Sunday, 7 October 2012

1st time makan...


Assalammmualaikum,

Sambil update blog ni, sambil dgr lagu Beyonce. Listen..lirik lagu tu penuh makna bg seorang wanita yg hidup dia dikawal sepenuhnya oleh pasangannya..dah jgn nk beremo-emp pulak petang ni..

Cuaca hari ni dan semalam sgt cantik..kain baju cepat kering, bila dah kering tu, tugas melipat pun bermula..

Cantik kan cuaca, gambar di ambil dari tingkap bilik aku..




Semalam Sabtu, aku datang ofis, masuk ni dah 2 kali aku datang kerja hari Sabtu...aku datang dgn Alin, sian dia..terpaksa bawa baby dia, Mikail sekali..nasib baik baik Mikail tu sgt baik..bagi susu, main sekejap tidor..ni semua gara-gara esos loan syarikat pengeluar elektrik terbesar negara kita ni, tak habis-habis, every month beginilah ceritanya.aku datang dlm pukul 10.30 sempat lagi pergi bfast kat foodcourt depan stadium TPCA tu.. dan balik dlm pukul 4.30..

Balik dari offis, pergi Mid Valley sebabnya Soraya nak cari barang nak bwk masa exam nanti...mcm la kedai  mamak kat belakang rumah tak boleh beli..tu semua alasan nak beli benda lain..memang betul, sudahnya dapat gak dia sambar 2 helai tshirt..tak pe la nak exam kan, bagi la hati dia senang sikit..motivate cara baru ni...

Memandangkan masing-masing belum lunch lagi, husband ajak mkn Teppanyaki..aku tanya dia balik " are u sure"? Sebab dia memang anti Japanese food ni..dia ckp dia dah try masa ofismate dia beli..Ok memandangkan ni merupakan kali pertama aku makan, mesti la jakun sikit kan..duduk betul2 dpn tempat kuali tu dan menghadap sayur taugeh..terrus waiter datang ambil oder..nasib baik menu tak banyak..sebelum ni memang la aku tau teppanyaki ni ada nasi, taugeh, ayam atau daging. Aku pilih taugeh dan ayam tapi no rice ye sbb i kurangkan makan karbo..soraya dan husband pilih daging..

Apa2 kita posing dulu sebelum oder...


Tengok tu..toge membukit..kejap je, habis la tu..




Tuan blog  punya..tak ada nasi pun dah sgt kenyang..


Sedap, boleh pergi makan lagi..lps ni nak try salmon plk..

Lps makan cari la barang2 budak nak ambil exam tu..


Tadi dinner husband masak ni...



Cer tengok isi lobster tu, kenyal..rasa udang ada lagi walaupun dah lama disimpan dlm freezer.




Dah berbulan dok dlm freezer tu, tadi baru kesempatan masak..tak tau mana dia dapat resepi tapi sedap..1st time gak aku makan lobster..pemberian seroang kawan yg dibeli dari Sabah.


Esok dah hari Isnin, seperti biasa rutin pun bermula. Hari Selasa PMR dah start. Kepada Soraya, buat yang terbaik, mama tahu soraya pun dah berusaha sebaik mungkin..apa pun Mama doakan untuk Soraya.


Photo: kepada anak2 yang ambil PMR selasa ni, selamat mejawab soalan dgn tenang..

No comments:

Post a Comment