Assalammualaikum,
Gambar-gambar di bawah ni di ambil semasa on the way nak ke Garut. Bila masa aku kesini? pergi sini masa cuti Hari Wilayah yg lepas. Dah selalu sgt ke Bandong tak nak shopping je kan..Tangkuban Perahu pun dah pergi, so we decided to go Garut..orang cakap Garut ni sgt terkenal dgn hasil kulit dan harga yg ditawarkan adalah murah.
Sebelum ke Garut, kita singgah dulu beli Tahu Sumedang yg banyak dijual sepanjang jalan..
Beginilah tempat isi tahu ni..dalam bekas buluh..ingatkan di bagi la kicap untuk cicah rupanya tidak...dibaginya beberapa biji cili api untuk dimakan bersama..rasanya..hemmm..biasa la tauhu goreng mana ada rasakan..tawar je la...
Kereta kuda bersepah-sepah kat tempat ni..salah satu jenis pengangkutan..
ok..ni la Garut..sepanjang kedai jual barang kulit..kalau korang tau nak beli apa ok la datang sini..kasut, document bag, wallet, purse, handbag, topi, jacket mcm2 lagi la dr kulit..tapi tak membeli pun..
Bergaya dengan salah satu sample long jacket..kalau mcm ni dlm 3 juta rupiah..kena ambik ukuran.
Disebabkan hari tu hari Jumaat kedai ditutup awal..so kitorang gerak balik ke Bandong..singgah minum dulu kat tepi jalan tu..hsuband sempat makan durian..dapat la kita tengok pemandangan desa pulau jawa ni..cantik dan sejuk mata memandang..dengan sawah padi yg ditanam berbukit-bukit..gambar takde la...
Husband dengan Pak Erwan..
Nampak tak jembatan tu?? tu jalan keretapi..
Sampai Bandong dah petang terus kebulur cari makanan..trip kali ni sgt menjimaktkan sbbnya makan sehari selai je kat luar..mcm bfast dah mkn kat apartment..mlm tu dinner kat Hanamasa..sedap..terbayang-bayang kuil lopis dia...gula merah sgt pekat...nanti ada masa letak gambar...
Oh ya..ada tragedi berlaku..sebelum pergi makan singgah kat Heritage nak ambil baju2 adik aku yg tertinggal kat sana..baju tu semua hasil borong dari Lavie hari sebelum tu...sampai sana pergi kat counter titip barang tu dan tnya la pasal baju2 tu semua..mlm sebelum tu dah called sbb sampai apartment je baru perasan tertinggal beg..ok staff Heritage cakap diorang akan simpan...tapi bila tanya budak yg jaga tu dia tak tau..kena call office tanya.. kelam kabut sbb budak yg ckp nak simpan tu dah balik..risau jgk tak dpt..ye la baju-baju bernilai 2 juta rupiah tu bersamaa rm700 duit kita...bayangkan kalau tak dpt balik..alhamdulillah dpt semula..baru la adik aku ijan lega dan terus rasa lapar..pendek kata semua org lega la..hehehe.. sblum tu makan pun dah tak ingat...
p/s -dah byk kali pergi pun still best Bandong ni..orang lain aku tak tau la..
Salam.........
ReplyDeleteMenarik nampak nya Garut.
Barangan kulit tu ori kulit? Mcmana kita nak bezakan dgn tiruan? Berapa tambang ke Gaut dari Bandung?
Hai...disana ada private driver x? Kalau ada boleh sharekan contact.tq
ReplyDeleteHi Tarmizi..u boleh contact Pak Gunawan at +6281220212448
Delete