Showing posts with label dining. Show all posts
Showing posts with label dining. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

Birthday Husband yang ke 49

Celebrate masa cuti Hari Wilayah. Memang birthday dia ni jatuh masa Hari Wilayah. Kan malam minggu tu sambut birthday Zara, ajak la potong kek sama2, tak nak..dia ckp ada ke i nak potong kek frozen..hahaha..ala, suka2 jekk...

Plan asal nak belanja hi tea kat Concorde, tapi biasa la, hanya mampu merancang. Pergi Saujana Rawang balik siang Ahad tu, kumpul kat sana then masing2 nak join, kita pergi dinner je la. Adik aku ajak makan ikar bakar Aroma tapi dah lambat kalau nak book sure dah penuh. So decide ktia pergi The Curve dan tengok apa yang ada kat sana.

Selalunya nampak restoran ni tak singgah pun, ok this time kita try kat sini. Actually The Terrace ni under hotel Royale Bintang. BBq Buffet Dinner. Ok la, harga pun takde la mahal sgt. Murah dari harga hi tea kat Concorde KL. 


Kat bahagian luar. Kat luar tu bahagian bbq. Boleh jugak oder nasi goreng, mi goreng, burger,kebab semua kat situ.



Suamiku Mr Not So Perfect 10 enjoying his dinner...hahahaha...



This bread butter pudding memang sedap melampau. Aku ni pelik sikit, org makan desert last sekali kan. Aku tak, sbb kalau dah kenyang mcm mana nk mkn desert. Yang ni dulu aku ambik...




It seems everyone like the food here especially the kids. They can eat as much as they like.

Belikan hadiah kasut untuk suami ku ni. Dia suka Clarks, so layan..lagi 4 tahun baru tukar ye bang.



Berjaya aku ajak dia teman aku tengok citer ni hahaha..tu harga tiket harga Senior Citizen..memang aku sengaja mintak..murah tu..bengang je adik aku bila aku whatsapp gambar tiket ni kat dorang.

Ok la movie ni..ada la jgk part buat aku gelak dan sedih. 

Hari Selasa tu pulak layan citer Taken 3. Katanya ni yang last. Quite a bit slow compared with the previous 2 films maybe sebab Bryan dah tua kot...

Wahhhh aku dah tengok 4 movies sampai bulan 2 ni..huhuhu...

Alhamdulillah company aku dah bagi bonus Jumaat lepas. Ingat dah takde..dah sedih..increament pun ada jugak..

Weekend ni insya allah aku akan ke Melaka attend wedding. Dah suruh husband book hotel..tak sabar nak jumpa anak2 buah aku tu..boleh je aku nak stay rumah Ijan, tp dah 4 bulan tak pergi jalan2 ni. Penting bagi aku kita bekerja ni untuk rehatkan minda.  Salah satu cara aku la nak tenangkan fikiran dan rehatkan badan.



Monday, 31 March 2014

Earth Hour @ Ikea

Assalammualaikum,

Last Saturday pergi Ikea mission mencari katil anak dara saya tu la. Sebelum tu dah survey kat websitem dan ternampak satu katil yg cenggini rupanya. Dalam RM999 tapi dah takde sales assistant tu cakap..lega...selamat duit aku..selamat separuh je la..

IKEA Guest beds & day beds

Setelah mencari, berbincang, pujuk memujuk dengan Yaya, dia bersetuju jgk la ambil katil yang aku cadangkan. Tapi takde la drawer mcm katil yg diidamkan tu. Papa dia pun dah jenuh round satu Ikea nak cari drawer yang boleh fit dengan katil tu tapi tak jumpa. Cenggini la katil yg berjaya aku pujuk Yaya beli. Dalam RM314. Beli katil tu sebab katil yg lama tu dah patah. Katil tu pun dah lama, masa Ijan dan Waty anak dara lagi. Jenis katil yg bawah dia ada katil jgk tu tp bukan double decker.


FLAXA Bed frm w headboard+slatted bd base IKEA

Dah jumpa, husband ajak dinner terus kat cafeteria Ikea ni. Penat katanya. Nasib baik senang dapat tempat duduk. Orang toksah cakap la, memang memanjang je ramai. 

Rupanya malam tu Earth Our. Aku memang tak ingat langsung. Ikea buat aannouncement yang dorang akan off lampu kat cafeteria tu dalam sejam between 8.30 to 9.30pm.

Sambil tu adalah Ikea punya boss kot, omputeh datang dari meja ke meja dan bertanya soalan yg senang2 kepada customer yg tengah dine tu and including me jgk. Soalan yang dia tanya aku Ikea ni dari mana, aku jawab la from Sweden, senang kan..so dia bagi 3 option aku pilih hadiah yang kat bawah tu..

Suasa earth hour kat Ikea




Makan2, jgn tak makan, lps tu marah diri sendiri sebab gemuk..



Ni la yang aku dapat...harga dalam RM19.90 sebab aku suruh budak cashier tu scan nak tengok berapa regenya..hihihi..jadilah kan sebab aku dah memang ambik tmpt letak sudu ni, so aku letak balik.


Balik tu singgah rmh waty, makan sate pulak..hebatkan...

ok, nak g bayar bill jap..bye..

p/s- hai kwn, sampai bila la ko nak sentap psl benda yg kecik n remeh sgt ni...