Friday, 30 January 2015

Di Pintu Syurga

Setelah hilang selama 327 hari, semalam Kerajaan telah mengumumkan kesemua mangsa pesawat MH370 dilaporkan terkorban atau pun sudah meninggal dunia. memang perit bagi semua untuk menerima berita ini. aatah lagi dengan tiada sekumit bukti menunjukan pesawat terhempas, tiada sebarang serpihan ditemui. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertabah lah pada ke semua waris. Memang pahit.

Alfatihah dan Takziah kepada keluarga mangsa dan semuga ahli keluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga pencarian yg masih diteruskan menemui hasil. Insya Allah. MH370 sentiasa dalam kenangan rakyat Malaysia.



Segalanya kaku

Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada



Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi



(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi



Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih



Ulang Korus



Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Lagu Dayang sebelum ni aku dengar kat radio takde la aku suka, tapi bila dengar dia menyanyi live masa AJL baru2 ni sambil diiringi okestra, aku terus suka..ending lagu ni pulak keluar suara Asst Captain(correct me if i am wrong) yang mengatakan good nite Malaysia from mh370 lebih kurang mcm tu la, sgt kena dengan lirik lagu ni.

Thursday, 22 January 2015

Alfatihah...

Assalammualaikum,

2 minggu tahun baru, 14hb January 2015, kami sekeluarga telah kehilangan sepupu kami buat selama-lamanya.

Semasa menerima khabar duka ni, aku berada dalam LRT pulang ke rumah. Nampak missed call dari ayahcik, bapa kepada sepupu aku ni, then call balik tak dapat. Nampak lagi satu nombor missed call, i called that no, Rose, sister in law to my cousin answered. She asked me if i knew the news. I asked her what news?? Aku dah mula risau.

Then she told me about my cousin la...aku berulang kali tanya betul ke ni rose, jangan main2..dia ckp kenapa nak main2, memang betul..ayah n mak(her parents in law)on the way to Sime Darby Medical Centre. Tanya dia mcm mana boleh terjadi. According to her, arwah komplen tak sihat badan pagi tu dan disuruh oleh kwn  tempat kerja dia berehat je tak payah datang kerja, arwah was an aircraft engineer with Berjaya Air.

Later in the evening, dia cakap sakit dada, sempat call kawan dia mintak tlg hantar ke hospital. Sampai di hospital dalam 5.30 petang arwah called father dia bgtau dia di hospital sebab sakit dada. Uncle dan auntie aku bersiap2 nak ke sana dan terima panggilan 5.41 petang dari kawan arwah mengatakan arwah sudah tiada. Cerita ni apa yang aku dengar dari Rose, sister in law arwah.

Dalam lrt tu jugak aku called mak kat Melaka, dan adik beradik aku. Semua tak percaya. Adik aku Firdaus berulang kali tanya.

Aku dapat called ayahcik, terus aku menangis, dah tak ksiah orang dalam lrt tu. Ayahcik cakap betul yong, ayahcik sekarang on the way ke Subang.

Arwah adalah sepupu sebelah abah aku. Abah aku hanya ada seorang adik perempuan which mak arwah lah. Arwah ada 2 adik lelaki dan merupakan anak sulung. Semasa kecil memang aku dan arwah sgt rapat. Memandangkan abah tak punya kereta, ayahcik sekalu bawak aku, firdaus dan arwah jalan2 masa hujug minggu, ataupun aku akan bermalam di rumah ayahcik dan kekadang arwah akan bermalam di flat polis yang kitorang tinggal. Memang kami rapat, rapat sampai arwah dan isteri dia(masa tu dorang belum kahwin) jadi pengapit masa aku bersanding.

Bila masing-masing dah berumahtangga dan mempunyai anak, semuanya sibuk dan jarang berjumpa. Jumpa bila ada family gathering or during Hari Raya. Arwah meninggalkan sepasang anak yg sulung Haziq berumur 15 tahun dan Ilya berumur 11 tahun.

Last aku jumpa arwah masa kenduri aqiqah dan khatam quran anak Ijan pada November tahun lepas dan kali terakhir aku berwhatsapp dengan dia pada 14 December 2014. Genap sebulan arwah pergi meninggalkan kami semua.





Terlalu banyak kenangan bersama arwah..of course ayah dan mak arwah berada dalam keaadan yang amat sedih. Mengikut kata doctor, arwah di serang sakit jantung. Meninggal di usia 43 tahun. Hari jadi arwah 15th February. Jenazah tiba di rumah ayahcik sekitar jam 11 malam. Sayu dan sedih sangat hati bila melihat arwah. paling sedih bila aku tengok anak perempuan arwah. Tiada lagi kata2 "i love u princess" yang akan didengar oleh anak arwah. Dikebumikan pagi Jumaat pukul 10.30. Di tanah perkuburan yang sama jgk arwah opah aku dikebumikan 20 tahun lepas. 

Rezeki arwah, ramai yang datang ziarah. 

Ajal maut di tangan tuhan. Bila2 masa Allah swt boleh menjemput kita. Ini semua peringatan untuk kita yang masih hidup. Perbanyakan amalan.

Malam ni ada tahlil dan bacaan yasin untuk arwah. Insya allah aku akan hadir seperti malam2 yang sebelumnya. 

Semuga roh arwah dicucuri rahmat. Alfathihah untuk mereka yang telah tiada.