Wednesday, 29 June 2011

Israk Mikraj

27 Rejab adalah salah satu tarikh yg sangat penting dalam kalendar islam. Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t. Ia penuh pengajaran yang perlu dijadikan teladan kepada kita umat islam bagi menimbulkan keinsafan dlm diri mereka (peringatan untuk diri sendiri ye...)

Peristiwa Israk Mikraj di luar pemikiran manusa sebagai buktikan sejelas-jelasnya kuasa Allah s.w.t.  Butkinya Allah membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap ke hadrat-nya di Sidratul Muntaha dalam temph waktu yang teramat singkat.

Malah perintah yang mewajibkan umat mengerjakan solat 50 kali sehari semalam atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali(sebanyak 9 kali..bermakna setiap kali baginda memohon kepada Allah s.w.t mengurangkan sebanyak 5 waktu.) Allah mengurangkan kepada 5 kali  saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ni.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang Rasulullah terima ketika bertemu Allah pada malam Israk Mikraj bermaksud:
" Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.

Antara seksaan terhadap org yang meninggalkan sembahyang yang dpt dilihat oleh Rasulullah s.w.t semasa pengembaraan tersebut ialah memecahkan kepala sendiri. Ini amaran kepada kita supaya menjaga solat.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa yg disaksikan oleh Rasulullah swt. Korang boleh google je...senang sekarang ni boleh dapat info dari internet.

Tuesday, 28 June 2011

Double standard...

Ake menyampah betul dengan seorang staff tempat kerja aku. Sangat la berat sebelah. Dia akan pilih client yg dia suka. Mana yang dia suka dia akan layan sebaik mungkin. Kategori client yg dia akan layan kalau org tu berpangkat "DATUK". Korang patut dengar bila dia call. Cakap punya la lembut "yes datuk".Kalau customer tu suara macho dlm phone (ni aku agak la) lagi la dia merenyeh. Gelak mengilai-ngilai. Lagi satu kalau customer tu panggil dia beautiful(buta orang yg panggil dia beatiful tu) oh lagi la dia suka.Belum dgr lagi dia slang..nak muntah. Bagi layanan tip tops. Benda yang tak boleh pun diperbolehkan..

Kalau customer yg biasa-biasa tu ckp pun tak pandang muka. Muka jgn ckp lagi la..mcm s..t. Kerja memang sgt la tak professional. Sebabkan dia buat portfolio corporate client dia ingat dia bagus tapi sebenarnya tak. Dah lama kerja masih lagi banyak benda yang "tak sure". Tadi dia membebel dengan seorang customer ni so customer ni sound dia balik "please give friendly environment not envious" lebih kurang mcm tu la...padan muka ingat kan dah serik rupanya tak sbb dtg la seorang customer melayu yg baik dia dgn muka tak pandang org tu ckp dah closed..terkedu aku tengok muka brother tu..ntah apa yg dia nak mrg sgt tak tau la..bonus dpt meletup gaji naik byk promoted pulak tu...documents pun ramai org yang tolong dia buat. dia cuma attend calls je tak kan itu pun susah..

Bukan apa aku kesian dgn brother td tu. Dah la dia dtg nak bwk bisnes kau boleh ckp dah closed. Diorang ni la dok byr gaji kau yg banyak tu..Cuba bangsa kau yang datang elok je kau layan kan. Tengok aku yang terlebih emo. Kesian tengok org2 kita yg kena marh dgn dia ni...

p/s - double standard ni sama la dgn pilih bulu kan?

Saturday, 25 June 2011

Caca in the house...

Hello, my name is Izzraina Aryssa but just call me CaCa..today i'll be staying with my Mami for a few hours because my Opah is going for medical check up...where is my Mama? My mama and abah were left to Tg Malim...ada je kan...i balik kl(kiranya balik kampung la ni) sbb opah i nak jumpa doctor...Poor my mami...she tought she is taking leave nak rehat tp kene jaga i la pulak with my 2 brothers...my brothers ni kalau u all nak tau suka buat bising tau bila i tidor...anyway my mami pun tak pernah jaga i pun so biarkan la dia jaga...

Tapi kesian tau my mami ni...td dia ingat kita ni beyak sbb dia dgr kita keluar angin kuat so dia pun bukak la diapers kita...dia ni basuh vontot kita  kat sinki je...mls la tu kan...sebenarnya kita tak beyak pun...tu la lain kali check la dulu...tapi kan masa dia nak dukung kita pegi kat tilam kita perut kita tak tahan kita melepas kat mami kita habis kene seluar mami kita dan lantai dapur....sian mami kita...dah la baru 1st time nak jaga kita...kene lap lantai...tapi mami kta tak marah pun...ye la kita kecik lagi mana tau kan...mami kita cium pipi tembam kita...





Lps dah settle semua mami kita ingat kita nak tidor sebab mulut kita bising je mami kita bwk masuk dalam buai...kita tak nak tido kita nak mami kita dukung kita. Agaknya mami tau kita tak nak tido dia pun angkat kita main agah-agah dengan kita dan angkat kita..tiba-. kita muntah pulak betul-betul kene mulut mami kita...sekali lagi kita kena kan mami kita..hihihi..sori mami...mami kita ni baik dia tak marah kita...dia cayang kita lagi...

Bila mama kita balik mami kita mengadu pasal kita...mama kita ckp " Ca ni la..mcm2..dah la tak nak tido" bukan apa mesti mama kita nak tido sbb dia penat...so dia tak nak kita kacau dia...kita harap lps ni mami kita tak serik nak jaga kita lagi....ok la mlm ni kita nak balik rmh kita kat melaka tu...abang-abang kita cakap balik "rumah baru" tapi kita tengok mcm dah tak baru je...dinding pun dah conteng2...nanti bila kita dah besar kita pun nak lukis kt dinding tu...ntah apa2 kan abang kita ni ckp rumah kita rumah baru...











p/s - kita cian dengan cousin kita zara, mak dia masuk hospital.. kene la dia minum susu botol...kita dgr mami kita nak jaga zara...zara awak jgn buli mami kita tau...

Thursday, 23 June 2011

First Muaz then Syikin..

I had two unfortunate incident these few days. My nephew, Muaz had an accident while playing  at the playground. He fall down while climbing the stairs. He was vomitting and brought to Terendak Hospital. He was under close monitoring by doctors for 24 hours. Alhamdulillah, no severe injury. He was discharged yesterday.

2nd one was my sister in law, Syikin. She had dengue and warded at Damai Service Hospital Melawati. Poor her...dah la husband jauh.. I intended to take EL for 2 days to take care her little girl, Zara but cancelled as Syikin's sister had volunteered to do so. My turn to take care Zara is this Saturday and Sunday. Not sure for how long she will be warded. Hope she will be ok and get well soon.

p/s- Ya allah ya tuhan kami lindungilah keluarga kami dari segala musibah...amin..

Monday, 20 June 2011

Impromtu Celebration..

"Bored to Death" ni, we were discussing plan to kill time before we return home after soraya's class. Soraya suggested karaoke..only one vote, rescinded. I suggested we sight seing driving along the MRR2 while listening to the music..nothing to sight actually but it will be fun, i told my husband "anyway the gas price down ten sen last week"

So we go with the plan until bored of all the almost fun doing, we decided to home...around 5.30pm. On the way home my husband's friend rang and invited us to his house for dinner. The place is quite far from my place... " Saujana la mata memandang" before we reached there. My husband told me "anyway the gas price down ten sen las week". So we head off to his house at Saujana Utama.

On the way tu we grabbed chocolate indulgence with Happy Father's Day wishes on top at Secret Recipe Sg Buloh (near Rahman Putra)...no best la go to friend's house empty hand. We reached the place around 7.30pm. We were a bit delayed coz of night market at Paya Jaras. Two families, both are my husband's friend are waiting for us at the red carpet of his bungalow entrance hahaha...just kidding...eh rmh dia memang bungalow ye..red carpet tu xde la...




The host serves fried rice, fried noodle, KFC, satays, beverages and snacks







. So we eat, we talk, we eat, we talk, we eat, we talk, we eat, we talk...until almost 1 am. Bye here bye there we reached home around 2 am...after all it was not really a father's day celebration..it actually a small gathering....


pantang nampak camera anak aku ni...
soraya n lisha

Tuesday, 14 June 2011

2 Gegaran gempa bumi 14 Jun 2011

Two earthquakes hit northern Sumatra Tuesday morning sending tremors that were felt in Selangor, Malacca, Negri Sembilan, Perak, Putrajaya and here.
The first 5.5-magnitude earthquake hit Sumatra at 8.08am and the second 5.6-magnitude quake hit the same place at 11.01am Tuesday.

Aku dapat rasa gegaran yg pertama..masa duduk sambil tengok pc kerusi aku tiba2 bergoyang dan kepala rasa dizzy sikit. Tapi diamkan je la sebab officemate pun diam je..rupanya diorang tak rasa..

Then kecoh dlm pkl 11 ada few of them jgk rasa gegaran yang kedua..tapi yang ni aku pulak tak rasa..

Whatever it is thank god we are staying in the country yang jauh dari bencana alam sedemikian..mudah-mudahan tak ada la nyawa yg terkorban di Sumatera sana..

Monday, 13 June 2011

Dah jumpa...

Jumpa apa? apalagi tempat makan la...tempat makan ni aku jumpa sabtu baru-baru ni. Lps drop soraya kat wangsa walk aku ajak husband pergi lunch. Husband tanya nak makan mana, jawapan standard aku mana2 pun boleh so dia pusing-pusing sekitar wangsa walk tu jumpa restoran ni...Restoran Rasa Sunda...suka la kan...dpt mkn nasi timbel ayam bakar komplit..tak payah tunggu pergi Bandong nak makan...nak ode alpukat tapi waiter cakap belum matang lagi...


Husband aku sempat la borak dgn pekerja kat situ..owner restoran tu Malaysian tapi bekerja di Bandong dan barang-barang dlm kedai tu kebanyakannya dari Bandong jgk..pekerja pun diimport dari sana..salah seorang dari mereka berasal dari Cihampelas. Kalau sesiapa yg pernah pergi Bandong pasti tau Cihampelas ni..

Later adik aku Firdaus pun join..meh tengok apa yg kitorang oder..rasa makanan memang tak mengecewakan..boleh datang lagi..Yang paling best Pisang Bakar Cheese..Cheese penuh ditabur atas pisang. Oh ya cheese ni jgk dibwak dari sana ye...sini cheese mahal melampau tak dapat nak tabur banyak atas pisang tu...






Nasi Timbel Komplit




 Pisang bakar keju
 Bakso
 Batagor


perut kenyang hati riang


Sesekali nak tukar selera adalah pilihan kan. Kedudukan kedai ni bersebelahan dengan kedai Amy Search Cheng Ho tu...Lama jgk la kitorang lepak kat situ sampai adam dan soraya habis kelas. Lps tu terus balik tak pergi mana pun. Nak tengok bola Kelantan lawan Terengganu..Tahniah kepada pasukan Terengganu..

p/s: Tahniah kepada Hazama menang Af tak sia-sia tunggu 5 tahun..

Entah lah...

Rabu lepas aku bawak soraya, muaz dan iza tengok wayang. cerita Kungfu Panda2. Pergi tengok kat Wangsa Walk.

Tapi sebelum nak pergi tengok wayang tu asalkan diorang ( muaz & izaz) bergaduh mesti cakap mami jgn bwk izaz tengok wayang tau ..izaz pun sama mami jgn bwk abang tengok wayang tau...kekadang tu cakap mami tak nak bawak abang/izaz tengok wayang...comel je aku dengar..

Si Izaz ni tak pernah tengok wayang so ni kira 1st time la bagi dia. Bila sampai Wangsa Walk dia pun cakap "eh! ni mcm nak pegi kelas muzik yaya je" aku tanya dia "adik tau ke wayang tu mcm mana" dia pun jawab " entah la" Tergelak aku dengar. Sekarang ni favourite word dia "entah la"..

Bila masuk dlm panggung tu dia tanya aku apa yg besar warna putih tu mami..itu la wayang. lps tu dia pun senyap. Bila cerita tu ditayangkan aku la yg terlebih gelak..aku tengok budak dua orang tu diam je...bila aku tanya best ke? diorang ckp best...bila ada part yg si Po tu tak berlawan adik ajak balik...boring la lagi satu dia pun tak faham english lagi...yg abang tu elok je la diam...

Cerita dia semua org dah tahu memang best dan kelakar la kan...tanya adik lps ni nak pegi tengok wayang lagi tak dia cakap nak..



muka heran sebab tengok ada benda besar kat depan

Lain kali kita pergi tengok wayang lagi ye dik...

Friday, 10 June 2011

Petikan Hikmah...

Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohon ampunlah kepada-nya, sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.

(Q S An-Nashr: 3)

Alahai Dr...

I bet some of you mesti dah baca statement Dr Rohaya yg menyuruh isteri patut dan melayan suami ibarat pelacur kelas pertama..Kalau yg belum baca sila baca artikel di bawah ni:-

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Ni pendapat aku ye...rendah sungguh martabat kaum perempuan bila diperkatakan begitu. Nampak sangat org perempuan yang beria-ria nak jaga rumahtangga sampai hal-hal dalam bilik pun nak kene bincang. Macam semua tanggungjawab perempuan yg kena ambil tahu. Sungguh agungnya sang suami. Sampaikan tak ada langsung letak satu silap pun di atas suami. Tapi kalau dah jenis lelaki tak tau menghargai isteri kau buat la gaya apa pun dia curang jgk wahai doktor oi...
 
Masalah rumahtangga ni kalau nak bercerita sampai bila pun tak habis. Kesian org2 pempuan yg dah menapouse tu...ada harapan suami diorang nak cari lain sbb isteri dah tak dapat nak layan dia mcm pelacur...lagi satu tak payah la guna perkataan pelacur tu...sgt tak manis.Ko tau tak apa definisi pelacur tu?
 
Kalau nak cari publisiti pun buatlah statement yg rasional. Heran jgk doktor ni dia tau pulak pelacur kelas pertama tu bagi layanan mcm mana...
 
Senang je nak jaga hati isteri-isteri ni...dihargai dan disayangi..bukannya teruk sangat..siapa yang nak rumahtangga dia tak aman bahagia..
 
p/s - suka la org lelaki baca ni kan...

Tuesday, 7 June 2011

Rejab..

Cepat masa berlalu...dah masuk bulan rejab.. tak sampai lagi 2 bulan kita umat islam akan menyambut bulan ramadhan bulan dimana umat islam akan mengerjakan ibadah puasa. Kepada mereka yang belum mengganti puasa ambil la peluang untuk menggantinya di bulan rejab ni  "soraya, bila nak ganti pose?". Peringatan untuk anak dara aku.

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
          5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Info diatas ni copy n paste dari al-azim.com. sekadar untuk renungan bersama.

p/s - aku sampai hari ni pun belum puasa sunat rejab lagi...hemmm..

Monday, 6 June 2011

Kisah di hari cuti...

Friday aku ambik cuti..ada benda nak kena settle...lps dah settle semuanya terus pegi the curve cari hadiah kahwin untuk mansor and aze...tp sblm tu mkn dulu kat papparich...






Aku nampak butik Dynas dekat sini, khas untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Nampak juga Awal n Scha al yahya tu tapi xde perasaan nak bergambar dgn diorang(eh!mcm aku pulak artis)



Petang sabtu bertolak ke Melaka sbb nak attend majlis pernikahan Aze dan Mansor...by the way diorang ni dulu satu ofis...kiranya bercinta senyap2 la...pandai diorang ni coverline walaupun aku ada suspect jgk la..last day aze kat ofis aku ckp dpn diorang kalau korng berdua ni memang confirm bercinta nanti masa korang kahwin kak sha dtg masa nikah..ha...ambik kau...so I have to full fill my promise...by time aku sampai rmh aze(nearly 1 hour to find the house) diorang baru habis menikah...selamat sudah...alhamdulillah...ingatkan tak sempat sbb aze cakap lps isya...nak dekat pukul 10 mlm tu...gigih tu aku redah...nasib baik husbnd layan...





But I heard traffic on Saturday very jammed. My colleague told me she left house about 10 am and reached toll air keroh aroud 3...terrilbe...kalau aku tu mau migrain lelama dlm kete....

Dah settle kat rmh aze on the way to my sister's house( we stayed there) soraya ajak singgah bandar Melaka.
At first aku rasa mcm mls je tp mengenangkan cuti sekolah ni pun dia tak pegi mana2 so ok la...we stopped at riverbank...time tu ada pulak kapal lalu...ala rivercruise tu...tak naik pun kapal ni...cantik bandar Melaka ni..happening...dah biasa pegi tp aku ni kan suka kagum benda-benda yg meriah ni...oh little lala also joined us ye...saja bwk dia jalan-jalan...so bwk dia g jmpa atuk dia(my sil's father).










Uncle Karim ada bukak gerai jual kek lapis kat Pesta Sungai tu selama sebulan. Ada byk la gerai-gerai and concert by local artists.One of attraction to pull the crowd when you organize an expo is to call an artists to perform. Time aku sampai tu mawi tengah nyanyi. Shahir pun ada tangan dia siap berbalut lagi katanya jatuh bilik air..adira also performed...mc didie alias...tp tak ambik gambar pulak...we reached ijan's house almost 1 am...

The next day pergi lagi sekai rmh aze...sian aze  dah pukul 11.45 catering tak sampai lagi...tak menggelabah dibuatnya...jemputan start pukul 11..nasib baik org kampung tak ramai lagi yg dtg..apa punya catering...tak bertanggungjawab langsung...tapi akhirnya sampai jgk la....










Tak lama pun aku kat rumah aze sbb ada 2 kenduri lagi nak attend. Satu kat tabung haji dan satu lagi kat dewan beringin gombak...so thats how i spent my weekend...

To Azelina and Mansor Selamat Pengantin baru semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat...
p/s - so how your weekend? besok dah start keje biasalah Monday blues....