Tuesday 20 May 2014

Semalam di Bukit Merah Laketown

Cerita minggu lepas..

Bila aku dengar adik aku Ijan nak pergi Bukit Merah, terus aku tnya Shikin ada tak rumah rehat bank kat situ..ada shikin cakap dan dia buat booking, dapat..semalam RM25 je...

Bertolak sabtu pagi..cuaca all the way tu redup, berangin dan hujan..singgah dulu kat Kuala Kangsar sebab mak n abah ada kat sana..dorang pergi hari Jumaat dengan Ijan..dorang tido kampung..sampai je kampung, hujan kebat ya amat...sempat la jumpa adik bongsu mak aku dan anak dia intan..dah lama sgt tak jumpa dorang ni..dorang stay kat Teluk Intan..aku panggil adik bongsu mak aku CU..mak aku citer, cu ni pernah gadoh dengan mak aku masa aku kecik dulu sebab tak bagi mak aku bawak balik KL lps abis pantang..kiranya kesayangan la aku ni..hihihi...





Lepas makan makanan yang dibawak oleh Cu dan anak dia, kitorang gerak ke Bukit Merah..1st time aku datang sini...masa sampai kat sini pun cuaca mendung dan hujan..begini la rupanya rumah rehat bank...sayang, byk rmh kat sini tak berjaga dan rata2 yang beli letak iklan rumah untuk disewa ala2 homestay gitu..rmh ni aku rasa bukan bwh management bukit merah..club house pun dah tutup..swimming pool pun kotor..sian para pembeli...bila malam lagi la sunyi...takut pun ada..petang tu aku cuma rehat je..yaya ikut daus pergi waterpark..


Rmh ni ada 3 bilik..setiap bilik dilengakapi dengan aircond.. dapur pun complete..boleh masak bagai...aku masak untuk breakfast pagi tu..




Malam tu keluar pergi makan kat bandar Taiping..tak tau nak makan mana, pergi la foodcourt kat belakang balai bomba..hampir semua kedai jual satong kangkung and yong tau foo..rasa boleh la, janji kenyang..lepas tu patah balik ke kampung sbb aku dapat tau mak n abah je yg tinggal berdua kat rmh kanpung tu..pakcik aku tak tidor sana..kesian kan dorang, semua patah balik berkonvoi ambik dorang..nasib baik rumah bank tu besar..




Ahad, cuaca superb..ambik peluang jalan2 kat sekitar tasik..banyak activiti rupanya disini..nak ke pulau org utan tak sempat dah..lain kali datang..bergambar la kita..








Ada sambutan Hari Ibu kat situ..so Yaya, Adam n Izaz mengambil peluang untuk melekat kertas corak hati ni kat board tu..




I love u too Anis Soraya...




Mak bersama Izaz dan Zara..abah aku dah ikut Ijan pergi kuala..so kita jumpa kat sana untuk lunch...



walaupun cuti singkat tapi seronok dapat luangkan masa bersama family..nak semua ada memang payah la sikit...

p/s..Ya allah, selamatkan dan lindungi la anak buah aku Lyla n Ozil dimana saja mereka berada...betapa aku rindunya kepada mereka berdua...

Bila misi bersantai bertukar...

Assalammualaikum,

Yeppp...I went to Jakarta again with along and umi. Initial plan was shopping and pampered ourselves at spa in Jakarta. But kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Gambar ni semua dari FB. 


Flite went smoothly walaupun hampir miss flite gara2 leka kat Harrods boutique hehehe...ye la, kata gate C6, sekali dah sampai kat situ kena patah balik sebab dah bertukar ke gate brape ntah..jauh plk tu,,betul2 amazing race. Orang pun dah masuk dlm flite..ada a few lagi yg mcm kitorang ni...sian Along, walaupun dia dah pesan check in awal, mesti jadi mcm ni kan...

Time table ni penting, mesti print tiap kali nak ke sana..Malas nak congak2 ni..


Sampai airport dijemput oleh Pak Rahman. Supir ni di atur oleh Erwan sebab Erwan ada tamu lain jgk..terus check in kat hotel. We stayed at Dreamhotel situated at Menteng, near Jalan Sabang. Bilik ni muat untuk kami bertiga, ada 1 queen bed and 1 single bed. Settled check in, makan time. Since both of my friends ni peminat nasi padang, kita mkn kat nasi padang sederhana kat Jalan Sabang. Jalan dorang ni jangan la ko nak berangan mkn western ke, nak pergi fusion restoran ke, memang tak layan...frust jgk la..



Dah kenyang, moh la kita ke Tanah Abang. Tanah Abang tutup pukul 5 petang. Ada lagi dalam 2 jam kita nak spent masa kat sana. Tu, tempat yang menjadi pujaan hati wanita hehehe...


Dah tak sabar dua orang tu nak berbelanja...we all kat sini sampai kedai tutup. Ingat nak pergi hard rock cafe kat Pacific Mall, jalan macet sgt dan masing2 pun dah penat singgah makan kat KL Village pekena teh tarik dan roti canai. 



Bekalan untuk breakfast. Hotel ni aku book thru booking.com so breakfast not included. Takpe kita makan ni dan bancung cappucino lagi jimat dan sedap jgk...



2nd day, sambung lagi misi ke Tanah Abang. Hari ni Erwan bwk..parking kat atas sekali, turun singgah food court dulu sbb ada plk yg minum, ok layannn..besar dan bersih food court kat Tanah Abang ni..aku dah pergi sini banyak kali pun tak sempat nak singgah..




Sedang memikir nak ke tak nak beli, akhirnya beli jgk..pergi dengan kawan2, benda tak nak pun jadi nak...bukan aku punya tu, si umi yang punya. Dapat la aku membeli apa yang mak aku kirim dan ijan kirim. Yang lama kat bahagian kain ela la..kat situ jgk la aku terpikir tema raya tahun ni. Beli untuk husband kain baju melayu jenis roberto cavalli...aku rasa mesti toke kedai tu menyesal offer kat kitorang..dia cakap kalau beli banyak dapat 30ribu semeter, gila murah kan..kedai lain paling murah pun dorang bagi 45ribu semeter. So umi nak beli dalam 20 meter, along 5 meter dan aku plk 5 meter..geleng kepala toke kedai tu..


Petang keluar dari Tanah Abang, ke Thamrin City pulak...


Ke Hard Rock lps tu sbb si umi nak cari t-shirt. Dia ni collect t-shirt hard rock..aku dah habis dah zaman pakai t-shirt2 mcm tu..




Tu masjid di tengah2 bandar. Gambar guna ipad ni la hasilnya..cantik masjid tu...


Meronda sebentar di dalam Pacific Mall...ni kiranya mcm kat star hill la byk branded boutique..kat jakarta ni byk je shopping complex ala star hill, pavillion..dorang org kaya lg ramai dari kita kan...org kurang mampu pun bersepah...


Balik tu dalam kereta diskas nak dinner kat mana...yang si umi ni sibuk la dari siang tadi nak makan bakso. Aku suggest tmpat lain pun yang lain pun mcm xde respon, lps tu nak marah aku. Akhirnya ke bakso, walaupun ada hati yang bengkak hehehehe...

Kedai bakso wak misai ke apa ntah namanya. Erwan tau aku ni sgt cerewet pasal tempat makan..betul aku cakap, aku tak mkn kat warung2 kalau aku ke Jakarta or Bandung. So, dia siap explain la kedai dia ok bu, ramai yang datang mkn sini..ok la wan, apa2 je...nasib baik sedap, kena dengan tekak saya.. sedap sampai si umi makan dua mangkuk!!!


Lps makan bakso, dorang ajak plk singgah KL Village nak mkn roti kat bawah tu..aku tak join sbb aku dah rasa penat sangat dan mengantuk...KL Village dengan hotel aku tak jauh...


3rd day, ke Bandung...ni la yang dikatakan trip yang tak dirancang langsung pada mulanya...ke sana sebab nak ambik kad kawin dan suvenier kepunyaan cousin along. nak tunggu post silap2 lps kawin baru sampai. Tempah kad kat sana memang la murah dan cantik, tapi dinasihatkan, kena buat 6 bulan awal, sbb nanati dorang akan post guna kapal laut dan shipping cost pun tak semahal mcm guna air cargo..kalau tidak baik buat je kat Malaysia. Kotak kad je dah 50kg..belom lagi suvenier..nasib baik tak berat..tu pun along kena bayar 500 untuk extra baggage..MAS charged every 5 kilo RM60..dengan nak memikirkan mcm mana nak bagi kurang baggage tu, angkut kotak2 yg besar..adoiii...memang tak best langsung...misi nak ke sana untuk bersantai tak dapat la sbb dah sehari suntuk Jumaat tu spent masa kat Bandung..dalam van tu punya la sesak dgn kotak...langsung tak dapat ke SPA...


Dah ada kat sana, aku singgah la boutique Ralph Lauren..beli kemeja untuk husband..murah banyak dari KL..


Ni semua hasil belian..campur2 la aku, along dan umi..


Hari sabtu, balik ke KL...sampai kita jumpa lagi...



Overall, best jgk la pergi dengan kawan2 ni..sbb dah sekepala kan tp bab makan memang susah..tak boleh nak enjot lepak kat kedai yang ala2 cafe gitu...dorang tak nak..yang ni pegi dengan husband aku la...

p/s- baru balik dari NKF lifecheck td..omaigod, berat badan saya sgt membimbangkan..must do something about that...