Sunday, 30 September 2012

Kuantan Trip - part 2 n final

Assalammualaikum,

Hari ni hari terakhir bukan september, lagi 8 hari anak anku nak ambil PMR, baru la nampak dia bertungkus lumus study..study nak selagi boleh..

Ok, sambung citer pegi Kuantan, balik dari nikah masing-masing kepenatan terus tidor. Esok pagi bangun misi mencari breakfast bermula. Apartment ni ada bagi 2 free voucer bfast tapi rakyat  aku ramai so yg pergi adam n soraya je..sampai bawh soraya ckp ramai je yg pergi makan kat kafe tu..

Dari KL lagi aku dh plan nk mkn local dish mcm nasi dagang ke, so heading ke Beserah, terjumpa gerai kat bawah ni terus stop, aku, abah, ijan n husband je pergi. Shahril dah bawak budak2 mandi swimming pool..






Harus la oder mi ni kan...rasa mcm mi sup..ok la boleh makan..



Balik dari bfast bersiap-siap pergi rumah pengantin dan terus check ou, sbb lps tu nak pergi Kamaman pulak.. Tema pengantin peach..sempat bergambar kat muka pintu sambil nak tunggu rombongan pengantin lelaki..




Group photo is a must


YAB Menteri Besar Pahang pun datang meraikan pengantin..


Bunga tangan dari aku, ijan dan shikin..kiranya hadiah kahwin la ni..




Ok dah settle kenduri, terus masing2 memecut ke Kemaman, Kat sana kitorang stay di Banglo Bank...aktiviti pertama kanak-kanak riang...


Enjoying keropok lekor yg baru masak di salah satu Perusahaan Keropok Kuala
Kemaman. Sebenarnya, keropok ni untuk jual di pasar keesokan paginya tapi atas kebaikan kakak tu dia jual juga ngan kitaorang. Siap beli bungkus bawa balik.



Keropok lekor yang sedang direbus, Yang ni la kitaorang makan.


Gambar jauh sikit... nak bagi nampak api


Gambar lagi jauh, nampak api dan pekerja sekali


Sesudah je makan keropok lekor, kitaorang terus ke pekan Chukai untuk dinner. Kitaorang dine kat Restoran Malaysia. So.. ni menu dia. Ikut pada khabar yang diwarwarkan, kat sini famous juadah stuffed crab.


Teh bunga satu jug yang kitaorang oder.


Ni la dia stuffed crab, RM8 satu, so kitaorang order sorang satu ketam, udang, telur dadar dan sayur campur, takde hati nak order lauk lain sebab kurang menarik. Husband aku cakap kalau macam ni  ketam dia sepuluh pun tak cukup sorang...isi dia sikit je. Rasanya tak berbaloi dengan harga.





Last day, hari ketiga bangun pagi bersiap-siap ke town nak pergi bfast kat kedai kopi terkenal kat Kemaman. Husband dan Firdaus awal pagi lg dah bertolak ke AwanakKijal nak main golf. Aku pergi dgn Ijan n Shahril.. 

Tu dia...Kedai Kopi Hai Peng..ramai org kat dlm tapi berjaya dpt tempat duduk dan terus oder..









Roti bakar ...memang sedap..bakar atas arang katanya...



Yang bungkus dalam daun pisang tu adalah nasi dagang










Bungkus nasi dagang n nasi lemak untuk anak2, shikin, emak n abah di banglo..on the way nak balik nampak kedai tudung, singgah jap..sempat lagi tu..


Dalam pukul 2, check out dari banglo dan masing-masing ikut haluan sendiri, aku ke Kuantan lagi sekali nak pergi rmh pengantin..sebelum tu singgah Tanjung Lumpur ingat nak makan kat Paksu Maksu, lps baca dari blogger cat'z cafe tu tapi tutup la plk terus singgah gerai mok na..menurut kata husband yg sempat singgah sini pda hari pertama kitorang sampai, paksu maksu memang ramai org datang...beratur punya la panjang..konsep makanan yg dijual lebih kurang seperti di bawah ni...


Udang goreng yg fresh..ada jgk oder satar..


sotong pulut ni pun sedap..


Settle makan di sini gerak ke rumah pengantin, sampai sana fetch mariam and kwn2, terus gerak balik kl..overall trip ni best sbb dh lama tak holdiay ke sana..tp tak cukup masa..insyaallah nak pergi lagi..

Ok tamat sudah...badan rasa mcm nak demam ni...nak mkn ubat, tidor la..

Good nite...

No comments:

Post a Comment