Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, 6 February 2015

Doa selamat dan bacaan Yasin sempena Birthday Adelia Zara yang ke 4

Assalammualaikum,

Antara aktiviti yang berlaku cuti panjag minggu lepas. Sambutan birthday Zara. Sambil tu solat berjemaah maghrib diikuti bacaan yasin.

Izaz sedang qamat. Takde jemput sedara. Hanya antara family aku. Family sebelah Shikin pun takde. Tu pun dah kecoh bising dgn suara anak2 buah aku.




Antara menu yg disediakan oleh pihak tuan rumah dan yg di bawak dr rmh aku. Mak kukus pulut kuning dan masak rendang daging.


Husband sibuk gorent kuetiaw. Ni kat dapur tuan rumah. 


Demam Frozen tak habis lagi so of course la kek tema Frozen.



Suka aku tengok aksi Zara time potong kek ni. Nampak hepi dia, gedikk...


Ni rumah weekend adik aku. Cuti je dia dtg lepak sini. Kat Saujana Rawang. Nanti dia ajak la anak2 buah aku Muaz dan Izaz tidor rumah dia kalau dorang balik KL. Tak ramai lagi jiran, sunyi. Malam tu mak dan Yaya pun tidor sana. Makanan banyak tak habis..esok siang tu aku datang sana lagi, repeat makan..



Group photo is a must. Pun tak cukup. Opah dan Atuk memang payah la nak ajak bergambar. Papa dan abah birthday girl sembang kat luar.

To Adelia Zara, happy bithday, semuga menjadi anak gadis yang baik.



Tuesday, 25 November 2014

Pertunangan Din n Yana


Assalammualaikum,

Ni kisah hari ahad lepas. Din ni cousin aku belah mak. Anak Chu, adik mak yang bongsu. Mulanya nak pergi merisik, alanng-alang tu bertunang sekali la. Tak payah la dorang ni datang 2 3 kali dari Teluk Intan. Janji 10 pagi berkumpul kat Petronas Serdang arah ke Serembanm tapi pukul 12 baru ada yang datang. 

Tak ramai pun rombongan pihak lelaki. Aku n Ijan sekeluarga except soraya and the boys la tak pergi. Of course mak n abah. Anak2 chu, pak teh n isteri serta pakwe dan anak dia. 

Tepak sireh. Takde sireh junjung sebab dah ada tepak. Aku pun tak brape reti sgt psl tepak n sireh junjung ni. Ada yang ckp kalau dah ada sireh junjung tak pyh bwk tepak. Ikut negeri. Tapi masa aku dulu, tepak n suruh junjung pun ada ada. Kahwin kat KL, bantai je la...



Perbincangan menetapkan tarikh, belanja dan yang berkaitan sedang berlangsung. Dah tentu Pakwe la yang jadi spokeperson belah kami. Yang baju kuning tu bapa Yana.  Nama penuh dorang ni aku tak tau la plk. Cousin aku ni aku panggil Din je. 




Mak aku tengah sarungkan cincin merisik. Lepas tu Chu la sarungkan cincin tunang.


Ni la Yana..dah macam muka Cik Ton, kakak Din. 


Yang kiri tu la mak sedara aku yang bongsu, Chu..


Bakal pengantin 2016, insya allah..dah nak kahwin dah si Din ni. Sempat la kamu nak mengumpul duit ye Din. Dulu aku ingat lagi, masa aku baru2 kahwin, suka benar dia bergurau dengan husband aku. That time he was 5 or 6 years mcm tu..How time flies. 


A group photo is a must 


Ada rezeki umur panjang, makan kenduri la kita. Ada lagi 2 orang sepupu aku yang belum kahwin termasuk la Din ni. Sorang lagi anak Pakwe, tak silap aku sebaya dengan Din ni. Belah abah aku semua dah kahwin dan yang single balik pun ada..hehehe.





Friday, 15 August 2014

Eid Mubarak @ Tronoh and Kuala Kangsar

Assalammu'alaikum,

Eid Mubarak! Taqaballahu wa minna wa minkum.

Yeppp...syawal yang ke 19 hari ni. Alhamdulillah dapat mengerjakan puasa 6 pada awal2 hariraya. Tahun ni turn beraya di sebelah suami. Keluar rumah 4 pagi dan sampai rumah MIL 11.30 pagi dengan melalui jalan lama. Hi way jam toksah nak cakap la..cousin aku balik Kelantan, 19 jam baru sampai..pengsannn...apa pun ni yg buat raya makin berseronok bila cerita pasal jam..

Bakar lemang di malam raya oleh husband dan adik2 ipar. Aku ditugaskan memasak daging masak hitam.Takde dlm gambar sebab charger ipad buat perangai. since that memang tak byk gambar raya aku tangkap. Gambar pun diambil dari whatsaap grup dan fb Sedap lemang yng dibakar oleh dorang ni. Mendapat pujian, tapi tahun ni aaku makan lemang tak byk, boleh dikira tak sampai 10 potong. ntah tak tau kenapa...


Ni je gambar raya kami bertiga yang ada...something is better than nothing kan..theme tahun ni hijau lagi..aku je yang tak brape nak match..lantak...


Bergambar bersama keluarga sebelah suami


Mak mertua bersama cucu2...Lala pun ikut kami beraya di kampung...


Sesi minta maaf...lepas tu keluar beraya ke rumah mak sedara husband. Tu je yang masih hidup..kakak kepada arwah FIL. Memang raya ni, aku tak byk berjalan. Satu rumah tu je yang aku pergi. Balik rmh, tengok ramai tetamu, so, tlg apa yang patut. Plan malam nk ke rumah uncle aku kat Ipoh pun tak jadi sebab kepenatan melayan tetamu..



The next day, family aku, except adik aku daus n amir, balik Kuala Kangsar..dah memang nak janji jumpa kat sana. 

Dah macam takde tempat lain nak bergambar, tepi longkang tu jgk la..kesian Ijan, baju dia besar sgt..memang la dia pregnant tp baju tu buat dia nmpk besar..dia stess tu..hahaha...sampaikan kat whatsapp grup ckp, knp yong nampak lagi kecik dari Ijan...lol..


Acara wajib ni...perasan cantik hahaha...ni bukan baju raya..baju raya aku siap sepasang je..takpe, org kampung bukan kenal baju you, husband aku cakap...


Yang pempuan memang menggedik nak bergambar je...



Ni di kampung mak, kg labu kubong..yg atas td tu kampung abah, rambong..sebelah menyebelah jekk.. ni kat pondok kat luar rumah....sepupu, adik beradik berjumpa masa ni..seronok sgt..aku la yang paling "muda" kat sini...sembang, gelak, gosip semua ada..tak payah nak masuk dlm rumah dah...



Lepak kampung sampai malam, then bertolak balik ke Tronoh...esok pagi raya ke 3 tu aku nak bercuti ke Penang..tinggal parents, ijan dan waty tidor di kampung. Nak join tapi husband ckp lain kali la..

Tahun ni open house pun kurang dapat jemputan..kekawan mengamalkan amalan jimat cermat kot..aku pun takde plan nak buat open house. Siapa nak datang raya, jemput..

Tu je la kisah raya saya untuk tahun ni..sampai kita jumpa tahun hadapan, insyallah..

p/s:Yaallah, berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ni bersama dia..



Monday, 21 April 2014

Adam's 13th Birthday

Assalammualaikum.

Kisah seminggu yang lepas. Dah janji dengan Adam, birthday dia nak belanja makan burger kat Johnny Rockets. So, bila mak dan abah dia sibuk dengan conference and sports day, ni la masa yang terbaik untuk aku fulfilled the promise. Birtdya dia yg betulnua on 9th April. Dah 13 tahun dah Adam ni..

Sampai je kena tunggu sekejap sebab full house. Tapi tak lama pun, tak sampai 10 minit. Penuh dan bising. Ruang atas pun ada. Kat sini dorang jenis entertain customer dengan menai kat depan counter tu, Actually, this is my 2nd time dine here. Sama je konsep dorang ni. Makan siang pun dorang berjoger, malam pun lagi rancak la.

Lps tu ada yang datang tu celebrate birhtday, lagi la bingit dengan bunyi alat musik..sampai nak sembang pun payah. Faktor umur kot, dah tak suka tempat bising2 ni. Tapi memang annoying la bunyi muzik tu..

Tak nak bising dok rumah..hehehe..ok, layan gambar je la..nak citer pasal burger pun aku rasa semuanya sedap jek..

Birthday boy denganSmoke HSE single burger and chocolate shake. Yang ni rege dia RM24.90. 


Nampak tak counter merah tu, dan ada pempuan berdiri tu, kat situ la dorang berjoget. Sepanjang sejam aku kat sana ada la 3 4 lagu dorang joget. Terhibur jgk la tpi yang tak tahan tu masa dorang nyanyi birthday..aku tanya Adam, nak ke dorang nyanyi untuk Adam, Adam cakap tak nak..malu la tewwww....




Aku makan tuna sandwich..konon diet la..takat mcm ni kat rmh pun boleh buat..dah la RM17.90...


.
Ok, mama dah belanja Adam. Mama doa kan Adam menjadi anak yang soleh dan disenangi semua orang




Gambar yong tau fu tu aku makan kat Kampung Pandan. Laaaamaaaa sgt dah aku tak pergi sini.. Ada jgk husband dan kwn2 aku ajak mkn sini, aku tak nak. Dengan alasan bau badan brother yang meniaga dulu tu berbau..puas dorang ckp dah xde dah brother tu dulu, skrg ni sedara mara dia dan dah tak de bau. Agaknya husband aku teringin sgt nak pergi, dia ajak aku pergi jgk. Ok la, saya yang menurut perintah.

Ye la...kedai pun dah besar..xde lagi kerusi n meja kayu tu...mesti la berubah dan ada kemajuan kan. Takde la pulak aku ambik gambar kedai ni..so, yang pinggan pertama tu husband punya. dalam RM11 sebab ada sotong, dan aku punya pulak dalam RM5 jek..Husband amik yg jenis mkn dengan sup dan sos tu asing, aku yang biasa punya la..mcm kat pasar malam tu..rasa?? rasa yong tau foo la..hahahha..tak kelakar ok..sedap la jgk..kat sini jgk ada jual nasi lemak dan mi rebus. Next time datang boleh try. Kedai ni tutup on Friday..

Husband takde dari Khamis lepas lagi. Hari ni baru balik dari Bukit Tinggi, Padang. Alhamdulillah, dah selamat sampai after 3 hours flite delayed...huhuhu..patutnya kurang sejam dah sampai LCCT.

Tak sabar tengok telkung sulam yang dia belikan. mcm mana la ghopanya ye... 

Alhamdulillah. flite MH192 dari KL ke Bangalore safely landed at KLIA. Dah tak sanggup nak dengar satu lagi trajedi.

Friday, 21 March 2014

Kisah orang pergi dan balik dari umrah

Assalammualaikum,

Semalam result SPM keluar, kepada yang berjaya, auntie ucapkan tahniah ye, yang kureng tu, jauh lagi perjalanan anda ye..cabaran hidup lepas SPM. masuk U lps tu bila dah kerja lagi hebat.

Ok, citer orang pergi umrah. Orang tu pun selamat balik. Adik aku dan wife pergi umrah pada 7hb March aritu. So, sebagai kakak yang prihatin, aku dan husband hantar la deme2 ni pergi KLIA. Aku yang betulnya suka pergi airport tapi KLIA la bukan LCCT..ntah aku rasa mcm seronok je, tengok orang nak travel. tengok cabin crew tarik beg dorang tu. Flite dorang pukul 3 petang via Saudi Airlines, so by 11 dah kena ada kat sana. Sehari kejadian sebelum kehilangan MH370..sob sob..sedih..


Shikin kusyuk mendengar taklimat dari pegawai UTAS Travel


Pasangan suami isteri bersedia ke tanah suci..patutnya daus tu pakai ihram dah sbb flite dorang turun di Jeddah..dia tukar ihram bila dah checked in..


Ambil gambar menggunakan ipad, so this is the result. Nak pergi check in dah time ni. Aku tak bawak pun anak2 dorang, bukan apa takut ada berdrama airmata...sure sedih anak nak berpisah dengan mak..mcm aku dulu la, husband dan yaya hantar, menangis aku...



So petang tu, aku ambil Zara dan Adam dari nursery dan sekolah, bawa balik ke Melewar. Dorang pergi Jumaat tu, mak balik Ahad..8 pagi mak sampai airport tapi mal cakap tak payah ambil sbb dia balik dgn kwn dia jgk. Mak dah pesan nanti masak la..ok, aku dan Ijan pun masak nasi lemak pagi tu dan ini hasilnya...sedang elok semua food dah siap, mak pun sampai...


Mak belikan tudung kat depan perkarangan Masjid Nabawi. Aku pesan kat mak sebenarnya., sbb last year aku beli 2 helai je, pada hal baru 5 riyal selai..shawl ni panjang dan lebar dan dari bermacam jenis kain..adalah dalam 11 helai mak beli..actually ni bukan la product dari Saudi, tapi dari India..maybe lebihan dari kilang kain, dorang angkut dan jual di Madinah dan Mekah. Shikin cakap kat Mekah kedai kat sana jual selai 10 riyal, maybe dalam kompleks, that's why mahal.. yang kat Madinah ni, dorang jual longgok atas jalan je..


Coklat ni mak beli kat hotel kat mekah, dalam 30 riyal mak cakap, tapi shikin beli kat airport dalam 70 riyal..banyak betul bezanya..


Masa aku jaga Adam dan Zara, bawak dorang makan pasta kat Tappers ni..sehari sebelum tu g makan kat Plan B, tak best la pasta kat sana..adam ni suka makan pasta...dah la mahal tak berbaloi dengan harga dan rasa..


Spaghetti Cream Meatballs for Adam..


Mix mushroom sandwiches tuan belog punya


Daus ajak kitorang pergi makan mlm khamis aritu,,nak belanja katanya..i ok jek..so, ke Abdullah Chan la kita..malam tu hujan lebat..alhamdulillah..since dorang belum tiba lagi, aku oder dulu la setelah diberi green lite oleh Shikin..so, lets oder...tengok muka laki bini tu, beria-ria nak oder..



Dan ini lah hasilnya...suka betul aku butter prawn tu..menimbun dia punya serdak...ikan siakap masak asam yang mabeles, ketam telur masin, kailan, ikan pari special..







bestnya bang meratah ketam...aku tak makan ketam, allergic, nnti bila makan bibir aku jadi bijik2 mcm tu...


Alhamdulillah dengan rezki yang Allah swt bagi..terimakasih daus belanja kitorang makan mlm tu..thans to syikin too sbb bagi aku jubah dan shawl lagi..rindu aku nak ke tanah suci bila dengar dorang excited bercerita..insyallah...

Aku harap apa yang satelite Australia jumpa tu  bukan MH370..keep praying agar semuanya selamat..apa pun yang berlaku ni semua ujian dari yang maha esa..