Besttt...esok cuti Hari Pekerja, sambung pulak Wesk Day hari Isnin. Agak2 KL lengang tak?? Ikutkan ramai je yang travel balik kampung, bercuti, yang pergi oversea pun sama.
Aku as usual cuti2 mcm ni memang tak kemana la. Tapi dah plan nak buat apa. Esok dah book nak pergi buat facial kat Herbaline. Dan lama sungguh muka ku ini tak dibelai. Dah sampai masanya. Tetiba je jerawat tumbuh kat belah bawah pipi.
Hari Sabtu plk plan nak pergi food hunting kat Tg Malim. Nak beli lemang jagung yang super sedap. Makan lemang ni kat rumah saudara aku masa khatam quran dan aqiqah cucu dia, lantas tanpa sebarang rasa malu aku tanya beli kat mana..kat pasar malam hari Sabtu di Tg Malim. Boleh la lepas tu singgah minum kopi dan mkn pau kat Kedai Kopi Yik Mun.
Minggu lepas agak sibuk bagi aku dan keluarga. Pak Supir yang sering bawak aku ke Jakarta dan Bandung datang KL. Ikut husband aku, kebetulan husband ada bawak tour ke sana. 1st time datang KL, so memang tak tau apa2 la. 1st impression dia adalah jalan raya kat KL ni. Since dia ni memang keje dia atas jalan je, kagum sungguh dia. Jalan besar, jalan kecil pun dia ckp besar. Menginap di rmh aku selama 2 mlm, malam pertama dan malam dia nak balik. Malam minggu tu bawak dia pergi makan ikan bakar kat Aroma. Dia ckp jauh bu sebab 70km dari hiway LATAR tapi tak sampai sejam dah sampai. Terkejut dia lagi. Kalau di Jakarta 70km mau 2 3 jam sampai sebab kondisi jalan yang tak elok..hehehe...
Minggu yang sama jgk, anak aku aku ada interview di UPSI untuk jurusan yang dia apply. Mudah-mudahan ada rezeki anak aku belajar di sana. Persaingan ramai. Dengan keputusan SPM dia tu, memang mengharapkan rezeki dari Allah SWT. Dapat la Erwan melawat ke UPSI ni..lps drop anak aku, terus ke KLIA2 hantar dia plk sebab flite dia pukul 1pm. Sedih dia masa nak berpisah dengan aku dan husband. Husband aku uruskan check in dia..masa nak masuk tu 2x dia peluk husband aku..terharu kot dgn layanan org Msia. Org berbudi kita berbahasa kan.
Sabtu lepas attend 2 majlis doa selamat di Sungai Buloh dan Kajang. Kawan aku dan suami pergi umrah dan kat Kajang tu birthday kawan husband. Terus aku oder 2 jenis kek, marble butter kek and carrot kek sebab sedap sangat. Cuti2 ni bila ramai berkumpul kena la ada bahan makan. Harapkan aku sekeluarga memang tak makan la..
ok la, kepada yang nak travel tu berhati-hati..yang nak pergi jalan2 kat luar negara tu(adik aku la nak pergi Bandung jekkk...acara tahunan gitu) pun berhati2..kat sana harga makanan pun dah naik.
Happy Long Weekend everybody!!!!!
No comments:
Post a Comment