Monday, 31 March 2014

Earth Hour @ Ikea

Assalammualaikum,

Last Saturday pergi Ikea mission mencari katil anak dara saya tu la. Sebelum tu dah survey kat websitem dan ternampak satu katil yg cenggini rupanya. Dalam RM999 tapi dah takde sales assistant tu cakap..lega...selamat duit aku..selamat separuh je la..

IKEA Guest beds & day beds

Setelah mencari, berbincang, pujuk memujuk dengan Yaya, dia bersetuju jgk la ambil katil yang aku cadangkan. Tapi takde la drawer mcm katil yg diidamkan tu. Papa dia pun dah jenuh round satu Ikea nak cari drawer yang boleh fit dengan katil tu tapi tak jumpa. Cenggini la katil yg berjaya aku pujuk Yaya beli. Dalam RM314. Beli katil tu sebab katil yg lama tu dah patah. Katil tu pun dah lama, masa Ijan dan Waty anak dara lagi. Jenis katil yg bawah dia ada katil jgk tu tp bukan double decker.


FLAXA Bed frm w headboard+slatted bd base IKEA

Dah jumpa, husband ajak dinner terus kat cafeteria Ikea ni. Penat katanya. Nasib baik senang dapat tempat duduk. Orang toksah cakap la, memang memanjang je ramai. 

Rupanya malam tu Earth Our. Aku memang tak ingat langsung. Ikea buat aannouncement yang dorang akan off lampu kat cafeteria tu dalam sejam between 8.30 to 9.30pm.

Sambil tu adalah Ikea punya boss kot, omputeh datang dari meja ke meja dan bertanya soalan yg senang2 kepada customer yg tengah dine tu and including me jgk. Soalan yang dia tanya aku Ikea ni dari mana, aku jawab la from Sweden, senang kan..so dia bagi 3 option aku pilih hadiah yang kat bawah tu..

Suasa earth hour kat Ikea




Makan2, jgn tak makan, lps tu marah diri sendiri sebab gemuk..



Ni la yang aku dapat...harga dalam RM19.90 sebab aku suruh budak cashier tu scan nak tengok berapa regenya..hihihi..jadilah kan sebab aku dah memang ambik tmpt letak sudu ni, so aku letak balik.


Balik tu singgah rmh waty, makan sate pulak..hebatkan...

ok, nak g bayar bill jap..bye..

p/s- hai kwn, sampai bila la ko nak sentap psl benda yg kecik n remeh sgt ni...


Wednesday, 26 March 2014

Lindungi lah negara ku,Ya allah..

Assalammualaikum,

aku tak faham dengan dengan setengah manusia ni terutama yang beragama islam, berbangsa melayu yang terus mengutuk dan mengkritik segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Belum lagi negara luar yang dah cuba memburukkan Malaysia.

Kawan2 FB aku yang pro pembangkang bukan main sedap lagi mengutuk. Tak faham aku apa yang dorang nak. Memang nak kena hide dorang ni. Ada sorang tu, dia ingat dia pernah belajar sains politik kat UIA, dia dah cukup bijak nak kondem gomen. Sekarang minah ni ada kat Mesir sbb teman anak dia belajar, dia pun boleh tengok betapa kejamnya kerajaan mesir sekarang ni yg menjatuhkan hukuman kepada penyokong Dr Morsi. Tu baru boleh dipanggil kerajaan yang zalim.

aku rasa negara aku ni dalam keaadaan yang tertekan. Dah la tahun ni tahun Melawat Malaysia. Ada ke lagi pelancong yang akan datang ke Malaysia?? Pelancongan pun merupakan sumber pendapatan negara. Dah tentu org cina kat China dah pandang lain macam kat Malaysia. Dengan insiden keluarga penumpang China protest depan Malaysian Embassy la. 

Oh CNN pun bukan main korang menipu bagi fakta kan. Mentang2 la majority penduduk Malaysia ni islam, sedap je korang kiritik. 

Aku tak rasa kerajaan kita nak sorok apa2 informasi dari keluarga mangsa. Cuba korang tengok muka Datuk Sri Hishamuddin, boss DCA  dan CEO MAS tu, dah letih ok..korang tak kesian ke??

nak jwp soalan bodoh dari ahli politik pembangankang lagi. 

Ni 2 hari lps, ntah mana reporter cabuk mana tnya kat CEO MAS tu, adakah awak akan letak jawatan??? apakah??? salah dia ke MH370 tu hilang???


Dah la, aku pulak yang terlebih emo..bukan apa, kesian aku tengok PM kita ni..agaknya tu la harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang pemimpin. Sabar dan kuat semangay ye PM..

I love my country Malaysia. We should stay united and stand for the love of our Country. To Malaysian out there, please stop critics your own country ya...

Malaysian Airlines, i always support you.


Monday, 24 March 2014

Innalillah#MH370

Assalammualaikum,

Sebak perasaan ini mendengar secara langsung press conference by our beloved PM. Tak sangka begini pengakhiran MH370, misteri dan tragis. Walaupun bukan ahli keluarga tp bergenang airmata masa tengok pc td. I jus can't imagine.

Sebagai org islam, kita wajib percaya kepada qada n qadar. Ahli keluarga mangsa merupakan insan yang terpilih untuk menghadaoi ujian berat ni. Semuanya kuasa allah swt, tak siapa dapat melawannya.

It is really sad day for us, for Malaysia and for everyone in this world, not to forget thank you to all the 26 countries for helping Malaysia. 

People out there, please give some respect to the family members of cabin crew and passenggers.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Alfatihah kepada mangsa yang beragama islam..rip to the rest..

p/s - there's a reason why the word chosen was 'ended', not 'crashed'. Uncertain to what actually happened, but certain that none survived.

Friday, 21 March 2014

Kisah orang pergi dan balik dari umrah

Assalammualaikum,

Semalam result SPM keluar, kepada yang berjaya, auntie ucapkan tahniah ye, yang kureng tu, jauh lagi perjalanan anda ye..cabaran hidup lepas SPM. masuk U lps tu bila dah kerja lagi hebat.

Ok, citer orang pergi umrah. Orang tu pun selamat balik. Adik aku dan wife pergi umrah pada 7hb March aritu. So, sebagai kakak yang prihatin, aku dan husband hantar la deme2 ni pergi KLIA. Aku yang betulnya suka pergi airport tapi KLIA la bukan LCCT..ntah aku rasa mcm seronok je, tengok orang nak travel. tengok cabin crew tarik beg dorang tu. Flite dorang pukul 3 petang via Saudi Airlines, so by 11 dah kena ada kat sana. Sehari kejadian sebelum kehilangan MH370..sob sob..sedih..


Shikin kusyuk mendengar taklimat dari pegawai UTAS Travel


Pasangan suami isteri bersedia ke tanah suci..patutnya daus tu pakai ihram dah sbb flite dorang turun di Jeddah..dia tukar ihram bila dah checked in..


Ambil gambar menggunakan ipad, so this is the result. Nak pergi check in dah time ni. Aku tak bawak pun anak2 dorang, bukan apa takut ada berdrama airmata...sure sedih anak nak berpisah dengan mak..mcm aku dulu la, husband dan yaya hantar, menangis aku...



So petang tu, aku ambil Zara dan Adam dari nursery dan sekolah, bawa balik ke Melewar. Dorang pergi Jumaat tu, mak balik Ahad..8 pagi mak sampai airport tapi mal cakap tak payah ambil sbb dia balik dgn kwn dia jgk. Mak dah pesan nanti masak la..ok, aku dan Ijan pun masak nasi lemak pagi tu dan ini hasilnya...sedang elok semua food dah siap, mak pun sampai...


Mak belikan tudung kat depan perkarangan Masjid Nabawi. Aku pesan kat mak sebenarnya., sbb last year aku beli 2 helai je, pada hal baru 5 riyal selai..shawl ni panjang dan lebar dan dari bermacam jenis kain..adalah dalam 11 helai mak beli..actually ni bukan la product dari Saudi, tapi dari India..maybe lebihan dari kilang kain, dorang angkut dan jual di Madinah dan Mekah. Shikin cakap kat Mekah kedai kat sana jual selai 10 riyal, maybe dalam kompleks, that's why mahal.. yang kat Madinah ni, dorang jual longgok atas jalan je..


Coklat ni mak beli kat hotel kat mekah, dalam 30 riyal mak cakap, tapi shikin beli kat airport dalam 70 riyal..banyak betul bezanya..


Masa aku jaga Adam dan Zara, bawak dorang makan pasta kat Tappers ni..sehari sebelum tu g makan kat Plan B, tak best la pasta kat sana..adam ni suka makan pasta...dah la mahal tak berbaloi dengan harga dan rasa..


Spaghetti Cream Meatballs for Adam..


Mix mushroom sandwiches tuan belog punya


Daus ajak kitorang pergi makan mlm khamis aritu,,nak belanja katanya..i ok jek..so, ke Abdullah Chan la kita..malam tu hujan lebat..alhamdulillah..since dorang belum tiba lagi, aku oder dulu la setelah diberi green lite oleh Shikin..so, lets oder...tengok muka laki bini tu, beria-ria nak oder..



Dan ini lah hasilnya...suka betul aku butter prawn tu..menimbun dia punya serdak...ikan siakap masak asam yang mabeles, ketam telur masin, kailan, ikan pari special..







bestnya bang meratah ketam...aku tak makan ketam, allergic, nnti bila makan bibir aku jadi bijik2 mcm tu...


Alhamdulillah dengan rezki yang Allah swt bagi..terimakasih daus belanja kitorang makan mlm tu..thans to syikin too sbb bagi aku jubah dan shawl lagi..rindu aku nak ke tanah suci bila dengar dorang excited bercerita..insyallah...

Aku harap apa yang satelite Australia jumpa tu  bukan MH370..keep praying agar semuanya selamat..apa pun yang berlaku ni semua ujian dari yang maha esa..


Wednesday, 12 March 2014

Hari ni kesnya..

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke 5, masih lagi tak jumpa MH370. Kemanakah kau menghilang. Adakah kau mendarat kat mana2 tempat? It true, alhamdulillah mudah2an semuaya selamat. Adakah kau ke dalam laut??? Dah mcm2 peralatan canggih nak kesan kau MH370, masih tak dpt jawapan. Neighbouring countries pun dah hantar bantuan, sampaikan dah menjadi SAR yang terbesar di dunia la.Dengan kapal perang masing dilengkap dengan peralatan canggih.

Dah macam2 citer aku dengar dan baca kat laman sosial. Ada yang cakap flite tu memang ada kat Nanning, China la. Kerja perisiik mana ntah sbb dalam tu ada billioaier china. Baik culik je billionaire tu, dari menyusahkan macam2 negara. Ada ckp ni semua kerja kerajaan nak tutup mata rakyat dengan kes Anwar la, Apa gila ke nak buat semua tu...kalau nak buruk kan kerajaan pun agak2 la sikit. Macam2 teory la aku baca dan dengar. Tak kesian ke orang2 yang buat cerita ni kat family mangsa?? Ni tetiba pulak ada 2 ekor mangkuk pempuan Australian ckp dorang rapat dengan salah sorang pilot tu, siap tunjuk gambar kat dalam kokpit tu. Motif?? tak sensitif langsung..

Nelayan kat Kelantan pun ada cakap nampak ada satu flite ni lain daripada biasa. Dia selalu nampal flite dah tinggi kat udara, tapi yang ni dia nmpk lampu flite tu sebesar buah kelapa,meaning flite tu terbang rendah la kan. Cerita macam ni aku boleh la jgk percaya.

Radio skrg pun bukak lagu slow2 ye. Dengar Era pun tak gelak2 mcm pagi2 biasa. Semuanya fokus pada MH370. aku yang amat jarang tengok Astro Awani pun sekarang ni balik rmh je bukak channel tu dulu. Semalam rancangan meletop pun tak havoc mcm biasa. Masing2 simpati. 

Bak kata Kapten Norudin, kita kena balik pada pencipta sainis tu sendiri, iaitu Allaw SWT. Teruskan berdoa. Ini semua rahsia allah swt. 

Hari ni, kawan aku pergi mahkamah syariah. Kali ni bicara la, dia dengan husband dia ada skali. Kawan alu ni upah lawyer, tapi husband dia datang sorang je la. Nama aku pun ada sekali dalam afidavit tu(betul ke aku ckp ni). Sebabnya laki dia pernah hantar sms tak kepuasan hati dia kat aku dengan mengatakan aku la penyebab bini dia dia berubah..lantak kau la..salah sendiri memang kau tak nampak la kan janatan.

Aku berharap semuanya lancar untuk kawan aku ni. Dah 2 tahun rasanya dia huru hara dengan laki dia tu. anak2 pun tak tentu arah. Nasib baik anak dia semua lelaki, kalau budak pempuan ni kan kuat emosi, mesti perasaan dah terganggu. 

Along balik dari Bandung hari ni, banyak betul pakcik dia beli kain, sampai 20 juta katanya..hebat betul..

oh mak aku dah selamat balik dari umrah, alhamdulillah..sekarang kat rumah adik aku pulak jaga adam n zara. 

ok la, nak pikir apa nak mkn lunch ni nanti.

Saturday, 8 March 2014

MH370

Assalammualaikum,

Rasanya semua rakyat Malaysia dah tau trajedi yang menimpa pesawat MAS MH370 ke beijing yang berlepas pada 12.40 malam tadi. Pesawat dilaaporkan hilang after 2 hours take off. Sepatutnya dijadulakan mendarat di Beijing dalam pukul 6.30 pagi local Beijing time.

Abah aku cakap kalau 2 jam tu dah dekat dengan perairan Vietnam. Yang betulnya, aku sedih dengar berita ni. Selalunya kita dengar pesawat terhempas dari negara kat Eropah atau belah Amerika sana, bila terjadi kat our national carrier, mcm tak sangka boleh berlaku.

Despite MAS ni rugi ke, or served nasi lemak telanjang ke, MAS ni memang menjadi pilihan aku untuk travel ke luar negeri(ala...mana pun kalau tak balik2, Indonesia kan). Bagi aku kalau beza price dalam 50 ke 60 ke, i prefer MAS. Mungkin sebab dia terletak kat KLIA, so tak payah nak jalan kaki panas2 ke pesawat. I have my own personal reason la...

Mana ada airlines yang perfect kan. Biasa la kurang sana sini. Yang kerja tu pun manusia. Tapi aku tak boleh terima bila some people, especially Malaysian buat jokes n maki2 pada kejadian yang menimpa ni. Cer merekayang buat lawak bodoh, yang menyumpah tu bayangkan, yang berada dalam pesawat tu ahli keluarga yang korang, tak sedih ke??? Bagi komen tak guna otak. Malaysia makin maju, otak korang makin bebal. Tak payah nak buat statement siapa yang bersalah.

aku suka pempuan yang komen dari FB MAS ni..

Do you people not think malaysia airlines are concerned for the safety of their friends and colleagues!! Their priority is with the friends and family of the people on that plane and this clearly says they are being kept informed. 
Calling them idiots 
and demanding information will not help anyone and neither will speculation. 
They are clearly waiting for concrete evidence and not hearsay so anyone who is criticizing, please stop and think about who really matters right now!!!

Marilah kita semua berdoa agar mereka semua ditemui.

aku share sikit apa yang aku dpt dari FB..

[#MASalert] Statement By Our Group Chief Executive Officer, Ahmad Jauhari Yahya on MH370 Incident. Released at 9.05am/8 Mar 2014 MY Local Time

We deeply regret that we have lost all contacts with flight MH370 which departed Kuala Lumpur at 12.41 am earlier this morning bound for Beijing. 

The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6.30am local Beijing time. 

Subang Air Traffic Control reported that it lost contact at 2.40am (local Malaysia time) today.

Flight MH370 was operated on a Boeing B777-200 aircraft.

The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members. The passengers were of 13 different nationalities.

Malaysia Airlines is currently working with the authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

Focus of the airline is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation.

The public may contact +603 7884 1234. For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276




Kapal Laut KM Amanah milik Maritim Malaysia telah tiba di lokasi pesawat Boeing 777-200 MH370 yang dilaporkan hilang namun tidak menemui sebarang objek, lapor Utusan Online.

Kapten Maritim, Hamid Mohd Amin dilaporkan berkata, dua lagi kapal laut agensi tersebut juga menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini.

Sebuah helikopter turut digunakana dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.

Sumber : Astro Awani

My prays to all. Macam mana pun MAS tetap menjadi pilihan aku. (ceh!!!mcm duta mas pulak)


Wednesday, 5 March 2014

Tensi

Assalammualaikum,

wahh...dah bulan march ghopanya...cepatnya masa berlalu ye..lagi 7 bulan jek anak aku nak ambil SPM..aku nengok dia rileks je..ada la kot ek dia belajar tu..

Semalam aku balik ofis sendiri. Sendiri di sini bermaksud aku balik naik lrt, then ambik cab..husband dah sampai rumah awal. Dia ada tnya nak ambik kat mana..tp semalam petang tu aku mcm moody pulak, mengada sgt bunyinya kan..aku ckp tak payah la, balik sendiri jumpa kat rumah je. Tak de salah apa pun husband aku tu. Aku geram dengan diri aku ni. Geram dengan badan aku ni la. Seluar semalam yang aku pakai pergi kerja, it used to be longgar ok, tp dah ketat..aku tensi sgt...bloating sgt peyut aku..mcm nk pecah seluar tu...tu yang buat aku tensi..salah diri sendiri, bila tensi, org keliling terbabit.

Sampai rumah, tengok husband tengah prepare dinner, tpi aku tengok dapur berselerak..bertambah tensi aku..bukannya aku nak bershukur dia sediakan mkn malam..naik atas tengok ada mangkuk dan pinggan yang dh kena urung dengan semut. tambah tensi lagi. Membebel la aku, kenapa dah mkn pinggan tak letak kat bawah pot pet pot pet..aku dengar yaya ckp dari bilik dia, kejap lagi soraya angkat la..

ok, duduk jap sambil nak tunggu waktu magrib, tenangkan fikiran, istigfar banyak2. Salah sendiri, makan tak ingat, bila gemuk, marahkan org, ntah apa2...tetiba je husband naik atas, hulurkan aku sepinggan sandwich untuk dinner aku, so sweet of him..pada hal baru je lps kena marah..dia pun dah lali bila aku bebel..dah tak kuasa nakak layan..hahaha...

malam td bila husband hantar yaya g tusyen, aku lipat kain sambil layan tv..tengok chanel food network tak best, so buka life inspired, tengok  there's no taste like home. Lps tu main2 remote, terjumpa cerita ni..


Devious Maids..star world kot..kat astro 724





tapi ni citer bersiri, layan jgk la, mcm best la pulak..biasa la kisah maid kerja kat rumah orng kaya, each famliy ada problem masing, si isteri skandal la, anak maid suka kat anak tuan rumah. Nanti la nak google tengok kat internet. Dorang ni orang amerika latin. cantik dan seksi pulak tu, konfem aku tak ambil depa ni keje rumah aku..hahaha...

ok la, nak sambung melawat blog orang..keje kurang sgt ni..cpt la market naik, kalau gini la caranya, tak dpt bonus aku tahun depan...huhuhu...