Assalammualaikum,
Begitu cepat masa berlalu..sedar tak sedar lagi 2 bulan je nak masuk tahun baru..blog pun dah lama tak berupdate..tak ada mood..daripada cuti deepavali hari tu aku dah tak sihat..demam, batuk dan selsema..hari khamis tak kerja..tak larat..jumaat masuk ofis jumpa doktor..BP semua ok..sabtu pun flat juga..plan nak pergi beli hadiah lala tak jadi..memang aku tak larat..dah lama tak demam so sekali demam memang melepek..rumah weekend lepas memang tak berkemas..
Malam minggu tu kawan aku Suraya buat kenduri aqiqah untuk anak buah dia..ikutkan hati malas tapi dah janji pergi jgk la..no picture taken..kenduri meriah mcm orang kahwin..makan pun tak berapa selera walaupun sedap..
Ahad semalam celebrate bday lala kat rumah dia...everything went smoothly even tho it was raining in the evening..and again no picture taken..
Hari ni badan rasa ok sikit tapi batuk belum lagi hilang..takut jgk bila batuk ni mengganggu ofismate...tekak teringin nak makan asam pedas tapi yg mak aku buat..kena tunggu weekend ni la bila mak balik nak sambut raya haji..mak tu pun tak brape sihat sakit lutut..ye la umur pun dah 60 lebih kan..jaga pulak cucu 3 orang yg boleh tahan perangai...(nasib baik comel)..
Lain-lain tak ada apa yang menarik..opps..ada lagi satu..mlm tadi our friend dah book tiket pergi Kuching..insyallah bulan December ni berangkat la aku ke Kuching..1st time ni g holiday without family..
ok tu je la kot cerita penutup untuk bulan ni...
No comments:
Post a Comment