Monday, 1 December 2014

Kenduri Aqiqah dan khatam quran


Assalammualaikum,

Sabtu lepas ada upacara aqiqah dan khatam quran anak buah aku..anak Ijan la..si kecik Mayesa dan abang2 dia, Muaz dan Izaz..bila tengok date, 29 Nov yang paling sesuai despite my husband has gone to work on that day. Tapi by 12 dia dah ada kat rumah. 

Gambar malam sebelum kenduri. Aku rasa time ni dah kul 12 lebih, tapi yang nak berkhatam esok bukan main lagi cergas. Tapi bagus dorang ni, tolong sediakan goodies bag, tolong bentang karpet, boleh disuruh la..



Pelamin buatan husband. Guna apa yang ada dalam rumat tu..langsir sliding door menjadi backdrop. Tak payah susah-susah nak sewa. Platform tu husband ambil kat Giant. Tempat dorang angkat barang tu.. berat kayu tu..Bantal kecik2 tu dari zaman Ijan kahwin dulu. Bantal hias katil pengantin. 



Pukul 10.30 grup marhaban datang. Bermula acara khatam quran. Si Syaril tu berdiri kat tepi pintu monitor anak dia sedang mengaji. Anak buaj aku ni dorang mengaji dengan mak aku asalmya. Time tu mak aku duduk sana, so bila malam mak aku ajar la dorang ni. 


Izzdin Muaz dan Izzaz Arief

Sebenarnya selepas khataam dan marhaban tu ada acara cukur jambul ada lps tu, tapi aku time tu pulak aku nak terkucil sangat..haishhh...

Kawan-kawan mak aku sedang makan..



Aku mencadangkan tema warna purple. Sayang aku tak sempat nak bergambar dengan Ijan dan Shikin. Ni sebelum grup marhaban datang. Aku baru lepas goreng karipap, terus mandi.



Anak daro saya..last minute baju dia aku beli kat poplook..lps aku beli jek poplook buat sale 20%, siot kan..size dah abis, so belu size besar, suruh tailor aku yang superb tu alter..ni pun dia komplen besar lagi..pakai je la nak..




Kuih-muih...hampir semua dibagi oleh jiran dak kawan -kawan mak aku. Tapai tu di dtg khas dari Melaka.


Lauk pauk mkn tengahari..ada ayam goreng berempah, sambal udang, sayur campur, ikan masin, sambal belacan dan ulam2. Kambing aqiqah masak kari kot..aku tak makan kambing so tak kisah la masak apa. Tetamu memuji lazat. Aku pun sempat makan sekali jek..ingat nak repeat petang tu, tapi tak sampai hati tengok balance lauk. Hampir yang dijemput semua hadir. Maklum lah sekarang kan musim kenduri, mesti orang dah singgah makan kat tempat lain..




By 4 dah catering pun dah siap berkemas, transfer balance lauk yang ada..last guest sepupu aku dari shah Alam.

Petang tu hujan turun lebat. Alhamdulillah, time tu majlis pun dah habis. Bila dah selesai tu, aku duduk termenung sambil sembang2 la, pikir mana satu yang aku nak mula kemas ni...hahaha...takpe kita buat slow2..lps solat isya' aku kerah anak buah aku dan yaya, tolong gulung carpet, angkat balik kerusi meja masuk dalam rumah..memang penat tapi malam tu kita buat yang besar2 dulu, esok pagi cuma nak touch up je..aku malam tu pukul 10 dah tumbang. Letih melayan tetamu. Dah lama rumah aku tak buat kenduri ni. Ni baru anggaran dalam 200 orang pun dah mcm apa lagi letihnya..tapi seronok..

Mayesa, 8hb ni genap la dia 3 bulan..




Khamis ni insya allah, kita semua bercuti ke Ipoh jekkk...hahahha..bawak budak2 tu semua pergi Lost World of Tambun..jadi la anak2 sekalian. Bajet mak bapak semua dah ciput...



No comments:

Post a Comment