Ni pergi seminggu sebelum raya cina..kebetulan ada sepupu husband kahwin, ambil peluang sekali bercuti. Selalu pergi sini lepak rumah adik aku kan, kali ni kita feeling2 tourist pulak.
Dah puas tengok hotel kat booking.com, we decided to stay here, The Hatten Hotel. Memang tengah town, dekat dengan tourist attraction, Taming Sari, dekat dengan Mahkota Parade dan hotel ni pun ada shopping mall dia sendiri. Kat bawah tu ada HnM.
Ni Junior Suite. Bilik dia semua suite. oh hotel ni tak dibenarkan merokok. Kesian husband aku, kena pergi luar dari bangunan nak berasap. Depan sofa tu luas lagi. Boleh bentang toto, adik aku cakap. Sofa dan katil tu dipisahkan dengan cermin dan ada blind nak tutup.
Sayangnya bilik kitorang tak de view. Nampak bilik depan.
Overall aku suka hotel ni. Ingat nak extend keluar dalam pukul 6 petang hari Ahad lepas wedding, tapi bila pikir balik, tak payah la, baik terus pergi rumad adik aku berehat..jimat RM120..
Petang tu adik aku datang singgah, dan aku bawak dia makan kat Alai. Nama je dia tu duduk Melaka, sini pun dia tak pernah pergi. Saja ubah tempat dan selera. Selalunya aku akan pergi Muara Sungai Duyung tu.
P
Sotong goreng tepung kat sini sedap. Wajib repeat. Udang goreng butter tu biasa jek. Udang pun mahal. Sekolo dekat RM60 kalau tak silap aku. Ikan pari bakar. ADa jugak kerapu dan cencaru. Total dengan jely kelapa, nasi lemak 3 bungkus, nasi 7 pinggan, air tembikai dan oren dlm jug, otak2 satu bakul yang stended dorang letak atas meja tu RM165. Aku rasa murah sikit berbanding dengan Muara Sungai Duyung. Lain kali boleh ajak adik aku, Firdaus pergi.
Lepas makan, adik aku terus balik, dan aku jalan2 kat Jonker Street. First time pergi sini. Anak aku mulanya agak sentap sebab dia nak naik river cruise, husband aku pulak terlepas simpang, dengan parking penuh, bila bwk kat sini baru ok. Macam pasar malam la kaedahnya Jonker Street ni la ek..mcm Petaling Street la. Jumpa kedai jual cendol, nampak takde pun melayu yang makan, aku tanya adik yang kerja 7 eleven sebelah kedai cendol ni, dia kata boleh makan kak, halal, so lets try.
Cendol ala Nyonya. Aku suka. Ni cendol durian. Cendol tu diasingkan. Kau dah gaul, baru kau masukan cendol tu. Air gula pun disediakan kalau nak rasa manis lagi. Mcm free flow la air gula tu. berebut aku kongsi dengan Lala. Menyesal tak oder 4, ingat cukup.
Puas hati ye...bulatttt...
Esok check out terus pergi wedding kat Tanjung Minyak. Sepupu husband lelaki. Ni sepupu belah mak sedara tiri(atuk husband kawin 2, ni dari belah opah muda la). First time pun aku jumpa Hisyam ni.
Dah habis makan dan sembang2, pergi rumah Ijan nak mandi solat tukar baju dan rehat. Panas sungguh la hoii..dah 2 minggu ijan cakap Melaka tak hujan. Ku berkurung dalam bilik anak2 dia sambil on aircond.
Lepas Magrib, bergerak balik KL.
Cuti raya cina ni memang aku duduk rumah. Malam baru keluar pergi dinner. ok jgk, orang tak ramai, paking pun senang dapat, kereta pun tak banyak.
Tadi pergi kerja 20 minit dah sampai ofis. Alang kah bahagianya hidup kalau hari2 mcm ni. Jimat minyak gue..
No comments:
Post a Comment