Friday, 14 August 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015

Assalammualaikum,

Haaa amik kau...esok dah habis syawal baru pikir nak letak gmbr raya kat sini..sok2 anak cucu aku baca ada la nmpk gambar kami semua beraya...

Tema kaler last minute..baju raya husband aku yg 2 tahun lepas so guna semula..dia ckp tak pyh buat baru...dress aku dari lovetodress..baju Yaya dan Lala tu as usual beli kain tempah dari tailor aku. Trajedi sungguh la baju budak2 ni...malam raya baru siap tu pun pukul 11 mlm, balik rmh anak aku try baju sempit sendat sampai nak nangis la Yaya. Aku call dia and tailor aku suruh hantar balik nak alter. Memang kena alter jgk...sib baik rmh dia dkt dgn rmh aku. Kul 2 pagi aku g rmh dia, kul 7.45 husband dia dtg rumah aku hantar. Korang pernah ada pengalaman mcm tu?? aku ni regular dan byk bagi customer kat dia, so nak tak nak kena la lyn kot hahaha... Baju aku lps raya baru aku ambil. Dia buat baju memang superb la kena dgn taste aku tp bila raya ni kelam kabut. Semua dia nk buat sndiri. Aku rasa next year bila aku hantar kain kat dia toksah ckp nak pakai raya, nanti dia akan simpan kain tu..

Shol satin tu buat masa dinner offis aku, so pakai semula..baru perasan tema kitorang dah nak dekat sama dengan kale dinding rmh aku.

Buruk nau ghopanya bila husband aku tersengih. Mana taknya gigi depan tu dah patah separuh akibat eksiden masa bulan puasa aritu. 3 minggu dia MC. Time tu mulut pun kena jahit. Sian aku nengok. Kaki tangan abis luka. Nak dekat 40 jahitan jgk la kat dlm dan luar mulut tu. Now dah ok..dah boleh main tenis lps cuti raya haritu.




Keluarga adik aku, Firdaus...dorang pilih kale biru..tahun ni turn aku dan dia raya kat Melewar.


Team merah...Ijan ni memang every raya dia akan raya Melewar dulu then 3rd raya baru dia beraya belah mentua dia. Si Caca tu tunduk tak nak pandang kamera sbb tengah sentapp...sentap kenapa Lala duduk kat riba si Yaya..mcm2 bila dah reramai ni..tapi tu yg buat seronok dan meriah.. 

1st raya for si kecik Haifa..budak kuat meragam ni...


My mom bersama cucu2 yang ada...Abah aku takde sebab dia dah tukar baju..panas katanya...


Selepas uapaca bermaafan yg penuh dgn air mata, uapaca yg dinantikan oleh anak2 semua, bagi duit raya..




Lps zohor tu kitorang pergi beraya rmh the only mak sedara aku yang ada sebelah abah aku, adik abah aku..dia stay kat Lembah Keramat jek..

Tahun ni raya yang agak sedih bagi auntie aku dan kitorang semua. Kurang sorang ahli keluarga. Perginya arwah Azhan menghadap illahi pada February lepas. 

Malam tu jgk celebrate birthday Yaya n Muaz. Kek ditaja oleh Shahril, abah Muaz. Yaya 18 and Muaz 9 tahun. Yaya 15th July, Muaz 9th July..





Me and my cousin, Rose..


Gambar kami bertiga...


Esoknya aku balik Ipoh..aku request kat husband aku nak balik 2nd day raya. Jalan jam kat tempat biasa so masuk jalan lama. 

Raya ke 4 balik Kuala Kangsar jap and awal pagi Isnin balik KL semula..sampai KL pukul 8 pagi..lalu jalan lama..hiway dah tengah malam pun jam lagi..jimat tol..

Tu je la citer raya aku tahun ni...sederhana aje..suka tengok budak2 beraya..aku pun suka suasana raya..citer yg sedih2 n masalah memang ada la..malas nak citer kat sini..biarlah jadi rahsia aku n family..

Semuga Allah SWT mempermudahkan urusan kami sekeluarga semuanya..



Wednesday, 1 July 2015

Short trip to Southern Thai

Assalammualaikum,

Agak lama aku dan adik aku, Firdaus tak berjalan sama-sama. So, we planned to go somewhere la before puasa and kebetulan pun cuti sekolah. Aku bagi idea pergi belah utara tanah air, sebab semenjak aku balik dari sana pada bulan 4 haritu, aku rasa seronok la plk. Bandar Kangar dah berbeza sungguh. Last time i went there 18 years ago tu pun sebab Ijan study kat UITM Arau. Ok, they are agreed with my plan. Aku ajak p Wang Kelian yang sebelah Siam punya sebab masa aku pergi bulan 4 tu tak boleh masuk tanpa pasport. Ingat lagi, dah sampai ke boder tu aku melenggang je nak masuk yang kat belah Siam tu, sekali kena panggil dengan adik imigrisen tu, tnya mana pasport kak, haaa kena pasport ke??? aku boleh tanya plk. Rupanya 1st April tahun ni org Malaysia nak ke Wang Kelian belah siam tu kena ada pasport sebab keselamatan. Emmmm sudahnya shoping dok belah Malaysia punya je la. Ok gak la. Tapi kesian la peniaga yang kat belah Siam tu, tak ramai org Msia yang masuk dah.   Booking hotel as usual aku la punya kerja kan. Booked Putra Berasmana Hotel at Kuala Perlis.

Tapiiiii sebelum ke sana, aku kena balik Tronoh dulu hari Sabtu masa birthday Agong tu. Ibu mertua ku ada buat kenduri tahlil, jadi dia mintak tlg aku masak daging masak hitam. Lepas kenduri dalam kul 12 malam tu terus gerak ke Kuala Perlis. Awal pagi Ahad tu sampai Berasmana Hotel, pinjam bilik abah, kitorang siap2 mandi dan turun breakfast.

Kami guna khidmat pemandu van org perlih jgk. Abang ni memang biasa bawak tetamu masuk Siam ni. Satu van yang boleh muat 12 orang tu bayarannya ialah RM550. Ni day trip ye. Dukacita sikit la van ni aircond dia tak sejuk. Tau la kan utara ni panas dia mcm mana. Memang sepanjang perjalan bukak tingkap. 

Ok 1st stop, kat checkpoint Padang Besar. Ni dah sampai kat Siam. Kena letak RM2 kat setiap pasport. Tak tau la ni gomen dorang punya prosedur atau sendiri memandai. Emmmm mewah agaknya hidup pegawai immigration kat boder ni kan. Ni dalam Wilayah Songkhla.





Lebih kurang 2 jam perjalanan ke Hadyai, kami singgah makan kat restoran bawah ni, Chekkar. Tempat ni dibawa oleh driver yang kami upah tu la. Dengar cerita, DYM Sultan Kelantan pernah singgah makan di sini dan baginda pun komen sedap. Lagi satu kedai ni bersih.


Specialties at Chekkar, tenggiri masak apa ntah, aku lupa plk..sedap dan kena dengan selera aku.



Tomyam putih ni memang win..suka anak aku yang memang penggemar tegar tomyam.


Masing-masing dah kenyang, dah pergi toilet semua, kami teruskan perjalanan. Dalam sejam mcm tu sampai la ke Bandar Hadyai. Tapi disebabkan ni day trip so memang tak byk tempat la yg kami pergi. Just singgah satu market mcm bazar tu, Aku beli la dress Frozen yang kat instashop tu jual sampai RM50 60, sini dapat la sehelai RM20. Memang best shop kat sini. Jangan tak tau, aku beli satu krim muka ni yang anak aku cakap kat instashop jual sampai RM60, kat sini dorang jual RM8 je..untung besar..banyak produk kecantikan, sama ada kau sanggup nak pakai je tak. Petua pakai krim Siam ni, kalau muka tengah naik jerawat ke atau kita tengok muka kita kusam, pakai la sampai jerawat tu hilang then kita stop. Toksak dok tenyeh hari2 tu yang jadi muka putih leher hitam!!!

Disebabkan aku dan Shikin pun takde la menukar duit siam banyak, so nak shopping lebih2 pun takut. Shoping lebih kurang, kita pergi Songkhla pulak. Again, disebabkan day trip memang byk tempat la tak pergi. Driver bawa kami ke Samila Beach. Kat tepi tu byk la stall2 makanan. Beli buah je la kau mampu, yang lain memang tak halal.


Nampal tak batu belakang anak aku tu. Kat situ la letakLittle Mermaid of Songkhla..sejaranya aku tak tau ye. Pergi google nak tengok gambar lebih jelas. Ramai orang bergambar kat situ. Aku je malas..



Tak lama kat sini sebab nak gerak pergi ke Floating Market.Time ni dah hujan tapi tak lebat la.

Dah sampai ke Khlong Hae Floating Market. Tempat ni dibuka dari Jumaat sampai Ahad dari 3 petang sampai 9 malam. Sampai je situ tengok bas2 pelancong dah penuh kat parking. Since hujan baru je berhenti jalan ke market tu agak berlecak dan tak selesa. Kena tempuh dulu stall2 orang meniaga souviners, kain baju and kedai makan. Tak selesa sikit la kalau kau ni jenis pembersih. 

Beginilah rupanya. Aku first time pergi tempat mcm ni, so a bit jakun la at first. Bila kau dh oder makan, kau bawak la makanan tu makan kat dalam pondonk2 yang disediakan. Makan bersama orang lain. Ada kosong je terus duduk.




Aku oder Som Tam..nampak kan tanda halal tu. Ingat nak special oder la yang ada ketam, sekali ketam tu warna hitam daaaa..terus kensel takde mood aku nak makan. Macam tu dalam 5bath lebih kurang RM5 kita jgk la. A new experienced for me la sbb tak pernah pergi floating market before. 



Done with Floating Market, time to balik Malaysia. This time the driver tak masuk thru Padang Besar tapi lalu Bukit Kayu Hitam which kalau kat belah Siam pekan selepas boder Malaysia is Sadao atau Danok. Aku dulu pernah sampai ke Danok ni 25 years ago...memang dah lain sungguh la..driver singgah beli beras siam dan beras pulut kat Sadao ni. Of course the price much cheaper than our place. Sampai checkpoint Bukit Kayu Hitam dah ramai orang beratur nak balik. Jam jgk bila dah lp boarder tu. Almaklumla cuti sekolah kan.

Sampai hotel mandi2 terus tidoq..penat sungguh...

The next day, after breakfast, adik aku nak p cari Harumanis, lps tu konvoi ke Wang Kelian. Kali ni nak masuk Wang Prachan. Nak tengok apa ada kat sana sbb depa cakap shoping kat sini lagi murah dari Malaysia. 

On the way tu nampak la lori dan kereta polis kat Wang Kelian tu yang menyiasat penempatan kem perdagangan manusia. Hari pun nampak mendung. Sampai je checkpoint Siam, hujan turun selebat2 nya. Husband aku dah bawak kereta sampai masuk Siam ni, lps tu dia pergi parking. Adik aku tak dapat masuk sbb hujan lebat. Lagi pun checkpoint ni kecik je, takde bumbung tempat berteduh dari panas dan hujan. Lg pun dia bawak abah yang tak berapa larat nak jalan laju2 ni. Lala dan Zara pun dengan dorang.

Aku difahamkan oleh local, kalau kat Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam immigration dorang ni akan mintak sorang RM2 yg diselitkan dalam passport, kat sini plk dorang mintak RM10 untuk sorang. and RM20 kalau kita bawa kereta masuk dan sudah tentu kena ada geran kereta. Tapi masa tu aku tak tau kena bagi RM10 sorang, so aku bagi RM10 untuk 4 orang, sbb aku ingat sama jgk RM2..then officer tu mintak lagi RM30, aku ckp nak pergi bazar belakang je tak kan sampai RM10, terus dia pulangkan duit aku tadi dan bagi aku masuk. Siap dia pesan lagi makan pulut ayam hehehe...sampai kawasan bazar tu hujan lebat lagi. Husband ambil kereta, suruh kitorang masuk terus dia ajak aku pergi sampai Satun. Aku tergmam la sebab dengan takde geran, and duit Siam pun tak banyak. Mulanya aku cakap tak nak, dia ckp dah alang2 dapat masuk ni  jom je la..kalau kena tahan kita bayar je la duit RM..ohhhh..along the journey tu doa tak putus la sbb memang ada pondok polis yang kitorang jumpa. Tapi disebabkan hujan, takde orang jaga.

Baru aku faham( agaknya la), kalau kita nak masuk sampai ke Satun sana tu, dorang akan mintak RM10 setiap orang, kalau kita ckp nak pergi bazar je masuk free. Disebabkan officer tu tak nampak husband aku bwk kereta masuk dan aku pun cakap nak pergi Bazar je, dia pulangkan la RM10 tu...

Korang jangan ikut style aku ni ye...aku memang tawakal je. Doa tak putus2 bila bertembung dengan pondok polis. Husband angkat tangan je la..

Tengok tempat orang ni seronok, sbb boleh tengok rupa bentuk rumah dorang..majoriti Islam. 

Tengok tu cable letrik bersirat. 




Dah sampai Satun. 80% penduduk beragama Islam. Ada masjid besar kat sini. Tapi pukul 3 ptg mcm tu, sunyi je bandar ni. Kedai2 banyak dah tutup..tak tau la sbb apa. Nak tanya pun dorang bukan sepatah haram faham ckp melayu dan english. Pelajar sekolah perempuan ramai yang bertudung.





Ronda2 je sebab tak tau ada apa kat sini..lps tu terjumpa kedai jual pulut mangga. Orang Islam. Terus oder. YaAllah, sedap sungguh. Beza yg aku makan kat Msia. Dah tempat dia kan. Yang kuning halus tu jagung. Santan mesti la ada sekali. 




Ok, masa untuk pulang. Jalan punya jalan sampai husband rasa kita ni dah macam salah jalan. Memang betul pun..adoiiii minyak dah la takde ni, duit baht pun sikit sangat. Tanya local mcm ayam n itik kat mana Money Changer dan mcm mana nak pergi ke Sempadan. Kitorang punya sesat sampai lagi 30km nak sampai ke Hat Yai. Tanya punya tanya jumpa la sekumpulan perempuan tengah bersembang dan salah sorang dari mereka boleh ckp melayu, dia suruh pergi Tesco tukar duit ada bank dalam Tesco tu. Legaaaaa sekejap. Dah tukar duit isi minyak, merasa la aku isi minyak 2.90 seliter, mahalkan..

Dah jumpa simpang ke Wang Prachan, suka la..then stop sekejap kat satu kedai runcit ni nak beli beras pulut. Murah je sekilo RM3. Orang kedai tu tnya, nak balik Malaysia ka?? aku cakap ye, lps tu dia ckp" boder dah tutup, pukul 6 ptg (waktu dorang) dah tutup..demmmmmmm...aku terus masuk kereta ckp kat husband, matilah kita bang border tutup dah..mana tau ingat sama mcm kat Padang Besar atau aku fikir 24 jam boleh keluar masuk.

Husband ckp jangan panik, kita patah balik pergi Hat Yai dan keluar kat Bukit Kayu Hitam. Lps tu dapat tau plk kalau weekdays boder tutup awal pukul 10 waktu dorang, apa lagi husband pun speed la. Sampai Hat Yai aku kena guide dia sbb masa 1st day masuk tu, dia tidor sepanjang balik Malaysia tu. Nasib baik aku masih ingat bangunan dan jalan2 kat Hat Yai tu. Memang tengok signboad arah ke Sadao. Nak keluar kot Padang Besar agak jauh sikit. Takut tak sempat tido plk aku dalam Siam.

Bila sampai Sadao, aku nmpk kereta plet Malaysia semuanya laju2. Lega..aku folo je dorang. Sampai border pukul 9 lebih mcm tu..ramai orang tengah beratur.

Alhamdulillah, sampai Malaysia. Satu yang aku suka, masa kat Wilayah Satun tu, berhenti dekat stesyen minyak, ada free wifi kat situ, toilet bersih..jalan nak pergi Kelantan pun tak jumpa stesen minyak mcm ni. Dah ada wifi, aku whatsapp grup la cerita apa yang berlaku. sbb aku tengok byk misscalled cari aku dan husband. Sure adik aku risau.

Jalanraya dorang pun lebar jgk...tapi tak byk kereta.

Pengalaman masuk negara orang dengan tak bawak dokumen yang sah. Lps ni dah tak boleh buat lagi. Kalau buat jgk sure kantoi. Dah ada plan lps ni nak bwk masuk kereta secara sah drive sampai Krabi, Insya Allah.

Overall aku enjoy trip ni despite ada beberapa drama yang berlaku. Well, my life full of dramas hehehe...

Tiba2 teringat teh ais Thai..sedap dan pekat...ishhhh...

Hotel Putra Berasmana agak kecewa. Sayang, hotel dah cantik dekat Kuala Perlis tapi dalam bilik condition tak berapa ok. Bilik adik aku, shower dia air keluar punya la perlahan, mcm mana nak mandi. Tu pun penuh.

Alhamdulillah, dah 14 hari kita puasa..semuga amalan puasa kita diterima Allah SWT.


Wednesday, 17 June 2015

Puasa dah esok ye...

Assalammualaikum,

Huhhhh...sebulan lebih tak masuk sini..cerita ada je nak update,bila time nak update, busy la, xde mood la, jiwa kacau la, lelama lupa..

Aku baru balik dari bercuti di utara tanah air masa cuti sekolah yang lepas. Alang2 dah ke sana, terlanjur la masuk Thai. Nanti cerita. Bulan puasa ni kerja agak kurang kebiasannya, aku update la ye blog.

Esok dah masuk 1 Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh umat Islam. Bulan mengejar ganjaran pahala bagi yang mengerjakan perintah Allah selain mengamalkan apa yang dituntut.

Dugaan bagi keluarga aku menjelang beberapa hari nak sambut puasa. Abah dimasukan ke ward. Bisul kat bahu dia tu semakim membengkak. Dah lama aku adik beradik ajak dia pergi check bisul tu tapi dia tak nak. Dia cakap takde apa2. Bertahun jgk la dia simpan bisul tu. Sudahnya dah tak tahan dia sendiri ajak pergi klinik. Klinik biasa dah tak boleh buat, refer kat Hospital Besar Selayang. Bila pergi sana, 30hb June baru boleh buang bisul tu. Memang tak la kan nak tunggu selama tu lagi. Jumaat minggu lepas adik aku bawak pergi Damai Service Hospital kat Taman Melawati.

Hari Isnin baru2 ni dah selamat abah buang bisul tu. Sejam jgk la dia dalam bilik pembedahan. Sekali doctor tunjuk, dah besar bola pingpong. Kale putih. Sekarang ni abah masih lagi di sana sampai bekas operation tu jahit. Nasib baik adik ipar aku ofis dia dekat situ2 jgk, dia la yang rajin berulang tengok abah.

Malam ni dah start Solat Terawih la kita ye..emmm aku dah ada telekung baru. Bagi lagi semangat sikit. Bukan raya je nak ada baju baru, nak mengadap Allah pun kena cantik jgk.

Aku nak train si kecil Lala tu puasa.Dah 6 tahun kan. 

Tahun ni persiapan raya sampai la ni aku tak buat apa2 pun. Sampaikan tema colour pun tak decide lagi. Kain pun belum pergi cari. Tengok la  Sabtu ni Insya Allah. Yang penting tailor kesayangan aku nak jahit baju aku lagi.

Aku berharap sangat Ramadhan kali ini, aku diberikan kesabaran dan ketabahan yang amt tinggi. Dugaan demi dugaan aku hadapi. 

Walaubagaimana pun aku memang suka bulan Puasa ni. Ada perasaan lain ketika Ramadhan. Malam hari berasa tenang dan kekadang sayu je aku rasa.

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT. Selama berpuasa semua. Jangan lupa niat puasa ye. Tak semestinya dalam bahasa Arab kan.

Thursday, 30 April 2015

Recap bulan April

Besttt...esok cuti  Hari Pekerja, sambung pulak Wesk Day hari Isnin. Agak2 KL lengang tak?? Ikutkan ramai je yang travel balik kampung, bercuti, yang pergi oversea pun sama.

Aku as usual cuti2 mcm ni memang tak kemana la. Tapi dah plan nak buat apa. Esok dah book nak pergi buat facial kat Herbaline. Dan lama sungguh muka ku ini tak dibelai. Dah sampai masanya. Tetiba je jerawat tumbuh kat belah bawah pipi. 

Hari Sabtu plk plan nak pergi food hunting kat Tg Malim. Nak beli lemang jagung yang super sedap. Makan lemang ni kat rumah saudara aku masa khatam quran dan aqiqah cucu dia, lantas tanpa sebarang rasa malu aku tanya beli kat mana..kat pasar malam hari Sabtu di Tg Malim. Boleh la lepas tu singgah minum kopi dan mkn pau kat Kedai Kopi Yik Mun.

Minggu lepas agak sibuk bagi aku dan keluarga. Pak Supir yang sering bawak aku ke Jakarta dan Bandung datang KL. Ikut husband aku, kebetulan husband ada bawak tour ke sana. 1st time datang KL, so memang tak tau apa2 la. 1st impression dia adalah jalan raya kat KL ni. Since dia ni memang keje dia atas jalan je, kagum sungguh dia. Jalan besar, jalan kecil pun dia ckp besar. Menginap di rmh aku selama 2 mlm, malam pertama dan malam dia nak balik. Malam minggu tu bawak dia pergi makan ikan bakar kat Aroma. Dia ckp jauh bu sebab 70km dari hiway LATAR tapi tak sampai sejam dah sampai. Terkejut dia lagi. Kalau di Jakarta 70km mau 2 3 jam sampai sebab kondisi jalan yang tak elok..hehehe...

Minggu yang sama jgk, anak aku aku ada interview di UPSI untuk jurusan yang dia apply. Mudah-mudahan ada rezeki anak aku belajar di sana. Persaingan ramai. Dengan keputusan SPM  dia tu, memang mengharapkan rezeki dari Allah SWT. Dapat la Erwan melawat ke UPSI ni..lps drop anak aku, terus ke KLIA2 hantar dia plk sebab flite dia pukul 1pm. Sedih dia masa nak berpisah dengan aku dan husband. Husband aku uruskan check in dia..masa nak masuk tu 2x dia peluk husband aku..terharu kot dgn layanan org Msia. Org berbudi kita berbahasa kan. 

Sabtu lepas attend 2 majlis doa selamat di Sungai Buloh dan Kajang. Kawan aku dan suami pergi umrah dan kat Kajang tu birthday kawan husband. Terus aku oder 2 jenis kek, marble butter kek and carrot kek sebab sedap sangat. Cuti2 ni bila ramai berkumpul kena la ada bahan makan. Harapkan aku sekeluarga memang tak makan la..

ok la, kepada yang nak travel tu berhati-hati..yang nak pergi jalan2 kat luar negara tu(adik aku la nak pergi Bandung jekkk...acara tahunan gitu) pun berhati2..kat sana harga makanan pun dah naik. 

Happy Long Weekend everybody!!!!!

Monday, 30 March 2015

TLU

Assalammualaikum,

Tamat sudah drama bersiri feveret aku, Teman Lelaki Upahan. Mulanya agak skeptikal jgk la nak layan slot akasia. Sebab citer2 terdahulu tu agak mengarut la bagi aku. Ex gefren dah kawin pun nak kacau sampai nak rosakan rumahtangga org tu, ntah, tak logic pun ya, tak reti la nak ulas.

Yang ni plk aku start suka sebab tengok pelakon2 dia. Sgt natural, bersahaja dan yang penting takde pun adegan peluk2 yang berlebihan. Rasa tu sampai kat hati. Bila part sedih, tak payah nak belebihan, tairmata sendiri jatuh. El menangis masa babah dan Abang Long dia meninggal, dengan duduk sambul tunduk kat depan pintu pun boleh buat kau sebak. Memang la cliche, happy ending gitu, tu pun yang viewers nak kan, tapi cara dorang melakonkan watak masing yang buat kau tak boleh nak move on tengok drama lain. Aku sampai cari la novel ni. But i prefer yang kat tv compared to novel. Novel meleret2 la. Ye la, iminigasi penulis kan.

OST dalam drama ni pun semua best2. First time dengar aku dah suka. Terus la cari kat utube. Nama penyanyi tak pernah dengar pun sebelum ni. Thumbs up kepada semua yang menjayakan drama ni.

aku nak share a few songs yang aku suka...

Hujan Sepi by Ippo Hafiz, first time dgr nama penyanyi ni..bila gugel byk gak lagu ni jadi ost drama2 lain.

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini



Angin Kencang by Noh Hujan.

Dalam silauan cahya membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan inilah penyiksaan biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku menuai senyuman mu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku merindui kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu (3x)


Maafkan Aku by Ir Radzi. Pun never heard this song before. Gara2 TLU la ni...

Telah ku buat
Dirimu menangis
Jahat ku jahat
Menyakiti hatimu

Maafkan aku cinta
Maafkanlah salahku
Sungguh aku menyesali
Telah buatmu terluka

Maafkan aku cinta
Jangan kau tinggalkan aku
Ku mohon padamu
Maafkanlah aku

Jahat ku jahat
Menyakiti hatimu

Maafkan aku cinta
Maafkanlah salahku
Sungguh aku menyesali
Telah buatmu terluka

Maafkan aku cinta
Jangan kau tinggalkan aku
Ku mohon padamu
Maafkanlah aku

Sungguh aku menyesali
Telah buatmu terluka

Maafkan aku cinta
Jangan kau tinggalkan aku
Ku mohon padamu
Maafkanlah aku

Ku mohon padamu
Maafkanlah aku 

Lagu tu semua bila part sedih la kan..ada juga lagu yang part happy..Sempurna Waktu also by Ir Radzi, Terlalu Istimewa by Rudy Nastia

Bila dah suka, semua pun jadi best..hahahha...

"When you're happy, you enjoy the music. But when you'rs sad, you understand the lyrics"  -  Rauf Husin.


Tuesday, 10 March 2015

Sehari 2 kenduri kahwin

Assalammualaikum...

Emmm dah bulan March..how time flies..result SPM pun dah keluar. Alhamdulillah, dengan keputusan anak aku. Tak payah la nak compare dengan anak org lain yang cemerlang gemilang terbilang tu..aku suka sebab aku tau sgt tahap anak aku ni belajar mcm mana. Dia pun tak sangka dpt result mcm tu. Apa2 pun yg penting dia ada semangat nak belajar hingga ke peringkat yang tertinggi dan yg dia mampu. Being a parents, aku suami isteri akan sokong apa yg dia nak buat untuk masa depan dia sambil memberi panduan. Dapat cemerlang result pun, kalau dah keluar universtiy, kerja pun tak tau nak buat, tak pandai guna logic dan common sence pun susah jgk nak survive bila dah kerja nanti. Tu pendapat aku yee..ni semua based dr experience aku.

8th March, genap la setahun MH370 menjadi misteri dunia. Pesawat yang berat beratus tan tu hilang terus. Tak ada kesa, jejak ditinggalkan. Sabar dan redha dengan ketentuan dr Yang Maha Esa yang mampu aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Ok, Sabtu lepas 28th February, aku attend 2 wedding. Siangnya cousin abah aku kahwinkan anaknya. Aku panggil auntie rusi. Auntie Rusi ni agen unit trust aku jgk. Husband tak pergi sebab kena kerja. Month End katanya. So, pergi dengan Waty, abah dan mak.






Sama pengantin. Dorang ni tak bercinta katanya. Ada orang kenalkan. Anak makcik aku yang lelaki, Adam/ Sgt islamik. Bercinta lepas kahwin kaedahnya. Wife dia doctor, org sarawak. Semuga kekal dan berbahagia hingga ke Jannah.

Gambar bawah ni jemputan kahwin kat Hotel De Palma Shah Alam. Kenduri sepupu kawan aku. Dulu masa abang dia kahwin pun aku pergi jugak.




Hahaha..apa yang kau suka sangat tu Along??? Masa ni ditayangkan slide pasal pasangan pengantin......




Cantik dress Along malam tu..ni semua hasil tailor kitorang, Ida.


Seronok pergi wedding ni. Sambil memenuhi jemputan dapat jgk memanjangkan silaturahim. Semuga mereka yang sudah dan akan mendirikan rumahtangga kekal hingga ke Jannah.

Pernikahan itu mudah, menjaga perkahwinan itu sukar...indeed. 



Monday, 23 February 2015

Weekend @ Melaka

Tak, bukan pergi masa cuti raya cina baru2 ni..sosak pergi time tu..Bandar Melaka ni tak kira waktu kalau weekend je memang org ramai, apatah lagi masa cuti panjang..baca kat twitter PLUS pun hiway sesak..

Ni pergi seminggu sebelum raya cina..kebetulan ada sepupu husband kahwin, ambil peluang sekali bercuti. Selalu pergi sini lepak rumah adik aku kan, kali ni kita feeling2 tourist pulak.

Dah puas tengok hotel kat booking.com, we decided to stay here, The Hatten Hotel. Memang tengah town, dekat dengan tourist attraction, Taming Sari, dekat dengan Mahkota Parade dan hotel ni pun ada shopping mall dia sendiri. Kat bawah tu ada HnM. 

Ni Junior Suite. Bilik dia semua suite. oh hotel ni tak dibenarkan merokok. Kesian husband aku, kena pergi luar dari bangunan nak berasap. Depan sofa tu luas lagi. Boleh bentang toto, adik aku cakap. Sofa dan katil tu dipisahkan dengan cermin dan ada blind nak tutup.



Sayangnya bilik kitorang tak de view. Nampak bilik depan.






Overall aku suka hotel ni. Ingat nak extend keluar dalam pukul 6 petang hari Ahad lepas wedding, tapi bila pikir balik, tak payah la, baik terus pergi rumad adik aku berehat..jimat RM120..

Petang tu adik aku datang singgah, dan aku bawak dia makan kat Alai. Nama je dia tu duduk Melaka, sini pun dia tak pernah pergi. Saja ubah tempat dan selera. Selalunya aku akan pergi Muara Sungai Duyung tu.



P

Sotong goreng tepung kat sini sedap. Wajib repeat. Udang goreng butter tu biasa jek. Udang pun mahal. Sekolo dekat RM60 kalau tak silap aku. Ikan pari bakar. ADa jugak kerapu dan cencaru. Total dengan jely kelapa, nasi lemak 3 bungkus, nasi 7 pinggan, air tembikai dan oren dlm jug, otak2 satu bakul yang stended dorang letak atas meja tu  RM165. Aku rasa murah sikit berbanding dengan Muara Sungai Duyung. Lain kali boleh ajak adik aku, Firdaus pergi.



Lepas makan, adik aku terus balik, dan aku jalan2 kat Jonker Street. First time pergi sini. Anak aku mulanya agak sentap sebab dia nak naik river cruise, husband aku pulak terlepas simpang, dengan parking penuh, bila bwk kat sini baru ok. Macam pasar malam la kaedahnya Jonker Street ni la ek..mcm Petaling Street la. Jumpa kedai jual cendol, nampak takde pun melayu yang makan, aku tanya adik yang kerja 7 eleven sebelah kedai cendol ni, dia kata boleh makan kak, halal, so lets try. 

Cendol ala Nyonya. Aku suka. Ni cendol durian. Cendol tu diasingkan. Kau dah gaul, baru kau masukan cendol tu. Air gula pun disediakan kalau nak rasa manis lagi. Mcm free flow la air gula tu. berebut aku kongsi dengan Lala. Menyesal tak oder 4, ingat cukup.




Puas hati ye...bulatttt...


Esok check out terus pergi wedding kat Tanjung Minyak. Sepupu husband lelaki. Ni sepupu belah mak sedara tiri(atuk husband kawin 2, ni dari belah opah muda la). First time pun aku jumpa Hisyam ni. 

Dah habis makan dan sembang2, pergi rumah Ijan nak mandi solat tukar baju dan rehat. Panas sungguh la hoii..dah 2 minggu ijan cakap Melaka tak hujan. Ku berkurung dalam bilik anak2 dia sambil on aircond.

Lepas Magrib, bergerak balik KL. 

Cuti raya cina ni memang aku duduk rumah. Malam baru keluar pergi dinner. ok jgk, orang tak ramai, paking pun senang dapat, kereta pun tak banyak.

Tadi pergi kerja 20 minit dah sampai ofis. Alang kah bahagianya hidup kalau hari2 mcm ni. Jimat minyak gue..