Assalammualaikum,
Bila dah cuti dan tak ke mana-mana, kepala otak aku ligat la nak buat plan mana nak pergi makan ni. Namun aku nak duduk rumah masak xde la. Weekend tu pun ada kenduri kahwin. Mak dan abah aku dah selamat pergi makan kenduri. aku pulak hari ahad tu office mate husband buat kenduri doa selamat sebab nak pergi Mekah, so lagi sekali aku tak masak. Makan malam rumah aku ni sukati. Ada yang makan biskut cicah milo ke kopi ke, ada yang makan megi, ada yang makan salad dan kalau malas mcm aku langsung tak makan, minum oats je tapi badan mcm tu gak..Rezeki dari Allah swt, selagi hidup dan sihat, kita nikmati bersama dengan keluarga tersayang.
Since Khamis tu dah boleh balik awal dalam pukul 1, aku pun ajak husband lunch kat kedai Ayam Penyet Nusantara. Sebab ada baca blog peejbuhan tu and she reviewed about the food, aku pun teruja la nak pergi try. Sebelum tu dah tnya kat Along pernah tak dia makan situ, and dia ckp pernah. Dia pun rekemen suruh try.
So, berangkat la kita ke sana. Yang aku pergi ni kat area Wangsa Maju, next to Burger King. Sekarang ni kat Taman Melati pun dah bukak satu branch. Deretan dengan Satay Samuri rasanya.
ok, orang tak ramai. Ada set ayam bakar. Aku suka dan terus oder. Husband oder sotong penyet, daging penyet dan aku oder side dish tahu n tempe. Bila perut dah lapar, harus la oder macam-macam.
Bila makanan sampai, kitorang saling pandang memandang. Banyaknya. Yang husband pulak dia ingat size sotong tu kecik2, tu yang dia oder daging sekali. Yang side dish aku pulak, dalam gambar ni sebelah kiri, ada pulak 2 biji telur rebus. Tak silap aku dalam RM4.50.
Quality gambar nampak tak menyelerakan, tapi bagi aku memang sedap dan harga dia pun murah compare dengan lain-lain kedai ayam penyet. Sotong Penyet tu dalam 8.50(yang belah kanan), daging atau empal penyet dalam RM7.50, my ayam bakar yogjakarta dlm RM7.50. Total dengan air cold barli dan juice snow shake yam ialah RM39.30(dah masuk service charge). Ok kan regenya. Tapi semua tu tak abis, aku tapau bawak balik. Sambal ayam bakar aku tu sedap sgt. A good choice hehehe..boleh pergi lagi dan lagi...
Malam eve raya cina tu, lepas shopping kat Jaya Grocer(tetibe je feeling org ada2 nak beli groceries kat sini), tnya husband dan yaya, nak dinner kat mana, jawapan stended dorang, mana2 pun boleh..aku ckp jom la blik rmh makan, kita masak yang kita beli ni, tak nak pulak.
Masuk Jalan Ampang, dan masing-masing bagi idea nak makan mana, end up aku ajak dorang try new resto ni kat Ukay Boulevard, Kafe Skrin. Meh la kita try. Shikin pun ada cakap dia pernah makan fettucini cabonara dan sedap.Orang pun tak ramai, and we chose to sit outside. Adik ipar aku cakap, ramai artis lepak kat sini. Ada la jgk she met a few artists. Masa aku kat sana, aku nampak Khir Rahman dan family dia.
Begini la keadaan dalam resto ni. aku ambik gmbr dari meja aku . Segan nak ambik lebih-lebih. Banyak la poster-poster movie kat dalam ni. Ada gak alat musik kat situ.
Meh tengok apa yang kitorang oder. Sebab yaya dah lapar, dia oder dulu garlic bread and mushroom soup. Garing garlic bread tu. Mushroom biasa je rasanya.
Yessss. aku punya dah sampai...sos dia mcm berkuah pulak dan tak melekat kat pasta tu. Tak cukup creamy bagi aku. Tapi habis jgk la. Membazir la if tak habis, bukannya murah. Dalam RM19 kot.
Chicken chop kit yang ni..yaya punya..fail sungguh aku review food ni kan..
Yang tu lamb shoulder husband aku punya..lamb tu nipis sikit. Sebab aku ni bukan minat sangat makan kambing, so aku tak tau la sedap ke tak. Husband cakap rasa ok gak la.Nampak tak ada 2 air kat situ? Mula husband order kopi, dia minum je rasa macam bau lipas. Orang melayu, mana nak pulangkan balik, so order lagi satu air.
Servis ok tp dalam setengah jam jugak la nak dapat semua makanan ni, pada hal orang tak ramai mana pun. Nak pergi makan lagi kat sini, mungkin tak kot..
1st day raya cina tu, pagi tu aku pergi breakfast dengan Along dan Zee. Along fetched aku kat rumah dan kita orang pergi breakfast kat Jalan Gombak tu. Makan nasi lemak dan soto. Sambil tu nak pass kan kain yang aku beli kat Jakarta hari tu.
Husband pulak kerja hari tu. Month end, so dia kena kerja. Malam tu aku nampak insta kawan aku ni, dia checked in kat Micasa Hotel so aku whatsapp dia. Dia ajak join for dinner. So, we decided to meet at Delicious. Yaya tak nak pulak ikut, aku berdua je la dengan husband. Abil gambar guna ipad, ni la hasilnya. Aku memang dah jarang guna camera ni. Malas nak transfer.
Tuan belog punya..tak habis u i makan, bwk balik satu wrapped tu.
Razuwan punya, husband kawan aku...
Husband saya punya...berbeza dengan rasa kat Kafe Skrin. Sini lagi sedap.
Me and my friend, Maz. Sebenarnya husband aku kawan dengan husband dia, so kami bini-bini ni pun jadi la baik..dah lama sangat pun kami berkawan.
Sabtu 1st february, we had hi tea at Concorde Hotel. Ijan takde, pergi Bandung, so Waty pun bawak la semua anak2 dia. Mulanya husband aku tak join, dia nak jumpa kawan2 lama dia kat Alson Kllana, Seremban tapi cancel(aku suka sangat cancel ni) sebab tak cukup korum. Harus lah dia join kitorang, dan bertukar la jadi birthday party dia. Tapi takde la nyanyi2 potong cake, taknaknya dia.
Sampai sana ada lion dance, 2 ekor singa tengah berjoget. Bising n bingit. Nasib baik kejap.Setiap meja dapat buat limau ni. Dah time raya cina, decoration pun berkonsep CNY. Ramai gak orang hari ni. Nasib baik dapat meja untuk 11 org sebab Firdaus last2 minute nak join pulak.
Birthday boy...dia layan seafood jek..dia cakap biar berbaloi apa yg kita bayar.
The kids..
Budak ni makan limau non stop. Nasib baik tak sakit perut..
Muaz dan Izaz layan kek dan eskrim..
Groupie pictures are a must for us..
My little family..
Di sebabkan tahun ni tahun kuda, setiap kanak2 dapat patung ni...comel je...
Gambar lagi...
Petang tu, budak2 semua pergi rumah Waty nak mandi kolam. Malam tak ke mana, just lepak at home. Pagi Isnin tu yaya sekolah, aku pergi rumah adik ipar melawat mak mentua.
Dalam tengahari, aku pergi Tabung Haji nak bukak akaun. Aku hadiah kan husband bukak akaun kat tabung haji sekali dengan deposit. Dah tua baru nak bukak akaun, but better late than never kan..
Begitulah cerita weekend aku yang lepas.Minggu ni pun Yaya dah start tusyen. Tusyen kat Ilmu Studio Setiawangsa tu.
Bulan 3 dan 4 ni melopong la kita takde lagi cuti free...insyaallah 25 February ni mak akan berangkat mengerjakan umrah bersama geng surau dia.
p/s- bila daftar haji tu, turn aku 2066..lama gila..hehehehe..