Tuesday, 31 December 2013

Highlights of 2013


Assalammualaikum,

Hari ni last 2013. Cepat betul masa berlalu. Turun naik dalam kehidupan adalah lumrah. Sebagai manusia kita memang tak lepas dari diuji dan setiap ujian tu menjadikan kita seorang yang tabah.

Walau diuji dengan berbagai dugaan, kami sekeluarga tetap bersama menghadapi. Macam-macam yang berlaku ke atas adik aku, Amir. Semuga Allah swt memberi petunjuk dan mempermudahkan segara urusan kami sekeluarga.

Sehebat mana pun dilanda masalah, kehidupan harus diteruskan. Acara makan angin tetap dijalankan. Hahaha...

Jalan sama sahabat...January 2013, pergi ke Phuket bersama Along dan Umi. Pengalaman baru. Tengok tempat orang, ada indah dan tak indah. Cukup la pergi sekali.(ye, sampai skrg pun tak blog lagi kisah Phuket ni)





April 2013: Dipanggil untuk menjadi tetamu Allah swt. Syukur diberi peluang menjejaki kaki ke rumah mu Yaallah. Terus terang aku cakap, mak aku yang bayarkan pakej penerbangan aku ke sana. Mak ajak aku teman dia dan abah. Alasan, sebab takut dorang tak sihat atau tak larat, ada orang yg jaga.

Pengalaman yang cukup indah. Dapat menziarah makam Rasulullah saw dan sahabat. Bersembahyang di masjid nabawi hampir hampir setiap waktu setiap hari. Melihat tempat bersejarah di bumi Madinah.

 The City Never Sleeps. Mekah 24 jam busy dengan para pelawat dari seluruh dunia.  Dari jauh lagi dah nampak menara Jam Besar @ Zam Zam Tower. Selepas urusan check in, kami menginap di Hotel Almasaa yg jaraknya dalam 100 meter ke Masjidilhram., terus kami mengerjakan ibadah umrah.

Perasaan takut terus menyelubungi diri ini. Aku takut adakah aku di terima menjadi tetamuNya. Alhamdulillah, sebaik saja kaki jejak ke Masjidilharam, satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Terlalu suka dan bersyukur. Melihat orang yang begitu ramai dari pelbagai bangsa.

Terus mutawif kami(student malaysia yg belajar di Mekah) bawa kami ke tempat tawaf dan diberi penerangan seba sedikit . Automatik Air mata akan mengalir bila melihat Kaabah di tempat mata. Terlalu kagum tak dapat diucap dengan kata-kata. Setelah selesai tawaf, ke tempat sa'ie. Bayangkan semangat Siti Hajar ketika mencari air untuk Nabi Ismail as dengan keadaan muka bumi pada waktu itu. Berbatu keras dan terpaksa berlari tujuh kali antara Safa dan Marwah.




Akan ku kongsi pengalaman aku di blog ni..Terima kasih mak atas perbelanjaan membawa anakanda mu ni ke Mekah.

June 2013, "balik kampung" dengan Firdaus n family. Sambil shopping raya katanya. Macam tak cukuo kain baju kat KL ni kan. This time stay kat House of Sangkuriang. Hotel baru. Semua  satisfied dengan hotel ni.

Pengalama tertinggal kapalterbang. Semua ni salah supir. Check out hotel jam 12, tapi jam 2 belum tiba lagi. Bila tiba, cakap hotel yang kami tinggal di jauh dari bandar, boleh ke mcm tu? Dah la hujan lebat time tum so Bandung pun jam, tak tau jalan short cut. Bila sampai hiway dah pukul 4. Hiway pun kereta banyak. Oh ya, flite pukul 7 ye Bayangkan nak sampat Airport Jakarta dalam 3 jam. Dengan driver bawa dalam keadaan mengantuk, bergayut kat HP, memang kami semua tertinggal flite. Sampai Jakarta 7.30. Cari MAS office n explained everything, each of us kena bayar  50USD per person untuk flite esok pagi which is at 4am in the morning. Kena la bermalam kat airport tu. Ini bukan driver yang selalu kitorang ambil tu. Pengalaman ditinggal pesawat. Nasib baik naik MAS, if airasia tu memang konfem beli tiket baru..

Along dan Zee pun ada dlm trip kali ni..jumpa dorang kat pasar Baru..


July 2013. Berlaku peristiwa hitam dalam family aku. Adik aku diperangkap sendiri oleh isteri dia, dan dimasuk dalam lokap. Kalau ada yang baca, mungkin tak percaya kan. Tapi itulah hakikatnya. Kami sekeluarga tak pernah jumpa manusia jenis macam tu. Nak cerita details pun memang tak sesuai kan. Biar Allah swt je yang balas segala perbuatan dia ke atas adik aku, anak2 dia dan mereka yang telah terainaya dengan perbuatan dan perlakuan dia. Semuga Allah SWT membuka pintu hati perempuan itu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dan sampai sekarang rmhtanhgga adik aku tak pernah aman.

November 2013, berjalan besama keluarga ke Pulau Langkawi. We had fun and everbody enjoyed. 



December 2013, penutupnya aku sekeluarga, Ijan sekeluarga, abah dan mak, jalan2 di Taiping. Tidor semalam kat Taiping Golf  Resort. Dhiyaa, anak amir dari perkahwinan dia yang first tu pun join kami. Sempat la malam tu melawat Zoo Taiping di waktu malam. Nampak jgk la binatang2 tu. Yang penting, budak-budak and mak budak gumbira. Aku pun tak pernah pergi zoo waktu malam kan, kiranya pengalaman baru.



Acara jumpa kawan-kawan, masih lagi seperti biasa..tp dah agak kurang berbanding semasa kali pertama bertemu selepas 20 tahun..masing-masing sibuk dengan hal. Sekali sekala kami akan berjumpa untuk hitea atau birtday celebrations. Syukur dikelilingi oleh kawan-kawang yang sekepala dan penyanyang.

Dari segi kerjaya, seperti biasa, masih lagi kerja dengan company yang sama dah 20 tahun. Kawan2 aku selalu tanya, tak nak tukar ofis ke? Aku rasa tak la kot. Aku dah selesa sangat kat sini. Gaji pun alhamdulillah, sesuai dengan kelulusan aku. kerja pun tak stress(setakat ni la)..Alhamdulillah..

Dengarnya malam ni ada perhimpunan nak gulingkan kerajaan sebab kenaikan tol, tarif elektrik dan lain2. Tak payah la buat semua itu. Gunakan hak kita sebagai pengguna. Kita yang manage duit kita sendiri. Aku sendiri pun dah bgtau husband aku, kita kena kurangkan la makan di luar, jalan2 hujung minggu if tak perlu kan. Cari hobi bersama yang boleh buat di rumah. Tepuk dada tanya selera.

Selamat Tahun Baru 2014, semuga kita semua sentiasa diberkati, diberi kesihatan yang baik dan terus sukses.








Thursday, 12 December 2013

Langkawi Day 4 - Bye Bye Langkawi

Assalammualaikum,

Bangun pagi, cari breakfast untuk bala tentera, then terus pergi beli tiket naik cable car. Sampai sana tengok orang dah mula beratur beli tiket tapi tak la ramai. Time tu pun belum pukul 9 lagi. Orang cakap if school holiday ni better beli awal, at least jimat masa beratur nak beli tiket.

Tepat jam 9, counter tiket dibuka. Sekejap je, tak sampai 5 minit, settle. Sampai hotel pass tiket kat masing-masing. Siapa yang dah siap, pergi dulu. Akak korang nak bersiap dulu. 

Alhamdulillah, cuaca cantik pagi tu. Cable Car ni terletak dalam Oriental Village. Dalam tu adalah shop lot jual suvenier. 



Salah satu tarikan dalam Oriental Village.


Jom kita beratur naik cable car. Nasib baik aku beli tiket awal, memang orang ramai tengah beratur. Sesak.





Jumpa adik2 ku di sana sedang beratur.


Tengok si Caca tu, sampai tertidor.



ok, dah start naik..aku sebenarbya suspen jugak...huhuhu...



Pose cover suspen..hahaha...






Yeayyy...dah sampai ke puncak...sejuk kat atas ni..



Sky bridge still under maintenance..subhanallah..cantiknya pemandangan kat atas ni..rugi sape yang takut nak naik..hahaha...


Ijan, mak dan abah tak turun pun kat sini..tak keluar pun dari cable car. Spent time kat atas tu dalam sejam, dah posing semua, masa untuk turun..masa turun tu, cable car ni dia berbuai-buai la, time ni pun suspen gak...hahaha...tp kejap je la..

Time balik tu, kitorang berpecah..aku dan husband terus pergi Kuah sebab nak beli coklat lagi.


Singgah makan kat Restoran Wan Thai..ramai orang cakap sedap tapi bagi aku ok la, bukan la sedap sgt...orang kl ni pasal makan2 dah biasa makan yg lagi sedap dari ni kan...


Terliur pulak tengok siakap sweet n sour tu...


Balik hotel, kemas barang2, pack dalam kotal coklat2 yang dibeli..kotak tu dapat kat HIG. Actually kitorang minta extend sampai pukul 6 sebab flite dalam kul 9.30 malam mcm tu..kena tambah dalam RM80 rasanya.

Lepas check in, pergi Pantai Cenang. Dah plan, lps ni if ada rezki datang Langkawi, nak stay kat sini pulak, Sini feeling pelancong sangat..ramai omputeh, so happening..

Dah sampai airport..flite delay 10.15pm..nasib baik tak lama. Jalan2 dulu kat duty free shop. Husband belanja set eye shadow Lancome. Harus la suka.


Bagi aku, Langkawi ni lagi best dari Phuket. Phuket tu memang sangat tak sesuai nak bawak budak2 pergi berjalan. Dengan persekitaran yang tak bersih, makan pun susah,  sebab tu Langkawi lagi best. Pantai pun sama je..Laut Andaman jugak. Nothing special about Phuket. Mat saleh suka la kan..urut2 oleh pempuan Thai ni..Punya la aku tak suka Phuket, nak update cerita Phuket aku malas.

 Ni pendapat aku ye...sape lagi nak support local tourism if tak kita kan...

Overall, percutian yang enjoy bagi kami sekeluarga. Dengan masalah keluarga yang datang menimpa, dapat bercuti mcm ni memang satu rahmat.

Insyaallah ada rezki, kita plan cuti bersama lagi..

p/s- weekend ni check in lagi...this time kat Taiping Golf Resort..cuti sekolah kan..


Monday, 9 December 2013

Langkawi Day 3

Assalammualaikum,

Pukul 10 pagi masing-masing janji jumpa kat lobby. Nak pergi Kilim Georpark and Mangroves Tour. Ambil pakej ni masa melawat wildlife tu. Husband dan Daus yang uruskan pakej tu. Kitorang request nak satu boat untuk family je, tak nak campur dengan orang lain, so total satu boat tu dalam RM400 untuk 14 orang which aku rasa reasonable.

Pakej ini akan bawa kita ke Gua Kelawar, Kolam ikan, monkey feeding(ni yang paling tak best), eagle feeding, fish feeding dan mandi kat Pulau apa ntah..tak ingat.

Bertolak dari hotel menuju ke Kilim Jetty di Sungai Kilim. Cuaca panas time tu, so mari la kita beli topi..hehehe...oh, memang sangat membantu topi..




Pemandangan jeti Kilim. Ramai orang time ni. Orang putih dan arab yang ramai. 


Ok dah ready..1sti time mak naik boat..masa ni tak pakai life jacket lagi. Aku siap request lagi bagi life jacket yang elok dan dalam keadaan baik. 




Okat, 1st stop..meh la kita belajar mencintai alam semula jadi..





Mula-mula aku, ijan dan mak tak nak masuk sebab takut dalam gua tu panjang. Lepas tu kalau gua tu kecik, mcm mana aku nak keluar. Mcm2 la aku bayangkan.  tapi Daus suruh masuk jgk. Dah katanya gua, mesti la gelap. Sewa lampu suluh, so Daus bagi aku pegang lampu suluh tu. Ok je bila dah masuk. Suluh kat atas gua tu, nampak la banyak kelawar tengah bergantung. Pengalaman baru.

Yang ni bila dah keluar dari gua tu..Adam siap masuk 2 3 kali dalam gua tu...




ok dah settle dgn gua Kelawar, mari la kita menuju ke kolam ikan. Masa ni semua dah pakai life jacket.



Dah sampai...kat sini dorang ternak ikan pari, kerapu .ada restoran, so kira kalau kita nak mkn ikan, dorang akan tangkap dalam kolam tu la..budak2 suka tengok ikan ni..pengalaman bagi dorang.


Tu, husband nak bagi ikan pari makan.



Seterusnya, ke Gua Buaya. Nak masuk dalam gua ni, kena tunggu boat lain keluar, kiranya satu boat je la dalam gua tu

Gua ni kalau air pasang tak boleh masuk..tengok je la dari luar ye...ni kata budak boat tu...

Keluar dari gua ni, nampak la pokok kayu bakau, dan di sini jgk la aktiviti bagi monyet makan yang berakhir dgn jeritan dari mak2 dalam boat tu. Memang tak seronok. Puncanya Daus pegang satu plastik biskut ikan, terus monyet2 tu terpa kat boat kitorang. Monyet2 tu kat atas dahan je la, tapi scary aku rasa. Ada seekor tu terus naik atas bot dan akibat terkejut Daus campak makanan ikan tu. aku cepat2 suruh boatmen tu beredar dari situ. Aku bayangkan kalau la monyet2 tu semua masuk dalam boat..eee...takut..

Aku tengok boat2 lain ok ke bg monyet makan, ada sorang mat saleh ni siap bagi air coke kat monyet tu. Lps tu ramai2 kitorang gelak..tak tahan tengok perangai masing2, Budak2 elok je senyap..orh tua yg over jerit..hahahaha...





Kat dahan-dahan ni la monyet tu tinggal...




Seterusnya, eagle feeding..yg ni seronok..yg bagi makan tu budak boat tu..dia berhenti kan boat tu dan campak kulit ayam kat dalam laut tu..




Pakai ipad je gambar2 ni semua, so tak dpt la focus dekat...indahnya ciptaan mu Allah...


Ok, kita dah merentas laut, nak bagi ikan makan pulak...berangin sampai rasa nak tido. Dapat la tengok Pulau Langkawi dari jauh. 




Dah sampai...sesi bagi makan ikan...


Suka atok..Zara pun suka..


Nampak tak pantai tu?? Kat situ la kitorang berhenti untuk mandi manda..aku, for sure la tak mandi..hahahah...malas nak basah2 ni...yang penting kita dapat enjoy satu keluarga..







Lps tu boatman tu bawak kita bergambar kat sini..lps sesi bergambar, marilah kita pulang..ingat kan jauh mcm nak datang td, rupanya tidak..dia pusing je dah sampai jetty...hahahaha...tertipu...tak, dtrip ni tak tipu..nak bwk tengok benda2 kat atas tu lalu jalan lain.

Overall, semua orang enjoy..ada la nak dekat 4 jam kita atas boat tu. Nasib baik aku ada bawak bekal roti..bila masing2 dah mandi, semuanya kelaparan.

Then, kitorang pergi lunch..tempat ni di proposed oleh Encik Husband. Dia baca review kat mana ntah, makan kat sini best. Sampai ada orang datang sini semata-mata nak makan piza dia...

Pia's The Padi kat Ulu Melaka..resto ni di tengah sawah..mendamaikan..




Makanan yang di order..owner ni akan masak on the spot,,kirannya fresh la..dia yang akan suggest apa yg kita should order. Kiranya if nak oder yang dalam menu tu, mcm tak boleh la.. makanan sedap tp bagi aku mahal...tak berbaloi.. more to indian style..memang sedap tp cukup la pergi sekali..piza dia pun biasa je la..semua habis sekali sapu..alhamdulillah, kenyang..





Settle lunch, balik hotel tidor kepenatan. Petang tu trip mak2 pergi Idaman Suri dan HIG..shikin beli corelle dan aku beli tefal. Borong jgk la coklat. Nampak tak whittaker kat bawah tu..



Surprising, aku tak byk pun beli barang kat sini. Sebab tengok corelle mahal melampau. Nanti la nak pergi if aku g Spore, aku beli kat sana. Aku pernah beli kat Spore, beza harga ketara sangat. Kalau time sale, lg murah.

Malam tu dinner kat Pantai Cenang. Ala carte. Oder masing2.  Dah masing2 ckp kenapa kita tak stay sini ek, happening..hemmm...mcm ada next trip je ni...hehehe...

p/s - tak tau mana yg power laksa kat Langkawi ni. kata kat belakang airport, tapi bila makan tak la sedap mana..selera orang berbeza kan...