Thursday, 30 January 2014

Bestnya kalau hari-hari mcm ni


Best datang ofis pagi td. Keluar rumah pukul 8, 8.15 dah sampai. 

Sekolah pun dah start cuti kan. Dengar jat radio hiway dah start jam.

Dari minggu lagi ni office aku ni dah sibuk bertanya, balik awal ke Khamis ni? Sebabnya masa krismas eve tu dapat balik pukul 3 dan new year eve pun sama. 

Sampai la pagi tadi masih lagi menaruh harapn apat balik awal. Sekali HR hantar email, kata Tan Sri bagi release awal pukul 1. Harus la melonjak kegembiraan. Kerja pun memang takde, Datang ofis sembang-sembang..seronoknya..

Takde plan pun cuti CNY ni..maybe nak pergi hitea kat concorde dengan my sister. Husband aku memang tak suka nak outstation masa CNY ni. Dia cakap semua tempat sesak, so kita duduk KL je..pun ok, jimat duit..kot ye la kan dapat jimat.

Plan nak pergi JB weekend ni dengan along dan umi pun tak tau lagi. Kalau jd ok tak jadi lagi ok...umi tu banyak sgt halnya...

Ok la, husband aku dah otw tu.. to those yang nak pergi holiday tu, hati2 ye walau di mana anda berada..


Wednesday, 29 January 2014

Sambung cerita trip Jakarta-Bandung

3rd day kat Bandung...

2 free breakfast for each room, so aku pergi dengan husband. Yaya tak nak..baik tidor dia cakap. Tapi pesan kat aku nanti ma bawak la balik butter dan roti..wah!!! very the kg.com..tapi aku buat, lantak la...hahahaha...

Beakfast best. Banyak pilihan makanan. Tapi gambo tak ada la aku snap sebab segan...hehehe..ni je yang mampu aku ambil. Time tu hujan..dingin sekali. Laju je suap.



Lepas breakfast, siap2 packing sbb nak check out. Time ni Firdaus dan Syikin, Erwan hantar pergi Pasar baru. Aku tak join pergi PB. Selaluya aku la yang paling gedik sekali nk pergi sana, tapi kali ni nafsu nak ke sana mcm takde..adakah ini satu petanda yang aku dah tak suka shopping??? Takde maknanya..

Aku rasa ni je kot gambar aku 3  beranak..memang susah nak ambil gambar bertiga ni..ni pun blur..


Urusan check out settled, jom kita ke Cihampelas walk or Ciwalk. Memang jarang kalau aku ke Bandung pergi dorang punya shopping complex ni, so this time kita pergi sini pulak. Cari kedai Converse. Dapat la beli dan time tu ada diskaun so harga memang jauh beza dengan kat KL ni..tapi bukan la aku punya, Yaya dan Adam yang beli..

Aku pulak nampak kedai The Little Things She Needs, terus masuk nak tengok kasut kot2 ada size kan sbb dulu aku pernah masuk kat Plaza Indonesia ke Grand Indonesia aku dah lupa, tapi takde size 40. Kat sini ada, terus la aku beli sepasang dalam RM43. Taste aku, ballerina or pump shoes with ribbon in black colour.

Sebahagian dari bangunan Ciwalk ni. Gambar ihsan mr gugel.





Suka ye dapat kasut baru. Belajar lagi rajin ye..


Husband aku kan penggemar kopi, so haruslah lepak minum kopi dulu. Yang ni latte. Sekali dengan snack kat bawah tu campur rokok, kurang dari RM30 je..tu la salah satu sebab mengapa aku suka ke sini. Kedai kopi yang cantik dan nampak eksklusif, harga jauh beza dengan KL. Lain orang lain pendapat ye..tak sama.




Settled Ciwak. kita pergi beli parfum pulak. Kali ni aku bawak je botol2 yang dah habis, suruh dorang refill. Adalah dalam 6 botol jgk yang aku bawak. Bau lasting. Total dalam RM184 campur yang Yaya beli.

Husband tengah menulis apa ntah..order kot..kau nak bau apa, semua ada kat sini.


Boring tunggu lama, aku ajak Adam dan Yaya pergi FO Cascade. Nak cari pisang bolen cheese Mayasari. Ni area Jalan Dago, so kat sini memang banyak FO, tapi aku tak singgah pun. Pisang bolen Mayasari ni memang sedap. aku dah compare dengan Kartika Sari dan Amanda.

FO Cascade bahagian luar. cantik kan. Sekali masuk dah ganti dengan brand lain. Mayasari dah takde outlet kat situ. Nak pergi beli kat outlet airport Bandung memang tak la..


Mamak kitchen ni baru je bukak. Terletak kat FO Heritage. FO Heritage dan Cascade ni same owner rasanya sebab if dari Cascade or Heritage ada pintu masuk belah dalam. Masa aku pergi bulan 6 last year, part of FO Heritage ni dorang tutup for renovation.

Agaknya disebabkan ramai orang Malaysia turun shopping ke Bandung, timbul la Mamak Kitchen ni. Aku tak masuk pun.


Patah balik pergi ke Oasis, tempat beli minyak wangi tu. Singgah beli aiskrim durian kat tepi jalan. Memang selalu beli kat sini aiskrim durian. Tepi FO Heritage je. So far tak sakit perut lagi la makan aiskrim kat sini. Bukan nak cakap apa la ye, aku tak pernah kena cirit birit or food poisoning sepanjang penglibatan aku pergi Bandung ni, Alhamdulillah.

Balik singgah Aston, ambil luggage dan Firdaus sekali. Cenggini la rupa dalam MPV Erwan..penuh..tu pun ada satu beg besar aku tinggalkan kat rumah Erwan. Tu aku aku tak pergi Pasar Baru tu..2 family kan harus la padat. Beg coklat yang kotak2 tu hasil shopping Shikin kat PB.

Bawah kaki masing2 pun ada. Setiap kali berhenti ke mesti kitorang bising sbb proses nak keluar dari kereta tu panjang..hahaha..belum lagi barang yang atas riba. Kotak kek pun berkotak2. Tu pun kacang bandung kitorang tak singgah beli.


On the way ke Jakarta, jalan pun smooth. Jam pun seban hiway tu jalan berlubang-lubang..sepanjang jalan hujan. Sampai Jakarta pun dah malam. Singgah untuk dinner dulu. Tapi kali ni nak pergi shopping complex, so Erwan dropped us at Senayan City.

Gambar ihsan encik gugel. Dalam ground floor banyak branded boutique mcm LV, Gucci la. Ni mcm The Garden la kalau kat tempat kita. Mampu tengok je.

Jalan2 dan ada beli barang sikit, terjumpa la satu restoran ni. Bila tengok harga dia, ok not bad..tak mahal...



Jalan2 dan ada beli barang sikit, terjumpa la satu restoran ni. Bila tengok harga dia, ok not bad..tak mahal...ok jom try.

Remboelan Restaurant Indonesia Soul Food. 


Keaadan di dalam..kita order. Aku lupa apa yang aku oder sebenarnya..tapi set ayam la..ayam bakar kot..gambar takde sbb masing2 hp dah mati. Ni pun gambar ihsan encik gugel. Overall the food was delicious and the ambience very nice. Harus ke sini lagi bila ke Jakarta.



Dah habis dinner dan badan pun dah penat, kita check in hotel. Time ni pun rasanya dah pukul 10 malam kot. Masih hujan ye..risau jugak kot tempat yang nak di pergi tu banjir. Dah la time tu banjir sana sini. 

We stayed at Rasuna Mansion. At first, we thought our hotel is nearby Aston Rasuna, which we had stayed  before. Tapi salah ibu...bukan di sana. Nama je Rasuna, tapi lain jalan..masuk lorong kecil, cuak jugak mana punya tempat la yang husband aku booked ni..kiri kanan lorong nampak la lot banglo, ok la tu kan..tetiba jumpa dah Rasuna Mansion. Dalam 4 tingkat je..bilik ok la, tak seteruk N1..bilik air pun ok..banyak expatriate yang sewa di sini. 





Keadaan langit di pagi ahad. Lepas breakfast, aku,shikin dan husband pergi ke Tanah Abang. Nak beli kain la sikit kan. Kul 9 lebih dah sampai. Kedai pun baru nak bukak. Terus ke LG. Tak pergi pun floor lain sebab nak cepat. Beli a few colors of chiffon, and tudung bawal beberapa helai for Yaya(murah bangat ye) dan terus balik..dalam sejarah ni sebab tak sampai 2 jam pun. Tengok husband dan Erwan dah tunggu kat pintu utama.

Husband cerita, ,masa aku kat Tanah Abang tu, dia sempat la harung banjir nak pergi minum kopi huhuhu...aku cakap kotor kan air banjir tu..boleh dia cakap tak nampak kotor pulak tapi lepas tu i basuh la kaki i...


Shikin packing dan terus check out. flite dia pukul 3.30 petang. Keluar awal sebab takut banjir. Flite aku dalam pukul 7 mcm tu. 

Balkoni bilik aku.. Aku dan Yaya pakai shawl beli kat Ciwalk..cotton shawl, besar dan panjang..dalam RM13..




Meh la kita kemas barang yang dah kita berjaya beli ye...simpan dalam beg..



After check out, pergi lunch kat Jalan Sabang. Kat sini banyak restoran dan money changer jugak. Nama kedai tak ingat..




Bangi Kopitiam..opposite kedai yang aku makan tu..


Lepas makan, terus berangkat ke airport. Masa Erwan hantar Shikin ke airport, dia ada hantar gambar banjir kat hiway nak ke airport tu..aku dah risau la kan takut jem..tapi sempat dorang sampai, awal lagi tu..then Erwan patah balik, fetch kitorang pulak..

Begini la keadaan sungai kat sana. Ni aku ambil dari dalam kereta..yang kat tepi ramai2 tu tak boleh masuk sebab rumah dorang dah masuk air..



Yang tengah tu pun jalan, tapi dah tutup sebab dah dimasuki air..nasib baik hari Ahad, kalau tidak dia punya jam, tak boleh nak cakap la, memang teruk...



Dah selamat sampai airport tapi punya la awal...huhuhu...biar awal jangan tertinggal flite..

Husband salam dan bagi upah kat Erwan, kitorang terus check in..jalan2 la kat airpot tu sampai la waktu boarding..

Alhamdulillah sampai KL dalam pukul 11 macam tu...penat ke??? penat la tapi seronok...esok kerja dan soraya pun sekolah..

Cita-cita nak ke Monas dan Ancol pun tak kesampaian lagi. Masjid Istiqlal tu pun belum dapat pergi lagi. Ada sebab nak ripit lagi ni hahaha...

Cuti panjang raya cina ni so far tak ada lagi plan nak ke luar KL..usually husband aku memang tak suka nak outstation during CNY..dia cakap sesak..so, kita duduk rumah dan jalan2 kat KL je..lagi pun aku kena jaga anak2 Ijan sebab Ijan ke Bandung CNY ni..see, memang kitorang suka pergi sana...

Time aku pergi ni rate IDR 0.271 so if RM100 bersamaan dengan 271 ribu rupiah. Ni la rate paling murah pernah aku dapat. Aku pergi June last year pun 0.340

p/s-1st Feb ni bday husband, dah tak de idea nak belikan hadiah...





Tuesday, 28 January 2014

Trip Jakarta n Bandong lagi dan lagi...

Assalammualaikum,

Hahaha...ye aku sekeluarga memang suka ke Jakarta dan Bandong. Ada orang tanya, cari apa kat sana tiap-tiap tahun pergi sana. Buat apa pergi tempat yang sama berulang kali. Baik pergi tempat lain. Macam-macam la soalan yang aku dapat.  Sampai orang cakap aku ni dah macam balik kampung je sebab selalu sangat pergi..

Jawapan dia, aku suka la sebab kat sana belanja melancong takde la tinggi yg nak kena keluar duit sampai 5 6 ribu atau lebih. Air ticket pun tak semahal mcm nak pergi Korea ke mana ke( Korea tu insyallah, dalam perancangan lepas Yaya habis exam). Dengan currency kita yang lagi tinggi dari IDR, so bila spent tu rasa mcm best la. Makan pun aku rasa harga ok tak adalah mahal sgt. macam husband aku, dia suka minum kopi, so dia lagi la tau murah ke mahal. Actually, bukan la psl makan, sebab isu makan ni subjektif, ikut selera masing-masing. Tapi memang suka la, nak shopping pun ada setengah barang memang jual lagi murah dari Malaysia.

Plan nak ke sana ni pun adhoc. aku just browsing tengok harga tiket, dan kebetulan cuti Thaipusam pun tak ada plan nak pergi mana, tnya adik aku Firdaus dia pun cakap ok je, so aku book la..Flite aku petang Khamis tu dan adik aku pulak malamnya. Yang sebenarnya, Jakarta ni aku jarang tidor, selalunya dari airport langsung ke Bandong. Tapi this time aku nak tidor sana sebab dah serik kes tertinggal kapalterbang(serik pun pergi lagi kan, syabas)

Kali ni naik KLM pulak. Tapi Firdaus naik Airasia, sebab Adam kan sekolah petang, so dia pergi malam la. Tinggal Malindo je aku tak try naik lagi. Nanti nak naik Malinda pulak. Ada plan ni nak pergi bulan 5 nanti, nak shopping raya hehehehe(mcm kat KL ni tak boleh shopping kan)

Dah sampai airport, sambil nak tunggu, meh la kita buat acara syok sendiri..




First time naik KLM ni, so jakun la sikit. Masa boarding ni nampak Judika, nak aambil gambar tapi segan. Dia duduk belakang aku je. Rendah je Judika ni, tapi suara dia bila bercakap pun dengar dah sedap.
Satu flite jugak dengan pelakon Marisa Yasmin tu, if tak kenal sila google. Dia ni berlakon jadi watak mak2 tapi dia ni cantik dan tinggi jugak. Masa kat airport Jakarta pulak aku nampak blogger shazwani dan husband dia.

Flight attendants KLM ni kebanyakan dah berusia dan badan pun tak la slim mcm airasia atau mas ke. Aku rasa negara asia je kot yang stewardess cantik dan slim. Cara kerja memang tip top la kan. KLM ni flite dia sehari sekali je ke Jakarta. Balik pun sama, sehari sekali jgk dari Jakarta. Ni macam transit la nak ke Amsterdam.




Bundaran HI (Bulatan Hotel Jakarta) merupakan jantung kota metropolitan Jakarta. Sebenarnya gambar ni aku ambil masa hari Ahad on the way ke airport, tu yang tak ada kereta tu..if not kat sini memang sesak gila.
Tengok, cuaca pun mendung je. Sepanjang aku kat sana memang setiap hari hujan.



Dari airport kami dijemput oleh Pak Erwan. Setiap kali ke sini, aku memang upah dia bawak kami sekeluarga. Dah selesa dengan dia. Lepas tu terus dinner kat Warung Tekko, Thamrin City. Ada a few branches, yang dekat dengan hotel kitorang ialah Thamrin City. Dulu Thamrin City ni Jacc Mall. Kat sini pun boleh shopping dan selesa dari Tanah Abang, tapi aku tak shopping pun.


Yes, avocado juice atau alpukat.


Gurami goreng, ayam special tekko penyet dan Iga bakar sos madu( Iga tu rib kot..) Rib tu dalam RM20 je dan rasanya enak sekali. ADa lagi makanan yang dioder, tapi lapar sgt, gambar ni je sempat ambil. 

Total semua dalam RM90. Masing-masing oder air buah. Husband oder sirsak or durian belanda. Yang bestnya kat sini bila minum, dorang memang guna buah bukan jus. Aku dah bnyak minum sirsak kat jakarta dan bandong, memang dorang guna buah.



Perut dah kenyang, jom kita check in hotel. Since sampai pun dah malam. yang firdaus pun still kat KL lagi, we planned to stay at N1 hotel and cost about 350k pernite (RM94.85). Sebabnya esok pagi dah berangkat ke Bandong, tak payah la membazair stay kat hotel yang mahal sikit dari N1. 

N1 ni situated at Tanah Abang. Kiranya boleh jalan kaki la kalau larat. Ramai orang Malaysia stay sini. Jenis yang datang memang nak shopping atau berniaga.

Tapi bagi aku, cukup la semalam dan pengalaman tidor sini..hehehehe..tak sesuai dengan saya. Bantal pun 2 biji dan nipis. Bila minta, cakap takde. So, lipat la comforter tu, jadikan la bantal. Nasib baik aircond tak sejuk sangat. Boleh je la, nak selesa sangat tu tidak la hotel ni.

Bilik air adik aku pulak, dia bukak tap tu terus keluar air kale hitam..terkejut dia...

Pemandangan dari tingkat kamar aku. Yang gelap tu kawasan penempatan. Rumah Pak Erwan bawah tu je tepi sungai. Masa banjir, rumah dia masuk air sampai lutut.



Esoknya, lepas check out. tak sarapan pun sebab tak selera tengok buffet breakfast tu, kitorang terus gerak ke Bandong.

Seperti biasa dalam mpv, Yaya dan Adam duduk belakang ye...Hiway pun tak jam, dan singgah di RNR untuk breakfast.


Sampai Bandong, ,menginap di Aston Braga. Aku dah cakap kat husband, i nak duduk hotel best kali ni. Best tu yang aku mampu la. I nak makan buffet breakfast yang byk pilihan , aku bgtau husband aku. I nak trip ni kita enjoy stay kat hotel, aku cakap lagi kat husband aku. sebabnya i bukan la nak shopping sangat..ye ke??? husband aku ckp..hehehehehe...Eh, memang betul pun, aku hanya pergi 2 FO je. tu pun teman Shikin. 

Sementara tunggu bilik berkemas, kita bergambo dulu kat meja yang ada bunga harum sundal malam ni...



ok, bilik dah siap...cenggini la rupanya bilik di Aston Braga..aku tak ambil apartment, bilik je...husband tengah on kat aircond bilik..


Nampak tu dalam bilik air ada hose nak basuh bila lepas hajat..legaa..



Pemandangan dari tingkap bilik. Time ni pun gerimis je..Aston Braga ni dekat dengan Pasar Baru. Boleh jalan kaki dari sini. Ni kali ke 2 aku menginap di Braga. Yang 1s tu aku stay kat private apartment. Bulan February 2012. Time tu aku pergi dengan adik aku, Ijan. Ni Ijan pun nak pergi Bandong raya cina nanti.dia pergi berdua dengan Shahril. Memang family aku suka datang sini kan...



Dah puas rehat dan solat semua, baru teringat belum makan tengahari lagi. Time tu pun dah pukul 4 rasanya. Jom kita makan di HDL Seafood kat Cilaki. 3rd time makan kat sini. Sangat puas hati dengan portion, rasa dan harga. Banyak yang kita order, tapi dua gambar ni je la yang dapat dirakamkan dalam ipad aku.  Ikan, sotong, sayuran pun ada. Bill dalam RM120 jek...tak larat nak ratah dah. Pergi sini seeloknya dalam kumpulan la sebab memang portion makanan dia untuk 3 - 4 orang. aku tengok couple sebelah meja kita orang terkial-kial nak habisjan sotong goreng tepung.




Dah kenyang, jom kita terjah butik Polo Ralph Lauren yang terletak di Setiabudi. Husband aku la best shopping kat sini. Harga memang jauh beza dengan di KL. Original ye..husband saya tak pakai barang tak ori..hehehe mcm sombong je bunyinya...

Lepas tu singgah FO DSE dan sambung shopping. Nak dinner pun kenyang lagi. Singgah Starbucks masing2 beli air balik bilik. Kat bilik ada maggi, if lapar rendam je la..

Bawah ni kotak kek..saja aku ambil gambar sebab kotak dia nampak lain..


Masing-masing kepenatan, ingat nak keluar lagi dengar live band pun dah tak larat. Esok nak pergi Pasar Baru pulak.

Yaya dan Adam awal2 lagi dah cakap tak nak ikut. Dorang nak pergi Ciwalk nak beli converse. 

Yang tu nanti kendian cerita..


p/s - Dah dapat bonus dan increament, alhamdulillah..




Wednesday, 8 January 2014

Balik Kuala Kangso

Assalammualaikum,

1st entry for 2014. Sabtu lepas mak ajak teman dia balik kampung. Sebab pakcik aku yang aku panggiklpakwe ni dah bertubi-tubi call mak tanya bila nak tengok rumah. so, balik la teman mak dan abah. Pergi naik kereta Waty.

Rumah tu adalah rumah pusaka peninggalan arwah Tok n Pah aku. Di rumah tu lah aku dan adik aku, Firdaus dilahirkan. Sayang, aku tak pernah ada kesempatan nak ambil gambar rumah pusaka tu.

Bila kedua -duanya dah meninggal, rumah tu terbiar kosong untuk seketka. Adalah jgk pernah saudara sebelah mak aku duduk rumah tu untuk beberapa tahun. Semenjak tu, kalau balik kampung, jarang la kitorang singgah.

Bila rumah tu dah semakin teruk keaadannya dan nampak semakin usang, pokok2 liar pun dah tutup jalan, pakwe pun berbincang robohkan rumah tu dah buat baru. Perbelanjaan kongsi adik beradik. Anak2 sedara sesiapa yang berkemampuan digalakkan menyumbang.

Beginilah keadaan rumah yg masih dalam pembinaan. Mak aku cakap buat buat simple je. Ada dapur, bilik air dan 2 bilik cukup. Tapi pakwe aku ni buat rumah dah macam nampak beria. Bilik air dibuatnya sampai 2. Ruang tamu yang besar. Bilik pun besar. Kaedahnya macam lama je nak duduk situ bila masing -masing balik kampung. Oh ya, ni kira macam homestay la.

Tak pulak aku ambil gambar keadaan dlm rmh tu. Sekarang kerja-kerja tampal simen sedang dilakukan. Mungkin dah 90% siap kot.

Dulu, belakang tapak rumah tu adalah bendang( sawah padi). Bukak je tingkap dapur dah nampak bendang. Memang mendamaikan. Sekarang ni, bendang dah jauh ke belakang. Masa aku balik ni, baru je habis menuai.




Bersama pakcik aka pakwe. Anak sedara lagi beso dari bapak sedara.

Pakcik aku ni la yang rajin mengulang tengok rumah ni. Mana yang dia rasa tak puas hati, dia komplen. Pakcik aku ni stay kat Ipoh, so mudah la dia monitor.



Ni dulu tapak bendang.


Kat atas jambatan yang menghubungkan dengan kampung seberang. Dulu, masa aku kecik2, jembatan kayu je. Kat belakang aku tu sungai. Dah tak jernih macam dulu. Dulu-dulu, lepas hujan, air kat empangan tu dilepaskan dan jd dlm la sungai tu, budak2 kampung berdiri kat jembatan tu, org kampung paggil gerotak(cakap style peghok la ye), then terjun ramai2 dari gerotak tu.

Seronok sangat time tu. Kat sungai tu la aku jgk pernah hampir lemas. That time i was 10 yo kot. Tapi itu tak mematahkan semangat aku nak mandi sungai. Kekadang tu sampai 3 4  kali mandi sungai sampai atwak Tok aku datang dengan rotan suruh kitorang balik. Kenangan semua tu.

 Kampung mak aku ni agak lambat masuk kemudahan api air. Memang masa aku kecik2(time tu sekolah rendah) kat sungai ni la tempat orang kampung basuh baju, mandi. ambil air untuk minuman dan masak, buat simpanan waktu kecemasan nak ke tandas.


Belakang aku tu kampung seberang. Ini kampung mak aku ye. Kg Labu Kubong, Lubok Merbau. 


Parents aku tidak mempunyai kereta sampai sekarang. So, bagaimanakah kami dulu balik kampung bila time raya atau cuti sekolah? kami akan menaiki Keretapi Tanah Melayu beramai2 dan akan turun ke Stesyen Padang Rengas. Naik keretapi mel bukan ekspress. Keretapi Mel ni akan berhenti setiap station di sepanjang perjalanan. Nak dekat 7 - 8 jam baru sampai. Sampai stesyen, ambik teksi sapu masuk ke kampung. Time tu adik2 aku kecik lagi, boleh la berhimpit 5 org kat belakang. Dengar macam susah kan, tp keadaan masa tu kebanyakan orang memang menggunakan keretapi nak balik ke kampung. Semua tu kenananga yang indah. Kenangan yang mematang kan kita semua.

Nanti rumah dah siap sepenuhnya kita cerita lagi.

Dah settle tengok rumah, singgah Kuala makan laksa dan abc, lepas tu balik KL. Pukul 6 lebih dah sampai rumah.


p/s - tak sabar nak "balik kampung" minggu depan.