Monday, 2 December 2013

Langkawi Day 1

Assalammualaikum,

Sejuukkkk...hujan dari subuh di pagi Isnin..bercinta bangun nak pegi ofis, tapi demi sesuap nasi perjuangan harus diteruskan..ye la sgt kan...

Semalam pergi hi tea dengan girlfriends kat Melting Pot Concorde Hotel. Tu kita tepk gambar bila dah habis post langkawi ye blog..

ok, cerita pasal Langkawi. Plan nak pergi bercuti bersama ahli klorga ni dicadangkan oleh adik aku, Ijan..so after semua dah sepakat, tengok cuti masing2 mana yg available, sambil mengira kos naik flite atau drive sendiri, kata sepakat dah diambil, naik flite(walaupun mahal dari drive, tapi dari segi masa memang menjimatkan dan tak penat) dan tarikh yang dipersetujui pada 23th Nov sampai 26hb Nov. Last sekali aku pergi Langkawi masa tu Soraya pun belum sekolah agakmya sebab dia siap cakap lagi Soraya tak pernah pergi Langkawi mama, dia tak ingat la tu..

Tu pun adik aku, Firdaus dah mcm nak kensel due to kerja dia pasal sukan bank. Book tiket pun dalam bulan 10 mcm tu. Kitorang pergi tak sama airlines. Ijan anak beranak, parents aku dan Waty naik Airasia , aku dan Firdaus naik MAS. Housemate Waty pun join jgk dgn 2 org anak dia. Dia naik Malindo. Time pun tak sama. Yang sampai awal kawan Waty. 3 jam jgk la dia tunggu kat airport Langkawi tu.

On the way ke KLIA. Parents aku folo sekali, so drop dorang kat LCCT. Since our flite at 2, husband drop aku dulu untuk urusan checked in.




Nak mendarat dah kat Pulaun Langkawi..




.
Alhamdulillah, selamat mendarat..sambil nak tunggu beg...apalagi meh la kita main2 camera..



Ok, ada satu kejadian yang tak best. Bila kita kat Langkawi, for sure kita akan sewa kereta untuk memudahkan kita bergerak. Urusan sewa kereta diuruskan oleh husband dengan bantuan kawan dia kat sini la. Kawan dia cakap dia kenal dengan orang yg ada bisnes kereta sewa kat sana. Memandangkan cuti sekolah, harga kereta sewa pun otomatik naik harga. Kawan husband berjaya dapatkan Waja dengan kadar sewa RM90. So, bincang dengan yang lain, dorang bersetuju dan bayar deposit sebanyan 50% untuk 3 biji Waja.

Sehari sebelum berangkat, husband ada call si polan yang bernama Habib ni. Dia tak jawab tapi ada mesej cakap semua dah konfem dan jumpa kat airport je nanti.

Tapi bila kitorang dah sampai, husband cuba call dia tak dapat. Ok takpe, kita try lagi. Pun tak dapat. Aku dah naik angin ni. Dah macam2 keluar dari mulut aku. Tunggu lagi dan cuba call pun tak dapat. Oh..sangat tak best ni..sampai2 je dah jadi mcm ni. Tanya budak2 yang jaga sewa kereta kat airport tu kenal tak Habid, dorang cakap tak kenal. 

Husband cakap terpaksa la kita berjalan ke hotel. Nasib baik la hotel aku tu betul2 sebelah airport. So, berjalan la kita beramai-ramai ke hotel. Kitorang stay di hotel One Hotel Helang Langkawi. Sambil tu aku membebel la. Aku cakap macam mana emak dan abah nanti bila sampai nak kena jalan kaki. Takde otak punya Habib, nak menipu la dan bermacam2. Husband senyap je la. Dia try contact kawan dia yang rekemenkan si Habib ni, kawan dia pulak kat Brunei.

Bila sampai lobi hotel, lega la sikit tengok hotel tu ok. Bersesuaian dengan kadar yang kitaorang bayar. Lepas urusan check in, masing2 ke bilik. Nak rehat dulu.

Gambar 2 dibawah ni di ambil dari google.




Ni gambar bilik aku. Takde la yang mcm gambar kat google tu, ada kusyen kecik, ada carpet depan katil tu, Tapi bilik ni dapat memuatkan 5 orang.



Alat2 mandian pun takcomplete. Sikat and berus gigi pun tak bagi. Tapi semua tu memang aku ada bawak la. Spacious and comfirtable la yang aku suka dengan bilik ni. Tapi housekeeping ni tak bersih bilik kita hari2 tau kalau kita tak inform dia. Sebab terkena kat bilik adik2 aku. Towel pun aku dah letak atas lantai pun dorang tak reti nak bagi yang baru. Carpet kat luar bilik tu, maksud aku coridor, tak bersih, sampai anak buah aku terkena ubat stapler tu, berdarah gak la kaki dia. Budak2 ni kalau bilik dah dekat2 main keluar masuk je la, mana nak pakai selipar. Tapi memang nampak sgt carpet tu tak bervacum. Nasib baik malam tidor lena, hahaha..tu yang penting. Overall, ok2 je la hotel ni..bukan tak best dan bukannya best sgt. Boleh duduk lagi..hahaha...




Anak buah aku ni nampak je kolam dah masing2 menggelupur nak mandi. Petang tu tak ada apa plan lagi, layan dorang dulu. Sambil tu husband teruskan perjuangan menelepon si Habib tu.

Dah konfem kitorang semua kena tipu, akhirya Waty berjaya dapatkan kereta sewa kat airport tu dengan kadar RM90 sehari untuk myvi. Ijan dan Firdaus pun bersetuju. Bergegaslah dorang ke airport nak ambil kereta.  Kisah Habib tu nanti husband aku uruskan dengan kawan dia.

Tak nak tension2 dah, aku cakap, mintak2 kita punya percutian ni berjalan lancar. 

Seronok tengok budak2 ni mandi. Aku? mesti la tak mandi..hahaha...




Keadaan langit waktu petang di swimming pool..mendamaikan..(walaupun hati bengkak)..


Malam tu dinner kat Kuah. Makan kat  Restoran Aji yang terletak di Kompleks Pekan Rabu.Masing2 oder ala carte. Total makan aku tak tau sebab aku bagi duit, adik aku yang pergi bayar. Aku makam nasi goreng apa ntah..hahaha, boleh plk tak ingat. Sesiapa yang oder nasi goreng mesti ada ayam goreng. Makanan kat sini sedap jgk. Yang penting tak lama menunggu. Total rombongan kitorang ni 18 orang. Waty terpisah dari meja lain.

Gambar-gambar yang aku ambil ni guna ipad, so tak la bagus mcm guna kamera.




Ok, dah settle hari pertama, nanti sambung dengan aktiviti di hari ke 2.






No comments:

Post a Comment