Friday, 6 December 2013

Langkawi Day 2

Sambungan cerita Langkawi. 

Bangun pagi, terus cari breakfast untuk mereka yang tak turun breakfast. Hotel ni bagi breakfast untuk 2 bilik dan 2 hari je. so, 1st day breakfast tu aku, husband, Daus dan Syikin ambik turn. Next day orang lain pulak. Janji dapat merasa. Biasa je la bfast kat situ. Stended hotel 3 bintang.

Settle masing2 dah breakfast, so janji tunggu kat lobi pukul 10 untuk aktiviti hari seterusnya. 1st stop melawat Beras Terbakar. Walaupun dah pergi berkali-kali, mcm wajib je pergi sini. Nak tunjuk kat Yaya dan Adam. Sejaran ni kan. Aku rasa macam Muaz dan Izaz tu tak tau lagi pasal sejarah Langkawi ni. Ntah2 dorang pun tak ingat kot dah pergi ke tak kalau pergi lagi sekali.

Husband dan Shikin menuju ke perkarangan Beras Terbakar. Nak menyampaikan tempat tu, kena lalu dulu gerai2 orang meniaga kain baju dan suvenier.







Dulu2 masa aku pergi, nampak jgk la beras kale hitam tu..tp bukan beras terbakar yang asal tu. Pihak tempatan yang bakar beras tu, so nampak macam real. 

Dah bergambar bagai, next destination Makam Mahsuri. Masa nak pergi ke makanm tu, terjumpa la tempat ni. Perdana Quay. Apa lagi, terus masing2 stop nak bergambar. Suka aku tengok tempat ni. Rasanya kat sini pun ada hotel. Cantik view di sini. Kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku guna ipad jek..












Settle sesi bergambar di tengah panas tu, moh le kita ke Makam Mahsuri. Dah sampai tu, aku tak masuk, malas. Lagi pun anak Ijan, Caca tidor. So ada alasan aku nak jaga dia. Tempat ni dah pembaharuan la berbanding aku pergi 12 tahun lepas. Dulu tak la mcm ni. Gambar ni aku ambil dari luar. Gambo deme2 yang kat dalam tu aku ambik dari hp Yaya.




Aku rasa ada nak dekat 2 jam kot dorang kot dalam tu. Husband aku cakap kat dala tu ada jgk gerai jual barang. 

Lepas dorang dah keluar, masing2 kelaparan, so nak pergi la makan kat Medan SElera Nelayan, Bukit Malut tapi tutup. Tak tau la sbb dia berniaga malam ke siang. Sebab aku baca dalam blog, katanya kat sini makan sedap dan murah. Bila dah tutup, kita cari tempat makan lain. Jumpa la restoran Fatimah ke apa ntah, tak ingat, makan la di situ. Masing2 kelaparan, senyap je bila time makan. Gambar pun tak ambil. 

Lepas makan, next stop is Galeria Perdana. Abah tak nak pergi, kebetulan Waty pun nak balik hotel, so abah folo Waty balik. On the way nak ke Galeria Perdana ni, lalu la depan langkawi Wildlife Park, terus husband bagi singnal dan masuk ke sini. Ijan dan Shahril tak masuk sebab dorang nak pergi jgk ke Galeria Perdana tu, so Muaz dan Izaz folo aku. Nasib baik kat sini pun ada buaya, so tak payah la kita ke Crocodile Farm lagi. Jimat masa hehehe...

Masa kitorang kat luar bangunan wildlife park ni, ada orang approach aku pakej tour ke Kilim Geopark. so, aku bgtau husband dan Daus, so dorang diskasm setuju nak ambil pakej dgn adik ni. Tu cerita kendian.

Nak beli tiket tu kena bawak my kad atau my kid, so boleh dapat harga local la. Tak ingat pulak harga tiket berapa sebab husband yang bayar. Kalau aku bayar, sure aku ingat..hehehe..tapi less than RM20 la..berbaloi harga tiket tu..support la, ingat murah ke kos nak tanggung binatang2 ni semua.

Layankan jgk la, sebab bawak budak2 kan. Bagi la dorang happy. Tapi memang dorang enjoy pun. aku yang tua ni pun suka. Tak rugi pergi sini. Ada 2 ekor buaya dan sekor tu sgt la besar. Sor, gambar tak amik sebab aku takut, boleh hahaha. Aku bayangkan tetiba je buaya tu melompat terkam aku. Ntah apa2. Burung la banyak. Bermacam jenis. Monyet pun ada. Actually, masa kitorang sampai, tu baru je lepas sesi bagi binatang makan. Sayang, tak dapat tengok.

Lebih sejam jgk la spent time kat sini. Ostrich pun ada. Korang pergi la bawak anak2, berbaloi aku rasa.
Arnab pun ada. Boleh masuk main bagi arnab makan. Tak la pergi Langkawi orang cakap nak shoping coklat dan pinggan mangkuk je kan. Bila bawak anak2 ni, kena jgk la layan selera dorang, sambil tu dorang dapat la belajar dan pengalaman.









Dah settle tengok bintang ni, ingat nak pergi Galeria Perdana  makan mi rebus, tapi kedai tu pulak tutup. Dulu masa aku pergi sini, lepas dah habis melawat tengok suvenier Dr Mahathir, kitorang singgah makan kat gerai kakak yg meniaga betul2 jalan nak masuk ke pagar galeria perdana tu. Sedap sgt mi rebus tu sampai aku mintak resepi kat kakak tu. Time tu mintak tu memang tak tau malu. Akak tu tnya aku, adik dok tang mana? Aku cakap duduk KL kak, terus dia bagi aku resepi tu hahaha..pernah la aku buat dan rasa pun hampir sama, tapi lps tu tak buat dah. Resepi tu pun dah hilang. Tengok aku, pasal makan ni gigih cari tempat tu balik.

Bila dah tutup, balik la masing2 ke hotel. Capek sgt. Malam tu nak keluar pergi Al Ikhsan sebab nak cari sekuar Yaya nak pergi tour esoknya. Tour tu ada singgah mandi laut. Malam tu dorang makan kat pekan Kuah. kat gerai yang banyak2 tu. Makan tomyam. Aku singgah la ingat nak join dorang makan, tapi punya la ramai orang dan aku tengok yang lama datang pun tak dapat oder lagi, terus aku ajak husband makan tempat lain. Tinggal la yang lain makan kat gerai tu.

Aku singgah beli E burger bakar lps pekan Kuah tu. Sedap jgk burger dia. Ingat nak round Pantai Cenang, tapi dah mengantuk, terus balik hotel.



Habis sudah hari ke 2, esoknya kita pergi mangrove tour. So, next entry pulak ye..

p/s - sampai jgk aku ke kampung mertua umi rabu lps..semuga allah swt mempermudahkan segala urusan sahabat aku tu.






No comments:

Post a Comment