Wednesday 23 May 2012

Rejab datang lagi

Assalammualaikum,

Hari ni dah 2 Rejab, alhamdulillah semalam dapat menyempurnakan puasa sunat..ingat hari ni nak puasa dah bangun sahur tapi pagi ni tp kesihatan tak mengizinkan, insyaallah esok sambung balik..

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membakwa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan dan merupakan bulan ke 7 dalam kalendar Takwim Hijrah.

Antara fadhilat berpuasa di bulan Rejab adalah

1. Baranfgsiapa yang berpuasa 1 hari dalam bukan ini dengan ikhlas, mala pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah swt..

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Israk Mi'raj bersamaan Ahad 17 Jun 2012 akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab anak mendapat kemuliaan di sisi Allat swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1,2 dan 3 Rejab (22,23 dan 24 Mei 2012) maka allah swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa yang berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..Insyaallah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa yang berpuasa 8 hari, maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah swt akan menambahan pahalanya.


No comments:

Post a Comment