ye la..dia pun belom beraya dengan mak dia lagi..tapi nama pun hari raya, pergi mana je mesti jam. Perjalanan yg sepatutnya mengambil masa lebih kurang 45 minit menjadi 3 jam. Hiway jam toksah ckp la. Nasib baik aku folo twittter PLUS. Sampai je Toll Kuala Kangsar aku tengok sesak, terus husband pusing lalu jalan lama. Nak menyampaikan jalan lama ke Ipoh tu kena lalu Bandar Diraja Kuaka Kangsar, pun sesak jgk. Sampai Tronoh dalam kul 9 mcm tu. Duduk makan malam dalam dua jam, husband ajak balik Kuala. Sekejap je dah sampai. Tak sampai 45 minit. Ijan time ni dah check out dari kampung, balik KL sbb dia raya ke 3 nak raya kampung Shahril kat Jelebu. Sunyi bila Ijan anak beranak takde..hehehe..

Malam tu semua lepak rumah je. Ingat nak ronda Kuala mlm tu..malas la pulak..Rumah ni takde TV and peti ais, so budak-budak masing-masing dgn ipad, tab la..bila malam tu memang sunyi la..kat sini line telephone slow sngt. Kekadang langsung xdpt signal. Nak surf internet punya la slow. Sabar je la..so, layan je la kerenah adam mengusik zara..

Kisah raya ke 3 nanti sambung..xde apa la sgt pun..mlm ni nak pergi majlis perpisahan cikgu sekolah rendah aku kat Sg Buloh. Cikgu ni dulu dia ajar PE. Ada peluang aku ambil gambar and story kat sini..

Bye..

 Kisah raya ke 3 nanti kita sambung. Ada kerje nak buat ni..


 

Monday, 19 August 2013

Aidilfitri 2013 - Raya pertama

Assalammualaikum,

Hari ni 12 Syawal dah..baru ada masa nak upload gambar raya..tu pun sebab hari ni aku EL. Kepenatan memasak, melayan tetamu dan mengemas. Aku ni, if rumah aku ada function makan2, sebolehnya aku nak settlekan rumah dan dapur aku tu mlm tu jugak. Segala pinggan mangkuk kena simpan balik dalam lemari.  Lantai nak kena mop, maklum la melekit-lekit. Tapi this time memang aku tak larat, bangun pagi ni sakit badan2 aku..Jadi, hari ni aku ambik EL..enough of ramblings.

Citer kisah raya. Raya tahun ni aku beraya kat KL dulu, means kat rumah aku la. Walaupun ada org ckp, dah duduk serumah deng parents, tak pyh la raya ikut giliran kan..raya ni lain bebs, time ni semua adik beradik aku ada kumpul sekali( mana yg turn dia beraya KL la) ...lg pun time maaf bermaafan ni la time yg paling syahdu shahdan,,walaupun, tak sampai 5 minit ko mintak maaf dah bertegang urat, tp suasana tu yg penting..

Mak aku awal2 dah prepare rendang, so takde la susah payah nak tlg masak..aku dan adik aku waty, mlm raya tu sibuk mengemas rmh je la. Tunggu raya je la kita ya..

Sebenarnya tudung yang aku pakai tu bukan tudung raya. Tudung raya yg aku plan nak pakai, langsung tak match dgn kale hjau tu. Malam raya beru perasan. Tak kan aku nak redah jalan TAR sbb kan selai tudung?? Memang tak la..so. cari dlm laci, jumpa la tudung ni..tunjuk kat ijan n waty, dorang kata yg ni ok..so, ni la tudung raya aku...

Tuan belog dan family yg kecil sgt ahlinya..tahun ni konsep gambar di luar rmh ye..ntah afsal plk nak bergambar kat luar.




Muka-muka ni je la pun yg ada..amir n nizam je belum datang lagi.




Gambar pempuan2 lain tak sempat nak ambik sbb masing2 ada tengah bersiap la..oh ye, sehari sebelum raya tu adalah bday abah yg ke 72. Happy Birtday abah. semuaga abah sentiasa sihat dan diberkati allah swt.

Photo


Photo

Abah dan cucu-cucunya..ni je yg sempat dipanggil nak bergambar.

Photo

Oh ya, tahun ni upacara bermaafan dan bagi duit raya tak sempat nak buat pada raya pertama, sbb semua dah sibuk nak kemas2 balik Kuala Kangsar. Sebelun berangkat, singgah dulu raya rumah wancik, the only mak sedara belah abah, means adik abah aku la ni. Kat sini baru la kita meriah ambik gambar sampai husband aku dah naik fedap, tapi ada aku kesah,,hahaha..(tengok, baru je mintak maaf nangis2 dah melawan.)

Kitorang ni je la yg gedik2 nak bergambar..suka kan..mak masing tersengih, budak kecik 2 org tu muka poyo je..



Makecik bersama anak buah..


kita posing lagi..




dan lagi...





otai2 bergambar, baju cekelat tu wancik, baju ijo tu ayahcik.


sambung sembang..




Ijan and family...si caca ni ada satu style plk nak bergambar, sama ada dia tak nak pandang camera atau jari dia lentikan..mcm2..


Firdaus and family..


and last sekali..a group photo...




Dah settle beraya dan perut masing2 pun dah kenyang, bertolak la kita ke Lubok Merbau, Kuala Kangsor..hiway boleh tahan sesaj jgk..sampai Ipoh dlm pukul 5 petang, singgah rumah pakcik aku dulu..takde gambar ye sbb masing2 dah penat..settle beraya rumah pakcik aku, langsung ke kampung. Dalam kereta aku diskas dgn husband nak makan malam apa. Husband ckp if ada kedai bukak kita beli sardin, telok n ikan masin. Aku cakap ada ke kedai buak, if takde kita pergi la beli kat town. suprising, ada kedai runcit bukak sebelum simpang nak masuk kampung. Kita beli apa yg dah dirancang td, mlm tu adik aku waty masak lauk mkn mlm...

Lepas mkn, aktiviti main bunga api pun bermula, diketuai oleh adik aku, pakngah budak2 ni...mlm tu hujan, tidor punya la sejuk, mcm dlm aircond, best betul..


Habis kisah raya petama, nnti sambung raya ke 2 pulak..dah ngantuk ni, esok nak bangun sahur dan insyaallah esok last day puasa..

p/s- YaAllah, permudahkan la segara urusan kami. kepada mu kami beserah segalanya.