Tuesday, 29 November 2011

Gambar-gambar pergi wedding last week kat Kg Rambong, Kuala Kangsar

Assalammualaikum,

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua umat islam. semoga kita akan menjadi insan yg  lebih baik di dunia dan di akhirat dan sentiasa mensyukuri dengan apa yg diberi oleh Allah swt..

Cuti 3 hari tak ada pergi mana pun..husband kena kerja hari Sabtu dan Isnin..so memang tak bleh nak buat plan..tapi ok jgk dpt jimat duit (sikit je pun) sbb aku pun nak pergi holiday ke Kuching next week..

Gambar-gambar kat bawah ni masa pergi wedding kat kampung abah aku pada 19.11.11..Kak Da kahwin..memang jodoh itu di tangan tuhan..she is married at age 51..tapi bukan dgn husband org ye..husband dia duda 5 org anak..semoga berbahagia ye Kak Da..tapi yg tak bestnya lps ni kalau balik kampung dah tak dapat la jumpa dia lagi sebab lepas ni dia duduk Seremban..

Kitorang pun sebenarnya dah lama tak balik Rambong..busy dengan hal masing2..dah lama tak jengah rumah arwah Opah..

Sampai wedding tu pun dah lambat..around 2 pm mcm tu..kenduri kat kampung ni pukul 2 dah kira sepi..orang kampung pukul 11 dah datang makan..so meja tu kitorang la yg konker..gambar lauk tak ambilk sebab dah lapar tahap gaban..tapi lauk memang sedap..

Pergi dua kereta ijan dan aku..mak n abah naik kereta ijan so budak2 semua dalam kereta aku..


Tengok..kitorang je tinggal..meja lain dah kosong..catering pun dah siap2 nak berkemas


Caca dlm buaian..ada upaca naik buai kot pagi tu untuk salah seorang anak sedara pengantin..













Yang duduk di depan tu mak sedara pengantin kiranya sepupu abah aku la..she is staying in London..suka2 kalau ada rezki g sana memang aku akan stay kat rmh dia..panggil dia makkecik..dia pun beria-ria ajak kitorang stay kat rmh dia..insyaallah one day..
Ha..yg berdiri tengah tu la pengantin perempuan..ni dah salin baju lain..


Budak Lala ni buat perangai betul hari tu..pantang aku hilang sikit sibuk panggil Mama, Mama..ni dia tak perasan aku belakang dia tu..

p/s - mlm tadi dinner kat Sakura, Melawati..adik aku Firdaus belanja sempena Wedding Anniversary dia n Shikin..to both of you semuga berkekalan sampai akhir hayat..amin 

No comments:

Post a Comment