Saturday 28 May 2011

Mutiara Doa untuk renungan bersama...

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

" Aku mohon perlindungan dengan kalimah Allah SWT yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku."

Doa untuk mengelak daripada bahaya

"Apa yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah."

Mutiara doa ni aku copy dari Harian Metro keluaran setiap Jumaat. Boleh dijadikan panduan dan pedoman kita bersama..insyaallah aku akan cuba updatekan mutiara doa ni setiap hari Jumaat..

Turning 41

"Happy Birthday Mama I love u", soraya cium aku masa aku tengah tidor..i guessed time tu pukul 12 lebih kot...so aku dalam keadaan mamai pun ckp i love you too...

25/05/2011, I am officially turning 41 years old.

I don't really celebrate birthday. Birthday is just an alarm that i'm getting older matured.  My husband asked me what do I want for my birthday?. Hmmm nak apa ye...tentunya doa seorang suami untuk isterinya(doa yg baik-baik ye bang).But i don't mind getting a present :-)

Alhamdulillah and praise to Allah s.w.t dengan segala kurnia yg diberikan kepada hamba mu ini..

And for those who were wishing me via sms, phone and email I thank you very much..

Monday 23 May 2011

When 'I do' gives you deja vu it could be a problem

Currently I'm reading this book. I really like reading books written by Sophie Kinsella or Madeline Wickham.
I feel I have red almost all of her books except mini shopaholic coz the price is still at the high side and unaffordable to me. Its kind of wasted to have one novel for that price as I rather buy a tudung which is more useful to me, I guess I wait for the paperback issue...hehehe...so cheapskate...










p/s lps ni nak cari buku Dr Mahathir la plk...mhl tak apa sebab true story...

Sunday 22 May 2011

Ayam masak sambal kicap style aku...

Ni masak masa lunch tadi. Senang je nak bagi Soraya makan. Masakan lauk sambal gerenti dia suka.Aku campur carrot, tomato dan daun bawang..senang lauk dan sayur sekali masak. jimat masa..alah..sebenarnya ko tu yg malas Sha oi..Oh time ni husband aku tak ada kat rumah. Dia ada reunion staff Public Finance kat Hotel Singgahsana...dia ada bawak balik makanan jgk tu...yg sempat aku tengok tadi ada laksa, nasi goreng, puding roti, pesembor...byk jgk.. mcm mana nak diet ni....





Resepi ayam masak sambal kicap style aku.

1. Ayam.
2. 1 biji bawang besar.
3. 2 ulas bawang putih.
4. 1 inci halia.
5. Sebatang carrot- potong memanjang.
6. 2 biji tomato- potong wedges.
7. Daun bawang(sukahati nak letak byk mana).
8. Cili giling.
9. Kicap manis cap kipas udang.

Cara-caranya:

1. Ayam dilumur dgn kunyit dan garam digoreng. tak pyh garing sgt.
2. Sambil tu tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan yg ditumbuk sehingga naik bau dan masukan cili giling dan msk sampai pecah minyak atau cili tu garing.
4. Cili dah garing masukan kicap manis. Ha yang ni agak2 la ye.. sampai nampak hitam la..
5. Masukan gula dlm 1 sudu kecil dan bahan perasa(aku msk guna ni so kalau korang xguna pun xpe)
6. Masukan carrot biarkan empuk sedikit lps tu masukan tomato dan daun bawang.
7. Last sekali masukan ayam yg dah digoreng tadi.

Kalau guna kicap manis cap kipas udang tu dah cukup rasa tak payah letak gula pun ok. Aku masak ni kebanyakannnya main agak2 je...ayam yg aku guna ni tak sampai sekor..

Friday 20 May 2011

Nak pergi ke tak?

Malam esok kat taman tempat aku tinggal ni ada dinner sempena hari ibu yang dianjurkan oleh wanita UMNO. Since husband aku adalah salah seorang AJK Umno automatically dia dan bini dia pun dijemput sekali. Menurut kata husband aku tetamu yang dijemput seramai 100 orang. Kebanyakan orang taman ni la kot.

Aku sebenarnya malas nak pergi. Bukan la aku ni anti sosial ke sombong ke tapi kekadang aku ni ada perasaan yg malas nak join-join ni. Contohnya setiap pagi Ahad ada je kelas aerobik kat dewan tu. dulu aku pernah la join tapi itu 2 tahun lepas. Fee pun bukannya mahal sgt pun tak sampai RM50 sebulan. Sampaikan ketua wanita UMNO makcik minah tu selalu tanya husband aku mana bini kau..nasib baik husband aku ni pandai cover dia cakap aku sibuk la byk keje rumah nak kene buat...mana badan ko tak gemuk sasha oi...ada aerobick sepelaung dari rmh pun mls nak join...

Eh! meramble la pulak...so aku sekarang ni dalam dilema nak pergi ke tak nak dinner mlm esok. kalau aku tak pergi nanti mesti la husband aku jadi sasaran...kalau pergi nak kene pakai baju apa???Lps tu aku nak sembang dengan sape???Husband aku suruh aku pergi...tengok la mcm mana esok...kalau aku pergi aku update la ye...

p/s..tadi aku sempat buat kek oren. nampak mcm jadi. satu dapur bau oren.. nanti aku letak gambar ye..

Tuesday 17 May 2011

Santapan di hari cuti...

Agak lama jgk aku tak masak untuk mkn tengahari bila cuti ni...ye la kekadang ada kenduri la atau mkn kat luar, so hari ni aku teringin nak makan masak sendiri...lauk simple je...family aku ni tak brape suka makan berkuah lagi la senang kan..so menu adalah sambal sotong, brokoli dan udang goreng belacan dan ikan kembong goreng...





Alhamudlillah.. Kenyang.

Eiliya's Birthday party...

My cousin celebrated her daughter's 6th birthday last Sunday. The party started at 4 pm and the guess are relatives and friends. As usual, the events are foods, kids entertainment and cake cutting ceremony.Here are some photos of small party geeks...




Little Lala also joined the party


 Me and husband in front of auntie Maziah's garden...

I left the party around 6 pm.

Thursday 12 May 2011

Menyusahkan orang je...

Bad things happen today...no..its not me..it is happen to my sister in law, shikin...i received a call from my brother while i was on the way back from office.

Some stupid idiot pecahkan tingkap kereta Shikin masa dia parking kat lorong sebelah pasar malam Taman Melawati....Shikin ada letak beg kat  seat sebelah driver...agaknya diorang ingat dlm beg tu ada laptop ke atau brg berharga so pecahkan tingkap...ha! sekali ambik kau...pam dan botol susu zara dlm beg tu....kesian zara...susu dah kene kebas...padan muka kau pencuri....tp tu la meyusahkan org....nak kene buat cermin baru...dah la adik ipar aku tu nak pergi vietnam sabtu ni kureng mood nak berjalan...

Orang time2 maghrib pergi la masjid ni tidak buat kerja tak senonoh...sampai bila la nak buat kerja2 haram...tak kesian ke kat mak bapak korang..yg ada anak bini tu  tak rasa bersalah ke bagi anak bini makan duit haram...orang kedai kat situ pun cakap dah banyak kali kejadian kereta kene pecah...so abang-abang polis rajin-rajin la buat rondaan...

Moral of the story jgn la letak apa2 beg pun dlm kereta walaupun sekejap....

Sunday 8 May 2011

Jalan2 di Putrajaya & kenduri jiran lama

Masa minggu cuti Hari Pekerja tu aku pergi sini....






Ya...Putrajaya...suka betul aku tengok bangunan2 kat sini....

Pergi Alamanda sbb teringin nak beli kasut kat sini...teringin la kan...apa agaknya rasa pakai kasut mahal2 ni ...bak kata ofismate aku Alin "tak pernaaah ada"..kata ada sale so nak tengok la...tp design ntah apa2...no wonder la buat sale sampai 70%...



dah habis ronda satu Alamanda pergi dinner together with our friends Abg Shahidan n family and Abg Zizan...Makan sate  n mi bandung kat tepi hiway kajang tu...


Abang Shahidan dan keluarga.. 






Sunday aku pergi  kenduri Hazie kat Shah Alam...dia buat knduri kawin adik dia Nor...diorang ni jiran lama masa kitorang duduk berek polis kat Jalan Semarak dulu...jmpa la kwn aku yg aku rasa dah dekat 14 tahun tak jumpa...norhayati skrg dia mengajar kat Mersing..anak dah empat...tapi gambar dia lupa pulak aku nak snap...



Cuti kalau tak de aktiviti mkn memang tak sah...

Monday 2 May 2011

Jakarta Bandung final part

ok aku nak habiskan entry ni secepat mungkin...

lps lunch kat HDL seafood kitorang terus proceed ke Jakarta..masa on d way tu kat traffic light ada lah local people jual strawberry dr kereta ke kereta and they stopped at our car. Mula-mula tak nak beli tp adik aku nak so diroang ckp sepaket 25ribu rupiah then ingat dah murah dia beli...lps dia beli tu dtg lagi diorang ckp 2 paket 25 ribu so aku terus beli ingat dah habis murah lps tu dtg lg sorang ckp 3 paket 25 ribu terus aku suruh diorang blah je...agaknya diorang yg jual ni dah berpakat-pakat kot...

Sampai Jakarrta terus check in hotel Studio One kat tengah-tengah Jakarta.Rate per nite is abount 300 ribu rupiah.  Time ni dah penat so gambar hotel aku tak ambil pun....selepas masing2 dah fresh ingat nak sambung shopping lagi pergi la ke Ambassador Mall...kat situ ada FO tapi sampai pun dah mlm FO pun dah tutup da....ingat lps tu nak pegi lepak kat Planet Hollywood tp malas la pulak sudahnya lepak kat KL Village...everytime kalau pegi Jakarta mesti lepak kat sini...kalau korang rindu kat teh tarik and roti canai boleh la dtg sini....owner malaysian...in fact the owner's son was there and he said thank you to me when we were leaving the place..






Next day pagi-pagi dah pergi Tanah Abang cari kain,telekung...barang2 yg biasa dicari bila sampai di sana...punyala ramai org...oh ye tanah abang ni tak kira masa memang ramai je org...oh ye kat sini aku beli cadar dgn harga yg sgt murah...lain kali dtg sini nak beli banyak-banyak lps tu boleh buat hadiah bagi orang....

Dah dapat apa yg di cari otomatik perut rasa lapar...kitorang teringin nak mkn western food so Erwan bwk la kat satu area ni Jakarta Selatan...Wanna cafe & bistro...nice ambience..Afghan pun pernah buat show kat sini...oh kat sini ada life band...sempat la kitorang tengok persembahan diorang...omg suara penyanyi tu dah memang mcm penyanyi profesional...suara memang sedap...adikc aku wati pun join sekali menyanyi..















Kalau boleh nak stay lama lagi kat cafe ni tp dah nak kena balik bersiap sbb dah nak balik kl mln tu...fllight pukul 8.30 so at leat by 6.00 kena keluar dr hotel...

lega dah habis entry jakarta...pergi la berapa kali pun tapi memang tak pernah boring...for me la ye......

Sunday 1 May 2011

Jakarta - Bandung Part 3

2nd day check out then proceed to Rumah Mode...korang google la gambar Rumah Mode ni ye sbb aku dah mls nak bergambo depan rumah mode...ramai sgt org,,,kat sini lg la sakan kitorang menyopping...byk baju baru datang...masa aku g januari lps pun xbyk mcm ni...anak aku lagi la suka...almost 900 ribu jgk la habis...byk kan sampai beribu-ribu...rupiah la kalau dlm ringgit lebih kurang 300 ratus...

Lps sakan menghabiskan duit perut pun dah minta untuk diisikan...masih lagi tak tau nak mkn apa so Erwan suggest kita mkn seafood...aku ok je...dia bwk kita pegi makan seafood kat Jalan Cilaki...sampai depan kedai ni baru aku teringat aku ada sorang blogger ni pun suka mkn kat sini everytime dia dtg Bandung...so upacara ode mengode pun dijalankan...bila tengok pelayan bwk makanan kat meja org lain kitorang pun nak jugak ode....tengok la apa yg kitorang ode....layan.....











Cost yang kitorang makan semua tu kat atas lebih kurang RM100...punya la tamak sampai tak habis mkn...

Lepas makan kitorang teruskan perjalanan ke Megacity Jakarta...ok nanti sambung...