Friday 25 October 2013

Apa nak jadi ni???

Assalammualaikum,

Kecoh dan menakutkan. 3 hari 3 kes kejam. Bunuh budak sekolah sumbat dalam beg la. Lps tu tembak bank officer dan semalam tetiba suka hati nak pergi tikam orang sampai 4 orang. Cedera parah 2 orang dan meninggal on the spot 2 orang.

Yang kes budak sekolah tu kenalan kat FB. Yang budak perempuan ni pun konfiden je nak pergi sorang jumpa kawan FB. Tak takut ke? Agaknya dia fikir tak kan la ada orang nak buat jahat kat dia kot. Maybe dah biasa dalam Fb tu semabang2 ke. Aku dah banyak kali pesan kat anak aku si Yaya tu, jangan nak online ke chatting dgn orang kita tak kenal. Anak aku ni minat gila dengan KPOP ni.  Mana la tau tetiba je ada org gila kat FB tu ambil kesempatan. Nauzubiillahminzaik... Nak rogol tak dapat, ko hentak dengan dumbell ko sumbat dalam beg ye..tapi kejap je ko kena tangkap...padan muka. Kau tunggu la turn ko kena belasah pulak.

Tak sampai 24 jam, kecoh pulak pak guard bunuh bank officer. Kenapa sampai nak kena bunuh?? Sekarang ni orang tengok Pak Guard pun dah takut. Patutnya dia yang jaga keselamatan, tapi dah terbalik, Tapi bukan semua Pak Guard la. Pak Guard yg mcm kes bini Mat Yo tu kita kena la simpati. Banyak lagi pak guard yg dah tua, tapi kena jadi Jaga jgk sebab nak cari rezki.. Jenis yg mcm ni memang kesian la aku tengok. Ada tu duduk kat kerusi sampai tersengguk-sengguk mengantuk.

Kau nak mencuri, kau ambik je la..kau pun dah pegang pump gun ka..kau acah sikit je orang pun takut la...ni yang buat ni orang islam ni..tak takut dosa ke?? tapi if dia ingat dosa dia tak buat pun ek...

Alfatihah untuk mangsa, Norazita Abu Talib dan takziah kepada keluarga mangsa. Terharu baca NST pagi tadi pasal dia ada kol husband dia sebelum kejadian dan bertanya abang sayang saya tak? Tapi si suami tengah drive, dia cakap dia akan call balik. Sekarang suami menyesal sebab tak layan call arwah isteri. Rasa bersalah pun ye. Dah tertulis di loh mahfuz semua tu. Baca kat twitter tadi jumlah rompakan sebanyak 450 ribu. Guard tu masih tak dapat tangkap lagi. Risau dibuatnya.

Tak habis pasal guard, semalam pulak ada orang gila mana plk pegi tikam orang kat LRT Gomabk dan Taman Melati. Dah la Taman Melati tu tempat aku selaalu tunggu teksi kalau aku balik sendiri. Katanya tuntut ilmu salah. Lepas tu nanti bangsa kafir salahkan islam la apa..jadi satu isu. Dah la yang mati tu cina. Lepas tu boleh pulak cakap aku buat semua ni kerana utusan nabi muhamad. Sah la dah gila esen driver van ni. 

3 cerita kat atas tu menjadi tajuk utama dalam tv dan suratkhabar. Mula la ada yg cakap duduk Malaysia dah tak selamat. Benda2 mcm ni di luar jangkaan kita. Kat luar negeri pun kekejaman pun ada, malah lagi teruk. Orang gila tembak budak sekolah la. Pergi bom tempat-tempat awam la.

Yaallah, kau lindungi dan pelihara la kami semua dari mereka yang zalim. 

Wednesday 23 October 2013

Jemputan ke ULTAH

Assalammualaikum,

Kawan sekolahku, Ata(panggilan masa zaman sekolah dan melekat sampai skrg) jemput aku datang bithrday anak dara sulung dia dan doa selamat sekali. 22 tahun umur anak si Ata ni. anak aku baru je umur 16 tahun. 

Murah rezki kawan aku lepas dia kahwin kali ke 2 ni. Kahwin dengan seorang mualaf. Bujang pulak tu. Dapat anak eksperss 8 orang hahaha..

Bulan lepas si Ata ni buat birthday dia. Seingat aku dah 3 kali kot aku pergi rumah dia atas jemputan makan2 ni. Raya puasa hari tu pun 3 kali dia buat open house.

Lepas kerja terus gerak pergi cari hadiah kat Alpha Angle..tak beli apa, aku beli shower gel kat body shop. Ghopanya, anak dia suka Hello Kitty..kalau tak dah senang keje aku.

Tujuan aku nak capture gambar belakang aku, gambar pandangan KL. Almaklumlah, camera canggihkan, ni la hasilnya..huhuhu.



Sesampai je, geng marhaban Along baru start nak baca yasin..tengok along tu elok je duduk atas kerusi...



Dah habis baca yaasin, jom kita makan..seperti biasa catering Al Huda atas rekemen Along. Set nasi beriyani.


Aku makan dengan Zee..husband ada sebelah aku tu...


Acara wajib..semua tu kawan sekolah aku..


Kan birthday girl n suka Hekko Kitty, elok je tercongok kat tepi kek tu..




Ahad tu, Umi ajak aku keluar makan sempena birthday dia pulak. Since dia dan Along ada masalah sikit, aku la jd orang tengah bila Umi suruh aku roger Along ni..nasib baik Along nak join walaupun dia buzy dengan persidangan UMNO.. tapi Zee tak pulak Umi ajak, tak kan aku nak memandai pulak..dah zee sentap pulak...fenin la kepala dengan mak2 orang ni...

Umi cakap pakai baju putih, aku gigih la gosok baju ni, sudahnya dia yg tak pakai putih..tak sempat katanya..


Ke Chawan Publika la kita..

Birthday girl reques red velvet in a jar je..beli kat wondermilk...


Kalau kat Chawam wajib aku oder sago gula melaka ni...sedaaaap...


Nasi lemak..time ni aku puasa, so mata tu dah tak tau nak pilih apa..nampak semua sedap...


Disebabkan Along dan Umi mcm dingin je, cakap pun Along banyak pandang muka aku, nak ambil gambar sama2 pun aku tak kuasa..huhuhu..

Bila umi hantar along balik, berlaku la adegan airmata di luar kereta. Aku tak dengar la dorang cakap apa, tapi meleleh gak la air mata aku...di sebabkan masing2 salah faham, berlarutan sampai begini..
Alhamdulillah, Along dan Umi dah ok semula. 

Dalam persahabatan ni sikap tolak ansur, lebih kurang mesti ada. Menerima dan mendengar pendapat sahabat pun kena ambil kira jugak. Tak payah la ada sikap cemburu kat kawan kita yang berjaya dan tak payah la ketawa mengejek bila kawan kita dalam kesusahan atau sedang di uji.

p/s- ULTAH tu ulang tahun..singkatan dari bahasa indonesia..

Wednesday 16 October 2013

Aidiladha 2013

Assalammualaikum,

Hari ni kerja, tak jadi cuti. Cuti pun tinggal 5 hari je lagi. Semalam raya pun biasa-biasa je. Malam raya tidor agak lambat. Settle masak ayam sambal dlm pukul 12 lebih mcm , sambung pulak lap dapor. Masak sambal ayam ni yg leceh tu bila sambal nak menggelegak, habis kawasan sekiktar minyak meloncat. Masak tak banyak pun, dalam 2 ekor mcm tu..

Mak dah rebus nasi impit, buat daging masak hitam..pagi semalam sebelum pergi solat sunat aidiladha dia masak sayur lodeh dulu.

Semalam cuaca pun mendung..tapi tak hujan..petang baru panas sikit.


Menu biasa je..

Brownies ni waty yang bawak...sedap..


Husband dengan jubah..hehehe..jubah ni beli kat Madinah rasanya..depan masjid nabawi..


aku pakai jubah umi bagi..



Eeee...budak caca ni la tak abis-abis buat gaya ni...ni la trademark dia,,nak kata peace pun tidak...


Jubah Yaya pun beli kat depan masjid nabawi..dorang jual longgok..rasanya sehelai dalam rm20 kot..tapi kain dia panas sikit la..




Lepas tu bawak budak-budak tu pergi tengok acara kurban. Jumlah korban tahun ni 22 ekor..tengok tu lembu baru sampai..meriah acara kurban kat Melewar ni..husband cerita penduduk melewar sedekah juadah untuk mereka yg gotong royong,punya la banyak makanan. Taman aku ni kira murah lagi, 1 bahagian dlm RM390. Aku dengar banyak tempat dah lebih dari RM400. Kat surau ni dorang amalkan konsep gotong royong. Otomatik je penduduk datang bawak pisau tolong.. anak2 jiran yg remaja pun ringan tulang.



Tu husband aku, belom start kerja lagi..sembang dulu ye bang..


Petang tu husband bawak balik tulang jugak..terus mak aku rebus..husband cerita, kat surau, dorang dah siap bagi daun sup bagi mereka yg menolong tu bawak balik..mcm tau2 je ye nak rebus tulang buat sup..
Penuh fridge aku tu dengan daging...rezeki alhamdulillah..

Malam tu pergi rumaa auntie aku makan nasi dagang. Pergi berdua je..

Insyallah, ada rezki tahun depan kita sambut lagi..

Monday 14 October 2013

DOA HARI ARAFAH

Assalammualaikum,

Doa ini aku dapat dari web http://shafiqolbu.wordpress.com. Satu laman web yg boleh kita jadikan tempat rujukan.


Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku  untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka  perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam  bersabda: “Sebaik-baik doa  adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)


Insyaallah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada esok hari Selasa 15 October bersamaan 10 Zulhijjah 1434.

Hari ni merupakan hari ke 6 aku berpuasa. Sepatutnya disunatkan berpuasa dari 1 Zulhijjah, tapi aku lambat mula..

Pada hari ni, hari Isnin 14/10/2013 waktu zohor Mekah adalah 12.10pm bersammad dgn 5.10pm di sini. Itu adalah waktu bermulanya ibadat wukuf di padang Arafah...jadi wkatu itu adalah waktu makbul beroda sehingga 8.30pm waktu Malaysia.  

Teringat kenangan semasa mengerjakan umrah bulan 4 yg lalu. Kami semua di bawa melihat ke tapak perkhemahan di Mina. Pasti la kosong kan. Kami juga di bawa melihat kompleks yang berhampiran, Kawasan dan komplkes itu akan menjada sangat sibuk bila musim haji, Bayangkanlah berjuta umat islam berkumpul pada satu masa. Insyallah aku akan letak gambar2 semasa aku di sana  ye cik blog.

YaAllah rindunya aku untuk menjadi tetamu mu YaAllah...


Thursday 10 October 2013

10.10....Dah 6 tahun umur dia....


Happy birthday Izaz Arief..mami doa kan adik akan jadi anak yg baik dan dikurniakan kesihatan yg baik.

Izaz arief ni suka mkn kek..currently, his favourite cak his orange kek..red velvet pun suka, butter cake pun suka tp carrot cake dia tak suka..kuih semperit pun dia suka..pelik kan budak lelaki suka mkn kek n biskut kan..so, terpaksa la mama dia penuhkan peemintaan dia if dia nak makan...

Tengah mengaji dgn opah...Alhamdulillah dah khatam quran dah dia. abang dia pun belom lagi.  Sekarang ni mengulang baca.


Tapi....KPOP pun suka gak ni..tau je dia lagu2 grup KPOP tu...ada hati nak folo Yaya pergi tengok konsert INFINITE minggu depan. ni semua pengaruh anak aku la...tau2 je tengok you tube. Sebut pasal you tube, he was 4yo when he asked me to surfed you tube. Yg kelakarnya dia bgtau aku mami bukak YUTUBE sambil tunjuk kat icon you tube tu...mengekek aku gelak lps tu dia nangis...hahaha...
 



Adik, afsal pegang bird tu...
 
Malam kalau kat Melewar tidor dengan aku lagi ni..tapi kalau kena marah dgn aku, sentap mengalahkan budak perempuan...manja sangat...dengan adik dia caca tu selalu je dia beralah..kekadang dia pulak menangis bila berebut dengan caca tu...caca tu brutal...
 



Mami love you adik till the moon and back.

p/s - hari ni jgk genap 6 tahun syed muzaffar pergi bulan..

Tuesday 8 October 2013

Bbq @ rumah ijan


Assalammualaikum,

Adhoc plan..tujuan asal nak pegi sana sebab nak ambil mak bawak balik KL.  Lepas tu ada yg mencadangkan pergi makan ikan bakar kat muara sungai duyung tu. Tempat tu kitorang panggil Pakcik Jalil sebabnya salah satu pekerja kat kedai ikan bakar tu kawan abah aku. Pakcik tu dulu polis. Tetiba je ijan cadangkan buat bbq, lagi ok sbb jimat kos..hihihi...

Setelah berwassap, masing-masing bersetuju..kambing disediakan oleh tuan rumah. Tuan rumah nak pegi beli kat mydin tp dah habis la pulak. Aku no hal if kambing tak ada. Husband pergi cari kat NSK, tuan rumah ckp ok tlg belikan dulu. Ayam dan sosej pun kitorang bawak dari KL. 

Sampai rumah Ijan sabtu tu dlm pukul 5 terus husband hidupkan api. Aku pulak sibuk menyediakan makaroni nak dibakar..tinggal bakar je dan buat white sos.

Adik aku yg sorang lg tu, Firdaus, dia yg sibuk suruh start cepat, tp bila aku sampai sedap je dia tidor kat atas. Shikin goreng cempedak.



Cheesy baked macaroni...sedap dorang ckp...as usual tengok la sape yg masak kan.hihihi...
 

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 


 
Tuan rumah buat apa ya?? oh tuan rumah buat marble butter cake, arang dan air sedap..knp panggil air sedap..ye la air kosong kan tak sedap. Family aku ni memang cenggitu, selain dari air kosong tu dorang panggil air sedap. Air sirap sekali pun jadi la..
 
Habis bbq tu dalam lebih kurang pukul 11. Makanan banyak tak habis. Aku pulak sebelum tu dah bantai makan cempedak berbiji-biji, perut dah sebu, Makan ayam 2 ketul dan sedikit makaroni tu dah kenyang sngt.
 
Time berkumpul mcm ni la kitorang akan discuss plan2 yg akan datang. Cerita pasal family, tempat kerja dan macam-macam lagi. Amir dan Nizam je yg semedang tak dapat nak join. Waty yang ada team building kat Bangi pun lari sekejap sbb nak gather. Harap akan datang amir dan nizam tu dapatla join acara kekeluargaan mcm ni..
 
November depan ni kitorang semua akan bercuti ke Langkawi, insyaallah. Ijan sekeluarga, mak dan abah dah booked tiket flite. Yang aku dan Firdaus ni pulak belom lagi konfem dak pergi dengan apa. Ikutkan aku nak je naik flite, jimat masa sangat. Sekarang ni bergantung pada jadual sukan ofis Firdaus. Harap postpone la hendaknya. If not, dia sekeluarga akan join pada hari Isnin 25hb..tak best la kan. Hotel dah book on 23/11-26/11.
 
Harap2 apa yg diplan menjadi..
 
p/s - insyallah, nak puasa zulhijjah esok..