Monday 29 December 2014

Dugaan akhir tahun


Allahuakbar..satu negara sekarang ni bercerita pasal banjir. Gambar kat bawah ni ialah di Bandar diRaja Kuala Kangsar. Adik aku hantar gambar ni. Berpunca mungkin air di empangan Cenderoh dilepaskan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku. Memang pekan Kuala Kangsar di terletak di tepi sungai Perak. yang bangunan kuning tu ialah Resort Safari Sungai Perak. Habis bahagian bawah ditenggelami ayor.


Ni pulak kawasan kedai. Tempat ni kitorang panggil Lembah. Orang sana tau la. Habis kedai  laksa dan pau tempat yang selalu kitorang makan tenggelam.


Seperti semua sudah tau, tentu lah yang belah pantai timur lagi teruk. Aku pernah pergi daerah Kuala Krai, antara yang teruk. Pergi sana pun sebab kenduri kahwin, sepupu aku kahwin dgn org sana. Sungai Kelantan yang kat Kuala Krai tu memang la besar. So, imagine la bila hujan turun non stop ditambah dengan fenomena "full moon", nak ke laut pun dah tak lepas, melimpah ke darat. 

Kesian ratusan atau puluhan ribu yang terbabit. Dpt bayangkan bagaimana susahnya dorang ni semua. Sedangkan aku yg pernah air naik dlm rumah( dulu la masa duduk kat berek polis) pun dah rasa penat nak cuci, ni yang dah sampai bumbung dan tenggelam berhari-hari. Emosi terganggu. Toksah pikir barang2 dlm rmh yang rosak, ni ada yang rumah pun dah roboh. Pendapat aku la kan, banjir memang org belah Pantai Timur ni pun every year will face it la cuma this year memang keadaan dia sgt luar biasa. Katanya yang paling buruk lepas tahun 70an. Sepanjang hidup aku pun tak pernah tengok banjir melanda Pantai Timur mcm ni, Sama la dengan pekan Kuala Kangsar tu. 

Bila berlaku bencana seperti ni, byk la pihak yang buat kutipan derma. Alhamduliilah, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap suka menderma. Kepada pihak yang gatal jari nak cerita tak betul tu, toksah la, pikir bagaimana susahnya pihak berkuasa bersusah payah nak selamatkan mangsa dan membantu mangsa di pusat pemindahan sementara tu. Tau ada yang 2 3  hari tak dpt makanan, jgn nak memandai reka citer nak tlg pun psl politik ke apa ke, toksah..yang ditolong tu pun, harap anda semua bersabar jgk. alu tak boleh brain mcm mana dalam keadaan banjir ni yg power supply TNB pun dah potong, masih lagi boleh hantar post kat FB citer yang tak betul ni. Tahan lama batteri hp korang ek.Tak adil la korang buat mcm ni.. Kesian mangsa banjir dan petugas penyelamat ni.

Bila tengok kat TV air banjir yang deras tu memang menakutkan. Memang boleh hanyut la. Stadium kat KB tu pun dah penuh dengan air. Lebuhraya Pantai Timur tu pun ada setengah tempat tak boleh lalu. Adik sepupu aku cakap dah 4 hari rumah parents in law dia xde elektrik tapi rumah dia air tak naik. 

Semuga banjir cepat surut dan keadaan kembali pulih seperti sediakala. 




Tetiba semalam dikejutkan pulak dengan berita kehilangan pesawat Airasia QZ8501 dari Surabaya ke Singapore pagi semalam. Pun dah sempat org buat spread fake news. Tau tak perasaan keluarga yang terbabit tu mcm mana Semuga ahli keluarga yang terlibat sabar menghadapi ujian in.

Bila jd bencana mcm ni, yang bagusnya sambutan tahun baru dibatalkan demi menghormati negeri2 yang di landa musibah.

Sessi persekolahan 2015 pun ditunda ke 12hb. Sape cakap kerajaan tak prihatin?? Suka budak2 ya dgr cuti sambung lagi..



Wednesday 24 December 2014

Jangan tak update...

Assalammualaikum,

Bosan..kerja kat ofis ni pun tak berapa nak ada, selain attend calls from customer la. Mood hujung tahun mood holiday, so share market pun mood holiday sama. Dengan keadaan cuaca yg sepanjang hari mendung dan hujan, so perasaan malas pun menjelma. Kalau kat rumah sure atas katil lagi ni, tapi tak jgk, kat ofis ni lg byk berehat dari kat rumah. Kat rmh tu adaaa je benda nak kena buat. Sambil2 tengok TV, nmpk cabinet TV berabuk, dah nak kena lap pulak..never ending job..

Baru je dapat whatsapp dari my ex sister in law informed that my niece, Dhiyaa Shofiaa get straight A's for her UPKK exam. Congrats Dhiyaa and Sarah.Congrats jgk kat adik aku yang baru naik gred tu..bila nak open table????

ok sambung merepek..aku selalu berangan kalau november n december je mesti aku fefiling nak g obersi, g London ke, Paris ke..tengok artis2, VVIP jalan2 rasa bestnya..boleh bergaya dengan trench coat, boots..tp kena kurus lagi cantik.g shopping masa boxing day...kalau ada duit semua boleh jadi.

Bila tengok orang pergi umrah masa december ni pun hati aku lagi lak melonjak nak ke sana. Kalau ada duit semua pun jadi. Tengok masa ni pun orang tak berapa ramai.

Baru2 ni aku n adik beradik aku bwk anak masing2 g jenjalan..g Ipoh..buat apa g Ipoh...rmh MIL pun kat sana, kampung parents aku pun kat sana, MIL kat Tronoh, parents aku kt Kuala Kangso, eh!!! adalah tempat nak dituju..anak aku mula bengang je dgr ckp nak g Ipoh..plan asal nak g USS cancelled. kita pegi Lost World Of Tambun. Nanti kendian2 aku update,kalau rajin..dpat duduk hotel barang  2 malam pun dah bagi otak aku lega sikit...MIL aku tak tau pun aku ada kat Ipoh, hahaha...dah anak dia tak bg cakap..

Adalah jgk aku pergi tengok movie Manisnya Cinta di Cappordocia. Aku suka jenis cite mcm ni..tak stress, takde lawak bodoh..semuamya sweet n comel jek..lawa betul si Fazura tu,..si Sam belakon romantik melting dibuatnya.

Tadi adik aku ada whatsapp gambar banjir kat Kuala Kangso..abis kedai kat lembah tu ditenggelami air..semuga mereka yg menghadapi musibah ni diberi kesabaran yang tinggi dan berada dalam keadaan selamat. Kat lembah la(panggil lembah sebab memang dia tepi Sungai Perak) aku selalu lepak makan laksa dan cendol ni..pagi ahad pekan ni meriah ada pasar pagi..Pekan Kuala Kangso ni kalau time Rayam jam ya amat..

Ok la..tetiba rasa ngantuk..aku memang selamba je "take a nap" kat opis ni..hehehe...

oh ye, opis bagi release awal arini, kul 4 petang due to krismas eve. Jumaat saya cuti, tapi tak ke mana sbb en husband tak coti..bank kan, nak kejar target.. since dah balik awal ni, boleh la bwk anak aku survey kelas bahasa Korea kat SS2 tu kejap..

Bye....


Monday 1 December 2014

Kenduri Aqiqah dan khatam quran


Assalammualaikum,

Sabtu lepas ada upacara aqiqah dan khatam quran anak buah aku..anak Ijan la..si kecik Mayesa dan abang2 dia, Muaz dan Izaz..bila tengok date, 29 Nov yang paling sesuai despite my husband has gone to work on that day. Tapi by 12 dia dah ada kat rumah. 

Gambar malam sebelum kenduri. Aku rasa time ni dah kul 12 lebih, tapi yang nak berkhatam esok bukan main lagi cergas. Tapi bagus dorang ni, tolong sediakan goodies bag, tolong bentang karpet, boleh disuruh la..



Pelamin buatan husband. Guna apa yang ada dalam rumat tu..langsir sliding door menjadi backdrop. Tak payah susah-susah nak sewa. Platform tu husband ambil kat Giant. Tempat dorang angkat barang tu.. berat kayu tu..Bantal kecik2 tu dari zaman Ijan kahwin dulu. Bantal hias katil pengantin. 



Pukul 10.30 grup marhaban datang. Bermula acara khatam quran. Si Syaril tu berdiri kat tepi pintu monitor anak dia sedang mengaji. Anak buaj aku ni dorang mengaji dengan mak aku asalmya. Time tu mak aku duduk sana, so bila malam mak aku ajar la dorang ni. 


Izzdin Muaz dan Izzaz Arief

Sebenarnya selepas khataam dan marhaban tu ada acara cukur jambul ada lps tu, tapi aku time tu pulak aku nak terkucil sangat..haishhh...

Kawan-kawan mak aku sedang makan..



Aku mencadangkan tema warna purple. Sayang aku tak sempat nak bergambar dengan Ijan dan Shikin. Ni sebelum grup marhaban datang. Aku baru lepas goreng karipap, terus mandi.



Anak daro saya..last minute baju dia aku beli kat poplook..lps aku beli jek poplook buat sale 20%, siot kan..size dah abis, so belu size besar, suruh tailor aku yang superb tu alter..ni pun dia komplen besar lagi..pakai je la nak..




Kuih-muih...hampir semua dibagi oleh jiran dak kawan -kawan mak aku. Tapai tu di dtg khas dari Melaka.


Lauk pauk mkn tengahari..ada ayam goreng berempah, sambal udang, sayur campur, ikan masin, sambal belacan dan ulam2. Kambing aqiqah masak kari kot..aku tak makan kambing so tak kisah la masak apa. Tetamu memuji lazat. Aku pun sempat makan sekali jek..ingat nak repeat petang tu, tapi tak sampai hati tengok balance lauk. Hampir yang dijemput semua hadir. Maklum lah sekarang kan musim kenduri, mesti orang dah singgah makan kat tempat lain..




By 4 dah catering pun dah siap berkemas, transfer balance lauk yang ada..last guest sepupu aku dari shah Alam.

Petang tu hujan turun lebat. Alhamdulillah, time tu majlis pun dah habis. Bila dah selesai tu, aku duduk termenung sambil sembang2 la, pikir mana satu yang aku nak mula kemas ni...hahaha...takpe kita buat slow2..lps solat isya' aku kerah anak buah aku dan yaya, tolong gulung carpet, angkat balik kerusi meja masuk dalam rumah..memang penat tapi malam tu kita buat yang besar2 dulu, esok pagi cuma nak touch up je..aku malam tu pukul 10 dah tumbang. Letih melayan tetamu. Dah lama rumah aku tak buat kenduri ni. Ni baru anggaran dalam 200 orang pun dah mcm apa lagi letihnya..tapi seronok..

Mayesa, 8hb ni genap la dia 3 bulan..




Khamis ni insya allah, kita semua bercuti ke Ipoh jekkk...hahahha..bawak budak2 tu semua pergi Lost World of Tambun..jadi la anak2 sekalian. Bajet mak bapak semua dah ciput...