Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

Assalammualaikum,

Subuh tadi hujan, kalau dapat sambung tidor best ni tapi kene pergi kerja jgk la kan..masuk kereta on je radio dgr Sinar FM, diorang bertiga ckp psl Hari Wanita Sedunia. Setiap 8 March, seluruh wanita di dunia memperingati Hari Wanita Sedunia atau Women Day. Salah satu lagu yng keluar tadi adalah lagu di bwaha ni dinyanyikan oleh Salamiah Hassan 


Bagai pohon tegak berdiri
Sentiasa kau tahan diuji
Bagai Sungai yang terus mengalir
Pengorbanan tetap tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor.

Nak cakap psl pengorbanan wanita ni sampai bila pun tak habis..berkorban wang ringgit, masa dan mcm2 lagi..bukan nak mengungkit tapi itu la hakikatnya. ok tak nak merepek panjang, so kepada wanita di luar sana, Selamat Menyambut Hari Wanita..semuga kita wanita terus tabah menghadapi segala bentuk dugaan di samping kita mendidik anak2 kita menjadi seorang insan yg berguna kepada ugama, bangsa dan negara.. dan kepada lelaki di luar sana tolonglah hormati, hargai wanita waima anak kecil sekali pun..jaga la hati dan perasaan kami semua..

p/s - tetapi tanpa disedari musuh kaum wanita adalah dr golongan wanita sendiri..(agak emo disini) 

No comments:

Post a Comment