Tuesday, 20 May 2014

Semalam di Bukit Merah Laketown

Cerita minggu lepas..

Bila aku dengar adik aku Ijan nak pergi Bukit Merah, terus aku tnya Shikin ada tak rumah rehat bank kat situ..ada shikin cakap dan dia buat booking, dapat..semalam RM25 je...

Bertolak sabtu pagi..cuaca all the way tu redup, berangin dan hujan..singgah dulu kat Kuala Kangsar sebab mak n abah ada kat sana..dorang pergi hari Jumaat dengan Ijan..dorang tido kampung..sampai je kampung, hujan kebat ya amat...sempat la jumpa adik bongsu mak aku dan anak dia intan..dah lama sgt tak jumpa dorang ni..dorang stay kat Teluk Intan..aku panggil adik bongsu mak aku CU..mak aku citer, cu ni pernah gadoh dengan mak aku masa aku kecik dulu sebab tak bagi mak aku bawak balik KL lps abis pantang..kiranya kesayangan la aku ni..hihihi...





Lepas makan makanan yang dibawak oleh Cu dan anak dia, kitorang gerak ke Bukit Merah..1st time aku datang sini...masa sampai kat sini pun cuaca mendung dan hujan..begini la rupanya rumah rehat bank...sayang, byk rmh kat sini tak berjaga dan rata2 yang beli letak iklan rumah untuk disewa ala2 homestay gitu..rmh ni aku rasa bukan bwh management bukit merah..club house pun dah tutup..swimming pool pun kotor..sian para pembeli...bila malam lagi la sunyi...takut pun ada..petang tu aku cuma rehat je..yaya ikut daus pergi waterpark..


Rmh ni ada 3 bilik..setiap bilik dilengakapi dengan aircond.. dapur pun complete..boleh masak bagai...aku masak untuk breakfast pagi tu..




Malam tu keluar pergi makan kat bandar Taiping..tak tau nak makan mana, pergi la foodcourt kat belakang balai bomba..hampir semua kedai jual satong kangkung and yong tau foo..rasa boleh la, janji kenyang..lepas tu patah balik ke kampung sbb aku dapat tau mak n abah je yg tinggal berdua kat rmh kanpung tu..pakcik aku tak tidor sana..kesian kan dorang, semua patah balik berkonvoi ambik dorang..nasib baik rumah bank tu besar..




Ahad, cuaca superb..ambik peluang jalan2 kat sekitar tasik..banyak activiti rupanya disini..nak ke pulau org utan tak sempat dah..lain kali datang..bergambar la kita..








Ada sambutan Hari Ibu kat situ..so Yaya, Adam n Izaz mengambil peluang untuk melekat kertas corak hati ni kat board tu..




I love u too Anis Soraya...




Mak bersama Izaz dan Zara..abah aku dah ikut Ijan pergi kuala..so kita jumpa kat sana untuk lunch...



walaupun cuti singkat tapi seronok dapat luangkan masa bersama family..nak semua ada memang payah la sikit...

p/s..Ya allah, selamatkan dan lindungi la anak buah aku Lyla n Ozil dimana saja mereka berada...betapa aku rindunya kepada mereka berdua...

No comments:

Post a Comment