Monday, 29 December 2014

Dugaan akhir tahun


Allahuakbar..satu negara sekarang ni bercerita pasal banjir. Gambar kat bawah ni ialah di Bandar diRaja Kuala Kangsar. Adik aku hantar gambar ni. Berpunca mungkin air di empangan Cenderoh dilepaskan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku. Memang pekan Kuala Kangsar di terletak di tepi sungai Perak. yang bangunan kuning tu ialah Resort Safari Sungai Perak. Habis bahagian bawah ditenggelami ayor.


Ni pulak kawasan kedai. Tempat ni kitorang panggil Lembah. Orang sana tau la. Habis kedai  laksa dan pau tempat yang selalu kitorang makan tenggelam.


Seperti semua sudah tau, tentu lah yang belah pantai timur lagi teruk. Aku pernah pergi daerah Kuala Krai, antara yang teruk. Pergi sana pun sebab kenduri kahwin, sepupu aku kahwin dgn org sana. Sungai Kelantan yang kat Kuala Krai tu memang la besar. So, imagine la bila hujan turun non stop ditambah dengan fenomena "full moon", nak ke laut pun dah tak lepas, melimpah ke darat. 

Kesian ratusan atau puluhan ribu yang terbabit. Dpt bayangkan bagaimana susahnya dorang ni semua. Sedangkan aku yg pernah air naik dlm rumah( dulu la masa duduk kat berek polis) pun dah rasa penat nak cuci, ni yang dah sampai bumbung dan tenggelam berhari-hari. Emosi terganggu. Toksah pikir barang2 dlm rmh yang rosak, ni ada yang rumah pun dah roboh. Pendapat aku la kan, banjir memang org belah Pantai Timur ni pun every year will face it la cuma this year memang keadaan dia sgt luar biasa. Katanya yang paling buruk lepas tahun 70an. Sepanjang hidup aku pun tak pernah tengok banjir melanda Pantai Timur mcm ni, Sama la dengan pekan Kuala Kangsar tu. 

Bila berlaku bencana seperti ni, byk la pihak yang buat kutipan derma. Alhamduliilah, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap suka menderma. Kepada pihak yang gatal jari nak cerita tak betul tu, toksah la, pikir bagaimana susahnya pihak berkuasa bersusah payah nak selamatkan mangsa dan membantu mangsa di pusat pemindahan sementara tu. Tau ada yang 2 3  hari tak dpt makanan, jgn nak memandai reka citer nak tlg pun psl politik ke apa ke, toksah..yang ditolong tu pun, harap anda semua bersabar jgk. alu tak boleh brain mcm mana dalam keadaan banjir ni yg power supply TNB pun dah potong, masih lagi boleh hantar post kat FB citer yang tak betul ni. Tahan lama batteri hp korang ek.Tak adil la korang buat mcm ni.. Kesian mangsa banjir dan petugas penyelamat ni.

Bila tengok kat TV air banjir yang deras tu memang menakutkan. Memang boleh hanyut la. Stadium kat KB tu pun dah penuh dengan air. Lebuhraya Pantai Timur tu pun ada setengah tempat tak boleh lalu. Adik sepupu aku cakap dah 4 hari rumah parents in law dia xde elektrik tapi rumah dia air tak naik. 

Semuga banjir cepat surut dan keadaan kembali pulih seperti sediakala. 




Tetiba semalam dikejutkan pulak dengan berita kehilangan pesawat Airasia QZ8501 dari Surabaya ke Singapore pagi semalam. Pun dah sempat org buat spread fake news. Tau tak perasaan keluarga yang terbabit tu mcm mana Semuga ahli keluarga yang terlibat sabar menghadapi ujian in.

Bila jd bencana mcm ni, yang bagusnya sambutan tahun baru dibatalkan demi menghormati negeri2 yang di landa musibah.

Sessi persekolahan 2015 pun ditunda ke 12hb. Sape cakap kerajaan tak prihatin?? Suka budak2 ya dgr cuti sambung lagi..



Wednesday, 24 December 2014

Jangan tak update...

Assalammualaikum,

Bosan..kerja kat ofis ni pun tak berapa nak ada, selain attend calls from customer la. Mood hujung tahun mood holiday, so share market pun mood holiday sama. Dengan keadaan cuaca yg sepanjang hari mendung dan hujan, so perasaan malas pun menjelma. Kalau kat rumah sure atas katil lagi ni, tapi tak jgk, kat ofis ni lg byk berehat dari kat rumah. Kat rmh tu adaaa je benda nak kena buat. Sambil2 tengok TV, nmpk cabinet TV berabuk, dah nak kena lap pulak..never ending job..

Baru je dapat whatsapp dari my ex sister in law informed that my niece, Dhiyaa Shofiaa get straight A's for her UPKK exam. Congrats Dhiyaa and Sarah.Congrats jgk kat adik aku yang baru naik gred tu..bila nak open table????

ok sambung merepek..aku selalu berangan kalau november n december je mesti aku fefiling nak g obersi, g London ke, Paris ke..tengok artis2, VVIP jalan2 rasa bestnya..boleh bergaya dengan trench coat, boots..tp kena kurus lagi cantik.g shopping masa boxing day...kalau ada duit semua boleh jadi.

Bila tengok orang pergi umrah masa december ni pun hati aku lagi lak melonjak nak ke sana. Kalau ada duit semua pun jadi. Tengok masa ni pun orang tak berapa ramai.

Baru2 ni aku n adik beradik aku bwk anak masing2 g jenjalan..g Ipoh..buat apa g Ipoh...rmh MIL pun kat sana, kampung parents aku pun kat sana, MIL kat Tronoh, parents aku kt Kuala Kangso, eh!!! adalah tempat nak dituju..anak aku mula bengang je dgr ckp nak g Ipoh..plan asal nak g USS cancelled. kita pegi Lost World Of Tambun. Nanti kendian2 aku update,kalau rajin..dpat duduk hotel barang  2 malam pun dah bagi otak aku lega sikit...MIL aku tak tau pun aku ada kat Ipoh, hahaha...dah anak dia tak bg cakap..

Adalah jgk aku pergi tengok movie Manisnya Cinta di Cappordocia. Aku suka jenis cite mcm ni..tak stress, takde lawak bodoh..semuamya sweet n comel jek..lawa betul si Fazura tu,..si Sam belakon romantik melting dibuatnya.

Tadi adik aku ada whatsapp gambar banjir kat Kuala Kangso..abis kedai kat lembah tu ditenggelami air..semuga mereka yg menghadapi musibah ni diberi kesabaran yang tinggi dan berada dalam keadaan selamat. Kat lembah la(panggil lembah sebab memang dia tepi Sungai Perak) aku selalu lepak makan laksa dan cendol ni..pagi ahad pekan ni meriah ada pasar pagi..Pekan Kuala Kangso ni kalau time Rayam jam ya amat..

Ok la..tetiba rasa ngantuk..aku memang selamba je "take a nap" kat opis ni..hehehe...

oh ye, opis bagi release awal arini, kul 4 petang due to krismas eve. Jumaat saya cuti, tapi tak ke mana sbb en husband tak coti..bank kan, nak kejar target.. since dah balik awal ni, boleh la bwk anak aku survey kelas bahasa Korea kat SS2 tu kejap..

Bye....


Monday, 1 December 2014

Kenduri Aqiqah dan khatam quran


Assalammualaikum,

Sabtu lepas ada upacara aqiqah dan khatam quran anak buah aku..anak Ijan la..si kecik Mayesa dan abang2 dia, Muaz dan Izaz..bila tengok date, 29 Nov yang paling sesuai despite my husband has gone to work on that day. Tapi by 12 dia dah ada kat rumah. 

Gambar malam sebelum kenduri. Aku rasa time ni dah kul 12 lebih, tapi yang nak berkhatam esok bukan main lagi cergas. Tapi bagus dorang ni, tolong sediakan goodies bag, tolong bentang karpet, boleh disuruh la..



Pelamin buatan husband. Guna apa yang ada dalam rumat tu..langsir sliding door menjadi backdrop. Tak payah susah-susah nak sewa. Platform tu husband ambil kat Giant. Tempat dorang angkat barang tu.. berat kayu tu..Bantal kecik2 tu dari zaman Ijan kahwin dulu. Bantal hias katil pengantin. 



Pukul 10.30 grup marhaban datang. Bermula acara khatam quran. Si Syaril tu berdiri kat tepi pintu monitor anak dia sedang mengaji. Anak buaj aku ni dorang mengaji dengan mak aku asalmya. Time tu mak aku duduk sana, so bila malam mak aku ajar la dorang ni. 


Izzdin Muaz dan Izzaz Arief

Sebenarnya selepas khataam dan marhaban tu ada acara cukur jambul ada lps tu, tapi aku time tu pulak aku nak terkucil sangat..haishhh...

Kawan-kawan mak aku sedang makan..



Aku mencadangkan tema warna purple. Sayang aku tak sempat nak bergambar dengan Ijan dan Shikin. Ni sebelum grup marhaban datang. Aku baru lepas goreng karipap, terus mandi.



Anak daro saya..last minute baju dia aku beli kat poplook..lps aku beli jek poplook buat sale 20%, siot kan..size dah abis, so belu size besar, suruh tailor aku yang superb tu alter..ni pun dia komplen besar lagi..pakai je la nak..




Kuih-muih...hampir semua dibagi oleh jiran dak kawan -kawan mak aku. Tapai tu di dtg khas dari Melaka.


Lauk pauk mkn tengahari..ada ayam goreng berempah, sambal udang, sayur campur, ikan masin, sambal belacan dan ulam2. Kambing aqiqah masak kari kot..aku tak makan kambing so tak kisah la masak apa. Tetamu memuji lazat. Aku pun sempat makan sekali jek..ingat nak repeat petang tu, tapi tak sampai hati tengok balance lauk. Hampir yang dijemput semua hadir. Maklum lah sekarang kan musim kenduri, mesti orang dah singgah makan kat tempat lain..




By 4 dah catering pun dah siap berkemas, transfer balance lauk yang ada..last guest sepupu aku dari shah Alam.

Petang tu hujan turun lebat. Alhamdulillah, time tu majlis pun dah habis. Bila dah selesai tu, aku duduk termenung sambil sembang2 la, pikir mana satu yang aku nak mula kemas ni...hahaha...takpe kita buat slow2..lps solat isya' aku kerah anak buah aku dan yaya, tolong gulung carpet, angkat balik kerusi meja masuk dalam rumah..memang penat tapi malam tu kita buat yang besar2 dulu, esok pagi cuma nak touch up je..aku malam tu pukul 10 dah tumbang. Letih melayan tetamu. Dah lama rumah aku tak buat kenduri ni. Ni baru anggaran dalam 200 orang pun dah mcm apa lagi letihnya..tapi seronok..

Mayesa, 8hb ni genap la dia 3 bulan..




Khamis ni insya allah, kita semua bercuti ke Ipoh jekkk...hahahha..bawak budak2 tu semua pergi Lost World of Tambun..jadi la anak2 sekalian. Bajet mak bapak semua dah ciput...



Tuesday, 25 November 2014

Pertunangan Din n Yana


Assalammualaikum,

Ni kisah hari ahad lepas. Din ni cousin aku belah mak. Anak Chu, adik mak yang bongsu. Mulanya nak pergi merisik, alanng-alang tu bertunang sekali la. Tak payah la dorang ni datang 2 3 kali dari Teluk Intan. Janji 10 pagi berkumpul kat Petronas Serdang arah ke Serembanm tapi pukul 12 baru ada yang datang. 

Tak ramai pun rombongan pihak lelaki. Aku n Ijan sekeluarga except soraya and the boys la tak pergi. Of course mak n abah. Anak2 chu, pak teh n isteri serta pakwe dan anak dia. 

Tepak sireh. Takde sireh junjung sebab dah ada tepak. Aku pun tak brape reti sgt psl tepak n sireh junjung ni. Ada yang ckp kalau dah ada sireh junjung tak pyh bwk tepak. Ikut negeri. Tapi masa aku dulu, tepak n suruh junjung pun ada ada. Kahwin kat KL, bantai je la...



Perbincangan menetapkan tarikh, belanja dan yang berkaitan sedang berlangsung. Dah tentu Pakwe la yang jadi spokeperson belah kami. Yang baju kuning tu bapa Yana.  Nama penuh dorang ni aku tak tau la plk. Cousin aku ni aku panggil Din je. 




Mak aku tengah sarungkan cincin merisik. Lepas tu Chu la sarungkan cincin tunang.


Ni la Yana..dah macam muka Cik Ton, kakak Din. 


Yang kiri tu la mak sedara aku yang bongsu, Chu..


Bakal pengantin 2016, insya allah..dah nak kahwin dah si Din ni. Sempat la kamu nak mengumpul duit ye Din. Dulu aku ingat lagi, masa aku baru2 kahwin, suka benar dia bergurau dengan husband aku. That time he was 5 or 6 years mcm tu..How time flies. 


A group photo is a must 


Ada rezeki umur panjang, makan kenduri la kita. Ada lagi 2 orang sepupu aku yang belum kahwin termasuk la Din ni. Sorang lagi anak Pakwe, tak silap aku sebaya dengan Din ni. Belah abah aku semua dah kahwin dan yang single balik pun ada..hehehe.





Monday, 3 November 2014

Sijil Pelajaran Malaysia 2014





To my daughter, Anis Soraya, mama doakan agar dapat jawap semua soalan dengan tenang. Ya Allah, bukankanlah pintu hati dan permudahkanlah anak aku dan rakan-rakannya yang sedang menduduki SPM ini, berikan mereka kesihatan yang sempurna dan kejayaan yang cemerlang lagi diberkati..aamiinn...


Friday, 24 October 2014

Last entry di tahun 1435H


Assalammualaikum..

Hari terakhir taqwim hijrah 1435. Esok dah mula tahun baru 1436H. Bagaimanakah amalan aku selama ni? Adakah mencukupi untuk bekalan ku di akhirat nanti? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku. allah, terlalu besar dosa ku kepada mu. Dugaan yang kau berikan kepada hamba mu ni, kekadang tak tertanggung ya allah. Kau menguji aku, tandanya kau sayang aku, kau mahu aku ingat kepada mu. Kekadang aku lupa, aku lalai...terasa damai bila aku dapt sujud dan bercakap dengan mu ketika solat. Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap isi hati hamba mu ini. Pimpin la hamba mu, berilah kesabaran yang tinggi kepada hamba mu ini dalam setiap ujian yang datang. Terima Kasih Allah, mendengar segala rintihan hamba mu ini. Aku percaya ada hikmah disebalik yang berlaku.

Insya Allah, pagi ahad pukul 1 pagi, mak dan abah akan pulang ke tanah air. Tak sabar nak jumpa dorang. Tadi aku masuk website shafiqolbu sebab nak cari doa akhir tahun dan awal tahun, sekali kat sidebar tu ada doa untuk orang pulang dari Haji. Ya, memang aku tak tau ada doa tu pun, so saya mohon share ya tuan blog shafiqolbu(tak reti nak buat link)


Doa Menyambut Kepulangan Jemaah Haji 1


3 Perkara Yang Perlu Dilakukan

Ketika menyambut kepulangan jemaah haji, adalah sunat melakukan tiga perkara berikut :
  1.  Mengucapkan salam kepada mereka,
  2.  Menjabat tangan mereka dan bertanyakan khabar.
  3.  Sebelum jemaah memasuki rumah, mintalah kesudian mereka agar mendoakan dosa-dosa kita diampunkan.

Terimakasih shafiqolbu atas informasi yang diberikan. Nak baca yang lengkap pergi la ke website shafiqolbu.

Mak ada pesan, bila dia balik nanti masak la apa2..ye la, sure lapar sebab lama kat airport tu nanti, so aku dah decide dengan Ijan nak masak nasi lemak. Malam sebelum pergi KLIA aku masak lauk dulu, nanti dalam pukul 2 pagi Ijan masak nasi lemak. Tu dah kira merangkap breakfast pagi tu.

Hari ni juga birthday anak buah aku, Layla Alima..seperti biasa nak hadiah barang2 frozen. Nanti kita cari yaa...

Ok, boss dah balik tu, ada chance la kot nak keluar ofis awal sikit dari biasa..

Selamat menyambut Maal Hijrah 1436 semua. Semuga kita semua menjadi hamba allah yang lebih baik dan bertaqwa serta sentiasa beristiqomah.

Tuesday, 14 October 2014

Malam minggu @ The Curve

Assalammualaikum,

Asalkan malam minggu je anak aku mesti ajak dinner kat luar. dia bukan kira papa dan mama dia cukup duit ke tidak. Anak2 zaman sekarang, nak je, 90% dapat. Husband aku ni kalau anak dia yang ajak, memang seboleh-bolehnya la dia akan turut. Bila tanya nak makan mana, semua cakap tak tau, tak kisah nak makan mana. aku ajak pergi makan kat Tappers Danau Kota, tak nak pulak. Alasan anak aku, dah pakai smart2 mcm ni tak kan nak pergi Tappers Danau Kota jek.

Ok lets go to The Curve sebab kat sana pun ada Tappers jugak. Aku teringin nak makan pasta sebenarnya. Dah suruh husband buat kan, mcm tak layan jek..aku nak carbonara. Sampai The Curve, jalan2 dah sampai e curve tak jumpa Tappers, tapi terjumpa restoran GoodSaltz. Ok, nampak cantik restoran ni, plus nampak pulak pempuan pakai tudung tengah makan. Senang je aku ni nak tau kedai tu boleh mkn ke tak, nmpk ada org islam makan, boleh la aku makan. Pada mereka yang was-was, toksah la ikut cara saya ni ya...




Husband kata makan sini je la..so, mari kita oder..carbonara fettucine yours ni saya punya. yang ni ada adalah menu chef's recommendation. Ada simbol gs kat tepi. Sedap, kena dengan taste aku. Creamy sgt. Those yang tak suka tu rasa muak la kan. Ada beef bacon and mushrooms dlm tu.



Yang ni Soraya punya...dia claimed yg dia lapar sgt. Ni namanya Big Papa. Sekali datang, terkejut. Tengok beef patty dia sgt la tempting. Boleh share 2 org ni. Lazat n berbaloi dengan harga RM26 tu..yang kentang tu boleh pilih nak cheesy fries atau wedges.


All Day Sunnies Breakfast. Lala punya.


Husband pun oder all day sunnies breakfast menu. Yang ni husband punya. Boleh pilih samaada nak pancake or toast.


Happy ye kamu Lala..tak habis pun dia mkn, yg clear telur tu jek..




Gambar ni sebelum makanan sampai..



Dah kenyang, awat hang termenung sha....emmm..pikir mcam-macam.


Masa makan tu husband suggest tengok wayang. I cakap ok la tengok apa cerita yang pada time tu. So, tengok Dracula Untold. Tak berapa seram, ok la, boleh gak aku tengok. Letih kalau tengok cerita seram dan terkejut2 ni..



Siang Sabtu tu ada jemputan kahwin kat Taman Bukit Jalil, sebab dah tau nak pergi makan kenduri, aku tak masak la hari tu. Husband ada attend satu lagi kenduri kat taman aku. Soraya pulak siang tu ada majlis konvokesyen kat MSU. Belum habis SPM, dah ada konvokesyen. Macam2 sekolah sekarang ni.

Mak dan abah pun dah selamat mengerjakan Haji. 16hb ni dorang akan berangkat ke Madinah pulak. Tak sabar tunggu dorang balik 26hb ni. Semuga mak dan abah selamat dan sihat di sana.


Tuesday, 30 September 2014

Labbaikallah..mak dan abah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, mak dan abah sekarang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan rukun islam yang ke 5. Kali kedua mereka ke sana. Yang pertama pada tahun 2002. Rezeki mereka dapat jadi tetamu Allah.

Selang sehari mereka tiba di Mekah, abah ada call kata dorang selamat sampai dan baru habis mengerjakan umrah. Anak kawan mak pun ada sms jugak.

Mereka bertolak ke Kelana Jaya pada 13 September bersamaan 18 Zulkaedah 1435.

Ikutkan abah agak keberatan nak pergi disebabkam masalah kesihatan ditambah pulak kaki dia yg tak larat nak jalan jauh, tapi jiran taman aku ni pujuk supaya abah pergi sekali dan berjanji akan menjaga abah di sana. 

Group photo sebelum berjalan pergi ke rumah Pakcik Zamri. Pakcik Zamri bersama isteri dan anak akan berangkat bersama mak dan abah. Memang dorang minta satu flite, maktab dengan mak n abah. Senang jugak la kalau ada jiran yg pergi sama ni..at least boleh la jaga antara satu sama lain..




Sampai di rumah Pakcik Zamri, jiran2 dan kawan surau mak dah ada kat sana.





Tiba masa nak bertolak ke Kelana Jaya. anak Pakcik Zamri membaca doa lps tu melaungkan azan..masa ni sayu sgt..airmata bergenang.



Tengok kawan2 mak bersalaman dan berpelukan pun aku sebak. Paling yang aku tak tahan bila adik aku Amir bersalam dengan mak dan abah..Amir tak hantar ke Kelana Jaya. 


Keadaan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Dah hampir semua tempat ditutup dengan khemah. Agak panas walaupun hujan. Orang punya ramai toksah nak cakap la ye..yang pergi haji sorang berdua, tp yang menghantar lebih dari 5 mcm aku n family la...bila dah ramai mcm ni, sibuk la org meniaga tepi pagar tu sampai belon yg bentuk katun tu pun diorang jual sampai RM8. Mana cukup beli satu, kena la beli 3..


Nasib baik ada tempat kosong, boleh gak lepak sambil tunggu waktu masuk.

Mak dan Makcik Sariah.


Abah..hampir setiap hari dia call kitorang..ok la dia kat sana. Jarak maktab yang dia tinggal dengan Masjidilharam dalam 750 meter, so untuk keadaan kesihatan mcm dia, memang agak jarang la dia ke masjid. Mak pun kalau pergi pun dalam waktu maghrib dan isya'.


Macam2 perangai ahli klorga aku ni..tengok Waty tu, sempat lagi nak selfie.

Tiba waktu mak dan abah nak masuk ke dewan, bersalaman, berpelukan sambil pesan kat mat doakan untuk aku dan keluarga. Sedih sangat. 



Rindu kat mak..harap mak kat sana sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan tenang. Mak jgn lupakan doa untuk kami adik beradik dan yong sekeluarga ya...kalau abah call, aku tak pernah dapat bercakap dengan mak sebab mak dengan abah tak duduk sekali kan..


Yaallah, kau lindungi la, selamat kan la, pernudahakan urusan kedua orang tua ku di Mekah dan Madinah. Semuaga mereka berdua mendapat haji mabrur.