Assalammualaikum,
Seorang sahabat menghadiri kes penceraian dia dgn sang suami. Setelah mengharungi hidup bersama lebih dari 16 tahun, sahabat tadi nekad memfailkan pencerain dan pagi tadi adalah hari perbicaraan. Alasan, tiada lagi persefahaman, sangat-sangat tidak ada persefahaman.
Dari apa yg aku dengar dia bercerita tentang masalah dia tu, memang sgt tertekan, di era perasaan. Tapi bak kata sahabat aku, buat apa nak diikutkan rentak sang suami, buat mcm biasa, hidup mesti diteruskan dan bergembira untuk diri sendiri dan anak-anak. Kalau ikut rentak sang suami, memang boleh jadi gila. Kekadang aku tak faham dgn orang lelaki ni, dapat isteri yg berpangkat, nafkah rmhtangga tak berkira, 99% perbelanjaan anak2 dan rumahtangga ditanggung oleh isteri tapi masih tak puas hati dgn isteri. Tak bersyukur, itu yang lebih tepat. Nak menghargai pengorbanan, jauh sekali. Apa yg setengah (bukan semua ya) suami maukan, balik je dari kerja, isteri dah sedia kan makan minum dam kalau boleh mengadap muka dia je...kalau ikut bahasa kasar nak menganganggkang depan dia je...Belum lagi kes serang kawan2 isteri..tak pernah aku jumpa lelaki mcm ni. Buat keputusan tak ikut akal..yg malu, isteri jgk..
Nak bercakap psl ni memang tak habis..mcm sahabat aku ni pun, dia pun mengaku ada kekurangan dia jgk..ye la, manusia mana ada yg sempurna. Tapi dia dah tak tahan didera mental oleh suami. So, kes dia akan ditunda ke bulan Januari 2013 dan dikehendaki membawa seorang saksi bersama. Tiada masalah nak bwk saksi, mengikut kata sahabat aku ni.
Sambil menunggu giliran dipanggil untuk disoal oleh Hakim, sempat jgk la dia beberapa kisah psangan yg nak menuntut cerai. Nombor giliran dia yg ke 16, tapi dia tak ingat la semua kisah.
Antara kes yg sempat dia cerita kat aku adalah satu pasangan ni yg duduk asing, lain negeri..si isteri minta fasakh, dan suami pula memfailkan kes taat setia, so, hakim menasihati pasangan tersebut pikir baik2 dan duit kos nak byr lawyer tu elok la dibuat belanja anak2. Kes ditunda ke satu tarikh.
Ada jgk pasangan yg perempuan lagi tua dari lelaki. Baru je menikah bulan 3 hari tu, dah perempuan tu mintak cerai sbb tak tahan dgn perangai suami muda dia yg suka berahsia dan bila nak pergi mana2 tak inform isteri (tak faham aku, ni pun nak kena mintak cerai jgk ke) dgn dia. Hakim pun menasihati sang suami supaya bersikap jujur dgn isteri, dan kes ditunda.
Yang satu kes ni pulak, pasangan ni dah lama berkahwin, sejak tahun 1974. Isteri mintak cerai sbb suami dah 3 tahun tak balik rmh tanpa alasan. Bila Hakim tnya, " awak bersetuju ke dengan permintaan isteri awak ni"? suami cakap tidak bersetuju dgn alasan masih sayang lagi sbb dah lama kawin. Ha!!!, apa lagi kena la sound dgn Hakim tu..yang sempat sahabat aku ingat hakim tu berkata seperti ini:-
"Usia perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan rumahtangga. Hanya cinta, kasih sayang, kepercayaan serta nilai kualiti pasangan yang menjamin kebahagiaan tersebut."
Kata2 hakim ni akan membuat aku beringat sepanjang masa, insyaallah.
Nak ikutkan ada lg kes yg kwn aku cerita. Semua cerita ini untuk peringatan diri sendiri jgk. Bukan hanya seronok nak dgr kisah orang je..
Kepada sahabat aku tu, semuga dia diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dia bersama anak2 dia. Aku, sebagai seorang sahabat akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.

No comments:
Post a Comment