Wednesday 17 June 2015

Puasa dah esok ye...

Assalammualaikum,

Huhhhh...sebulan lebih tak masuk sini..cerita ada je nak update,bila time nak update, busy la, xde mood la, jiwa kacau la, lelama lupa..

Aku baru balik dari bercuti di utara tanah air masa cuti sekolah yang lepas. Alang2 dah ke sana, terlanjur la masuk Thai. Nanti cerita. Bulan puasa ni kerja agak kurang kebiasannya, aku update la ye blog.

Esok dah masuk 1 Ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh umat Islam. Bulan mengejar ganjaran pahala bagi yang mengerjakan perintah Allah selain mengamalkan apa yang dituntut.

Dugaan bagi keluarga aku menjelang beberapa hari nak sambut puasa. Abah dimasukan ke ward. Bisul kat bahu dia tu semakim membengkak. Dah lama aku adik beradik ajak dia pergi check bisul tu tapi dia tak nak. Dia cakap takde apa2. Bertahun jgk la dia simpan bisul tu. Sudahnya dah tak tahan dia sendiri ajak pergi klinik. Klinik biasa dah tak boleh buat, refer kat Hospital Besar Selayang. Bila pergi sana, 30hb June baru boleh buang bisul tu. Memang tak la kan nak tunggu selama tu lagi. Jumaat minggu lepas adik aku bawak pergi Damai Service Hospital kat Taman Melawati.

Hari Isnin baru2 ni dah selamat abah buang bisul tu. Sejam jgk la dia dalam bilik pembedahan. Sekali doctor tunjuk, dah besar bola pingpong. Kale putih. Sekarang ni abah masih lagi di sana sampai bekas operation tu jahit. Nasib baik adik ipar aku ofis dia dekat situ2 jgk, dia la yang rajin berulang tengok abah.

Malam ni dah start Solat Terawih la kita ye..emmm aku dah ada telekung baru. Bagi lagi semangat sikit. Bukan raya je nak ada baju baru, nak mengadap Allah pun kena cantik jgk.

Aku nak train si kecil Lala tu puasa.Dah 6 tahun kan. 

Tahun ni persiapan raya sampai la ni aku tak buat apa2 pun. Sampaikan tema colour pun tak decide lagi. Kain pun belum pergi cari. Tengok la  Sabtu ni Insya Allah. Yang penting tailor kesayangan aku nak jahit baju aku lagi.

Aku berharap sangat Ramadhan kali ini, aku diberikan kesabaran dan ketabahan yang amt tinggi. Dugaan demi dugaan aku hadapi. 

Walaubagaimana pun aku memang suka bulan Puasa ni. Ada perasaan lain ketika Ramadhan. Malam hari berasa tenang dan kekadang sayu je aku rasa.

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT. Selama berpuasa semua. Jangan lupa niat puasa ye. Tak semestinya dalam bahasa Arab kan.