Assalammualaikum..
Hari terakhir taqwim hijrah 1435. Esok dah mula tahun baru 1436H. Bagaimanakah amalan aku selama ni? Adakah mencukupi untuk bekalan ku di akhirat nanti? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku. allah, terlalu besar dosa ku kepada mu. Dugaan yang kau berikan kepada hamba mu ni, kekadang tak tertanggung ya allah. Kau menguji aku, tandanya kau sayang aku, kau mahu aku ingat kepada mu. Kekadang aku lupa, aku lalai...terasa damai bila aku dapt sujud dan bercakap dengan mu ketika solat. Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap isi hati hamba mu ini. Pimpin la hamba mu, berilah kesabaran yang tinggi kepada hamba mu ini dalam setiap ujian yang datang. Terima Kasih Allah, mendengar segala rintihan hamba mu ini. Aku percaya ada hikmah disebalik yang berlaku.
Insya Allah, pagi ahad pukul 1 pagi, mak dan abah akan pulang ke tanah air. Tak sabar nak jumpa dorang. Tadi aku masuk website shafiqolbu sebab nak cari doa akhir tahun dan awal tahun, sekali kat sidebar tu ada doa untuk orang pulang dari Haji. Ya, memang aku tak tau ada doa tu pun, so saya mohon share ya tuan blog shafiqolbu(tak reti nak buat link)
3 Perkara Yang Perlu Dilakukan
Ketika menyambut kepulangan jemaah haji, adalah
sunat melakukan tiga perkara berikut :
- Mengucapkan salam kepada mereka,
- Menjabat tangan mereka dan bertanyakan khabar.
- Sebelum jemaah memasuki rumah, mintalah kesudian mereka agar mendoakan dosa-dosa kita diampunkan.
Terimakasih shafiqolbu atas informasi yang diberikan. Nak baca yang lengkap pergi la ke website shafiqolbu.
Mak ada pesan, bila dia balik nanti masak la apa2..ye la, sure lapar sebab lama kat airport tu nanti, so aku dah decide dengan Ijan nak masak nasi lemak. Malam sebelum pergi KLIA aku masak lauk dulu, nanti dalam pukul 2 pagi Ijan masak nasi lemak. Tu dah kira merangkap breakfast pagi tu.
Hari ni juga birthday anak buah aku, Layla Alima..seperti biasa nak hadiah barang2 frozen. Nanti kita cari yaa...
Ok, boss dah balik tu, ada chance la kot nak keluar ofis awal sikit dari biasa..
Selamat menyambut Maal Hijrah 1436 semua. Semuga kita semua menjadi hamba allah yang lebih baik dan bertaqwa serta sentiasa beristiqomah.
No comments:
Post a Comment