Monday 23 February 2015

Weekend @ Melaka

Tak, bukan pergi masa cuti raya cina baru2 ni..sosak pergi time tu..Bandar Melaka ni tak kira waktu kalau weekend je memang org ramai, apatah lagi masa cuti panjang..baca kat twitter PLUS pun hiway sesak..

Ni pergi seminggu sebelum raya cina..kebetulan ada sepupu husband kahwin, ambil peluang sekali bercuti. Selalu pergi sini lepak rumah adik aku kan, kali ni kita feeling2 tourist pulak.

Dah puas tengok hotel kat booking.com, we decided to stay here, The Hatten Hotel. Memang tengah town, dekat dengan tourist attraction, Taming Sari, dekat dengan Mahkota Parade dan hotel ni pun ada shopping mall dia sendiri. Kat bawah tu ada HnM. 

Ni Junior Suite. Bilik dia semua suite. oh hotel ni tak dibenarkan merokok. Kesian husband aku, kena pergi luar dari bangunan nak berasap. Depan sofa tu luas lagi. Boleh bentang toto, adik aku cakap. Sofa dan katil tu dipisahkan dengan cermin dan ada blind nak tutup.



Sayangnya bilik kitorang tak de view. Nampak bilik depan.






Overall aku suka hotel ni. Ingat nak extend keluar dalam pukul 6 petang hari Ahad lepas wedding, tapi bila pikir balik, tak payah la, baik terus pergi rumad adik aku berehat..jimat RM120..

Petang tu adik aku datang singgah, dan aku bawak dia makan kat Alai. Nama je dia tu duduk Melaka, sini pun dia tak pernah pergi. Saja ubah tempat dan selera. Selalunya aku akan pergi Muara Sungai Duyung tu.



P

Sotong goreng tepung kat sini sedap. Wajib repeat. Udang goreng butter tu biasa jek. Udang pun mahal. Sekolo dekat RM60 kalau tak silap aku. Ikan pari bakar. ADa jugak kerapu dan cencaru. Total dengan jely kelapa, nasi lemak 3 bungkus, nasi 7 pinggan, air tembikai dan oren dlm jug, otak2 satu bakul yang stended dorang letak atas meja tu  RM165. Aku rasa murah sikit berbanding dengan Muara Sungai Duyung. Lain kali boleh ajak adik aku, Firdaus pergi.



Lepas makan, adik aku terus balik, dan aku jalan2 kat Jonker Street. First time pergi sini. Anak aku mulanya agak sentap sebab dia nak naik river cruise, husband aku pulak terlepas simpang, dengan parking penuh, bila bwk kat sini baru ok. Macam pasar malam la kaedahnya Jonker Street ni la ek..mcm Petaling Street la. Jumpa kedai jual cendol, nampak takde pun melayu yang makan, aku tanya adik yang kerja 7 eleven sebelah kedai cendol ni, dia kata boleh makan kak, halal, so lets try. 

Cendol ala Nyonya. Aku suka. Ni cendol durian. Cendol tu diasingkan. Kau dah gaul, baru kau masukan cendol tu. Air gula pun disediakan kalau nak rasa manis lagi. Mcm free flow la air gula tu. berebut aku kongsi dengan Lala. Menyesal tak oder 4, ingat cukup.




Puas hati ye...bulatttt...


Esok check out terus pergi wedding kat Tanjung Minyak. Sepupu husband lelaki. Ni sepupu belah mak sedara tiri(atuk husband kawin 2, ni dari belah opah muda la). First time pun aku jumpa Hisyam ni. 

Dah habis makan dan sembang2, pergi rumah Ijan nak mandi solat tukar baju dan rehat. Panas sungguh la hoii..dah 2 minggu ijan cakap Melaka tak hujan. Ku berkurung dalam bilik anak2 dia sambil on aircond.

Lepas Magrib, bergerak balik KL. 

Cuti raya cina ni memang aku duduk rumah. Malam baru keluar pergi dinner. ok jgk, orang tak ramai, paking pun senang dapat, kereta pun tak banyak.

Tadi pergi kerja 20 minit dah sampai ofis. Alang kah bahagianya hidup kalau hari2 mcm ni. Jimat minyak gue..



Friday 13 February 2015

Alfatihah Tuan Guru Nik Aziz





Pada malam Jumaat, penghulu segala hari, bertarikh 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H, telah ditakdirkan seorang tokoh agamawan, ilmuan dan ahli politik yang disegani ramai dijemput menemui Allah SWT.

Ribuan penduduk termasuk Perdana Menteri dan tokoh politik kerajaan dan pembangkang datang menziarah.

Dari dia kita datang, dari dia kita kembali.

Alfatihah untuk Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Tuesday 10 February 2015

Birthday Husband yang ke 49

Celebrate masa cuti Hari Wilayah. Memang birthday dia ni jatuh masa Hari Wilayah. Kan malam minggu tu sambut birthday Zara, ajak la potong kek sama2, tak nak..dia ckp ada ke i nak potong kek frozen..hahaha..ala, suka2 jekk...

Plan asal nak belanja hi tea kat Concorde, tapi biasa la, hanya mampu merancang. Pergi Saujana Rawang balik siang Ahad tu, kumpul kat sana then masing2 nak join, kita pergi dinner je la. Adik aku ajak makan ikar bakar Aroma tapi dah lambat kalau nak book sure dah penuh. So decide ktia pergi The Curve dan tengok apa yang ada kat sana.

Selalunya nampak restoran ni tak singgah pun, ok this time kita try kat sini. Actually The Terrace ni under hotel Royale Bintang. BBq Buffet Dinner. Ok la, harga pun takde la mahal sgt. Murah dari harga hi tea kat Concorde KL. 


Kat bahagian luar. Kat luar tu bahagian bbq. Boleh jugak oder nasi goreng, mi goreng, burger,kebab semua kat situ.



Suamiku Mr Not So Perfect 10 enjoying his dinner...hahahaha...



This bread butter pudding memang sedap melampau. Aku ni pelik sikit, org makan desert last sekali kan. Aku tak, sbb kalau dah kenyang mcm mana nk mkn desert. Yang ni dulu aku ambik...




It seems everyone like the food here especially the kids. They can eat as much as they like.

Belikan hadiah kasut untuk suami ku ni. Dia suka Clarks, so layan..lagi 4 tahun baru tukar ye bang.



Berjaya aku ajak dia teman aku tengok citer ni hahaha..tu harga tiket harga Senior Citizen..memang aku sengaja mintak..murah tu..bengang je adik aku bila aku whatsapp gambar tiket ni kat dorang.

Ok la movie ni..ada la jgk part buat aku gelak dan sedih. 

Hari Selasa tu pulak layan citer Taken 3. Katanya ni yang last. Quite a bit slow compared with the previous 2 films maybe sebab Bryan dah tua kot...

Wahhhh aku dah tengok 4 movies sampai bulan 2 ni..huhuhu...

Alhamdulillah company aku dah bagi bonus Jumaat lepas. Ingat dah takde..dah sedih..increament pun ada jugak..

Weekend ni insya allah aku akan ke Melaka attend wedding. Dah suruh husband book hotel..tak sabar nak jumpa anak2 buah aku tu..boleh je aku nak stay rumah Ijan, tp dah 4 bulan tak pergi jalan2 ni. Penting bagi aku kita bekerja ni untuk rehatkan minda.  Salah satu cara aku la nak tenangkan fikiran dan rehatkan badan.



Friday 6 February 2015

Doa selamat dan bacaan Yasin sempena Birthday Adelia Zara yang ke 4

Assalammualaikum,

Antara aktiviti yang berlaku cuti panjag minggu lepas. Sambutan birthday Zara. Sambil tu solat berjemaah maghrib diikuti bacaan yasin.

Izaz sedang qamat. Takde jemput sedara. Hanya antara family aku. Family sebelah Shikin pun takde. Tu pun dah kecoh bising dgn suara anak2 buah aku.




Antara menu yg disediakan oleh pihak tuan rumah dan yg di bawak dr rmh aku. Mak kukus pulut kuning dan masak rendang daging.


Husband sibuk gorent kuetiaw. Ni kat dapur tuan rumah. 


Demam Frozen tak habis lagi so of course la kek tema Frozen.



Suka aku tengok aksi Zara time potong kek ni. Nampak hepi dia, gedikk...


Ni rumah weekend adik aku. Cuti je dia dtg lepak sini. Kat Saujana Rawang. Nanti dia ajak la anak2 buah aku Muaz dan Izaz tidor rumah dia kalau dorang balik KL. Tak ramai lagi jiran, sunyi. Malam tu mak dan Yaya pun tidor sana. Makanan banyak tak habis..esok siang tu aku datang sana lagi, repeat makan..



Group photo is a must. Pun tak cukup. Opah dan Atuk memang payah la nak ajak bergambar. Papa dan abah birthday girl sembang kat luar.

To Adelia Zara, happy bithday, semuga menjadi anak gadis yang baik.



Wednesday 4 February 2015

Pulau Ketam Village Steamboat

Aku suka makan steamboat. Tapi husband tak berapa gemor. Dia kata leceh nak kena masak2 plk. Selalunya aku akan pergi Tupai-Tupai. Dah banyak kali kalau pergi KL Festival lalu depan kedai ni pandang je..ajak husband makan dia tak nak. Pernah sekali tu dah duduk waiter bagi menu, bila husband aku belek menu, dia ckp tak payah la, so terus kitorang bangun..

Sampai satu hari tu aku keluar dgn adik aku Waty, and dia ajak makan sini sambil menyakin kan aku steamboat dia ok sedap..ok jom try..terus jatuh chenta...thanks Waty..gambar bawah ni yang kali ke 4 kot aku pergi makan without husband aku. Dia ada hal, so drop kitorang kat KL Festival.

Ada 2 jenis sup..clear sup and tomyam..of course aku and Yaya pilih tonyam and clear sup for Lala. Tomyam dia pedas tp sedap(ikut selera tekak aku la)..

Sambal merah and cili api tu campur dgn kicap letak bwg goreng, pedas meletup..i likeee...oh, pernah sekali mkn dengan husband, dia surrender tak tahan pedas hahaha..





Aku oder Dumpling Noodle, boleh pilih nak mihun, kuetiow or mi..aku suka mihun sebab kuah dia akan serap kat mihun tu..then aku oder side order tau fu..


Yaya oder Sliced Lamb Noodle set. Mihun tu banyak, boleh je share kalau korang ni jenis ta kuat mkn. For lala aku oder kan Special Kid Set which aku rasa lepas ni tak pyh la oder, just share dgn kitorang. Dlm set tu ada la 2 biji telur puyuh dan isi ketam sama dgn mihun.


Muka kegembiraan...



Keadaan dalam restoran. Selesa. Nak mkn kat luar pun ada tp panas la sikit harapkan kipas tu je la..dah la panas pedas, panas badan lagi, so kita mkn la kat dalam. Kalau dgn husband aku, dia akan pilih kat luar senang la dia nak berasap.


Since nak raya cina ni, meh la kita bergambar dengan binatang untuk raya cina tahun ni..

So, cuti panjang hari tu aku tak ada la pergi mana. Company tak bagi imbuhan untuk aku bersuka ria sikit. Memang ada kat KL..tak pe, kita tengok plk masa CNY nanti ye...

p/s- harga minyak turun, jalan jauh memang best tp harga hotel n makan tetap sama..