Friday, 10 June 2011

Alahai Dr...

I bet some of you mesti dah baca statement Dr Rohaya yg menyuruh isteri patut dan melayan suami ibarat pelacur kelas pertama..Kalau yg belum baca sila baca artikel di bawah ni:-

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Ni pendapat aku ye...rendah sungguh martabat kaum perempuan bila diperkatakan begitu. Nampak sangat org perempuan yang beria-ria nak jaga rumahtangga sampai hal-hal dalam bilik pun nak kene bincang. Macam semua tanggungjawab perempuan yg kena ambil tahu. Sungguh agungnya sang suami. Sampaikan tak ada langsung letak satu silap pun di atas suami. Tapi kalau dah jenis lelaki tak tau menghargai isteri kau buat la gaya apa pun dia curang jgk wahai doktor oi...
 
Masalah rumahtangga ni kalau nak bercerita sampai bila pun tak habis. Kesian org2 pempuan yg dah menapouse tu...ada harapan suami diorang nak cari lain sbb isteri dah tak dapat nak layan dia mcm pelacur...lagi satu tak payah la guna perkataan pelacur tu...sgt tak manis.Ko tau tak apa definisi pelacur tu?
 
Kalau nak cari publisiti pun buatlah statement yg rasional. Heran jgk doktor ni dia tau pulak pelacur kelas pertama tu bagi layanan mcm mana...
 
Senang je nak jaga hati isteri-isteri ni...dihargai dan disayangi..bukannya teruk sangat..siapa yang nak rumahtangga dia tak aman bahagia..
 
p/s - suka la org lelaki baca ni kan...

No comments:

Post a Comment