Alfatihah dan Takziah kepada keluarga mangsa dan semuga ahli keluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga pencarian yg masih diteruskan menemui hasil. Insya Allah. MH370 sentiasa dalam kenangan rakyat Malaysia.
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi
(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Ulang Korus
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga
Lagu Dayang sebelum ni aku dengar kat radio takde la aku suka, tapi bila dengar dia menyanyi live masa AJL baru2 ni sambil diiringi okestra, aku terus suka..ending lagu ni pulak keluar suara Asst Captain(correct me if i am wrong) yang mengatakan good nite Malaysia from mh370 lebih kurang mcm tu la, sgt kena dengan lirik lagu ni.
No comments:
Post a Comment