Thursday, 26 May 2016

Jakarta - Bandung 2016

Assalammualaikum,

Nak cerita trip pergi Jakarta dan Bandung pada April lepas.

Organised by Along..actually dah lama aku suruh Along plan trip ni...dia ckapa ok ke kalau ajak kwn2 ameno dia pergi..ok je as long aku dapat menempel pergi. Lagi pun ada yang aku dah kenal kwn2 ameno
Along ni.

Plan asal nak pergi 30 April sampai 2nd May..tapi aku cakap cuti Labour Day tu nak balik kampung ada kenduri. So, kita pergi pada 16-19 April. Tapi tu la, ada sebab kenapa aku tak pergi pada hujung bulan tu..bukan seba kenduri, Abah pergi selamanya pada 27hb tu, so xkan la aku nak pergi bersuka ria pada 1st May kan...perancangan Allah SWT untuk hambanya adalah terbaik..

Bertolak ke KLIA2 seawal jam 4 pagi..flite aku ke Jakarta jam 7 pagi..kami ke Bandung melalui Jakarta...

Solat subuh lps check in..kosong je surau dan selesa..tak pyh nak berebut solat kat luar tu..tapi kena jalan laju2 la..dah la pintu masuk jauh..

Mula la aku cakap dgn along, huhh nak jimat naik Airasia, jalan jauh, baggage kena bayr, naik MAS or KLM lg murah sebenarnya..penat..

2 jam dlm flite memang aku membuta..tak lapar sbb dah bfast nasi lemak antarabangsa sebelum ke airport..

1st time jgk aku sampai ke Airport Jakarta untuk tambang murah ni..



Turun dari flite, kena naik bus nak bawak kita ke terminal..


Selamat Datang ke Jakarta..kawan2 baru aku..yang hujung kiri berdua tu 1st time pergi Jakarta Bandung..yang paling tua antara kitorang tu Mamawan, tudung hitam..umur 68 baya mak aku tapi kuat..suka amik gambar..hehehe..tengok ye beg masing2..sorang satu tu....time datang..

Supir kami bernama Gunawan..dah biasa bawak along and family member aku yang lain bila kat sini..

Langsung ke Bandung..jam sikit je kat Jakarta nak keluar ke Hiway..pada hal hari Sabtu tu.. Alhamdulillah, lancar perjalanan kami, berhenti untuk ke kamar kecil sambil membeli jajan2 sbb ada yang dh bising kelaparan..yang 1st time tu asik la tanya lama lg ke nak sampai berulang kali..hehehe..kereta banyak kat hiwat tapi tak la sampai jam..


Sampai ke Bandung, aku n along bgtau la dorang, ini la Kota Bandung..cuaca agak sejuk sikit la dari Jakarta..Gunawan cakap hari2 hujan..

Terus ke Restoran HDL Cilaki untuk makan..konsep seafood..tiap kali ke sini, aku tak pernah miss mkn kat sini..antara tempat feveret..




Masa aku datang 2 tahun lepas, masih lagi dihidang dalam bekas mcm sizzling tu..panas berasap makanan sampai..yang ni pun panas jgk..diam sekejap masing2 menikmati makanan..Alhamdulillah, dorang suka mkn disini dan akan menjadi tempat wajib dikunjungi..

Lepas makan, terus pergi ke hotel..Hotel Cemerlang..rehat2 dan mandi untuk dinner mlm tu.

Dalam kul 7 siap dan gerak ke Stone Cafe Bukit Dago..

Along dah pesan, kita berhias malam ni..kiranya pakai cantik sikit la..saja suka-suka..



While waiting our food to be served, lets take photoooo...








Dinner di Stone Cafe kita....nice ambience, good food, ada live band..suara penyanyi perempuan tu dah macam artis..everybody enjoyed..

Cuaca dingin..memang seronok untuk lepak lama..

Perut kenyang, mata pun mengantuk, meh kita balik..

Esok adalah hari shopping di Pasar Baru , so tenaga amat diperlukan..

Wednesday, 4 May 2016

Abah..pergi tak kan kembali


Assalammualaikum,

Hari ni, 4th May 2016, genap la seminggu abah pergi meninggalkan mak dan kami adik beradik untuk selama-lamanya...

Sedih, terkejut..tapi ketentuan Allah SWT tak ada siapa dapat menghalang.

Sakit abah adalah sakit biasa seperti kencing manis dan darah tinggi..

Mak citer bulan lepas abah pergi medical check up, kencing manis dan darah tinggi dia dalam keadaan yang baik, normal..

So, bila orang ramai sedara mara jiran tetangga tanya abah sakit apa?? aku cuma boleh cakap abah tak sedap badan, tak lalu makan dan buang air besar pun dah tak boleh kontrol..

Pagi Isnin bersamaan 25th April 2016, aku masih lagi dengar abah solat subuh, start motor dia pagi tu terus keluar untuk sarapan. Itu dah rutin dia hari2..tak pernah sekali dia menyusahkan mak nak buatkan sarapan dia sejak dari dulu lagi..bukan mak tak nak buat tapi abah yang suka dengan cara dia..

Tenghari tu mak kol..mak masa ni kat rmh adik aku di UK Perdana..mak cakap abah suruh balik, bgtau dia dh buang air besar najis berwarna hitam..mak bergegas balil..aku kol adik aku Firdaus yang kebetulan dia berada di Wangsa Maju. Dorang sampai rumah nampak abah terbaring atas katil dalam bilik..

Sejak dari tu abah dah lemah, dah g toilet byk kali buang air besar..ni mak yang citer..mak masak bubur pun makan 2 sudu je..ajak pergi hospital langsung tak nak..cuma abah minta minum air..mak pesan kat aku balik kerja belikan abah daipers..sbb abah dh tak dpt kontrol kencing..

Malam tu wancik dan ayahcik ada datang melawat..aku dengar jgk la dia ada sembang...lega sebab abah mcm dah pulih..susah nak tengok abah sakit terbaring mcm tu..

Hari Selasa pun abah masih lemah, tak nak jgk pergi ke hospital. Alasan abah tak mau pergi sbb nanti susah nak panggil emak. Waty datang bawak doktor ke rumah..doktor check blood pressure semua ok, masukan air..bagi ubat angin dan vitamin..abah rehat..tapi petang tu dalam pukul 7 mak cakap abah macam tak tentu arah nak keluar rumah, dalam keaadaan dia yang tak berdaya tu pun dia nak bangun..mak panik, panggil jiran sebelah..abang sebelah datang, tenangkan abah dan urut badan abah...

Lps tu abah kembali tenang dan rehat..minum je yang dia mintak...mkn langsung tak mau..mak citer siang tu Pak Teh datang melawat and duduk dekat dia la sambil sembang dengan mak, abah suruh dorang ke depan sebab tak nak dengar bising..bila Wancik kol mak pun abah cakap sudah2 la tu...dia rimas..

Malam dalam kul 10 mcm tu, abah sekali lagi bangun nak keluar rumah dalam keadaan terhuyung hayang tu..mak suruh abah tido je kat ruang tamu..mak cakap awak tido je mana yang awak rasa selesa..ok abah tido dan aku pun masuk tido jgk..mak teman abah kat bawah..

Dalam pukul 3 pagi, husband aku balik dari menguruskan kedai dia, nampak abah dah terbaring kat dapur..husband nampak abah masih lagi bernafas, tapi dia takut nak gerak takut abah terkejut..panggil mak, mak tengok abah tidor, mak ke depan balik, lps tu baru mak perasan..mak pergi balik tengok abah dah tak ada..mak terkilan sikit la sebab dia tak sedar langsung bila masa abah bangun nak ke bilik air..cuma nampak diapers yang dia pakai kt tepi bilik air tu..

Mak panggil aku cakap abah dah takde, terus aku ke bawah..tengok abah kat dapur elok tidor..mak rapatkan mata dan mulut abah..masih baru dan lembut mak cakap..mudahnya abah pergi..

Abah selama ni memang mengidap penyakit susah tidor.sbb tu abah selalu keluar rmh..dia cari tempat yang selesa untuk dia..masjid Ar Rahimah dan As Syakirin adalah tempat yang dia selalu pergi..tu yang kadang2 buat mak risau..hp pun dia jarang bawak..mak bising risau sebab taku abah terjatuh ke..abah takde kat rumah, tak tau mana nak cari, now abah dah takde, dah tau tempat dia kat mana..

Aku terus panggil husband, dia panggil orang sebelah ajak angkat abah bawa ke ruang tamu..

Aku kol adik2 aku..Amir yang jawap, terus menangis cakap apa kau cakap ni Yong..sebak masa aku tulis ni..gerak anak aku, suruh dia kol adik2 aku jgk..

Ayahcik dan Wancik sampai dalam pukul 4 lebih..Waty datang dengan kawan doktor dia dan mengesahkan abah dah memang tiada..

Husband terus inform org surau.

Ijan sampai dalam pukul 7 mcm tu...

Sebelum org ramai tiba, aku tengok mak tak puas2 usap wajah abah..Suami yg hidup bersama selama 47 tahun pergi untuk selamanya..

Pukul 8 van jenazah datang , bawak ke surau untuk dimandikan, dikafankan dan solat jenazah..

Alhamdulillah, ramai yang datang melawat jenazah..urusan menguruskan jenazah pun lancar..

Sempat jgk diadakan bacaan tahlil sementara menunggu waktu ke pusara..

Dalam pukul 10 jenazah abah dibawa ke pusara Taman Batu Muda..cantik tempat ni..mcm taman..

Pukul 11 pagi, selesai segala urusan pengkebumian pada pagi Rabu 27hb April 2016 bersamaan19 Rejab 1437H..




Terimakasih pada sedara mara, jiran tetangga, kawan2 dan Alin ofismet yang datang pada hari tu..yang mengucapkan takziah dan sedekah Alfatihah dan doa jgk terimakasih yang terhingga..


Semuga Abah tenang di sana dan ditempatkan bersama para Syuhada dan mereka yang beramal soleh..

Jangan risau pasal mak..yong dan adik2 akan jaga mak..

Kami sentiasa akan merindui abah..tiada lagi kedengaran motor abah di Taman Melewar..jiran2 pun turut merasai..

Maafkan segala kesalahan kami pada abah..

Tuesday, 2 February 2016

Hello 2016

Assalammualaikum,

Yeahhh..2nd month of 2016. 

Nak citer apa?? Biasa2 je la..

Ada citer, tak sempat nak update.

2015 ok la..bukan semua yang kita plan, yang kita hajati akan dapat. Semua di atas kehendak NYA..

Ada jgk masalah yang hampir ke jalan penyelesaian..

Suka duka tetap ada..

2015 jgk menyaksikan aku telah pergi ke Padang Besar selama 4x!!!!

Dulu bila dengar orang cakap nak pergi Padang Besar, buat muka pelik, afsal nak pergi sana? Nak cari apa?? Haa!!! sekali terkena kat aku..terus suka..bukan la nak shopping kain baju pun..tapi beli barang2 dapur, henbeg gred AA cenggitu la..1st aku pergi dengan Along and kawan ameno dia. Seronok tengok depa shopping. Ada sorang kakak ni dia beli henbeng and purse kulit ikan pari yg di mana bila aku tengok harga kat Premium Outlet di Krabi way much cheaper dan kualiti yang sama..

Aku jgk dapat pergi Hadyai, Satun dan Krabi buat pertama kali. Seronok dan pengalaman baru. 

Drive ke Krabi dari KL..penglaman yang berharga dan memenatkan..hahaha tapi husband cakap lps ni masuk Krabi nak drive lagi..huaaaaa...

Alhamdulillah, anak aku dapat keputusan yang baik semasa di Semestar 1..now she's in 2nd Sem. How time flies..

Awal January 2016 telah menyaksikan suami aku membuat keputusan yang besar dalam hidup dia. Aku doakan apa yang dia rancang berjalan lancar dan semuga Allah swt memberkati kami sekeluarga.

Lala jgk telah kembali menetap bersama Dada dia..semuga segala urusan adik aku dan keluarganya berjalan lancar. Lala jgk dah masuk darjah 1..masa kat tadika jgk dia dapat no 2..tak sangka hehehehe...

Alhamdulillah..dapat gak imbuhan dari company dalam keaadan ekonomi yg gawat ni..dapat la mengurangkan hutang-hutan

Ok la..that's all for now..nanti masa mengizinkan, kita jumpa lagi ye blog..

May this year bring all the goodness in our life..Ameen..