Thursday, 20 September 2012

Kuantan trip part 1


Assalammualaikum,

Syukur ke hadrat illahi kita sudah sampai ke bulan Zulkaedah, musim orang pergi Mekah. Yang buat open house raya pun ada lagi termasuk dengan majlis perkahwinan. Cuti 3 hari yg lepas aku dpt 3 undangan ke orang kahwin dan open house tapi terpaksa dilepaskan sebab nak pergi Kuantan. Kali terakhir aku ke sana masa hiway LPT dari Karak ke Kuantan baru dibuka. Waktu tu toll free so kitorang tyr  la..

Tapi kali ni pergi sana untuk menghadiri majlis perkahwinan Yana n Faizal. Yana ni kiranya adalah sedara angkat kitorang la..adik dia dari yg no 3 sampai no 6 mak aku yang jaga, time tu family aku tinggal kat quarters polis. Untuk menambah pendapata keluarga, mak aku menjaga anak orang. So, bila dah jaga adik beradik dia dari baby, termasuk dia yg masa tu mungkin dlm umur 4 5 tahun, sudahnya jadi mcm satu keluarga. Setiap kali ada ke wedding dlm family kitorang, yana n adik mesti tolong, mcm2 kerja yg diorang tolong. so, aku dh bgtau family member yg lain, kalau dia kahwin kita kena turun ke Kuantan beramai-ramai, tapi sayang adik aku Waty tak dpt join( padahal si Yana ni la yg byk tolong dia masa dia kawin hari tu) sbb dia kena attend conference kat China.

Lebih kurang pukul 8 pagi bertolak dari rumah, singgah ke UIA naik ambik kawan Mariam..perjalanan dari toll karak lancar takde jam..agaknya orang pun dah penat nak travel jauh kot lg pun minggu tu kan minggu terakhir nak buat open house. Adik aku Ijan bertolak dari Melaka lalu Muadzam., adik aku Firdaus pagi lagi dah bertolak. Plan nk konvoi tp aku lambat, tak sangka pulak kali ni dia awal..

Harus la tuan tanah bergambar dulu sebelum bertolak..


Lebih kurang pukul 12 sampai toll Kuantan, misi mencari makan bermula..disebabkan bfast pun ala kadar je, masing-masing especially husband aku dah kelaparan..lalu bandar indera mahkota ternampak restoran ni, terus berhenti..alhamdulillah ada jual nasi campur. Restoran ni jgk ada jual nasi kukus, so aku pilih nasi kukus..lauk pauk kat sini memang nampak mengancam..


Husband rambang mata tak tau nak pilih lauk apa..budak pempuan tu kawan Mariam, nama Ain..



 My nasi kukus..sedap


muka kekenyangan dan mengantuk


Lps makan teruskan perjalanan mencari apartment..ooohh...traffic lite kat town centre kuantan ni sgt lembab..dah la byk sekali stop punya la lama..pada hal takde la jauh mana pun apartment tu...before 2 dah boleh check in..

Living hall..kalau pegi ramai2 boleh bentang toto kat depan tv tu..bilik ada 3, 1 master bedroom..gambr bilik tak sempat nak snap...dah kena serbu..tp overall kitorang puas hati menginap kat sini..


Dapor tapi tak boleh masak..pinggan mangkuk pun tak cukup..tak kisah la, bukan nak masak pun..



Bilik air..

Ha...yg ni plk bila aku belek2 adalah arang, cantik kan diorng bungkus..mungkin ada guest yg bwk deghoyan masuk rmh, nk bg hilang bau diorang letak ni..pendapat aku la..kalau ada sebab lain tu aku tak tau..


Petang tu lps check in, husband dan adik aku, Firdaus, pegi main golf kat Pekan, on the way balik apt tu diorang beli murtabak makasar yg femes kat Pekan..hemmm..my personal oppinon tak de la sedap mana..sedap lg mertabak kat pasar ramadhan..yg kat bwh tu akok dan otak2..aku tak try pun..sata dah selamat kena serbu..




Lps maghrib bersiap-siap pergi rmh pengantin..ni pelamin dia..unsur2 semula jadi..guna barang2 yg ada kat rmh..jimaaaaaat...fresh flower sponsored from Cameron..ingatkan dah miss acara nikah..ye la nk melayan traffic lite kan..rupanya dalam 9.30 baru nikah..apa lagi mari la kita mengambil gambar dulu ye..







Acara nikah sedang berlangsung...






Sweetkan..bunga tangan tu aku, shikin dan ijan sponsored, requested by pengantin..senang tak pyh pikir nk beli hadiah apa..sebelum tu dah mintak tlg member Kuantan carikan florist dan terus bagi bajet..florist tu hntr pukul 2 petang masa aku kat apartment..



Faizal dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri..oh ye aku suka cara tok kadi tu menguruskan upacara, sgt simple dan penuh dgn lawak jenaka, sampai kan terbahak2 si pengantin lelaki..baru la tak nervous..dengan sekali lafaz selamat la mereka menjadi suami isteri..




Tengok si Adam tu, tak melepaskan peluang nak tengok upacara nikah..lps tu semua org pegi makan kat bwh khemah..semua dah kelaparan..oh ye, kenduri kawin ni masak sendiri ye..gotong royong di kalangan ahli keluarga dan jiran2..ingat malam tu nak lepak kat mekdi TC tapi masing2 dah kepenatan, balik apt n hotel masing2 terus kebabom tidor...


Ok, settle sudah hari pertama, nanti sambung aktiviti hari ke 2..sebagai penutup terimalah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaha..takde yg menarik pun..


Saturday, 15 September 2012

Mood jiwang..




Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...



Monday, 3 September 2012

malam raya

Sebab dah ada dlm draft, meh la kita post..acara melemang dan merendang..lemang bakar dalam 20 batang..MIL masukan pulut dan santan, husband, adik ipar dan biras tlh jaga api..alhamdulillha, tahun ni melemang tak hujan, so hampir semua lemang masak elok..

Yg belakang diorang tu adalah bilik yg ditambah di belakang rmh MIL..proses renovation bermula pada bulan pose dan kontraktor tu ckp boleh siap sebelum raya tpi hampeh..bilik air tambahan pun tak siap..MIL and SIL aku ckp, diorang dtg keje hari2 tpi buat keke 3 4 jam je..duit laju je mintak..tu yg kekadang malas nak ambik kontraktor melayu ni..kekadang bukannya murah mana pun..ops!! merepeks la plk..




Rendang ayam..ha, yg ni tugas aku untuk mengacau n menjaga api..kenapa rendang hijau?? sbb MIL guna cili api instead of cili kering..total ayam 5 ekor..rumah tu aje dah 2 ekor..mlm tu pun aku rasa hampir sekor dah selamat..lemang plk adalah 2 3 batang, gara2 nk "rasa"...



Gambar dah siap tak ambik sb tukang kacau dh kepenatan dan kemalasan...petang raya semua dah selamat dimakan..alhamdulillah..sungguh murah rezeki rakyat Malaysia..tu pun ada jgk yg tak tau bershukur...

Dinner @ Pegaga Restaurant

Assalammualaikum,

Malam merdeka tu tak tau nak makan mana, dah buntu..tanya soraya n papa diorang cakap tak kisah, makan apa je., so pusing-pusing masuk Hiway Duke keluar MRR2 menghala ke Ulu Klang..time2 cenggini lupakan la niat nak masuk KL..dah tentu2 jam dgn orang n pegi celebrate merdeka kat dataran merdeka..dengarnya ada jgk grup yg perasan bagus sgt tu nak berkumpul kat situ ek..ntah2 apa..mcm teruk sgt ke tinggal kat Malaysia ni..siap pijak lg gambar PM..tunjuk kan la sangat perangai biadap diorang tu..

Buang  masa je citer psl orang2 yg perasan bagus sgt tu kan...dah jadi kebiasaan kalaua pegi restoran baru ni mesti tengok lambang chef recommandation..senang nak tau mkn tu sedap ke tal..kalau tanya waiter/waitress diorang ni kekadang tak tau..tapi pun bukan semua yg ada lambang tapi chef tu sedap. Ikut selera masing-masing.

Kalau nama restoran Pegaga, harus la ada jual jus pegara..so yg ni untuk aku..sedap n segar..next time kalau pegi sini, confirm air ni aku oder..(pegaga ni minuman aku semasa dlm pantang 15 tahun lepas) kopi kat belakang tu husband punya..Yaya as usual ais lemon tea..



Chicken wing ni ada simbol topi chef tu tapi aku rasa so-so je..boleh la makan,,


Crispy garlic bread..yg ni sedap..makan tak boleh nak stop..next time datang boleh oder


Tomyan seafood..rasa ok la..



Saya punya..kueyteow cantonis..sedap dan kena dengan citarasa aku..


Salah satu menu, mi koko odered by Husband..Mee coco is a signatures dish here..husband dissparoved the dishes not to his taste..so aku la yg tlg tukang habis kan..sayang beb tengok isi ikan, sotong,udang tak bermakan..mi koko ni kuah dia dari air kelapa..coco tu dr word coconut..itu yg staff dia cakap..


Deserts..chocolate cake and carrot cake..aku je yg makan pun, last2 tak habis tapau bwk balik..bila oder tak sedar diri tu gems..



Overall ok jgk la restoran ni..boleh masuk dlm list2 tempat aku nak makan nanti..yg penting ada tempat boleh makan kat luar, senang husband aku nak berasap..ada jgk served bfast tp until 11.00am je..

Sampai rmh almost 12 tau2 je dgr bunyi bunga api..langsung tak ingat nak tengok..ye, saya sgt suka tengok bunga api..kalau tengok pun dari jauh je la.

p/s - semalam dpt berita yg tak seronok di dgr..anak angkat angkat mak aku yg berumur 22 tahun kawin secara mengejut dgn janda anak 3 berumur 35 tahun..kesian kak nah...sabar ye kak nah..

Wednesday, 29 August 2012

Projek geder-geder buat kukis..tamat sudah

Assalammualaikum,

Ok, bahagian ke 2 projek buat kukis geder-geder..sebab dah ada dlm drfat post kan la jgk walaupun dah hari raya...

Seperti dimaklumkan rumah Umi di Puncak Jalil adalah lokasinya..exactly a week before raya..tidor kat rumah dia dari Jumaat malam sabtu sampai petang ahad..berjaya buat 9 jenis kukis..walaupun plan asal adalah 5 jenis aja..tapi tu la bila dah penat tu ada je yg dah bermasam muka sbb bercanggah pendapatn..mana taknya untuk london alomond terlebih buat bancuhan, sudahmya sehari sunutk dok menggentel dia je..ada yg cadang buat biskut lain menggunakan tepung campuran tu tp dibantah oleh pihak lain...tapi akhirnya berjaya jgk..gelak ketawa, masam muka, gadoh2 manja mebuatkan projek ni sgt seronok...insyaallah ada rezeki di tahun depan, kita akan buat bersama..satu kenangan yg terindah..

Nama2 biskut jgn ditanya sebab pelik2..aku pun dah lupa..ni la antara2 kukis yg berjaya dibuat...ada diantara kukis ni dapat sorang 2 bekas balang yg tinggi tu...setelah ditolak campur modak dalam tak sampai sorang RM100...cuba beli memang tak dpt la sampai 9 jenis kan...












Suka sangat sbb dah tau bagaiman shell tart ni dbuat,,senang saja..

p/s - minggu ni cuti panjang, mesti jalan sesak org pergi open house...

Sunday, 26 August 2012

Eid Mubarak 2012

Assalammualaikum,

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga, maaf zahir dan batin..tahun ni turn beraya di Tronoh, kampung husband. Balik sana awal pagi sabtu lebih kurang pukul 1 mcm tu..ingat nak avoid dari jam tp bumper to bumper dari rawang sampai ke tanjong malim..sampai tanjong malim masuk guna jalan lama..sempat sahur and sampai rumah MIL dalam pukul 6 pagi mcm tu...

As usual all the preparations for masak rendang and lemang is dome by MIL..i just helped her tidy the house..tak de apa yg menarik melainkan malam raya ke 2 we organized bbq...2nd day raya my parents and siblings visited our uncle at Ipoh and i joined them...aku balik Kl pagi Rabu..lega betul dpt tidor di atas katil sendiri...gambar2 di bawah adalah sebahagian semasa beraya di sana..oh ye sempat gk aku pergi AEON Station 18 terus shopping kat sana, berjaya dapat 2 psang kasut..hihihi..



 






2nd raya at uncle's house..







3rd raya..rumah kawan husband kat Tambun....design english style..cantik..suka betul aku tengok..gambar tuan rumah blur la plk...lps tu pergi Chepor, rumah kawan shikin..







Tu je la kisah raya tahun ni..balik Kl  turn raya rumahsedara mara kat sini pulak....nanti upload gambar..