Wednesday, 31 October 2012

Aidil Adha 2012


Assalammualaikum,

Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberi keizinan Allah swt untuk menyambut raya haji. Seperti tahun2 lepas, raya haji memang aku dan family akan sambut di KL saja. Tahun ni semua adik beradik aku berkumpul di Melewar, dan mak pun balik dari rumah ijan seminggu awal sbb ada medical check up, jadi lauk raya dah mcm lauk raya puasa. Mak masak rendang tok dan rendang ayam pencen, rebus nasi impit, kuah kacang. Aku pulak masak lauk kegemaran aku, sambal ayam serai, baut lasagna dan ijan pula buat pasta baked with tuna. Waty beli carrot cake yg sgt sedap. Oh ya, mak jgk sempat kukus pulut sebelum g solat adil adha..

Sambil beraya tu jgk, sambutan birthday untuk Izaz dan Lala diadakan sekali. Senang, sekali jalan. Pagi tu lps je sembahyang raya, makcik2 aku dan family dah datang. Kawan aku umi dan anak dia pun ada sekali. Petang pulak ada  kwn2 hsuband aku datang beraya. Ofismate aku, kak ani, suami dan anaknya jgk hadir. Meriah jgk la walaupun raya haji..

Menunggu tetamu datang..


Juadah di raya haji..







Lenanya Zara tidor dalam buai, sampaikan "kakak-kakak" disekeliling dia buat bising pun dia tak sedar..ahaks

Pretty ladies in a row...


Anti Umi dan Caca...susah nk tengok caca senyum ambil gambar ni..





Little Ozil pun ada jgk..




Sibuk syok bergambar sendiri, lupa plk nak ambil gambar org lain..hihi..

Acara korban di taman rmh aku ni diadakan pada hari Sabtu, hari ke 2 raya haji. Jumlah lembu semuanya 21 ekor. Husband tlg lps dia balik dari ofis..lps tu penuh la peti ais aku tu..dgn tulang, daging lagi..tunggu mak aku balik baru dia nak masak..

Alhamdulillah, petang je makanan hampir semua habis di makan dan adik2 aku yg lain pun balik la ke rumah masing2. tinggal la aku dgn waty settle kan semua pinggan mangkuk..

Tu je la cerita raya haji aku tahun ni...ada rezki jumpa lagi tahun depan..

p/s - cuti byk lg tapi nak jalan, kewangan plk tak berapa ada...


Wednesday, 17 October 2012

MC 2 hari


Assamalammualaikum,

Hari isnin malam tu dah rasa lain macam, badan dah sakit-sakit tapi pergi jgk rmh tailor nak tempah baju balik terus tido mintak husband carikan extra selimut sbb rasa sejuk tp bdn panas. Seluruh badan rasa sakit. Malam tu saje aku bangun pergi toilet 3 4 kali, bila bangun tu rasa badan nak tumbang. Husband ajak pergi klinik tapi aku memang tak larat nak jalan..pagi esok ada tenaga sikit terus pergi. Dalam klinik tu aku rasa tunggu punya la lama. Patient tak la ramai mana pun. Bila time aku dipanggil, doctor check suhu badan aku 39c terus dia bagi MC 2 hari. Doctor ckp ini dipanggil viral fever, mungkin nak selsema, batuk atau pun saspek denggi dia bagi aku mc 2 hari nak monitor, kalau demam lagi jumpa dia..alhamdulillah, hari ni rasa ok sikit, tp bila dah ok kena buat kerja rmh la plk. Kerja ofis ada org tlg ganti, thanks Alin.

Agaknya bila balik ofis tu kena hujan sikit2 tu yg demam kot.



Photo



ok, nak rehat jap lps tu sambung lipat kain sambil tengok Adam n Hawa..dah 2 hari tak tengok ni..tp tekak aku ni teringin la plk nk mkn asam pedas atau tomyam..mulut rasa pahit..nak masak malas..malam nanti suruh husband belikan la..


Sunday, 7 October 2012

1st time makan...


Assalammmualaikum,

Sambil update blog ni, sambil dgr lagu Beyonce. Listen..lirik lagu tu penuh makna bg seorang wanita yg hidup dia dikawal sepenuhnya oleh pasangannya..dah jgn nk beremo-emp pulak petang ni..

Cuaca hari ni dan semalam sgt cantik..kain baju cepat kering, bila dah kering tu, tugas melipat pun bermula..

Cantik kan cuaca, gambar di ambil dari tingkap bilik aku..




Semalam Sabtu, aku datang ofis, masuk ni dah 2 kali aku datang kerja hari Sabtu...aku datang dgn Alin, sian dia..terpaksa bawa baby dia, Mikail sekali..nasib baik baik Mikail tu sgt baik..bagi susu, main sekejap tidor..ni semua gara-gara esos loan syarikat pengeluar elektrik terbesar negara kita ni, tak habis-habis, every month beginilah ceritanya.aku datang dlm pukul 10.30 sempat lagi pergi bfast kat foodcourt depan stadium TPCA tu.. dan balik dlm pukul 4.30..

Balik dari offis, pergi Mid Valley sebabnya Soraya nak cari barang nak bwk masa exam nanti...mcm la kedai  mamak kat belakang rumah tak boleh beli..tu semua alasan nak beli benda lain..memang betul, sudahnya dapat gak dia sambar 2 helai tshirt..tak pe la nak exam kan, bagi la hati dia senang sikit..motivate cara baru ni...

Memandangkan masing-masing belum lunch lagi, husband ajak mkn Teppanyaki..aku tanya dia balik " are u sure"? Sebab dia memang anti Japanese food ni..dia ckp dia dah try masa ofismate dia beli..Ok memandangkan ni merupakan kali pertama aku makan, mesti la jakun sikit kan..duduk betul2 dpn tempat kuali tu dan menghadap sayur taugeh..terrus waiter datang ambil oder..nasib baik menu tak banyak..sebelum ni memang la aku tau teppanyaki ni ada nasi, taugeh, ayam atau daging. Aku pilih taugeh dan ayam tapi no rice ye sbb i kurangkan makan karbo..soraya dan husband pilih daging..

Apa2 kita posing dulu sebelum oder...


Tengok tu..toge membukit..kejap je, habis la tu..




Tuan blog  punya..tak ada nasi pun dah sgt kenyang..


Sedap, boleh pergi makan lagi..lps ni nak try salmon plk..

Lps makan cari la barang2 budak nak ambil exam tu..


Tadi dinner husband masak ni...



Cer tengok isi lobster tu, kenyal..rasa udang ada lagi walaupun dah lama disimpan dlm freezer.




Dah berbulan dok dlm freezer tu, tadi baru kesempatan masak..tak tau mana dia dapat resepi tapi sedap..1st time gak aku makan lobster..pemberian seroang kawan yg dibeli dari Sabah.


Esok dah hari Isnin, seperti biasa rutin pun bermula. Hari Selasa PMR dah start. Kepada Soraya, buat yang terbaik, mama tahu soraya pun dah berusaha sebaik mungkin..apa pun Mama doakan untuk Soraya.


Photo: kepada anak2 yang ambil PMR selasa ni, selamat mejawab soalan dgn tenang..

Wednesday, 3 October 2012

Zain Ozil


Assalammualaikum,

Selamat Datang ke dunia wahai si kecil. 3rd children of my brother, Amir. Its a boy after 2 girls. The exact date was on 22/10/2012 a day before waty's birthday, can celebrate birthday with Makecik ye Ozil. Can't wait to meet u but another 2 months la..



Suka Lala dapat adik..jaga adik baik2 ya lala...



Mama doakan Ozil menjadi anak yg baik, patuh pada ajaran islam dan hormat kepada org tua. Lots of love from mama, papa and kak soraya.