Assalammualaikum,
Pukul 10 pagi masing-masing janji jumpa kat lobby. Nak pergi Kilim Georpark and Mangroves Tour. Ambil pakej ni masa melawat wildlife tu. Husband dan Daus yang uruskan pakej tu. Kitorang request nak satu boat untuk family je, tak nak campur dengan orang lain, so total satu boat tu dalam RM400 untuk 14 orang which aku rasa reasonable.
Pakej ini akan bawa kita ke Gua Kelawar, Kolam ikan, monkey feeding(ni yang paling tak best), eagle feeding, fish feeding dan mandi kat Pulau apa ntah..tak ingat.
Bertolak dari hotel menuju ke Kilim Jetty di Sungai Kilim. Cuaca panas time tu, so mari la kita beli topi..hehehe...oh, memang sangat membantu topi..
Pukul 10 pagi masing-masing janji jumpa kat lobby. Nak pergi Kilim Georpark and Mangroves Tour. Ambil pakej ni masa melawat wildlife tu. Husband dan Daus yang uruskan pakej tu. Kitorang request nak satu boat untuk family je, tak nak campur dengan orang lain, so total satu boat tu dalam RM400 untuk 14 orang which aku rasa reasonable.
Pakej ini akan bawa kita ke Gua Kelawar, Kolam ikan, monkey feeding(ni yang paling tak best), eagle feeding, fish feeding dan mandi kat Pulau apa ntah..tak ingat.
Bertolak dari hotel menuju ke Kilim Jetty di Sungai Kilim. Cuaca panas time tu, so mari la kita beli topi..hehehe...oh, memang sangat membantu topi..
Pemandangan jeti Kilim. Ramai orang time ni. Orang putih dan arab yang ramai.
Ok dah ready..1sti time mak naik boat..masa ni tak pakai life jacket lagi. Aku siap request lagi bagi life jacket yang elok dan dalam keadaan baik.
Okat, 1st stop..meh la kita belajar mencintai alam semula jadi..
Mula-mula aku, ijan dan mak tak nak masuk sebab takut dalam gua tu panjang. Lepas tu kalau gua tu kecik, mcm mana aku nak keluar. Mcm2 la aku bayangkan. tapi Daus suruh masuk jgk. Dah katanya gua, mesti la gelap. Sewa lampu suluh, so Daus bagi aku pegang lampu suluh tu. Ok je bila dah masuk. Suluh kat atas gua tu, nampak la banyak kelawar tengah bergantung. Pengalaman baru.
Yang ni bila dah keluar dari gua tu..Adam siap masuk 2 3 kali dalam gua tu...
ok dah settle dgn gua Kelawar, mari la kita menuju ke kolam ikan. Masa ni semua dah pakai life jacket.
Dah sampai...kat sini dorang ternak ikan pari, kerapu .ada restoran, so kira kalau kita nak mkn ikan, dorang akan tangkap dalam kolam tu la..budak2 suka tengok ikan ni..pengalaman bagi dorang.
Tu, husband nak bagi ikan pari makan.
Seterusnya, ke Gua Buaya. Nak masuk dalam gua ni, kena tunggu boat lain keluar, kiranya satu boat je la dalam gua tu
Gua ni kalau air pasang tak boleh masuk..tengok je la dari luar ye...ni kata budak boat tu...
Keluar dari gua ni, nampak la pokok kayu bakau, dan di sini jgk la aktiviti bagi monyet makan yang berakhir dgn jeritan dari mak2 dalam boat tu. Memang tak seronok. Puncanya Daus pegang satu plastik biskut ikan, terus monyet2 tu terpa kat boat kitorang. Monyet2 tu kat atas dahan je la, tapi scary aku rasa. Ada seekor tu terus naik atas bot dan akibat terkejut Daus campak makanan ikan tu. aku cepat2 suruh boatmen tu beredar dari situ. Aku bayangkan kalau la monyet2 tu semua masuk dalam boat..eee...takut..
Aku tengok boat2 lain ok ke bg monyet makan, ada sorang mat saleh ni siap bagi air coke kat monyet tu. Lps tu ramai2 kitorang gelak..tak tahan tengok perangai masing2, Budak2 elok je senyap..orh tua yg over jerit..hahahaha...
Kat dahan-dahan ni la monyet tu tinggal...
Seterusnya, eagle feeding..yg ni seronok..yg bagi makan tu budak boat tu..dia berhenti kan boat tu dan campak kulit ayam kat dalam laut tu..
Pakai ipad je gambar2 ni semua, so tak dpt la focus dekat...indahnya ciptaan mu Allah...
Ok, kita dah merentas laut, nak bagi ikan makan pulak...berangin sampai rasa nak tido. Dapat la tengok Pulau Langkawi dari jauh.
Dah sampai...sesi bagi makan ikan...
Suka atok..Zara pun suka..
Nampak tak pantai tu?? Kat situ la kitorang berhenti untuk mandi manda..aku, for sure la tak mandi..hahahah...malas nak basah2 ni...yang penting kita dapat enjoy satu keluarga..
Lps tu boatman tu bawak kita bergambar kat sini..lps sesi bergambar, marilah kita pulang..ingat kan jauh mcm nak datang td, rupanya tidak..dia pusing je dah sampai jetty...hahahaha...tertipu...tak, dtrip ni tak tipu..nak bwk tengok benda2 kat atas tu lalu jalan lain.
Overall, semua orang enjoy..ada la nak dekat 4 jam kita atas boat tu. Nasib baik aku ada bawak bekal roti..bila masing2 dah mandi, semuanya kelaparan.
Then, kitorang pergi lunch..tempat ni di proposed oleh Encik Husband. Dia baca review kat mana ntah, makan kat sini best. Sampai ada orang datang sini semata-mata nak makan piza dia...
Pia's The Padi kat Ulu Melaka..resto ni di tengah sawah..mendamaikan..
Makanan yang di order..owner ni akan masak on the spot,,kirannya fresh la..dia yang akan suggest apa yg kita should order. Kiranya if nak oder yang dalam menu tu, mcm tak boleh la.. makanan sedap tp bagi aku mahal...tak berbaloi.. more to indian style..memang sedap tp cukup la pergi sekali..piza dia pun biasa je la..semua habis sekali sapu..alhamdulillah, kenyang..
Settle lunch, balik hotel tidor kepenatan. Petang tu trip mak2 pergi Idaman Suri dan HIG..shikin beli corelle dan aku beli tefal. Borong jgk la coklat. Nampak tak whittaker kat bawah tu..
Surprising, aku tak byk pun beli barang kat sini. Sebab tengok corelle mahal melampau. Nanti la nak pergi if aku g Spore, aku beli kat sana. Aku pernah beli kat Spore, beza harga ketara sangat. Kalau time sale, lg murah.
Malam tu dinner kat Pantai Cenang. Ala carte. Oder masing2. Dah masing2 ckp kenapa kita tak stay sini ek, happening..hemmm...mcm ada next trip je ni...hehehe...
p/s - tak tau mana yg power laksa kat Langkawi ni. kata kat belakang airport, tapi bila makan tak la sedap mana..selera orang berbeza kan...
No comments:
Post a Comment