Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

Jangan tak update...

Assalammualaikum,

Bosan..kerja kat ofis ni pun tak berapa nak ada, selain attend calls from customer la. Mood hujung tahun mood holiday, so share market pun mood holiday sama. Dengan keadaan cuaca yg sepanjang hari mendung dan hujan, so perasaan malas pun menjelma. Kalau kat rumah sure atas katil lagi ni, tapi tak jgk, kat ofis ni lg byk berehat dari kat rumah. Kat rmh tu adaaa je benda nak kena buat. Sambil2 tengok TV, nmpk cabinet TV berabuk, dah nak kena lap pulak..never ending job..

Baru je dapat whatsapp dari my ex sister in law informed that my niece, Dhiyaa Shofiaa get straight A's for her UPKK exam. Congrats Dhiyaa and Sarah.Congrats jgk kat adik aku yang baru naik gred tu..bila nak open table????

ok sambung merepek..aku selalu berangan kalau november n december je mesti aku fefiling nak g obersi, g London ke, Paris ke..tengok artis2, VVIP jalan2 rasa bestnya..boleh bergaya dengan trench coat, boots..tp kena kurus lagi cantik.g shopping masa boxing day...kalau ada duit semua boleh jadi.

Bila tengok orang pergi umrah masa december ni pun hati aku lagi lak melonjak nak ke sana. Kalau ada duit semua pun jadi. Tengok masa ni pun orang tak berapa ramai.

Baru2 ni aku n adik beradik aku bwk anak masing2 g jenjalan..g Ipoh..buat apa g Ipoh...rmh MIL pun kat sana, kampung parents aku pun kat sana, MIL kat Tronoh, parents aku kt Kuala Kangso, eh!!! adalah tempat nak dituju..anak aku mula bengang je dgr ckp nak g Ipoh..plan asal nak g USS cancelled. kita pegi Lost World Of Tambun. Nanti kendian2 aku update,kalau rajin..dpat duduk hotel barang  2 malam pun dah bagi otak aku lega sikit...MIL aku tak tau pun aku ada kat Ipoh, hahaha...dah anak dia tak bg cakap..

Adalah jgk aku pergi tengok movie Manisnya Cinta di Cappordocia. Aku suka jenis cite mcm ni..tak stress, takde lawak bodoh..semuamya sweet n comel jek..lawa betul si Fazura tu,..si Sam belakon romantik melting dibuatnya.

Tadi adik aku ada whatsapp gambar banjir kat Kuala Kangso..abis kedai kat lembah tu ditenggelami air..semuga mereka yg menghadapi musibah ni diberi kesabaran yang tinggi dan berada dalam keadaan selamat. Kat lembah la(panggil lembah sebab memang dia tepi Sungai Perak) aku selalu lepak makan laksa dan cendol ni..pagi ahad pekan ni meriah ada pasar pagi..Pekan Kuala Kangso ni kalau time Rayam jam ya amat..

Ok la..tetiba rasa ngantuk..aku memang selamba je "take a nap" kat opis ni..hehehe...

oh ye, opis bagi release awal arini, kul 4 petang due to krismas eve. Jumaat saya cuti, tapi tak ke mana sbb en husband tak coti..bank kan, nak kejar target.. since dah balik awal ni, boleh la bwk anak aku survey kelas bahasa Korea kat SS2 tu kejap..

Bye....


Tuesday, 15 April 2014

FB and BF

Assalammualaikum,,

Been busy last week. Dah berbulan tak merasa sibuk mcm minggu lps. Ada esos dari company Sarawak yang aku proses. Untung sgt staff yang dapat esos company ni, profit is about RM8 per lot. Risau gak kalau keaadaan memanjang tak de business ni. Business tu ada tp tak banyak. Risau takut tak dapat bonus dan yang penting increament. Rupanya aku dah kerja kat company ni lebih 20 tahun. Satu tempoh yang amat panjang. Aku happe jek. Tak kisah la orang nak ckp sign kontrak sampai mati. Kerja senang, tak payah nak buat marketing(kan ni zaman marketing), tak payah sibuk nak achieve target. Bagi aku, tak suka nanti, aku resign. Dah umur banyak ni dah malas nak pikir pasal cari kerja kat tempat lain. so, aku sgt bersyukur dengan apa yang aku dapat. Lain orang lain cara mereka mengecap kebahagiaan..

Selalunya sebelum tidor aku akan online facebook dan tengok aktiviti, status kawan-kawan aku. Kekadang aku pun tak faham kenapa semua benda nak di share status kat FB. Bagi aku bukan semua benda boleh dikongsi kat FB ni. Aku rasa manusia2 yang suka post status kat FB ni dorang sebenarnya bukan lah seperti yang digambarkan dengan keadaan dorang masa post tu. Nak cerita psl berjaya book tiket ke London, lps tu ckp blum tiba masa nak pergi bla bla pun nak share status. Mcm nak counter balik kekdahnya sbb dulu pun kecoh kat fb ckp nama naik pergi London. Memang la FB sendiri punya, sukati la nak share apa kan, tp kekadang aku rasa annoying sgt. Nak pergi meeting pun nak share status. Nampak sgt life ko ni berFB jek..belum lagi kerja main game..adoyai...orang2 mcm ni la yang aku hide kan nanti..ke aku yang tak normal??? hehehhe...mcm nak cari kasih sayang pun ada...nak tunjuk bangga ke??? ke kau kecewa dgn keadaan diri kau. 

Ni lagi sorang makhluk allah..tolong la jaga maruah kau yang masih lagi memegang status isteri orang, Kau tak malu ke post gambar kau pergi bercuti dengan jantan tu yang jgk suami orang. Aku sebagai kawan dan pesan jangan post gambar kau berdua kat FB, tapi kau kan, lagi orang tergur, kan main galak lagi kau post. Aku yang malu tengok..kau tak pikir ke perasaan kawan2 kau yang kau panggil besfren ni??? kat mana kami semua nak letak muka. Budak2 sekolah sure tanya apa status kau. Ambil gambar pegang tangan, apa tu??? Dah kira macam kami ni bersubahat dengan kau. Mana lagi aurat kau yang kau dedah..kau selalu ingat takde orang nak tengok FB kau. Cer kau tengok berapa orang frenlist kau. Perangai buruk kau tu orang perati la kawan..kami pun tak tau sampai bila kami akan mampu bertahan dengan kerenah kau. Menghargai kawan2 bila kau rasa kau nak guna kan dorang jek...semuga allah swt membuka pintu hati kau untuk bertaubat dan kenal yang mana intan atau kaca.

Ini semua peringatan untuk diri aku jgk...berpada2 bila guna laman sosial..



Wednesday, 5 March 2014

Tensi

Assalammualaikum,

wahh...dah bulan march ghopanya...cepatnya masa berlalu ye..lagi 7 bulan jek anak aku nak ambil SPM..aku nengok dia rileks je..ada la kot ek dia belajar tu..

Semalam aku balik ofis sendiri. Sendiri di sini bermaksud aku balik naik lrt, then ambik cab..husband dah sampai rumah awal. Dia ada tnya nak ambik kat mana..tp semalam petang tu aku mcm moody pulak, mengada sgt bunyinya kan..aku ckp tak payah la, balik sendiri jumpa kat rumah je. Tak de salah apa pun husband aku tu. Aku geram dengan diri aku ni. Geram dengan badan aku ni la. Seluar semalam yang aku pakai pergi kerja, it used to be longgar ok, tp dah ketat..aku tensi sgt...bloating sgt peyut aku..mcm nk pecah seluar tu...tu yang buat aku tensi..salah diri sendiri, bila tensi, org keliling terbabit.

Sampai rumah, tengok husband tengah prepare dinner, tpi aku tengok dapur berselerak..bertambah tensi aku..bukannya aku nak bershukur dia sediakan mkn malam..naik atas tengok ada mangkuk dan pinggan yang dh kena urung dengan semut. tambah tensi lagi. Membebel la aku, kenapa dah mkn pinggan tak letak kat bawah pot pet pot pet..aku dengar yaya ckp dari bilik dia, kejap lagi soraya angkat la..

ok, duduk jap sambil nak tunggu waktu magrib, tenangkan fikiran, istigfar banyak2. Salah sendiri, makan tak ingat, bila gemuk, marahkan org, ntah apa2...tetiba je husband naik atas, hulurkan aku sepinggan sandwich untuk dinner aku, so sweet of him..pada hal baru je lps kena marah..dia pun dah lali bila aku bebel..dah tak kuasa nakak layan..hahaha...

malam td bila husband hantar yaya g tusyen, aku lipat kain sambil layan tv..tengok chanel food network tak best, so buka life inspired, tengok  there's no taste like home. Lps tu main2 remote, terjumpa cerita ni..


Devious Maids..star world kot..kat astro 724





tapi ni citer bersiri, layan jgk la, mcm best la pulak..biasa la kisah maid kerja kat rumah orng kaya, each famliy ada problem masing, si isteri skandal la, anak maid suka kat anak tuan rumah. Nanti la nak google tengok kat internet. Dorang ni orang amerika latin. cantik dan seksi pulak tu, konfem aku tak ambil depa ni keje rumah aku..hahaha...

ok la, nak sambung melawat blog orang..keje kurang sgt ni..cpt la market naik, kalau gini la caranya, tak dpt bonus aku tahun depan...huhuhu...

Friday, 21 February 2014

Terganggu

Assalammualaikum

Emosi aku terganggu pagi ni. Actually dari malam td. Mulanya kisah psl kwn aku wassap, citer kereta laki dia kena tarik. Kawan aku ni dlm proses nak berpisah dengan husband dia. Punca, macam2 lah. aku pun heran mcm mana dia boleh bertahan sampai tahap ni. Sekarang kes mahkamah la. At first, dia ckp lantak la, bukan nama aku, dia ckp. then dia baru teringat yang dia garantor. Terus naik angin satu badan kwn aku ni. Mula la dia ckp mana pegi duit gaji jantan ni, dah la anak2 dan rumah aku yang tanggung. Nafkah pun tak bagi, tau nafkah nak tuuuuuuut tu je. Seperti biasa, berbalas la aku dalam wassap grup tu. Yang aku nak marah sgt tu, boleh laki dia panggil aku n kwn aku ni janda...apakah!!!! laki dia ckp sbb kawan dengan janda2 ni la, bini dia jd mcm tu sampai nak mintak cerai...

Adooooiiii jantan sekor ni, aku dgr cite bini kau, aku rasa memang nak lempang je..ko tu patut bersyukur dapat bini yang xde nya nk komplen psl belanja rmhtangga ni. Patutnya ko menghargai apa yang dia dah buat. Bukan cari salah orang. Aku pun buka suka sgt nak dgr masalah rmhtangga org ni, but being a woman, and aku sendiri tengok mcm mama kwn aku ni uruskan hal anak2 dia, memang aku geram dgn perangai laki dia ni..tengok, aku pulak yang emo..

Td dia dah kol bank, alhamdulillah, kereta yang baru laki dia ambik setahun yang lepas bukan dia jd garantor. Dia cuma garantor kereta iswara yg loan pun tak byk lagi tinggal.

Tapi afsal pulak aku yang emo...hahaha...ni psl adik aku amir pulak. Dia skrg kat kchg. since krimas tahun lepas. Pasal anak2 dia sanggup tinggalkan keje dia kat sini. so, dia wassap aku tnya kabar dan bgtau dia mungkin balik sblom mak pergi umrah. Then aku ckp la yang sgt rindu dengan Lala. Amir pun ckp, lala selalu ckp nak balik rmh mama and lala langsung tak hepi..menitis airmata bila aku type ni.

Jap...nak keluar lunch..nak g wong solo kg bharu...nanti sambung


Wednesday, 12 February 2014

Tersepit

Serba salah,
tak tau nak sebelah sape,
sahabat A sentap dengan sahabat U
alasan sahabat A, sahabat U takde semangat setiakawan dan tak ikhlas
puncanya sebab trip ke selatan tanah air tak jadi
sahabat A kecik hati. Sahabat A ckp if tak jadi pegi at least inform la and mintak maaf ke apa ke.
sahabat A ni baya2 kitorang je, tapi we respect her as our older sister since her appearance, the way she thinks pun dah mcm kakak2 to us.
tu belum lagi aku citer psl sahabat Z yang sentap dengan kitorang lagi. Fenin kepala..
Sahabat A mengharapkan sangat sahabat U akan bawak aku dan dia..aku seorang yang simple, aku tak kisah, if majoriti nak pegi, i follow.
Dari hujung tahun postpone ke CNY, tapi selang lagi brape hari, sahabat U wassap aku, tnya what if se delay the plan, is it ok? The plan was we go on sunday and coming home on monday since monday is PH due to hari wilayah.
I told her better ask sahabat A first, and she asked me to ask sahabat A. Being obedient and org tengah, i informed sahabat A and she said ok, as long we go.

The reason sahabat U nak pegi ahad tu, sebab nak pegi teman kekasih gelap dia pegi wedding kat Jengka. aku dengar pun memang sakit ati la. tetiba je..
gigih betul demi kekasih gelap. so me and sahabat A pun ingat plan tu jadi.
sampai la sehari sebelun hari kejadian, sahabat U whatsapp aku cakap trip tak jadi sebab mak dia bising2 marah dia tak melekat kat rumah bila hari cuti. I was like ???????..tak tau nak komen apa.
tetiba je takut dengan mak...in wassap grup pun sahabat A dah berulang kali tnya jd ke tak pegi ni. 
aku terus je la kol and bgtau tak pyh la kita berangan nak pegi dengan sahabat A ni..now she using her mother as a reason plk she can't bring us to JB. 
@#$%* sahabat  A meluahkan perasaan dia kat telinga aku.
aku suh dia bertenang. dengan sahabat U pun aku cakap, ko pikir la mana yg terbaik.

Since that day, if aku message kat wassap kat grup, sahabat A tak kan join and she will personally wassap me.
She said sahabat u ni selfish, ada problem baru cari kita sebagai kwn.
kekadang apa yg sahabat A ckp pun ada  betul gak bila aku tengok cara sahabat U treat us.
tiap kali nak ajak jumpa ada je alasan dia. Seolah2 dia tak menghargai our frenship ni..
but dia ajak kita hang out which is rare skrg ni, kitorang ok je.
aku ada gak bagi hint kat sahabat U ni suh la dia ubah sikit perangai dia yg suka buat sahabat2 sakit ati.
but knowing her, mcm mencurah air di daun keladi.

now, sahabat A sgt sentap sampai dia ckp nak blok kat fb..
aku cakap tak pyh la block bagai, hide je..
bukannya xde benda baik yg sahabat U buat kat dia.
sahabat U ni tau sahabat A sentap, plan la ajak g cuti kat obersi plk..kira nak beli jiwa la ni
sahabat A ckp tak nak... oh, aku la jd org tengah ye..

sudahnya aku pulak yg sakit ati dengan peranagi 2 makhluk ni, bila balik aku angin dengan husband dan anak aku.
aku pulak yg ada perasaan tak nak amik tau dah hal2 dorang ni.
benda simple dh jd komplikated.
sahabat A tak payah la nak sentap sgt dgn sabahat U and sahabat U tlg la jaga hati perasaan kawan2 di sekeliling anda. Takdenya kekasih gelap tu nak tlg bila ko nangis kesusahan nanti. Kes pun tengahrosid kat court, so berbaik la dgn sahabat2. masing-masing dah tua. letih la nak jd badan pengaman ni.

aku nak diam jek skrg ni, tak nak pm, sms, whatsapp kat 2 org ni..

lantak la korang..