Wednesday, 29 June 2011

Israk Mikraj

27 Rejab adalah salah satu tarikh yg sangat penting dalam kalendar islam. Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t. Ia penuh pengajaran yang perlu dijadikan teladan kepada kita umat islam bagi menimbulkan keinsafan dlm diri mereka (peringatan untuk diri sendiri ye...)

Peristiwa Israk Mikraj di luar pemikiran manusa sebagai buktikan sejelas-jelasnya kuasa Allah s.w.t.  Butkinya Allah membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap ke hadrat-nya di Sidratul Muntaha dalam temph waktu yang teramat singkat.

Malah perintah yang mewajibkan umat mengerjakan solat 50 kali sehari semalam atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali(sebanyak 9 kali..bermakna setiap kali baginda memohon kepada Allah s.w.t mengurangkan sebanyak 5 waktu.) Allah mengurangkan kepada 5 kali  saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ni.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang Rasulullah terima ketika bertemu Allah pada malam Israk Mikraj bermaksud:
" Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.

Antara seksaan terhadap org yang meninggalkan sembahyang yang dpt dilihat oleh Rasulullah s.w.t semasa pengembaraan tersebut ialah memecahkan kepala sendiri. Ini amaran kepada kita supaya menjaga solat.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa yg disaksikan oleh Rasulullah swt. Korang boleh google je...senang sekarang ni boleh dapat info dari internet.

No comments:

Post a Comment