Assalammualaikum,
Doa ini aku dapat dari web http://shafiqolbu.wordpress.com. Satu laman web yg boleh kita jadikan tempat rujukan.
Ya
Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling
Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala
yang mengasihi.
Ya
Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya
yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang
kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya
yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad
dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah
kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang
tertinggi.
Ya
Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah
melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat.
Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam
agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada
lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa
atas segala sesuatu.
Ya
Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah
melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah
salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari
Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah:
‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada
sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala
sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Insyaallah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada esok hari Selasa 15 October bersamaan 10 Zulhijjah 1434.
Hari ni merupakan hari ke 6 aku berpuasa. Sepatutnya disunatkan berpuasa dari 1 Zulhijjah, tapi aku lambat mula..
Pada hari ni, hari Isnin 14/10/2013 waktu zohor Mekah adalah 12.10pm bersammad dgn 5.10pm di sini. Itu adalah waktu bermulanya ibadat wukuf di padang Arafah...jadi wkatu itu adalah waktu makbul beroda sehingga 8.30pm waktu Malaysia.
Teringat kenangan semasa mengerjakan umrah bulan 4 yg lalu. Kami semua di bawa melihat ke tapak perkhemahan di Mina. Pasti la kosong kan. Kami juga di bawa melihat kompleks yang berhampiran, Kawasan dan komplkes itu akan menjada sangat sibuk bila musim haji, Bayangkanlah berjuta umat islam berkumpul pada satu masa. Insyallah aku akan letak gambar2 semasa aku di sana ye cik blog.
No comments:
Post a Comment