Adhoc plan..tujuan asal nak pegi sana sebab nak ambil mak bawak balik KL. Lepas tu ada yg mencadangkan pergi makan ikan bakar kat muara sungai duyung tu. Tempat tu kitorang panggil Pakcik Jalil sebabnya salah satu pekerja kat kedai ikan bakar tu kawan abah aku. Pakcik tu dulu polis. Tetiba je ijan cadangkan buat bbq, lagi ok sbb jimat kos..hihihi...
Setelah berwassap, masing-masing bersetuju..kambing disediakan oleh tuan rumah. Tuan rumah nak pegi beli kat mydin tp dah habis la pulak. Aku no hal if kambing tak ada. Husband pergi cari kat NSK, tuan rumah ckp ok tlg belikan dulu. Ayam dan sosej pun kitorang bawak dari KL.
Sampai rumah Ijan sabtu tu dlm pukul 5 terus husband hidupkan api. Aku pulak sibuk menyediakan makaroni nak dibakar..tinggal bakar je dan buat white sos.
Adik aku yg sorang lg tu, Firdaus, dia yg sibuk suruh start cepat, tp bila aku sampai sedap je dia tidor kat atas. Shikin goreng cempedak.
Tuan rumah buat apa ya?? oh tuan rumah buat marble butter cake, arang dan air sedap..knp panggil air sedap..ye la air kosong kan tak sedap. Family aku ni memang cenggitu, selain dari air kosong tu dorang panggil air sedap. Air sirap sekali pun jadi la..
Habis bbq tu dalam lebih kurang pukul 11. Makanan banyak tak habis. Aku pulak sebelum tu dah bantai makan cempedak berbiji-biji, perut dah sebu, Makan ayam 2 ketul dan sedikit makaroni tu dah kenyang sngt.
Time berkumpul mcm ni la kitorang akan discuss plan2 yg akan datang. Cerita pasal family, tempat kerja dan macam-macam lagi. Amir dan Nizam je yg semedang tak dapat nak join. Waty yang ada team building kat Bangi pun lari sekejap sbb nak gather. Harap akan datang amir dan nizam tu dapatla join acara kekeluargaan mcm ni..
November depan ni kitorang semua akan bercuti ke Langkawi, insyaallah. Ijan sekeluarga, mak dan abah dah booked tiket flite. Yang aku dan Firdaus ni pulak belom lagi konfem dak pergi dengan apa. Ikutkan aku nak je naik flite, jimat masa sangat. Sekarang ni bergantung pada jadual sukan ofis Firdaus. Harap postpone la hendaknya. If not, dia sekeluarga akan join pada hari Isnin 25hb..tak best la kan. Hotel dah book on 23/11-26/11.
Harap2 apa yg diplan menjadi..
p/s - insyallah, nak puasa zulhijjah esok..
No comments:
Post a Comment